Thursday, 20 November 2014

Part 1 - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Assalamualaikum semua..Sekarang ni musim konvo kan? Seronok tengok adik-adik ramai yang dah berjaya menamatkan pengajian. Maunya tak happy, penat kot belajar. Tapi bila dah settle bab belajar, kena cari kerja pulak. Tension!!! Cmane nak bersaing dengan lambakan graduan kat luar sana tu kan.. nak bayar PTPTN lagi..nak kumpul duit nak kahwin lagi. Eh..

Bila tengok ramai yang stress dok cari kerja, tetibe aku teringat kisah aku sendiri. Dulu aku pun cam diorang jugak. So, aku nak cerita lah kat sini. Kot ada yang nak baca, silakanlah. Kecik tapak tangan, ruangan komen aku tadahkan. *.*

Imbas kembali...

Before this, aku kerja sambilan di Company X. Aku dibayar gaji hari. Ada kerja, adalah gaji. Gaji tak besar , semua part timer dibayar sama, lantaklah kalau kau ada PHD sekalipun. Tapi aku suka kerja situ. Suka environment dan orang-orang dia. The best part adalah, aku berpeluang kerja dalam industri melibatkan bidang yang aku belajar kat universiti dulu. Tanyalah mana-mana graduan, semua pun nak bekerja dalam bidang yang sepadan dengan jurusan yang diambil. Kalau tidak, takde maknalah penat lelah datang kuliah dan buat assignment segala. Tu belum campur berjaga malam dan melayan karenah lecturer yang pelik-pelik. Zaman kolej/ universiti memanglah best, kalau tolak bab belajar!


Satu hari, aku terbaca iklan jawatan kosong kat papan kenyataan Company X. Aku apply, tapi malangnya aku hanya lepas interview stage pertama. Aku kecewa, tapi aku masih boleh hadam kekecewaan tu sebab panel penilai bukanlah orang-orang yang kerja dengan aku. Mungkin diorang tak tahu kebolehan aku. Mungkin ada kesilapan aku semasa interview. Mungkin calon lain lebih layak. Mungkin ada peluang kedua untuk aku. Mungkin, mungkin, mungkin...

Sekali lagi ada iklan jawatan kosong, tapi position lain. Peluang kedua tiba, aku tak lepaskan.  Aku polish up resume, practise harder untuk interview, tapi masih sama macam kali pertama. Aku gagal lagi. Time ni dah start fed up. Aku mula mengintai peluang di luar. Ada gak interview kat company lain, tapi tetap hampa jugak.

Tuhan saja tahu betapa down dan loser aku rasa. Bila  jumpa dengan geng-geng lama, terasa nak menyorok bila diorang tanya "Kau kerja mana?". Malu kot nak mengaku yang kau kerja dengan gaji bukan tahap yang selayaknya. Tapi aku bersyukur, at least aku ada gak kerja walaupun bukan kerja tetap. Tapi aku paling frust bila kawan-kawan dalam Company X sendiri yang tanya "Kenapa tak apply permanent kat sini?". Nak je cakap "Aku dah apply, tapi diorang tak nak amik, aku nak buat cmane!." Bengang pun ada jugak.


Kali ketiga aku terbaca iklan jawatan kosong kat Company X, aku apply lagi. Kali ni, position idaman aku! Tak sure sama ada aku ni manusia yang tak reti putus asa, ataupun manusia tak tahu malu. Apatah lagi bila kawan-kawan dan ahli keluarga persuade aku, so jadilah bersemangat. Alang-alang kat tempat lain pun tak terima aku kan. Apa salahnya mencuba! Well..guess what? Aku lepas stage pertama dan stage kedua sahaja. Kandas lagi. Orang lain yang dapat jawatan tu.

Sedih? Maunya tak! Rasa fed up nak mengadap orang-orang Company X. Ramai yang bersimpati, tapi apa je diorang boleh buat.Ini keputusan HR dan orang atasan. Company X ni company besar, aku faham bukan senang nak tembus. Aku mula melupakan impian nak kerja kat Company X. Lagipun hati tu sebak bila tengok staf baru yang dapat jawatan yang aku nak tu. Pernah sekali, aku sedih sangat sampai aku gi toilet menangis sorang-sorang. Sedih, malu, rasa useless, semua bercampur. Tapi saja buat-buat cam tak kisah. Walhal dunia cam nak terbalik. Ikutkan boleh je cari part time tempat lain, tapi entahlah..cam ada sesuatu yang buat aku terus melekat kat Company X. Half part ego, half part degil! Memang tak reti bahasa dia ni!

Sejak dari tu, aku makin rajin ke Career Fair dan menyelak iklan kerja kosong. Aku jadikan kekecewaan tu pemangkin untuk aku move forward. Ikutkan memang nak putus asa dah. Yelah, tak ada pun yang respon positif kepada resume-resume yang aku hantar tu.


Sampailah suatu hari time aku sedang bekerja macam biasa kat Company X, ada permanent staff approach aku dan bagitau yang diorang nak buat restructure. So, jawatan idaman aku tu akan ada kosong tak lama lagi. Aku mula berbelah bagi nak apply ke tidak. Bila aku discuss dengan rakan-rakan sekerja ramai yang kata kali ni aku conform akan dapat. Hati aku dah tawar sebenarnya, tak nak harapan palsu lagi. Tapi orang kata, tak cuba tak tau kan?

Kali ni aku tekad..jawatan idaman aku tu memang akan jadi milik aku. So, aku pun update resume aku (yelah, takkan nak hantar yang sama) dan hantar dengan hati yang berdebar. Lama jugak aku tunggu, sampailah satu hari dapat panggilan telefon yang tak diduga...


*bersambung....*

34 comments:

  1. wow,menarik ni..boleh buat cerpen..eh, silap2 novel ko dik (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen je kot..next entry saya sambung, Inshaallah

      Delete
  2. akak tunggu happy ending ya Sal..

    ReplyDelete
  3. Betul tu, pengalaman yg amat mahal tentunya

    ReplyDelete
  4. Pandai pula adik buat cerita suspens noooo... tengah syok-syok baca dia stop sambung part 2 pula, hehehehe... Apa pun yg penting dalam hidup ni jangan putus asa. Cuba tanya orang berjaya, itulah key nya... tak pernah rasa putus asa kerana Allah sentiasa perhatikan kita. Rasanya cerita part 2 tu saya dah agak apa akan jadi.... rasanya berjaya kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nak tau kena tunggu.bukan tak nak habiskan, tapi hari ni banyak kerja..mungkin malam baru berpeluang mengarang.tunggu...

      Delete
  5. Good lone Sal..Actually inilah dilema sebenar graduan. Masa belajar stress nak score. Habis belajar stress nak cari kerja. Alhamdulilah kita tak ada problem ni. tapi kita tau ramai yang ada...Yang penting kena bersedia dan jangan patah semangat..looking forward to sequence..he..he.

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan segala urusan yer...insya Allah, semoga ada rezeki awak disitu...yang penting, jangan mudah putus asa dan patah semangat...

    ReplyDelete
  7. errkkk.. bersambung pulak tetiba.
    hahahaha.
    cepat sambung!

    ReplyDelete
  8. sedang teruja membaca untuk mengetahui kesudahannya, tiba tiba..... to be continue..


    mcm telenovela pulakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan telenovela, tapi kisah benar..hehe

      Delete
  9. Ala kak sal..cepat la sambung..xsabaq nak tau..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timm bill pun sama cam akak gak hihih

      Delete
  10. One thing for sure, kita tak boleh putus asa kan, Sal :)

    ReplyDelete
  11. lahh continue plak...

    xpa try byk kali nmpk la usaha kita nknkerja situ... saya ni xtahu lagi mcm mna hbis belajar nnt

    ReplyDelete
  12. Salam Sal, yang ni blog terbaru ye, sebelum ni kak ana following di 'akutaipkaubaca' tu... patut tak masuk reading list kak ana, done following Sal disini pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada inform kat komen blog kak ana..akak tak perasan kot.thanks ye follow sini..mmuahh siket!

      Delete
  13. alamak, tengah khusyuk baca to be continued pulak dah. hehe

    ReplyDelete
  14. lah...baru syok nk tahu...continue pulak.saja je tau..hikss

    ReplyDelete
  15. nape to be continueddddddddd,stress japppppp...please smbung awak,nak tahu gak resultnya :D

    ReplyDelete
  16. Sespen ni bersambung pulak huhu.. Mmg cabaran kan bila kerja tak setaraf dgn kelayakan. Tp itulah yg bnyk berlaku skrng. Ada juga kawan2 yg kerja langsung takde kena mengena dgn kelulusah... sabar jelah asalkan boleh maju.. :)

    ReplyDelete
  17. Perghhh barsambung pula. Tak sabar nak baca yang seterusnya

    ReplyDelete
  18. Tetaplah bersabar dan istiqomah, rizki pasti ada. Yang penting mendapat pekerjaan yang nyaman dan rizki yang halal

    ReplyDelete
  19. Akak tau, akak tau! Ni mesti happy ending ni. Mesti Sal dapat jawatan yang diidamkan dan masih dengan company X as a permanent staff. Eh, macam cliche pulak ending ni... Ada surprise ke, Sal? Bagilah klu...

    Akak ni kira sangat bernasib baik. Akak dapat kerja dalam bulan yang sama akak habis belajar. Tapi, of course bukan dalam bidang yang akak belajar sampai nyala lilin setiap malam tu. Yalah, masa tu kiranya nak menimba pengalaman. Kalau ada better offer, memang job hop lah nampaknya ^_^ Niat pun dah tak betulkan.... tapi lama juga akak kerja kat first company tu -1 tahun *_*

    Yang paling akak gembira sebab masa konvo akak dah boleh senyum kambing kat kawan-kawan kerana akak dah bekerja masa tu. So, cerita akak tak thrill sangat.

    Bila Sal nak sambung cerita ni? Akak tak sabar nak tahu endinglah!

    ReplyDelete
  20. Kadang2 bila kita dh tawar ati tu, ada hikmahnya..
    Waaa.. Ada sambungan ye..

    ReplyDelete
  21. tp bla kita da lalui semua ni, kita akan rs yg susah tu sbnr nyer kemanisan sbnr... kan sal?

    ReplyDelete
  22. Saya x pernah rasa apa yang u olzzz rasa.
    Habis belajar je dah tau dapat hospital mana.
    Tengah keje just kene mintak cuti pi konvo.
    Harap Allah permudahkan u olzzz.

    ReplyDelete
  23. Susahnya baca pengalaman Sal nak cari kerja.
    Asal interview memula lepas lepastu kandas lagi..
    Macam stress je kott..

    ReplyDelete
  24. Bagus awak ada sifat yg tak kenal putus asa tu Sal.... Tak pernah nak mengaku kalah! Orang macam nilah sepatutnya depa cari. Allah sedang mengaturkan sesuatu yg lebih baik utk awak Sal

    ReplyDelete
  25. kak sal, saya baca dari depan. saya pun sedang cari kerja kak T.T

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com