6 sebab aku tak suka pergi konsert
Tuesday, 23 January 2024
Fast Fashion - Dah tiba masanya kita berhenti beli baju baru?
Tuesday, 14 June 2022
Fast fashion is a design, manufacturing, and marketing method focused on rapidly producing high volumes of clothing. Fast fashion garment production leverages trend replication and low-quality materials (like synthetic fabrics) in order to bring inexpensive styles to the end consumer
Career Fair relevan lagi ke?
Friday, 3 June 2022
Last week aku pergi check out Mega Careers & Study Fair anjuran Postgradasia di KLCC Convention Centre. Kalau menilai dari nama event dan penganjur, boleh agak yang event ni target untuk lepasan ijazah yang masih berkira-kira nak sambung belajar atau nak terus bekerja. Aku tak expect banyak, sekadar nak cuci mata dan cuba nasib. Manalah tau ada peluang untuk graduan basi macam aku di kalangan graduan baru yang pastinya lebih bijak dan pandai bergaya.
Kenapa mesti nak mention pandai bergaya? Ini semua salah cikgu aku masa aku sekolah rendah. Dia pernah cakap yang orang macam aku nanti dah besar susah dapat kerja sebab orang akan ambil orang yang cantik-cantik. Siap buat comparison dengan classmate aku. Well...classmate aku tu memang jauh lagi comel lah banding dengan aku. Aku comot weh. Iyelah, mak dah takde (masa tu ayah aku belum kahwin dengan mak tiri sekarang), ayah sibuk kerja, pandai-pandailah urus diri sendiri. Tambah pakej gigi jongang, memang sedap lah cikgu tu bercakap tanpa brek. Rasa down betul masa tu, sebab dia cakap kat depan kelas. Aku pulak jenis pemendam, takde nak cerita dengan keluarga ke apa.
Anyway, aku tak berdendam lah dengan cikgu tu, cuma aku elak dari jumpa dia bila dia tak mengajar aku lagi. Bukan marah, tapi malu dan rasa terhina. Aku jadikan 'kutukan' dia motivasi untuk aku belajar rajin-rajin. Sampai sekarang aku ingat kata-kata dia dan aku jadikan cabaran untuk sentiasa upgrade diri aku dari segi penampilan, ilmu dan pengalaman hidup.
Korang yang bergelar cikgu, jangan tiru macam dia OK. Tak baik tau buat orang ada inferiority complex sampai dewasa. Buat apa pun tak yakin. Korang mesti membayangkan cikgu perempuan bukan? Tidak..ini cikgu lelaki.
Aku dulu lambat dapat kerja. 3 tahun lepas grad baru dapat. Sementara tu kerja sales dan jadi volunteer berbayar di Petrosains. Masa tu terfikir jugak, mungkin kata-kata Cikgu J (bukan nama sebenar) ada betulnya. Anyway, Alhamdulillah aku dapat kerja di Media Prima sekarang ni pun melalui Career Fair. Dulu memang kerap pergi career fair. Ada waktu pergi dengan kawan-kawan, ada kala pergi sorang. Tak kisahlah di Mid Valley, PWTC ataupun KLCC. Siapa sini dapat kerja melalui career fair jugak? Angkat tangan!!
Aku ada baca discussion di Facebook (kadang-kadang aku terpaksa buka media sosial) tentang event ni. Ada jugak fresh graduate sekarang yang rasa career fair dah tak relevan. Diorang cakap asyik company yang sama je yang bukak booth. Lagipun boleh apply online. Mungkin jugak diorang ni dah jemu pergi tapi tak dapat-dapat so dah give up. Pendapat korang? Career fair ni relevan lagi ke?
Aku atas pagar lah tentang ni. Sebab most career fair zaman sekarang diadakan secara online di samping physical event. Kebiasaan diorang akan kolaborasi dengan job portal macam JobStreet. So kalau online, baik duduk depan PC, klik link dan send resume. Jimat masa dan tenaga. Pendapat aku career fair ni sesuai untuk discover company sederhana besar atau kecil. Kalau company yang well known, just klik website, mostly akan ada link untuk hantar resume.
So apa aku dapat di career fair KLCC ni selain kaki yang lenguh dan goodies bag? Well, dapat jugaklah networking , register untuk program sukarelawan dan drop resume soft copy di beberapa booth. Dapat boost self esteem jugak sebab ramai tanya 'You fresh grad ke?'. Bila pakai facemask, auto tolak umur 10 tahun sebab petite. Boleh tipu umur sekejap. Haha
Penat berjalan aku cari makan di Avenue K. KLCC sesak sangat. Rimas aku. Plan asal nak merayap ke area Bukit Bintang, ikut belakang tu ada shortcut tapi malas pulak dengan goodies bag penuh tangan.
Tapi tulah.muka rezeki tapi susah jugak nak dapat kerja baru. Acane tu? Malaslah pergi career fair. Nak pergi book fair je.
13 Bitter Truth About Friendship
Wednesday, 24 February 2021
1. It doesn't last forever
2. People drift apart. Ingat tak kawan-kawan rapat kita masa zaman sekolah, zaman universiti or tempat kerja lama? Good ol days huh? Easy to keep in touch tapi tak ngam dah macam dulu. Don't feel bad. It's normal because people grow up and change.
3. Berkawan ni macam bercinta. If orang tak nak, kita tak boleh paksa.
4. Kawan bukanlah hak milik persendirian. Seseorang tu boleh ada more than one best friend. A little bit of jealousy is fine, tapi kalau too much jadi toxic.
5. Friendship perlukan effort on both parts. Kalau sorang je asyik plan outing or angkat telefon untuk tanya khabar, penat jugak kan?
6. Definisi 'kawan' itu luas. Kita ada kawan yang maybe membosankan untuk lepak sama, tapi selalu tolong bila kita susah dan dengar masalah kita. Or maybe kawan 'happy times', tapi kita tak pernah cerita benda serius kat dia sebab tak nak rosakkan moment happy tu.
7. The next stranger you talk to might be your best friend in the future.
8. Tak ada kawan tak semestinya dia tu manusia yang teruk. Rileks. Some people boleh survive sendiri.
9. Putus kawan pun menyedihkan macam putus cinta walaupun kita tak nak mengaku.
10. Bilangan kawan yang kita ada bukan ukuran betapa hebatnya kita.
11. Online friends (kawan kat sosial media macam blog. Ehem ehem) can be good friends too walaupun tak pernah jumpa.
12. Kita selalu lupa nak jadi kawan baik kepada diri sendiri.
13. Kawan baik takkan ada untuk kita sepanjang masa. Diorang pun ada kehidupan untuk diuruskan. Probably the bitterest truth of all.
p/s: makin tua, makin malas nak layan drama
Beauty and the Gay?
Sunday, 16 April 2017
Filem terbitan Walt Disney dan Mandeville Film arahan Bill Condon diadaptasi dari animasi bertajuk sama yang ditayangkan pada tahun 1991. Aku merupakan antara penggemar kartun-kartun Disney. Let's just say, dialog pun aku hafal. Takat lagu 'Tale as old as time...' tu, celah bracket braces aku je.
Secara dasarnya, bagi aku, filem lakonan Emma Watson (Belle / Beauty) dan Dan Stevens (Beast) dapat menjawab persoalan-persoalan yang tak terjawab dalam kartun. Contohnya...mana parents si Beast tu? Nape takde orang realise ada istana dalam hutan? Soalan paling penting yang merunsingkan aku sejak aku darjah 2 adalah macamana Belle boleh angkat Beast naik atas kuda? So, terima kasih lah sebab dah jawab soalan-soalan yang aku dok fikir lebih 20 tahun. Terjawab sudah misteri. Haha
Ramai yang melenting apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) ingin mengharamkan tayangan filem ini. Semuanya gara-gara statement 'Exclusive Gay Moment' . Aku faham kenapa, dan aku tak salahkan LPF. Eh..cop, sedangkan filem Malaysia banyak yang ada watak pondan dan lelaki songsang, kenapa boleh pulak lepas? Babak rogol, ganas dan 'nakal' dalam filem Melayu pun bersepah! Kenapa ada double standard?
Aku bukanlah pakar Filem, subjek Pendidikan Seni pun selalu dapat 'D'. Tapi yang aku tahu, dalam membuat penapisan, LPF kena berpandukan konsep 'Poetic Justice' di mana orang jahat digambarkan 'buruk'. Di hujung cerita, watak jahat akan mendapat pembalasan. Sebab tu korang selalu dengar penerbit filem Malaysia menegaskan apa yang mereka paparkan dalam filem sebagai 'pengajaran', ataupun sekadar hiburan. Kalau nak ikut buruk je potong, buruk je tapis, maka berlambaklah filem luar negara, malah filem tempatan tak lepas untuk ditayangkan di sinema kita. Oh, aku cuma memberitahu, bukan menyokong mahupun membantah S.O.P LPF, jangan salah faham. Aku still tak boleh terima filem Melayu yang keterlaluan. Banyak cara nak sampaikan mesej dan pengajaran, tu pun kalau mesej tu sampai. Selalunya benda buruk yang orang akan ikut. Lagi-lagi anak muda.
Sejak masyarakat Barat makin ramai yang boleh menerima LGBT secara terbuka, ditambah dengan tekanan media sosial, United States memperkenalkan undang-undang membenarkan perkahwinan sesama jenis pada Jun 2015. Aktivis LGBT, Feminis dan Human Rights sama naik menghasilkan permintaan-permintaan mengarut atas nama 'kesamarataan'. Ini namanya diberi betis nak peha. Maka ramailah yang berebut-rebut menjadi 'Equality Icon'. Konon dialah yang baik, tak racist, tak sexist, tak homophobic. Disney juga tak ketinggalan. Dalam industri seni, populariti dan recognition itu penting.
Bagi aku filem ini tak perlukan publisiti murahan. Nama Disney dan Emma Watson itu sendiri dah cukup kuat nak menarik penonton dari segenap umur untuk menonton. Aku kecewa bila filem ini nyaris tak ditayangkan. Kesian kawan baik aku frust. Aku mana boleh tengok kawan-kawan aku sedih. Aku sedih takpe.
Watak LeFou (Josh Gad) kalau perati, nampak sangat ada ciri-ciri gay yang memang ada hati dengan Gaston (Luke Evans). Lagu 'Gaston' tu pulak kalau dengar betul-betul mengesahkan teori aku. Tapi benda ni macam tengok match bola sepak ulangan yang kau dah tahu result. Kalau dah tahu minit ke 58 ada gol, pasti minit ke 55 kita dah start concentrate nak tengok build up gol tu bukan? Atau menonton siri filem penyiasatan tapi dah tau awal-awal siapa dalang sebenar, mestilah kita akan perhati watak tu dengan lebih teliti. Let's say takde kontroversi tu, aku rasa orang tak peduli pun dua watak tempelan tu. Hello, ini cerita Beauty and the Beast, bukan Gaston and LeFou!
Tapi..tak semua orang tonton secara detail macam aku. So, jangan risau, kalau bawak anak-anak kau tengok, takdenya dia terpengaruh. Setakat lagu 'Gaston', lagu tu takde double meaning pun unless kau memang otak kuning. Pandang dari segi positif, filem ini banyak pengajarannya. Beauty and the Beast mengajar anak-anak gadis yang di luar sana ramai lelaki scumbag macam Gaston yang walaupun kacak dan sado, tapi berhati busuk dan sanggup buat apa saja untuk matlamat kendiri. Pengajaran yang paling aku suka adalah pengorbanan, kasih-sayang sesama ahli keluarga dan taatnya servant pada sang Putera.
Dari segi sinematografi, filem ini begitu indah sekali. Scene yang buat kau rasa nak terbang ke
Sesuatu yang menarik bila aku tengok ada pelakon kulit hitam dalam filem ini. Berlatar-belakangkan sebuah kampung kecil di Perancis kurun ke-18 di mana wanita berpendidikan dan tidak berkahwin pun dipandang serong, logikkah orang kulit hitam ada jawatan penting dalam masyarakat dan bekerja di istana? Adakah tu salah satu revolusi zaman Reinassance atau sekadar kepoyoan Disney? Tapi takpelah, tu nanti aku buat research sendiri dan kalau free aku share dengan kalian. Masalah jugak orang minat subjek Sejarah ni, semua benda dia nak kaji. Huhu.
Yang aku tak suka..that signature yellow dress tu patut boleh cantik lagi. Ni aku tak puas hati. Tapi aku suka baju bunga-bunga Belle scene ballroom last tu. Rasa nak jatuh cinta, tapi tulah takde orang nak jatuh cinta dengan aku. Actually bahaya tulis macam ni. Kang kena komen pedas sedas, padan muka aku. Haha.
By the way unsur-unsur gay tu sebenarnya takdelah menonjol, kalau tak digembar-gemburkan takde sape yang perasan. Tapi tulah, bak kata aku, konon nak tunjuk open-minded dan bangga dengan scene gay tu, maka filem ini menjadi kontroversi. Sedangkan di Barat sendiri, masih ramai yang tak boleh menerima LGBT. Mungkin diorang ni kuat agama. Ya, kalau ikut ajaran orthodox Kristian, LGBT itu haram.
Biarlah orang Barat tu nak bergaduh sesama sendiri, kita yang kat sini patut tahu mana yang patut ikut, mana patut tinggal. Ko yang Islam tu, jangan pura-pura tak tahu LGBT tu haram. Potong anu tu baru tau. Open minded pun ada hadnya, jangan sampai jadi Islam liberal yang menegakkan benda yang salah.
So..patut tonton ke tidak filem ini? Well, kalau korang suka filem fantasi muzikal macam ni, apa salahnya. Memang menghiburkan. Abaikan kontroversi bodoh dan anggap saja ia sebuah fairy tale indah.
Apa pun aku harap ini tak menjadi kenyataan kalau tak akan terjadi kontroversi episod kedua:
https://www.theguardian.com/film/2016/may/03/frozen-fans-urge-disney-to-give-elsa-girlfriend-lgbt
*Grab popcorn*
Thanks for reading!
Kerja dan Mentaliti Orang Kita
Saturday, 28 November 2015
![]() |
Gambar hiasan semata ihsan google |
Apakah soalan yang sesuai ditanya???
A : kerja kat mana?
B : kau anak dah berapa?
C :operate hidung ek? Dulu aku tengok lain...
Aku rasa golongan lahir tahun 80-an macam aku majoriti akan jawab ' A' . Paling subtle dan sopan terutama kawan yang korang tak berapa rapat. Kalau rapat biasa akan cakap, "oi,hidup lagi ngko!".Kan?kan?ala,tak payah berlagak suci kat blog aku ni ha.
Aku pernah mengalami situasi ni. Agak awkward sebab time tu aku takde pekerjaan tetap. Dengan suara kepit macam pondan kena cubit, aku jawab "Petrosains". Reaksi common adalah excited. Ada gak yang mintak tiket free. Typical. Kalau nasib aku baik diorang tak kan tanya "as what?". Sebab mentaliti orang kita suka judge berdasarkan syarikat. Petrosains kan under Petronas, so bagi diorang kalau kau kerja situ kau dah dianggap best la. Tapi kalau ditanya, aku takkan membohong dengan mengatakan aku Eksekutif. Jawapan standard aku "part time je. Tengah cari kerja tetap."
Entahlah,kadang-kadang rasa macam pertandingan pulak. Terutama kalau duduk kat bandar. Semua nak tau kerja apa yang kau buat. Ingat zaman remaja je ada peer pressure?Peer pressure di umur 20-an ni lagi hebat . Tengok kelulusan sape lagi tinggi...Awek sape lagi hot...Kereta siapa lagi dasyat...Laki sape lagi kaya...Bukan senang nak tebalkan muka mengaku kau still jobhunting sedangkan kawan-kawan lain majoritinya dah duduk kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin.
Aku pernah kerja retail. Seronok, sebab tak duduk pejabat mengadap PC 9 to 5. Dapat jumpa ramai orang dan dapat cuci mata sebab kerja dalam shopping complex. Jangan sesekali korang tengok budak-budak kerja retail ni sebelah mata okey. Kalau kena caranya, gaji diorang kalau campur komisen sebenarnya jauh lagi besar dari gaji orang kerja pejabat. Memangla diorang suka naik public transport atau naik motor. Almaklumlah parking dalam shopping complex ni terhad. Kalau yang high-end macam Pavilion atau KLCC, parking mahal pulak. Dengan jammed lagi. Apakan daya aku takde bakat jual barang. Kalau tak, aku teruskan jugak la kerja jadi salesgirl ni.
Tapi cuba kau mention kat sedara-mara atau kawan-kawan yang kau ni kerja buat sales, muka diorang akan berubah. Apatah lagi kalau kau ada kelulusan. Mesti masing-masing akan suruh kau cari kerja lain. Takpun suruh mintak SPA. Atau mintak jadi cikgu. Itulah orang kita. Kerja kerajaan la baru ada kelas. Kerja pejabat la baru cool. Weekend dan cuti umum boleh lepak, ini tak kerja macam bangla nak buat apa. Kalau lelaki plak cuba cakap kat awek yang kau kerja mekanik. Confirm diorang cebik. Diorang tak tau kau ada bengkel sendiri. Tapi cuba cakap kau kerja office. Mesti mak ayah awek tu akan pandang kau sebagai calon menantu. Hakikatnya kau opis boy je.
Seriously aku respect mereka yang ada keberanian nak kerja sendiri. Contohnya berniaga atau buat freelance.Bukan senang sebab kena tanggung risiko. Meniaga ada untung rugi. Ada hasad-dengki. Buat freelance kena depends pada job. Kalau rajin, orang suka kerja kau, banyaklah job. Kalau tak, melopong je la. Bertambah-tambah tahap kekaguman aku kalau yang sanggup teruskan pekerjaan tradisi cam jadi petani or nelayan moden. Tak salah, kerja tu kan mulia. Bagi aku diorang hebat sebab cabaran bukan sikit. Selain tu, kena rajin jugak. Banding dengan orang makan gaji bulan-bulan. Kerja kadang-kadang tak produktif mana, tapi gaji masuk jugak. Aku tak cakap orang, aku cermin diri aku sendiri je.
Aku tak berdaya nak mengubah mentaliti orang. Tak layak pun bergelar 'keyboard warrior'. Pendapat aku, kerja lah apa pun, janji tak melanggar hukum syarak dan hak asasi manusia, buatlah... Bumi Allah ni luas. Rezeki ada di mana-mana.Selebihnya, tepuk dada, tanyalah iman...
Awek kaki bola? Tu semua nak tarik perhatian lelaki je!
Tuesday, 6 October 2015
Tolak tepi pasal Liverpool jap, hari ni nak citer pasal 'Awek kaki bola'. Adakah diorang ni attention seeker? Isu ni dibangkitkan oleh satu admin twitter bola sepak Malaysia. Hot giler topik ni, lagi-lagi bila dibuka untuk wanita sahaja, so ramai lah yang keluar meluahkan perasaan. Sekali-sekala borak ngan rakan-rakan 'senasib' memang syok! Somehow, aku perasan gadis-gadis kaki bola ni ada banyak persamaan. Antaranya adalah:
1. Minat bola sebab pengaruh ayah/adik-beradik lelaki.
Kalau kecik-kecik dah pergi stadium, dah join sekaki tengok bola depan TV, dengar nama-nama pemain bola disebut hari-hari, automatik minat tu akan datang. Bola sepak dah jadi 'special bonding time'. Walaupun hari tu gaduh dengan Abang/Adik, start je match, sama-sama kunyah kerepek depan TV.
2.Minat bola sebab pemain hensem
Dah agak dah kan! Rileks, rileks....maksud aku, biasanya ada sorang pemain ni yang trigger curiosity untuk follow bola sepak, tapi later on kitorang terjebak. Most girls baya aku minat bola sebab David Beckham. Well...Beckham is my first football crush, tapi aku jatuh cinta dengan bola sepak sebab Michael Owen! Walaupun abam Owen dah bersara dan jadi pundit sekarang, well, the football obsession continues!
Aku ada ramai kawan yang hanya tengok bola time major tournament macam World Cup, Euro atau Copa America. And of course lah game yang ada pasukan Malaysia macam Piala AFF Suzuki atau Sukan SEA. Diorang tak follow liga kelab sebab bagi diorang, kelab ni mostly about money. Kesetiaan boleh dibeli dengan duit, tak macam main wakil negara. Diorang ni kerap digelar 'attention seeker' atau 'tiba-tiba nak minat bola '. Just because diorang tengok bola 2 atau 4 tahun sekali, tak bermakna diorang tak tahu apa-apa! Diorang cuma tak minat liga atau kelab. Korang ni fikiran sempit lahh!
4.Tak berapa pandai bab taktikal
Guilty! Tak ramai peminat perempuan speaks tactical language fluently.
5.Team saya sokong saya tahu lah..
Itu perkara biasa. Tahu tak orang perempuan ni banyak benda nak fikir. Kalau nak absorb pengetahuan pasal semua kelab dan semua pemain, kat mana kitorang nak simpan info pasal kat mana shopping best, gosip artis dan ilmu rumahtangga. Like I said to a friend once- Mungkin saya tak tahu banyak pasal bola, tapi saya tahu pasal Liverpool. Kesian peminat bola perempuan ni, kalau tak kenal certain pemain terus akan kena condemn, "kata minat bola, .... pun tak kenal!" Ceh, kalau kelab tu kitorang minat, nama budak bancuh sirap pun kitorang tahu lah!
6.Kami bukan lalang!!!
Logik la kan, liga ada banyak. Walaupun sokong kelab Inggeris, bila tengok Liga Itali kenalah sokong kelab dari Itali. Bila team kita suka tak layak ke UCL, kita sokong lah team yang masuk. Kalau team yang kita sokong masa World Cup dah tersingkir awal, support team lain yang masih bertanding. Kejadah apa dah tersingkir kau still berharap team tu jadi juara pulak! Tengok Euro, takkanlah nak cakap sokong Argentina walaupun kat rumah ada poster Messi sebesar pintu. Sah-sah orang kata kau fail geografi.
Takpelah awek-awek bola... Kita sendiri tahu diri kita. Nak tarik perhatian atau truly into the sport. Kita sendiri boleh rasa..bila sejam setengah yang kita spend untuk satu game tu, mampu buat kita lupakan segala masalah and just enjoy the moment. Kita sendiri faham, macamana result sesebuah perlawanan mampu buat kita senyum, atau monyok mengalahkan orang putus cinta. Kita sendiri pernah rasa serba-salah dengan kawan-kawan, bila kita sanggup tak nak keluar malam Sabtu, sebab ada 'game penting'. Kita pun tahu, kalau tak betul-betul minat, takkanlah kita sanggup berjaga malam dan menguap sepanjang hari kat kelas/tempat kerja. Tapi pastu malu nak ngaku tak cukup tidur sebab bola. Yelah, takut kena perli "Sanggup tak tidur nak tengok six pack Cristiano Ronaldo ye...". Pfffft!!!!
Jaga diri, jaga peribadi, girls! Love what you do, do what you love!
So..pendapat korang? Korang rasa awek kaki bola ni attention seeker ke? Awek-awek kaki bola ada pendapat sendiri nak share? Feel free to let me know...Jangan risau, sebab aku ni pandai cakap je, sepak bola pun tak kena. Lol!!!
Alahai Khairy Jamaluddin!
Tuesday, 11 August 2015
Reaksi aku? Aku gelak je. Sebab aku faham maksud dia. Mungkin dia samakan PAS dengan Liverpool sebagai team yang tiap-tiap tahun cakap diorang akan menang, tapi tak menang pun. Bab PAS aku tak nak komen, karang blog kena ban.
Tapi tu aku lah...yang open minded. Yang follow bola sepak England. Tapi cmane kalau yang tengok video tu orang yang cepat melatah. Yang mudah salah faham. Kot dia tak follow bola dan automatik fikir negatif. Or worse, jenis yang suka amik kesempatan. Yang suka amik peluang macam ni untuk bash. Dalam keadaan negara macam ni, menteri tak boleh silap cakap, automatik orang akan quote dia dan jadikan tu peluang nak menghentam.
Well..the damage is done! Dah terlepas cakap kan. Dashyat jugak YB sorang ni kena perli. Peminat-peminat bola memang suka isu macam ni. Buat 'gaduh - gaduh sayang'. Bukan diorang marah sangat pun. Tapi ada gak yang marah betul. Tapi contoh bawah ni aku suka. Smooth je dia balas. Hehehe.
Bola sepak ni kalau semua suci murni, puji puja takde bahan membahan pun bosan jugak. Pendapat aku, tak tahan banter, jangan tengok bola! Simple! Team aku kalah kau bahan, tapi bila kau kalah, redha jelah aku balas balik. Tapi jangan sampai sentuh isu sensitif. Bola sepak ni hiburan je. Nak gaduh maki-maki tu kenapa. Yang kaya, dapat nama, player! Malaysia dah macam ni, tak patut kot nak gaduh sebab bola sepak.
Perenggan akhir ni untuk bacaan rakan-rakan Liverpool je! Aku tak bertanggungjawab kalau penyokong team lain baca dan timbul rasa meluat. Dan aku juga tak bertanggungjawab kalau korang yang tak tengok bola, rasa pening-pening lalalat lepas baca. Hahahaha.
OK Kops... tenang-tenang sudah. Kita kan jiwa kental! Kalau rasa nak marah, meh kita tengok balik gol long range Coutinho yang marvelous tu. Misi balas dendam 6-1 berjaya! Walaupun jantung nak gugur tengok serangan Stoke bertalu-talu, kesian tengok Benteke terkial sorang-sorang kat depan, rindu kelibat Steven G, panik tengok Mignolet dan Skrtel ; tambah dengan rasa geram ngan BR sebab Firmino dan Can lambat masuk, yang penting adalah kita beroleh kemenangan yang pertama! Harap berterusan untuk perlawanan seterusnya. Ini kalilah! Eh, tak boleh guna quote tu, sensitif. Next year will be our year!!
Jalan jam nak arwah, aku sempat update blog dalam bas on the way ke stesen LRT. Korek la lagi jalan-jalan kat KL ni! Kitorang memang suka!!!!!
Otak yang mengawal perut
Friday, 10 July 2015
Dah memang orang perempuan ni Allah beri keistimewaan, 'cuti khas' setiap bulan. Tapi bila bulan puasa, cuti khas tu buat ramai yang tak puas hati. Lagi-lagi kalau cuti khas tu datang di hujung-hujung Ramadhan. Acah-acah lah konon kalau dia tak datang bulan nak bangun malam buat tahajud, padahal tak pun. Aku lah tu.
Isu yang aku nak highlight ni adalah tentang daya tahan lapar yang tetiba ghaib. Serius! Selama berpuasa, perut tu OK je, tapi bila tak boleh puasa, mak aih, urat macam ditarik-tarik. Dipintal-pintal. Seharian berkeroncong. Aku lah tu.
Secara saintifik, bila seorang perempuan sedang period, dia kehilangan banyak air dan zat besi dari badan. Tu sebab dia letih dan kekurangan tenaga. So, orang lelaki janganlah kata perempuan tengah period ni tetibe mengada-ngada tak boleh tahan lapar, itu keperluan biologi dia.
Yang pasti, 'puasa' tu ada berkatnya sendiri. Niat dah mengatakan 'Aku berpuasa kerana Allah Ta'ala'. Kau buat sesuatu kalau demi Allah Ta'ala, memang Dia akan bantu kau. Lagi satu, berkat sahur. Aku kalau tak puasa memang tak lah nak bangun sahur. Kalau ada pun, takat kejutkan Mak or Adik, then lena balik. Tak ada nya nak makan kurma ke, nasi lagilah tak. Untuk mengelakkan lapar, aku akan sarapan dulu before keluar gi kerja, but then sebelum kul 12 dah lapar balik. Wah, apakah! Kalau puasa ,boleh je tahan sampai petang walaupun makan sejemput nasi pada pukul 5 pagi.
Perut ni berkait dengan otak. Kalau otak tahu kau boleh makan, dia akan suruh perut mintak makan. Tak percaya cuba korang pergi ke negara yang susah nak cari makanan halal. Aku sendiri masa kat Australia, tahan je makan sehari dua kali. Cuba kalau kat Malaysia, tiap 4 jam mintak diisi! Mengada kan, sebab dia tahu dia boleh.
Macam kau tengok orang miskin yang dah biasa berlapar. Dalam otak dok fikir, cmanelah diorang survive. Hati tu memang kesian, tapi sampai situ jelah. Bila kau sendiri berpuasa, baru faham kesusahan orang lain. Baru tau, selama ni dok mewah dengan makanan. Bila dah lapar, baru otak boleh fikir, hati boleh merasa. Selama ni kita biarkan hati mengawal perut.
Selamat mengejar malam-malam terakhir Ramadhan.
of Charlie Hebdo and Islamophobia
Monday, 12 January 2015
- a term for prejudice against, hatred towards, or fear of the religion of Islam, Muslims, or of ethnic groups perceived to be Muslim.
12 Died in Attack on Paris Newspaper Charlie Hebdo
But let me tell you, berita ni ditulis oleh The New York Times, surat khabar Amerika, so tak perlulah percaya seratus peratus.
Tragedi ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. One side akan cakap pasal Jihad, the other akan cakap yang Islam tak menggalakkan keganasan. Dua-dua pendapat pun ada betulnya. Yelah, orang hina Nabi Muhammad s.a.w, takkan umat Islam nak diam je. Ironinya, tragedi ni terjadi beberapa hari selepas sambutan Maulidur Rasul. Yup, for them yang menembak tu, mungkin itu caranya diorang tunjuk yang diorang sayangkan Nabi Muhammad s.a.w. Kononnya lah kan..
Bagi orang barat, 'gurau kasar' macam ni perkara biasa. Diorang 'bahan' pemimpin diorang, pemimpin negara orang lain, even Pope diorang sendiri pun boleh jadi bahan komedi.Apatah lagi icon agama orang lain, lagilah diorang selamba tok nek dia je.
Tragedi tembakan ini telah meniupkan sentimen Islamophobia di Perancis. Perancis is one of the very few negara Barat yang sangat tolerant kepada penganut agama Islam, selain dari Jerman. Aku tak pernah pergi sana, tapi itulah yang aku baca. Betulkan aku kalau aku silap. Tengok jelah dalam arena bola sepak France, ramai pemain beragama Islam macam Zinedine Zidane, Karim Benzema, Samir Nasri dan Eric Abidal mendapat layanan sama rata macam pemain beragama lain.
Sejak tragedi WTC - 9/11, umat Islam mula dipandang serong oleh sebahagian besar penduduk dunia. Tak percaya, korang tengoklah filem 'My Name Is Khan'. Tak semua filem tu seratus-peratus fiction, ada kebenaran yang terselit kalau kita cuba kaji. Korang pernah tengok 'Iron Man 3'. Dalam filem tersebut, ada pengganas bernama 'Mandarin', memiliki persona ala Osama bin Laden. Mandarin telah mencetuskan kekecohan dengan mengebom beberapa tempat dan media terus mengaitkan dia dengan Al-Qaeda, so-called pengganas Islam dan whats not. Rupa-rupanya, 'Mandarin' tu hanyalah seorang pelakon, watak rekaan penjahat orang putih. Thank you, Marvel, for sending the message.
Berkali-kali umat Islam cuba nak beritahu dunia yang agama kita tak menggalakkan keganasan, kita cintakan keamanan, kita ni tolerant, tapi setiap kali pun hujah kita ditolak mentah-mentah. Yang peliknya, berjuta-juta umat Islam dibunuh di serata dunia, tak pulak pemimpin dunia nak bertelagah pasal tu. Takde siapa nak bela nasib diorang, harapkan saudara seagama yang kadang-kadang leka dengan hal dunia diorang sendiri.
Berbalik pada cerita Charlie Hebdo tadi, peristiwa ini telah menimbulkan isu 'kebebasan bersuara'. Tapi kalau kau tanya aku, memang tak patut kita buat lawak pasal agama orang, walau macamana open-minded sekali pun kita. It's just so dead wrong, (pun intended)!
Sewaktu tragedi tebusan di Sydney, Australia, ada orang tanya aku, orang Aussie racist tak? Tak berani lah nak cakap, sebab aku ke sana sekejap sahaja. Tapi ada ramai je orang Islam di Australia kan...takdelah pulak dengar cerita yang bukan-bukan. Just that, pengalaman aku sendiri, hari terakhir aku di Sydney, rata-rata surat khabar Sydney sedang heboh pasal gerakan ISIS. Kau bayangkan, walking around in airport with your tudung on, and people are stealing glances at you. One kid, aku jumpa dalam toilet nampak sangat takut bila nampak aku, aku terpaksa keluar sebab takut jadi drama sebabak di negara Koala tu.
Apa-apa pun, bagi aku, 12 orang yang terbunuh tu doesn't deserve that! So not..diorang ada ahli keluarga dan mungkin diorang takde kaitan pun dengan kartun yang disiarkan tu. In fact, one of them merupakan seorang polis beragama Islam. Al-fatihah and Rest In Peace, officer Ahmed Merabet.. Baca sini . My condolences to the affected families and for the people of France. Aku faham kemarahan golongan ekstremist tu, tapi tindakan diorang hanya memburukkan nama Islam di mata dunia yang memang tunggu peluang kita buat silap macam ni.
Tak semua non-muslim tu Islamophobic. Most of them just nak hidup aman tanpa perang, macam kita jugak. Ada non-muslim yang baik, dan ada muslim yang jahat. Islam is a perfect religion, yang tak perfect adalah penganutnya. Islam bukan agama keganasan. Membunuh merupakan salah satu antara dosa-dosa besar. Nabi Muhammad s.a.w sendiri seorang yang berhemah tinggi, tak melenting apabila dihina dan dicaci. Bahkan baginda melayan musuh Islam sampai mereka sendiri malu dengan keperibadian Rasulullah s.a.w. Tapi, entahlah...macam payah je kan nak bagi diorang faham? Just that, hati-hatilah... Wallahu'alam.
Banjir - bukan soal bersedia atau tidak
Friday, 26 December 2014
Tapi banjir kali ni bukan calang-calang. Hampir seluruh Kelantan ditenggelami air. Hati aku sendiri dirundung resah sebab Mak, Abah dan kakak aku anak-beranak semua berada di Rantau Panjang. Walaupun kawasan rumah diorang berada sekarang ni air hanya takat-takat betis, tapi kemungkinan air naik itu ada. Petang tadi parents aku kononnya nak ke airport, nak balik KL naik flight, sebab tu je alternatif terakhir. Malangnya nak meredah ke airport pun tak lepas. In fact, Pengkalan Chepa tu sendiri dinaiki air. Cuma kawasan airport tak terjejas sebab di kawasan tinggi.
Aku minta mereka stay saja kat sana. Risiko memandu dengan tanah runtuh di sini sana. Tapi, sampai bila? Kalau pun mak ayah aku lepas balik KL naik flight, kakak dan abang ipar aku anak-beranak cmane? Mana dengan anak-anak sedara aku yang masih kecil. Ya Allah, risaunya aku sekarang ni, Tuhan saja yang tahu!
Bila jadi banjir, antara yang menarik perhatian adalah ahli politik. Terbaca satu sharing di FB yang aku rasa sangat relevan. Ahli politik kalau tak turun dikata tak perihatin. Kalau turun dikata memancing undi. Serba salah kan? Tapi tulah harga yang diorang perlu bayar bila dah berjanji nak berkhidmat untuk rakyat. Tapi ada gak yang berkhidmat dengan ikhlas. Memanglah nampak diwar-warkan media sebab memang tugas reporter dan photographer untuk snap dan report berita-berita macam tu.
Bab ni aku tak nak komen sangat tapi kadang-kadang aku tak kenan gak diorang turun, terutama yang kekwat tu. Bila diorang turun, mesti heret bodyguard dan pada masa yang sama, bodyguard diorang bertanggungjawab memastikan YB diorang ni selesa. Dah kata keadaan macam tu, nak selesa cmane plak! Tapi tak semua. Kan ada perumpaan.ikhlas tu umpama semut yang hitam, di atas batu yang hitam, di tengah malam yang gelap. Dia ikhlas atau tidak, tu antara dia dengan Tuhan. Kau siapa nak persoalkan. Letak kejap perbezaan politik kat tepi please...
Lagi satu aku menyampah - heret hal kenegerian dalam bab banjir. Ada a few macam tu. Nak share something aku baca dalam FB. Seorang budak, yang kononnya dari negeri Johor, kata banjir Pantai Timur ni sebab diorang banyak dosa blablabla. Pastu ada plak orang-orang negeri Johor yang komen 'mintak maaf, kami tak macam tu, dia seorang je...' blablabla. Soalan aku : Apasal kita pulak nak mintak maaf? Admin page tu yang patut mintak ampun dengan Allah sebab bila dia share screenshot status macam tu, dia saja nak orang bergaduh.
Banjir..pun orang boleh ambil peluang nak timbulkan sentimen kenegerian. Orang-orang macam ni memang mintak kena rendam dalam Sungai Golok!
OK, sabar Sal sabar...agak emo di situ ye... Maaflah, aku risaukan mereka. Bukan setakat ahli keluarga aku, tapi semua rakyat Malaysia yang terjejas.
Bila baca berita pasal banjir, rasa nak nangis. Memang bukan mudah, tapi ada gak complain tahap kecekapan pasukan keselamatan. Patutnya kita doakan keselamatan diorang. Ingat tugas diorang semudah tugas kita duduk depan monitor, tekan-tekan keyboard?
Banjir, ini bukan soal bersedia atau tidak. Ini musibah Allah..hebat mana pun persediaan awal kita, kita hanya manusia.
Kalau tak mampu membantu, jangan burukkan keadaan. Teruskan berdoa untuk mangsa banjir. Kasihan pada yang anak-anak kecil, orang tua, kaum wanita. Duduk bersesak-sesak. Makan cmane, aurat cmane. Sayu hati nak bayangkan. Yang berlindung di bukit-bukit entah macamana lah..takde bumbung apatah lagi dinding. Yang dekat hospital tu pun sengsara. Bukan senang petugas nak bertugas kalau ketiadaan elektrik. Semoga Allah beri mereka kekuatan dalam menghadapai cabaran kali ini.
Soalan utama, lepas banjir ni surut, lepas bencana ni reda..adakah kita akan kembali leka? Allahu..aku juga pendosa macam kalian, cuma dosanya berbeza.
2014.. tahun yang perit untuk rakyat Malaysia. Pun kenapa kita masih tak sedar lagi?
Isu Boikot - jom nilai diri sendiri
Wednesday, 6 August 2014
Tapi kan...aku sebenarnya ralat dengan diri sendiri. Selama ni aku boikot, tanpa mengajak kawan-kawan aku join sekaki. Bila ada yang mengajak, aku mengelak dengan beri alasan - fast food cholestrol tinggi, aku jaga badan dan perut Melayu aku hanya boleh kenyang dengan makan nasi. Sekali dua, aku tergelincir jugak. Ada sekali, aku travel ngan kawan aku dan since tu je tempat makan yang diyakini halal, aku pun order Filet-o-fish favourite aku walaupun rasa bersalah. Lagi sekali, masa ada kawan baik aku ajak lepak McD. Bodohnya aku tak ambil kesempatan tu untuk educate diorang. Aku hanya order hot chocolate dan berusaha menahan lapar tengok orang sekeliling mengunyah fries dan burger. Terbayang-bayang wajah anak Palestin menangis sambil tengok kitorang makan.
Sampai ke hari ni aku still menyumpah diri aku sendiri sebab tak ajak orang-orang sekeliling aku boikot sekali. Mungkin kerana aku takut dituduh berlagak baik maka aku ambil inisiatif berdiam diri dan cuba jaga hati kawan-kawan. Lagipun, aku malu sebab walaupun aku tak makan McD dan tak minum Starbucks aku masih menggemari produk Nestle. Hari-hari aku melantak Nescafe' dan Milo.. Kalau mi segera, aku mesti pilih Maggie. Skincare Garnier pun aku pernah guna.
Itu cerita dulu..Aku akui kesilapan diri aku. Kalaulah masa boleh diputar...
Sekarang isu boikot dah jadi viral. Aku dah boleh senyum senang tengok kawan-kawan aku yang dulunya fanatik McD, nak guna wi-fi McD pun fikir dua kali sekarang ni. Aku harap diorang maafkan aku sebab tak pupuk kesedaran dalam diri diorang. Dan aku harap umat Islam Palestin maafkan aku jugak. Adeh!
Tetibe dengar cerita yang McD nak bagi burger free berhampiran masjid sekitar Kuala Lumpur, Jumaat ni. Risau lak aku dengar. Bukan aku risau kawan-kawan aku makan McChicken tanpa mengajak aku, tapi aku risau kot ada yang bikin kecoh nanti. Iyelah, orang Malaysia ni pelik-pelik. Kot ada yang mengaruk buat demo pijak burger ke, maki pekerja-pekerja McD berbakul-bakul ke..Tak ke haru.. Yang buruk nama nanti orang Melayu, orang Islam. Macam dok demo kat depan restoran McD tu.. apa kes?
Pastu ada pulak yang skeptical pada kempen ni. Ada yang kata "Ala, sementara je tu.." Ce fikir positif sikit, support each other, doakan supaya istiqamah..kan tu lagi bagus? Nanti ada yang dah semangat nak boikot, tetiba tak jadi. Macam kes ada orang ni komen kat FB "Bangsa lain mesti tak boikot sebab diorang sokong Israel." Kan statement macam tu menunjukkan yang kau racist? Nak je aku share artikel INI tapi kang kata aku nak cari populariti pulak sebab komen tu kat page FB yang beribu pengikutnya.
Aku harap, dalam kita dok sakan boikot sana sini, kita tak lupa yang Israel lebih takut tengok umat Islam bersatu hati. Tegakkan Islam dalam diri sendiri dulu sebelum nak tegakkan Islam di dunia. Semoga boikot dan doa kita berterusan walaupun kita tengok keadaan dah reda. Sebab Zionis ni bukan boleh caya sangat.. kata je tentera berundur la, gencatan senjata la, dia tengok kita leka esok, dia ulang balik cycle yang sama.
Ingat, kita nak runtuhkan ekonomi mereka, bukannya akhlak kita.
Wallahu'alam.
Nota kaki : Aku ada keluarga dan kawan baik yang kerja di HP dan Motorola..huhuhu.
Mengharapkan non-Muslim sokong Palestin
Tuesday, 29 July 2014
Aku tak hingin pun nak bukak page milik Israel tu! Entah ye entah tidak gamba ni ori. Entah-entah edit supaya rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri.
Tapi kalau betul lah ada..korang rasa kenapa ada pulak orang Malaysia yang sokong Israel ni? Tak tau sejarah ke takde hati perut?
One thing aku perasan kat Malaysia ni, bila ada orang share gambar kekejaman tentera Zionis akan keluar statement-statement ni..
"Kafir laknat, siap-sedialah kau!"
"Sial punya Yahudi, kafir laknatullah!".
"Dasar kafir! F*** youla!"
First thing first..kafir tu apa? Kalau dari segi bahasa, kafir itu maksudnya ingkar. Dari segi tauhid, means dia menolak Allah sebagai tuhan. Dari segi senang faham, kafir tu maksudnya bukan Islam.
Kalau dari kaca mata bukan Islam, bila kau tulis macam tu, kau seolah-olah memaksudkan diorang sekali. Kan lagi sesuai guna istilah Zionis atau Israel. Kau bayangkan cakap macam tu depan kawan kau si Ah Chong atau Muthu, agak-agak apa diorang rasa?
Aku bukan nak menangkan orang agama lain ke apa, tapi sejujurnya aku kurang berkenan bila kita suka 'melabel' secara keseluruhan. Mungkin diorang kafir, tapi jangan kita lupa..
Ada rakyat UK yang bersungguh boikot produk Israel sampai ada company terpaksa menutup perniagaan mereka. Berita lanjut baca di SINI
Ada gadis Amerika yang menyoal Presiden sendiri secara point blank tentang umat Islam yang dibunuh saban hari.
Ada gadis Sepanyol membuat demo dengan berbaring di Hall of Fame, Hollywood menyindir pembunuhan rakyat tak berdosa di Palestin.
Ada rakyat Brazil, Chile, Jepun, Belanda, Germany dan ramai lagi yang berarak di jalanan bersolidariti untuk Gaza.
Tak guna pun kalau umat Islam je yang boikot produk Israel. Nak lagi effective, biar semua boikot regardless of religion. Biar satu Malaysia ambil tahu sejarah konflik Gaza-Israel. Tengok jelah tragedi MH17, MH370 dan pelbagai siri bencana alam di Malaysia mahupun negara lain. Rakyat Malaysia tak pernah lokek dengan simpati dan derma. Hebatnya rakyat negara kecil ni, walau berbilang kaum dan kepercayaan namun tekad bersatu hati atas nama kemanusiaan. Moga kita dapat capai kesedaran sebegitu hebat untuk Gaza.
Buat saudara-saudaraku di Palestin, bertabahlah. Moga Allah beri ganjaran syurga untuk kalian. Di saat orang lain bergembira di Aidilfitri, air mata dan darah syuhada kalian terus tumpah di tanah Masjidil Aqsa. Teruskan perjuanganmu briged Al-Qassam. Semoga Allah akan membantu kamu Maafkan kami kerana sering leka dan melupakan kamu dalam kesibukan urusan dunia kami.
*autopublish*
Gaza dibom? Ini semua salah World Cup!
Friday, 11 July 2014
Assalamualaikum..
Rasanya tak payah cerita lagi. Melainkan korang duduk dalam gua, mustahil korang tak tau yang Gaza dah 3 hari berturut-turut diserang rejim Zionis. Kononnya nak sasarkan pejuang Hamas, roket-roket Israel dihalakan ke rumah-rumah orang awam. Orang awam yang senjatanya hanya kayu, batu dan semangat mempertahankan tanahair yang tak pernah luntur. Angka syahid makin meningkat setiap detik.
Menyerang Gaza pada bulan Ramadhan adalah tabiat buruk Zionis dari dulu lagi. Dasar pengecut memang macam tu, mengambil kesempatan sebab mereka sangka rakyat Palestin tidak berdaya kerana berpuasa.
Mungkin suratan,kebetulan, atau memang dirancang, Piala Dunia FIFA 2014 pula sedang berlangsung dan makin hangat sebab dah nak sampai ke hujung. Maka bertebaranlah keyboard warrior sana-sini yang mengutuk orang-orang yang menonton World Cup sebagai lalai, leka, hanyut dengan agenda Yahudi dan apa-apa lagi. Jujur, aku sentap dengan kenyataan diorang. Erm..memanglah kitorang yang tengok bola ni dok bersorak bagai kat depan TV, yang tak tengok tu dok solat tahajud ke tiap-tiap malam? Yang mengata tu, ada ke ambil peduli sebelum ni? Ke korang pun macam baru tersedar dan cakap dengan diri sendiri "Haahlah, aku pun dah lama tak ambil port pasal Palestin..".
Berhenti tuding jari pada orang lain untuk tutup kesalahan sendiri!
Sendiri pun guna produk yang menyumbang kepada Israel, sendiri pun malas nak solat berjemaah, sendiri pun kedekut nak derma duit ke jalan Allah, sendiri pun malas nak berdoa.. Copy paste doa dekat FB beria-ia, tapi bacanya tidak. Perli orang lain memang senang dan nikmat, kan?
Oklah, , untuk kaki bola semua, baca panduan di bawah ni untuk bersihkan balik reputasi yang tercemar...
Gunakan medium yang disediakan Mark Zuckerberg ni untuk ambil tahu sebanyak mungkin tentang apa yang berlaku di sana. Like page macam Viva Palestina , GazaTVNews dan Aqsa Syarif . Ambil tahu adalah langkah pertama untuk ambil peduli. Hulurkan sedikit wang yang ada. Doa dan terus berdoa, kerana itulah senjata utama orang Islam. Ingat Israel tak tahu yang doa orang berpuasa sangat mustajab? Diorang tahulah..tapi kenapa diorang masih berani nak serang Palestin di bulan penuh barakah ni? Diorang tak takut ke umat Islam buat solat hajat ramai-ramai, baca qunut Nazilah di setiap solat agar mereka dihancurkan? Diorang tak risau ke tiba-tiba umat Islam bersatu hati solat Subuh berjemaah sampai masjid melimpah ruah?
Tanyalah diri sendiri kerana jawapan tu ada pada kita, bukan di tangan Hitler.
Jangan persoalkan kenapa negara-negara Arab lain tak bantu mereka. Kekayaan yang ada terus disimpan untuk membina hotel-hotel mewah dan trek lumba kereta. Sebab Amerika dah 'pegang' semua negara di dunia. UN dan OIC hanyalah hiasan. Masing-masing takut cakap banyak, nanti negara sendiri yang jadi mangsa. Setakat selfie sekeping dua, tak menjadikan seseorang itu best friend Mister Presiden.
Sekarang dok viral gambar Lionel Messi dan Neymar Jr. dekat 'Wall' Yahudi vs Cristiano Ronaldo memegang kertas bertulis 'Free Gaza'. Aduhai peminat bola sepak, korang dah kena kutuk nak tambahkan lagi ke dengan bergaduh benda-benda macam ni?
Aku akui, memang kehadiran Piala Dunia agak melalaikan, tapi bukan ke dari dulu lagi Yahudi dah menjajah minda kita dengan hiburan, seks dan sukan. Takde sape letak senapang kat kepala kita dan paksa kita ikut diorang. Kita buat pilihan kita sendiri.
Tapi untuk menuduh kaki bola leka dengan Piala Dunia sampai tak nampak penduduk Gaza sedang disembelih Zionis adalah perbuatan melabel orang lain untuk tunjukkan diri sendiri lebih perihatin.Tak kisahla orang tu suka bola atau tidak, tapi manusia yang ada hati perut sepatutnya tahu apa yang Israel buat melanggar hak asasi manusia. Tak kisah la apa agama dia. Kalau dia masih mampu buat-buat tak tahu sekarang ni, mungkin dia memang spesis takde perasaan.
Apa-apa pun, terharu tengok orang bukan Islam memperjuangkan hak warga Palestin. Moga Allah kurniakan hidayah Islam kepada mereka.
Kita nampak tragedi menimpa Gaza sebagai dugaan buat mereka di Palestin. Sebenarnya dugaan tu untuk umat Islam lain. Sejauh mana kita ambil peduli dengan saudara seagama. Apa iktibar yang kita dapat dari nasib mereka. Mereka di sana dah pasti mati syahid. Anak-anak kecil tak berdosa dah tentu ahli Syurga. Kita?
Aku harap, lepas isu ni reda, lepas gambar profile FB 'Save Gaza' bertukar kepada selfie pakai baju raya, kita masih sudi menitipkan doa untuk saudara-saudara di Gaza, Mesir dan serata dunia. Pesanan ini untuk diri sendiri juga.
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari aku. Aku yang sama macam korang, leka dengan dunia.
Maaf kalau ada yang terasa. Wallahu'alam.
p/s : Entry ini diedit sedikit seminggu kemudian kerana ada point tak sempat nak highlight kali pertama taip.