Assalamualaikum dan salam hari Isnin semua!
Tiga...nombor yang aku selalu anggap sebagai 'My Lucky Number'. Suka-suka je. Mana boleh taksub sangat, syirik tau!
Tiga..oh tiga...Liverpool kena bedal dengan Man U sampai 3-0! To be honest aku tengok first half je. Nasib baik tengok kat rumah, kalau kat Mamak mau tebal muka wei! Nak balik malu, nak stay pun malu. Silap-silap dapat gelak hina dari geng penyokong setan merah. Dengan kalahnya Liverpool, makin terperosok lah The Reds dalam carta EPL. Yang pasti bukan nombor tiga. Kalau tigabelas mungkin.
Tapi tu bukanlah tiga yang menyebabkan aku datang kerja dengan hati yang tak best. Hari ni merupakan hari terakhir bagi tiga orang colleagues aku. Diorang bertiga ni bukannya berkongsi tarikh hari jadi, tapi mengambil skim bersara secara sukarela. Kalau orang kerja taulah kot, orang panggil skim 'VSS'.
Sedih la jugak, sebab one of them memang rapat dengan aku (nombor 1). Memang dari awal kerja, nilah geng makan, geng gi surau, geng keluar time hari Jumaat, geng gossip dan macam-macam geng lagi lah. Gonna miss you Kak Ita!
Yang lagi sorang tu, bakal pak mentua (nombor 3).Hahaha..takdelah, acah je. Brader (ke pakcik?) ni ada anak lelaki, muda sikit je dari aku. So, abang-abang kat office ni sukalah menyakat dia suruh amik aku jadi menantu. Suko-suko diorang je. Nasib baiklah Abang Mat ni sporting. Tapi manalah tau kot ada rezeki aku. Anak dia hensem tau. Hahaha.
Another one (nombor 2), Abang Mahendran (pun boleh masuk tahap pakcik), dah almost 40 tahun kerja. Pergh..korang bayangkan kerja dengan company yang sama sampai 40 tahun! Bebudak sekarang kerja setahun dua dah cari alasan nak job hopping.
Tu baru yang department aku. Yang dekat department lain tak kira lagi. Semua sekali yang ambil skim ni berjumlah dua ratus orang. Gasak..sape je yang tinggal nak kerja. Dahlah semua yang blah tu hebat-hebat belaka. Jatuh bangun NST ni diorang ada. Kira dalam kalangan orang-orang 'Press' diorang ni memang ada reputasi yang baik. Oh by the way, company yang baru buat VSS tak boleh amik staff baru. Kena tunggu at least 5-6 tahun! So, bertabah jelah.
Dekat unit aku ni je, kerja makin bertambah. Aku tak tau nak buat cmane. Semua tengah kalut sebab pasni mungkin ada reshuffle unit.
Dan hari ni, 15 Disember 2014, genap tiga tahun aku kerja kat sini. Rasa cam baru semalam sign offer letter.
Tahun depan bos kata nak tengok clerk takde yang malas-malas dah. Dia nak tengok ada progress seawal tiga bulan pertama. Sebagai execs, kitorang kena lagi rajin monitor. Nasib lah kalau pasni ramai kerani yang akan benci aku. Kita kawan tetap kawan, kerja tetap kerja. Kot ada yang tak faham nak tarik muka, payah lah kan.
Semoga tahun depan baik-baik aje. Cam tak caya tahun depan umur aku masuk 3-series! Tiga puluh wei! Tiga kosong!
Nota kaki : Harap De Gea dan Juan Mata perform cam last night kalau main untuk Spain!
Tiga...nombor yang aku selalu anggap sebagai 'My Lucky Number'. Suka-suka je. Mana boleh taksub sangat, syirik tau!
Tiga..oh tiga...Liverpool kena bedal dengan Man U sampai 3-0! To be honest aku tengok first half je. Nasib baik tengok kat rumah, kalau kat Mamak mau tebal muka wei! Nak balik malu, nak stay pun malu. Silap-silap dapat gelak hina dari geng penyokong setan merah. Dengan kalahnya Liverpool, makin terperosok lah The Reds dalam carta EPL. Yang pasti bukan nombor tiga. Kalau tigabelas mungkin.
Tapi tu bukanlah tiga yang menyebabkan aku datang kerja dengan hati yang tak best. Hari ni merupakan hari terakhir bagi tiga orang colleagues aku. Diorang bertiga ni bukannya berkongsi tarikh hari jadi, tapi mengambil skim bersara secara sukarela. Kalau orang kerja taulah kot, orang panggil skim 'VSS'.
Gambar last week, masa farewell. Abaikan mamat baju petak.
Yang lagi sorang tu, bakal pak mentua (nombor 3).Hahaha..takdelah, acah je. Brader (ke pakcik?) ni ada anak lelaki, muda sikit je dari aku. So, abang-abang kat office ni sukalah menyakat dia suruh amik aku jadi menantu. Suko-suko diorang je. Nasib baiklah Abang Mat ni sporting. Tapi manalah tau kot ada rezeki aku. Anak dia hensem tau. Hahaha.
Another one (nombor 2), Abang Mahendran (pun boleh masuk tahap pakcik), dah almost 40 tahun kerja. Pergh..korang bayangkan kerja dengan company yang sama sampai 40 tahun! Bebudak sekarang kerja setahun dua dah cari alasan nak job hopping.
Tu baru yang department aku. Yang dekat department lain tak kira lagi. Semua sekali yang ambil skim ni berjumlah dua ratus orang. Gasak..sape je yang tinggal nak kerja. Dahlah semua yang blah tu hebat-hebat belaka. Jatuh bangun NST ni diorang ada. Kira dalam kalangan orang-orang 'Press' diorang ni memang ada reputasi yang baik. Oh by the way, company yang baru buat VSS tak boleh amik staff baru. Kena tunggu at least 5-6 tahun! So, bertabah jelah.
Dekat unit aku ni je, kerja makin bertambah. Aku tak tau nak buat cmane. Semua tengah kalut sebab pasni mungkin ada reshuffle unit.
Dan hari ni, 15 Disember 2014, genap tiga tahun aku kerja kat sini. Rasa cam baru semalam sign offer letter.
Throwback - awal-awal kerja. Muka nak bajet comel je!
Semoga tahun depan baik-baik aje. Cam tak caya tahun depan umur aku masuk 3-series! Tiga puluh wei! Tiga kosong!
Nota kaki : Harap De Gea dan Juan Mata perform cam last night kalau main untuk Spain!
pagi td ank bos (fan MU), tak penah2 tanya, tetiba ckp: "anies, apa khabar?' adoiiiiiiiii terbakoooooo
ReplyDeleteHaha. .nasib baik bos kat opis ni fan Liverpool jugak..selamat sikit.
Deleteala Sal..lagi banyak siries lagi mahal tau..:)
ReplyDeleteYe ke kak? Haha. Takut makin jatuh harga je
DeleteYou are still sweet 17 laaa... But... With 13 years experience je...He He He...
ReplyDeleteHaha. .tenkiu SS!
Deletedh nk masuk 3 series...biar betik..sis ingat baru 25
ReplyDeleteAlamak terkomen kat bawah pulak.scroll ke bawah untuk membaca ye.huhu
DeleteKathy dan hubby fan Man U,adik² fan Liverpool. Kalau nonton sm² mesti riuh rendah..
ReplyDeleteKan dua tu musuh tradisi. Hehe.
DeleteHaah. Nak bw pun jarang la pas ni . blog pun takut makin bersawang
ReplyDeleteOh jangan terpedaya dengan gaya tulisan cam kanak - kanak riang ni . lebih kurang je umur kita ni kak JM. Hehe
ReplyDeleteehh...umur kita jauh beza tau :-)
Deleteassalam...selamat bertugas dgn penuh komited...3 siri muda lagi tu...
ReplyDeletetapi sebab belum kahwin rasa tua lah kak..haha.orang sebaya saya anak dah dua tiga
Deletekak sal ambek saya bekerja nnt hehhe
ReplyDeleteKena tunggu new recruitment lah, rasanya time tu akak dah naik pangkat so maybe boleh rekemen.Hehehe...berangan!
Deletehabis praktikal nnt saya cari kak sal.. hahahaha
DeleteSalam singgah... tu dah tiga orang VSS tu boleh lah amik tempat diorang... mesti depa dapat banyak tu kan VSS...
ReplyDeletelagi lama kerja lagi banyak duit VSS yang diorang dapt.rezeki kan..
Delete* Nanti saya singgah BW lagi tau, Sal.
ReplyDeleteBanyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD.
kesiannya kak sal, tinggal sorang pasni lepas kawan berenti.... tpi betul kata kak sal, org2 dulu2 memang boleh keje 40 tahun tempat yang same...org jaman sekarang jer selalu berenti2 ni kan... akk kite dulu dari lepas spm 15 tahun keje company yng same... biila company dia buat VSS baru dia quit... :D goodluck keje kak sal yer :D muah!
ReplyDeletethanks dear!mmuah balik!hehe..Inshaallah..rasanya boleh manage tapi ambil masa sikit.
Deletemesti sedih kan bila seorang demi seorang meninggalkan office...
ReplyDeletekalau seorang pun dah sedih, kalau tiga lagilah sedih...huhu
DeleteSapa menang pun tak apa tapi kalau MU dan Chealsea menang saya akan jadi emo...hehehehehe...
ReplyDeleteuit nape?saya kalau apa-apa team lawan Man U pun sy sokong team lagi satu.hahaha.
DeleteBiasalah... yang bagus kejap je kita jumpe yang tak berapa tu yang kena hadap hahaha
ReplyDeletehahaha..setuju sangat!memang,nak kmengadap yang entah apa2 ni yang perit.
DeleteHari tu pernah waktu liverpool kalah, geng2 puak2 yg tak sokong liverpool dia sebut liverfool... panas jek huhu...
ReplyDeletesabar jelah abang Khir..hehe.tapi kalau ikut kajian, kat Malaysia ni penyokong Liverpool paling ramai.so, you never walk alone..hihihi
DeleteMesti sedihkan...bila member dah tak ada..pada akak, penting tau member kamcing ni....nak gossip..nak makan..nak gi surau..nak shopping hari jumaat..
ReplyDeletetak pe..nanti boleh cari geng baru...
Semoga ceria selalu Sal :)
hehe..thanks kak fidah.ada je member lain, tapi member sebaya.kak ita ni dah boleh jatuh pangkat Mak, so dia layan je bila kita nak mengada-ngada.tu yang rasa kehilangan dia takde.
Deleteperghhh kerja 40 tahun ? Sejak remaja lagi la kalo cm tu ? kita yang keja 6 thun pon rasa cm lama gila dah inikan pulak 40 tahun.. :)
ReplyDeletedia kerja since umur dia 15 tahun.lama kan 40 tahun..department yang sama lak tu.tapi company lama macam tempat sy tu perkara biasa.orang dulu-dulu loyal sikit
Delete3 series , muda lagi tuh ... klu kawin masih leh dpt anak 3 org ... heh heh . maknanya lepas ni banyaklah staff yg kena buat kerja berganda nak backup 200 kerja yg dilepaskan tu ... bertabahlah ya ...
ReplyDeletememang berganda-ganda lah..huhu.nak blogging pun curi-curi masa.semput..huhu
Deletesalam 3-0
ReplyDeletetidak!!!!!takpelah, aku doakan Chelsea menang tahun ni.Southhampton pun takpe.asalkan bukan Man U.hehehe
Deleteyang penting Malaysia balik dengan kemenangan ya..http://madey09.blogspot.com/
ReplyDeleteInshaallah, moga ada rezeki kita tahun ni..
DeletePerpisahan memang sesuatu yang menyakitkan..tapi hidup harus diteruskan =)
ReplyDeleteSalam perkenalan.. Follower #168
Bestnya kalau dpt VSS Sal.....tp malangnya okje berhenti sukarela.....huhu
ReplyDeleteKalau dah jodoh tak kemana Sal....kalau berjodoh ngan anak dia dptlah jumpa balik ngan brader tu Sal haha....
wah, lmanya kje, dah masuk 3 tahun,, smoga success..eh2, kak sal sebaya la dgn abg timm..hehe..
ReplyDeleteKat belakang tu, kenapa mukanya ditutup? Hehe
ReplyDeletesebab dia tiada kena-mengena dengan ini cerita...hahaha.tu je.
Deletenice sharing
ReplyDeleteNST rupanya dia....
ReplyDeleteAkak tengok tajuk ingatkan nak sambut birthday 3 series. Berialah akak nak buat ucapan, rupanya tidak. Lain cerita yek. Yalah, orang lama ni jangan pandang pada kelayakan je, pengalaman tu penting. Pengalaman mereka memang tak sama level dengan kelayakan tinggi yang kita ada. Kalau kawan berhenti kerja, memang kita pun rasa sedih. Rasa macam dan-dan tu juga nak cari kerja lain juga.
Eh, samalah kita Sal! Akak pun tahun depan baru nak masuk 3-0. Hahaha, dasar tak sedar diri! Silalah jangan percaya akak sebaya yek *__*
saya sambut 3 series bulan empat nanti..bukan takat ucapan, mohan sediakan hadiah,nak import dari Tashkent tau..haha.
Deletebetul kak, bila kawan takde sorang rasa cam tak berseri je office tu kan..huhu
Mood ceria baca kisah Sal...rilexlah sal apa ada pada nombor k..he..he
ReplyDeleteklu sesuai apalah salah nya..
ReplyDeletedoa tu.. kalau sebut2
Perghh..thumbs up kat uncle tu..
ReplyDeleteLama gila 40tahun kerja company sama.
Mmg byk experience.. Otai ni..
memang banyak..kat sini tanya apa je dia boleh jawab.
DeleteEnsem ke anak Pak Mat tu?
ReplyDeleteApa lagi, Sal..
Apa kata pak mat? Hehe..
haha..pak mat sporting.ala, acah-acah je tu.anak dia hensem, takkanlah takde gewe..haha.
Deletesemoga berjodoh la kak sal degan anak pak mat tu. hehe. baru tau pasal vss ni. kak sal kerja kat nst rupanya. selamat bertugas na. baru nak masuk 3 series. apa ada pada umur, janji hati muda. hehe ^_^
ReplyDeletenanti dah lama-lama kerja, tahulah pasal vss semua nih.hehe,kak Sal memang sentiasa hati muda u olls.tiap-tiap malam nak tido telan kolagen.hihihi
Deletealah kak, kalau ada jodoh x ke mana. yang penting saya dijemput. hahahahaha :P
ReplyDeletesaya xtahulah apa nombor bertuah... macam xde. hahahahhaa..
dah lama juga diorang berkhidmat ye. saya pnya lecturer ni, kalau boleh dia xnak berhenti... adoi.
ye ke..biasanya lecturer sampai bila-bila nak kerja.sebab bila tak kerja diorang bosan.
Deletenombor bertuah tu acah-acah je.akak lahir 3 hari bulan, pukul 3. kalau nombor matrik or nombor staf mesti akan terselit nombor tiga.haha
pergh. akak 30 next year? muka akak macam budak2 tawww. haha. jeless
ReplyDeletehaha..thanks scha!kembang semangkuk kejap..hihihi
DeleteKak Sal da cerita pasal bola memang CT tak reti nak nyampuk celah mana hehe
ReplyDeletehehehe...ala, nak buat cmane.tu antara topik hot kat blog akak ni.
Deleteboleh tahan minat denagn bola ni ye
ReplyDeleteakak zaman tu dah berlalu. cuma kekadang aje dok follow dengan MyChintaHati
kalinya punya musim adalah kebangkitan MAN U
bye2 lah liverpool...hehe
wah keja dengan NST rupanya
ada vacancy dak? hehe
well...lepas VSS ni biasanya tak ada vacancy kak YY..huhu.
Deletehaahlah, tengok Man Utd bangkit semacam je lepas puas kena kutuk tahun lepas..hehe.tapi kalau bukan Liverpool pun, saya mengharapkan Chelsea juara EPL or Man City kekalkan takhta. Biasalah tu penyokong Liverpool tak suka Man Utd.hahaha