Assalamualaikum dan hola semua! Lama rasanya aku tak share benda ilmiah kat blog. Baru-baru ni aku attend satu talk kat office. Masa first aku bagi nama, aku just nak isi masa, considering bulan puasa
biasanya office aku tak sibuk. Tajuk talk tu 'Mencari Kedamaian Hati'.
So, aku tak bother lah nak amik tau nama penceramah whatsoever. Aku
ingatkan ceramah agama.
Mula-mula aku ingatkan talk akan disampaikan seorang ustaz/ustazah. Kemudia, penceramah tu pun kenalkan diri. Beliau ialah Puan Areena A. Rahman, seorang coach dan councellor dalam bidang terapi minda.
At first aku blur, ingat ni talk pasal apalah. Aku ingat pasal MLM, tapi tak mungkinlah company aku invite orang bagi talk pasal MLM. Tak logik lah pulak.
Korang pernah dengar pasal buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki', tulisan Fathuri Salehuddin? Talk yang disampaikan Puan Areena berasaskan modul dari buku tersebut. Ada tujuh step nak menjemput rezeki. Tapi, at first kita kena faham konsep rezeki tu dulu. Rezeki bukan setakat duit, tapi kesihatan, kasih sayang, bebas dari hutang..tu semua rezeki.
7 Cara Menjemput Rezeki
1. Solat fardhu - Tak tinggal solat, solat awal waktu dan berjemaah.
2. Dhuha
3. Tahajud
4. Sedekah - sedekah yang terbaik adalah memberi sewaktu tiada. Nak kaya, kena keluarkan duit, Allah akan ganti dengan yang lagi baik. Sedekah termasuk mampu untuk redha kalau kita tolong orang, or bagi orang pinjam duit dan orang tu tak bayar balik.
5. Al-quran - At least sebaris ayat setiap pagi. Nampak senang, tapi memang liat orang nak buat
6. Istighfar dan zikir. Amalkan 'Ya Wahab' bermaksud 'Yang Memberi'.
7.Sentiasa dalam keadaan berwudhu'.
The Power of Doa dan Redha
Setiap kali lepas solat, doa. Doa biar spesifik. Instead of cakap "Ya
Allah, bantulah aku lunaskan hutang", why not doa "Ya Allah, Kau
lunaskanlah hutang aku". Berserah pada Allah untuk settlekan masalah
kita Tapi kena yakin dan firm. Tahu apa kita nak.
Redha - easier said than done. Kena baik sangka dengan Allah. Apa pun dugaan, tenang aje, sebab ada hikmah di sebaliknya.
*****
Bukan senang nak dapatkan kedamaian hati. Bukan senang nak redha dan memaafkan orang. Sungguh, banyak aku belajar dari sesi 4 jam ni.
Semoga Allah murahkan rezeki kita. Thanks for reading!