Part 2 - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Friday, 21 November 2014

Assalamualaikum semua..Tak sangka entry Nak dapat susah,mestilah sayang - Part 1 mendapat sambutan yang menggalakkan. Takde niat nak buat cerita bersiri, tapi bila dah taip tu tetiba rasa panjang meleret. Takut orang jemu aku pun stop kat situ. OKlah, tak payah membebel, jom sambung!

*****
Kali ni aku tekad..jawatan idaman aku tu memang akan jadi milik aku. So, aku pun update resume aku (yelah, takkan nak hantar yang sama) dan hantar dengan hati yang berdebar. Lama jugak aku tunggu, sampailah satu hari dapat panggilan telefon yang tak diduga.

Panggilan dari Company Y rupanya, menawarkan aku untuk datang interview jawatan yang aku tak pernah dengar pun seumur hidup. Bila masa pulak aku apply? Company Y tu pun tak termasuk dalam senarai 'most wanted' aku. Kemudian baru aku teringat yang aku ada tinggalkan printed Curriculum Vitae(CV) aku kat booth Company Y masa aku gi career fair. Memang masa tu aku fotostat CV banyak-banyak pastu drop je kat almost semua booth. Setiap career fair aku buat camtu.

Since aku pun tak terikat dengan mana-mana syarikat, Company X pun still tak respon kepada permohonan aku, aku pun accept je offer tu. Interview je pun. Tak rugi apa. Memang kalau ada panggilan interview mana-mana pun aku redah je.

Lepas tu, jenuh la aku dok Google pasal Company Y dan jawatan tu. Tapi, Alhamdulillah, interview berjalan lancar. Rasa cam confident je boleh dapat. Ahaha..interview lain pun aku confident jugak!

 Gambar hiasan quickmeme.com

Seminggu aku tunggu, dapat panggilan telefon lagi. Tapi bukan Company Y, Company X yang call, panggil aku interview. Since aku dah ada pengalaman interview dengan Company X sebelum ni, stage pertama aku lepas dengan mudahnya. Dengar gak bisik-bisik kononnya aku ni calon favourite. Dah lepas stage pertama, diorang panggil aku stage kedua pulak. Ni pun dah ada pengalaman kan, so takdelah struggle sangat.

Bermulalah episod menunggu. Stress menanti jawapan. Dapat ke, tak dapat ke? Since aku kerja dalam Company X, at least aku still rasa lega selagi tak nampak 'staf baru'.

One day, staff HR Company Y call. Dia bagitau yang aku dah dapat kerja yang aku interview hari tu dengan syarat aku lulus Medical Test diorang. Pergh, cam nak beli pemain bola pulak, kena buat Medical Test dulu! Masa dapat call tu, aku bingung kejap. Cam mimpi jer! Aku pun tak berharap sangat akan dapat. Kira aku ni dah 70% conform jadi staff diorang!

Balik rumah, aku discuss dengan family aku. Diorang pun tak tau nak cakap cmane, since diorang tau betapa teringinnya aku nak 'jawatan idaman' aku tu. Tapi kalau nak diikutkan, Company Y macam beria nak amik aku. Aku pun pujuk hati, cakap yang aku mungkin takkan disenarai pendek untuk final stage Company X pun. So, aku gi jer Medical Checkup Company Y.

Alhamdulillah, aku lepas Medical Checkup diorang. Aku diminta datang untuk melapor diri dan sign offer letter pada 15 haribulan. Diorang nak aku start 1 haribulan tapi aku cakap aku tak boleh tinggalkan Company X macam tu je. Sebenarnya aku tak bagitau sesiapa pun kat Company X yang aku dah dapat kerja. Tapi kerja kat Company X ni kau tak terikat. Tak payah notice pun boleh berhenti. Tapi takkanlah nak walk out macam tu je kan.

Tiba-tiba...staff HR Company X call aku dan mintak aku datang final stage interview. Yang tak bestnya, tarikh interview tu adalah 15 haribulan! The same day aku patutnya lapor diri kat Company Y! Ah..sudah! Aku ni dah unofficially staff Company Y.  Aku dah berbelah bagi. Nak pergi ke tak nak. Jawatan kat Company X ni something yang aku dah familiar, yang aku dah usahakan bertahun-tahun, rugilah kalau tak cuba. Tapi kalau tak dapat, cmane? Aku akan jadi penanam anggur bertauliah. Makan pasir takpe lagi, kalau makan hati, hari-hari menyesal tak sudah, cmane? Patut ke aku lepaskan impian aku demi sesuatu yang aku tak tau. Atau aku patut lepaskan sesuatu yang dah pasti untuk something yang masih samar tapi kebarangkaliannya tinggi?


Akhirnya, setelah puas fikir dan mintak nasihat 'pakar', termasuk orang-orang yang rapat dengan aku kat Company X, aku tawakal dan buat keputusan. Time ni aku berserah bulat-bulat pada Allah agar keputusan yang aku ambil ni keputusan terbaik dan semoga aku tak menyesal...Dengan lafaz bismillah, aku pun......

*bersambung lagi*

25 comments

  1. hehe Sal..suspen ni..Comp X atau Y yg jadi pilihan

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan dari mamamyja.

    ReplyDelete
  3. Suspens! Update cepat-cepat yang seterusnya, kak

    ReplyDelete
  4. Aittt... panjang juga telemovie ni, masuk episod 2 pun belum habis lagi? Tapi tak pa kerana plot ceritanya menarik sampai episod 44 pun akan ku tunggu, hehehehe...

    ReplyDelete
  5. salam kak sal...arituh tanya kan eucrin dekat german mahal ke idok...kite xpasti harge dekat msia...tapi kita tengok ikut harga dalam euro, eucerin ni product dia mahal sikit ataupon lebih kurang dengan produk avene... boleh imagine kan harga dia camne... kite xtau tuh murah dari malaysia ataupon same je... kite pernah pakai avene dulu, mmg bagus untuk jerawat teruk... tapi eucerin kite xtau, xpernah try.... :D harap maklumatnya membantu yer :D

    ReplyDelete
  6. hishh..BERSAMBUNG LAGI....sis JM rasa mesti Sal pilih Company Y..ke salah..

    ReplyDelete
  7. Cerita suspen hujung minggu ni Sal hehee.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  8. Suspen sungguh.. apa pun didoakan moga dipermudahkan segala urusan.. amin :D

    ReplyDelete
  9. Apa2 pun..semoga berjaya...dan dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  10. Wah pandai dia buat suspen ya..he..he..akan ku tunggu sambungannya..

    ReplyDelete
  11. Sambung lagi ye? Hehehehe..

    ReplyDelete
  12. Pergh Sal..... mmg pening ni kalau ada banyak pilihan ..... yg terbaiknya solat istikharah....kalau tak de petunjuk jugak macamana..... Tak yah kerja adalah jalan yg terbaik haha...
    Adoiiii saja yekkkkk buat orang suspense

    ReplyDelete
  13. Suspen nye.
    Y ke X?
    X ke Y?
    Kalau saya pun, terasa susah sangat nak decide.

    ReplyDelete
  14. KAK SAL! saje tau wat suspense..huk3..nak tau..nak tau..

    ReplyDelete
  15. ni mmg betul2 di persimpangan dilemma ni sal!

    ReplyDelete
  16. company Y kan. hehe. memandai je saya. cepat la sambung kak :)

    ReplyDelete
  17. Wah akk pun tggu dgn penuh sasepen ni, cepat sambung sal

    ReplyDelete
  18. jeng jeng jenggg. wuwuuw. debor rasa. nak nangis baca kisah akak. rasa mcm berat gila hati nak pergi interview. rasa mcm dh fobia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala,janganlah macam tu..akak share cerita ni bukan nak menakutkan orang, tapi nak u olls lagi bersemangat.rezeki tu ada, nanti..jangan putus asa ye sayang.

      Delete
  19. Pandainya Dik Sal mainkan perasaan pembaca ya! Dupdapdupdap jantung akak tapi, tapi, tapi.... nasib baik akak dah baca latest entry. Dah tahu kesudahannya. Takdalah dupdapdupdap panjang sangat ^_^

    Yalah, Sal memang sayangkan dah sampai final stage interview kat company X tapi tak pasti lagi apa nasib kita. Dah company Y sedia menerima, harus juga tu fikirkan masak-masak!

    ReplyDelete
  20. heheeh, alamak, dah terbaca yang new entri pula.... moga-moga ALLAH membantu kak Sal dalam hal ni. in shaa ALLAH. :) saya doakan yang terbaik untuk akak!

    ReplyDelete
  21. dah dapat kerja pun ada dilemanye kan kak hehehe..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah