Showing posts with label teater review. Show all posts
Showing posts with label teater review. Show all posts

Bawang oh bawang

Friday, 11 December 2015

Assalamualaikum semua! Apa ni tetiba kak Sal kau buat entry pasal bawang. Adakah dia nak share resepi? Macam pelik jer.. Atau dia nak share cara menanam pokok bawang? Itu lagilah pelik.

Sebenarnya, nak cerita hari tu aku gi tengok teater 'Bawang Merah Bawang Putih' kat Istana Budaya. Ke 'Bawang Putih Bawang Merah'? Tak kisah la yang mana disebut dulu..yang aku tau ada Syarul Ridzwan! Wohoooooo!

Ni semua gara-gara Teater Van Der Widjk, aku terus tercrush berguling-guling kat dia. Yang peliknya, kalau drama kat TV takdelah pulak aku heran nak tengok. Nampak depan-depan baru best. Dekat di mata, dekat di hati. Gitewwwwww.

Bawang Kecik diapit Bawang Merah (Fathia) dan Bawang Putih (Juliana Evans)

Kali ni kita duduk depan..like really depan OK! Seat nombor dua dari pentas. Tengok teater ni depan sangat pun tak best jugak. Tapi aku tak kisah, lagi dekat ngan Syarul Ridzwan yang bawak watak putera raja tu, lagi bagus. Hahaha.

Tu kepala kawan aku, so abaikan


Teater ni diinspirasikan dari dongeng rakyat Bawang Putih Bawang Merah. Pelakon lain adalah Ogy Ahmad Daud sebagai Mak Kundur (mak Bawang Putih), Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Labu (mak Bawang Merah), Nabila Huda sebagai nenek kebayan dan Beto Kusyairi sebagai si Bongkok. Watak Bongkok dan nenek kebayan tu tambahan, versi filem hitam putih lakonan Latifah Omar, takde watak-watak ni. OKlah, bagi nafas baru kaedahnya. Tapi, masa aku gi tengok ni, watak Bawang Merah bukan dilakonkan oleh Fathia, tapi digantikan oleh pelakon lain. Aku lupa nama dia. 

Korang kenal ke, si gadis berkurung merah jambu? Kawan aku kata menantu Datuk Siti Nurhaliza, yang orang Indonesia tu. Cantik giler wei! Sekali imbas, aku ingat Ayu Raudhah.

So, best ke idok..? Nak kata best giler tu takdelah, nak kata tak best tu tipu. Lagu semuanya dari filem Bawang Putih Bawang Merah , cuma dinyanyikan semula secara miming. Kalau miming ni aku potong markah sikit lah. Tapi, bab lakonan memang best! Takut  pulak aku tengok Mak Kundur menyiksa si Merah, dah macam wrestling! Jue Evans pulak memang menjadi watak gedik dia. Part paling best masa dia nyanyi 'buai laju-laju, laju laju laju' nak impress Putera Raja kat buaian bawah pokok beringin tu.

Selain dari lakonan, aku puji props diorang sebab cantik! Backdrop graphic pun realistic. Memang world class! Kostum pun lawa, cuma kurang sesuai pakai selipar Jepun. Hehehe.

 Duhai bondaku, bondaku si ikan kaloi...Pergh, kak Sal kau kalau nyanyi, layu semua bawang-bawang yang ada kat pasar tau!

Watak nenek kebayan tu kononnya macam 'fairy godmother' dalam cerita Cinderella. Dia ada tongkat sakti, tu yang tanam tulang mak Kaloi terus tumbuh pohon beringin siap dengan buaian sekali. Watak Bongkok tu pulak, kawan baik si Merah yang dalam diam ada hati kat si Merah ni. Ending teater ni agak sedih, bila Bongkok ditinggalkan sorang-sorang dan semua pergi meraikan perkahwinan Bawang Merah dan Putera Raja. Mungkin ada mesej tersembunyi yang cuba disampaikan? Korang rasa?

Kali ni gi ramai-ramai..

Aku pernah gak terfikir, katakanlah si Bawang Merah tu tak cantik, adakah ending hikayat ni still sama?


***autopublish - busy sampai minggu depan***
Read More

Mak Cun, Mak Siti, Mockingjay, Monday Blues

Tuesday, 24 November 2015

***Mak Cun***


Sabtu lepas berpeluang menonton Teater Muzikal Mak Cun arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Best ke tak? Of course lah best! Pelakon-pelakon, terutamanya Umie Aida dan Erma Fatima memang superb! Macamana korang dok gelak guling-guling tengok drama bersiri ni kat TV, macam tu lah kelakarnya teater ni. Bukan setakat  menghiburkan, tapi kaya dengan pengajaran. Tentang sikap usahawan Melayu yang berpuas hati dengan 'cukup makan', tentang taksubnya orang kita dengan 'orang putih' dan tabiat masyarakat yang suka mengadu domba dan menjaja cerita. Paling aku suka bila watak Mak Cun menyindir perempuan yang 'amik laki orang'. Perli sape tu kak Erma weii...hahaha.

Yang tak best satu je, aku amik tiket yang paling murah sekali. Aku suggest korang kalau nak tengok teater di Istana Budaya, janganlah duduk kat tingkat tiga ni. Jauh sangat dengan pentas.


Sebelum menonton teater, ND ajak aku ngan SR makan dulu kat Sany Char Kuey Tiow kat sebelah Istana Budaya. Memang sedap wei kuey tiow dia! Aku walaupun dah makan kat rumah, tapi boleh bantai 2 pinggan kuey tiow biasa. Kalau tau sedap, aku order yang besar, takpun yang special terus. Mungkin sebab tengah hujan kot. Ewah, salahkan cuaca pulak!  Udang dia pun banyak. Kalau tak suka taugeh, jangan lupa pesan tak nak taugeh..membazir je macam aku! (Sape tak suka taugeh angkat tangan! ) Kalau korang tak nak makan kuey tiow pun, ada je menu lain macam masakan panas dan keropok lekor. Senang nak cam gerai dia sebab dahla besar, warna merah lak tu. Takpun, korang follow je bau, mesti jumpa. Hahaha.

*** Mak Siti***

Habis teater agak lewat,  tambah dengan jam nak keluar dari parking Istana Budaya memandangkan malam tu show full house, pukul 12.15 tengah malam baru aku sampai ke rumah. Korang rasa aku buat apa? Tidur terus? Ke bukak TV? Hahaha, of course lah bukak TV. Tunggu game Liverpool vs Manchester City pukul 1.30 pagi. Sementara tu, solat Isyak, makan (makan lagi?) dan lepak-lepak tengok match lain dulu. Kopi tak payah, sebab dah minum before tengok Mak Cun.


1-4 gais! Ingat senang ke nak menang lawan Man City, kelab kaya yang berada di kedudukan pertama liga Inggeris (EPL) dan dibarisi pemain bertaraf dunia macam Kun Aguero, Yaya Toure dan Joe Hart.  Baru korang tau Liverpool power ke tidak! Ingat team kitorang ayam sangat ke! Time menang kita berlagak, time kalah kita masuk gua la wei...

Apa kaitan dengan Mak Siti? Sebab pasukan Manchester City / Man City digelar Mak Siti / Mek Siti oleh fan EPL di Malaysia. Tu je.

*** Mockingjay***

Menonton rancangan sukan akan memberi adrenaline rush, buat kita excited dan jantung berdebar. Lagi-lagi kalau menang, memang susah nak tidur. Tambah pulak dok teringat-ingat lawak Mak Cun tadi. Dekat pukul 4 jugaklah baru aku tidur.
 
Bangun pagi tetiba rasa hidung tersumbat. Pastu dah start bersin-bersin. Oh, great! Tapi keinginan nak tengok Mockingjay Part II mengatasi segalanya. Aku gagahkan jugak ke KLCC, menonton tayangan paling awal, pukul 11.15 pagi. Bukan apa, kat TGV KLCC ni, tayangan sebelum pukul 12 tengahari, harga tiket RM 8 sahaja. Diulang, RM 8 sahaja, tanpa GST! Gila apa aku menolak peluang menjimatkan duit.

Patutnya aku tengok dengan Encik A, tapi dia pulak demam, so aku tengok je sorang-sorang. Mujur orang tak ramai, sebab dalam tu asyik aku je sok sek sok sek. Bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab hidung ni dok mengeluarkan cairan. Hahahaha. Yang tak bestnya, bila orang tak ramai, panggung jadi berganda-ganda  sejuk. Sal, kau memang cari pasal!


Sesape yang follow citer ni wajib tengok oi!! Sesape yang tak follow aku nasihat kan tengok Mockingjay Part I dulu kalau tak memang sumpah tak faham. Ending agak dijangka, tapi dia punya plot twist memang gempak. So, are you..are you..coming to the tree? (Yang follow movie ni je faham)

Habis wayang aku terus balik. Badan dah start rasa tak best. Kombinasi udang dalam kuey teow + kena hujan + berjaga malam + air cond panggung wayang = selsema dan sakit tekak. Aku dahlah memang ada resdung.

Malam tu aku tidur awal lepas makan ubat, tak dapat lah tengok Gegar Vaganza. Korang sokong sape? Aku suka Azian Mazwan dengan Ezad.

*** Monday Blues***

Patutnya kalau weekend meriah, haruslah pagi Isnin semangat nak gi kerja, tak gitu Cik Salmah. Tapi aku tidak, sebab...

M.C dua hari da...

Tulah bahana kalau perasan diri tu kuat macam Katniss Everdeen. Kihkihkih.. Doakan esok aku sihat dan boleh kembali bekerja. M.C lama-lama pun jemu gak wei!

Apa-apa pun, thanks for reading!

Read More

Kalau ku mati, adalah kematianku dalam mengenang engkau - Hayati

Tuesday, 20 October 2015

Aku sememangnya penggemar teater. Tapi, hampir setahun tak menonton mana-mana pementasan, samada indie atau mainstream. Jadi, pabila karya agung sasterawan Indonesia, buya HAMKA, atau nama penuhnya Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah diterjemahkan ke dalam teater muzikal, aku pantas mengiyakan ajakan kawan baik aku, ND untuk menikmatinya di Istana Budaya. Kalau tidak, mereput sahaja aku di rumah kalau hujung minggu, bagaikan Hayati, bunga kampung dari Batipoh (maaf, mood sastera pas tengok teater macam ni biasanya akan berlegar-legar ibarat drone dalam masa tiga, empat hari. Harap tabah membaca. *Gelak malu-malu belakang pintu*)

Teater ini mengisahkan Zainuddin (lakonan Amar Baharin), anak kelahiran Mengkasar, tapi asal nenek moyang dari Padang, yang pulang ke bumi Minangkabau itu untuk mencari sulur-galur keturunannya dan belajar ilmu agama. Pertemuan dengan Hayati (Nabila Huda), gadis yatim-piatu yang membesar di rumah adat, telah membibitkan perasaan sayang. Tapi, soal bangsa dan harta menjadi halangan. Memang kisah cinta yang meruntun jiwa , hati keras macam aku pun bisa cair...Hahahaha.


Yang aku suka:

1. The cast.
Aku kurang familiar dengan lakonan Amar Baharin.. Boleh la tahan, ada jugak scene dia yang sampai. Berlakon teater bukan senang. Penerbit takkan pilih dia kalau dia tak layak, kan? Nabila Huda, awesome as always! Memang pelakon yang tepat untuk watak Hayati. Muka Melayu asli dan expression yang boleh buat kau rasa macam kau pulak yang bercinta ngan si Zainuddin. Dan aku officially ada crush baru : Syarul Ridzwan yang membawa watak Muluk. Paling kiri sekali dalam poster. Watak dia walau takat pembantu tapi berjaya menghidupkan cerita. Watak lain-lain macam Karl Shafiq, Liza Abdullah dan Amyra Rosla pun hebat jugak. Memang puas hati lah.

2. Tak ada babak terlajak mesra!
Aku biasa tengok teater yang ada babak hero dan heroin rapatnya la hai, macam suami isteri! Kalau dalam skrin mungkin rasa tak selesa tu tak kuat sangat, tapi bila depan mata, krik krik la jugak. Aku puji teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni, kerana takde babak-babak yang menimbulkan rasa awkward.


3. Jalan cerita yang banyak follow novel
Oh yeah, ini aku suka! Pendapat aku, adaptasi yang tak mengikut naskhah asal adalah sangat annoying. Walaupun ada beberapa part yang dilangkau, tapi jalan cerita tak terjejas. Mungkin kerana nak fokus pada kisah Hayati dan Zainuddin.

4. Kostum dan props
Baju yang cantik, set up rumah Adat yang hampir menyerupai rumah di Padang dan props yang realistik, walaupun tak secanggih teater-teater bajet tinggi. Cuma bukit tu buat aku teringat cerita Lion King. Hehehe.

5.Dialog
Aku memang suka gaya bahasa klasik ni. Walaupun diMelayukan sedikit agar penonton faham, tapi ayat-ayat puitis HAMKA dikekalkan.


Yang kurang berkenan:

1. Lagu
Sorry, Suhaimi Mohd Zain a.k.a Pak Ngah. Muzikal yang bagus adalah yang lagu dia terngiang-ngiang di telinga lepas habis menonton, tapi lagu-lagu teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni memang tenggelam! Kecuali lagu masa kali pertama Zainuddin sampai ke Padang. Sepatutnya lagu-lagu teater ini lebih klasik, sesuai dengan zaman 1930-an. Lagipun pelakon nampak sangat miming. Mungkin bukan diorang yang nyanyi sendiri? Entahlah..

2.Grafik
OK, tapi boleh diperbaiki. Babak laut tu nampak agak kartun. Grafik kapal tu pulak terlampau moden.

So, overall, aku puas hati. Tapi, maaflah, dah habis tayang baru aku nak update. Aku ingat baru start, tapi rupanya hari aku gi tu last day. Well, mana tahu kalau ada restaging, atau diorang buat jelajah Malaysia ke, mungkin ada rezeki korang nak tengok. Tiket dia agak murah, aku duduk dalam row ke 8 dari pentas, harga RM 60.15, termasuk GST. Biasanya teater harga beratus kalau seat depan-depan.


Thanks for reading! 

Yang aku minta hanya satu, jangan dikecewakan hati orang yang berlindung padamu - Zainuddin
Read More

SuperMokh the Musical - again!

Thursday, 11 September 2014

Assalamualaikum semua! Ingat tak aku pernah bagitau korang yang aku ni suka tengok teater? Disebabkan mahal, tak bolehla dilakukan dalam kekerapan yang tinggi. Setahun 2 atau 3 kali pun dah cukup. Tapi tahun ni, walaupun dah bulan September, aku still tak merasa tengok sebarang pementasan. Sedeyh sangat! Entah apa-apa yang aku busy pun tak tau! Kadang-kadang timing tak kena.  Time aku free takde tayangan best, atau takde kawan la pulak.

Dipendekkan cerita, rezeki kerja dengan NSTP, yang merupakan media rasmi teater SuperMokh the Musical,  aku dapat score 4 tiket untuk show kali kedua ni! Hahahaha... SuperMokh main bola, score...get the joke? Get it? Ok abaikan jelah pun aku yang lame itu


Dah kata tiket free, so takkanlah nak bagi grand stand pulak kan? Dapat tengok dari atas ni pun dah syukur. Kali ni aku ajak kawan-kawan aku Dee dan Farah dan adik aku, Aman.

Tarikh show aku amik ni special sikit sebab ada tetamu-tetamu kehormat lain iaitu Yang Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Dato Sri Najib Razak dan Tan Sri Khalid Ibrahim.  Memang gempak la tetamu-tetamu yang datang. Antaranya adalah bekas footballers sezaman dengan arwah Mokhtar Dahari iaitu Santokh Singh dan Ridhuan Abdullah serta isteri arwah Mokhtar Dahari iaitu Tengku Zarina. Rasa awkward je sebab pakai simple sangat..huhuhu. Maaf tak sempat snap gambar, terlupa bawak kamera. Camera phone aku memang kureng sikit.

Sejujurnya menyesal tak bawak kamera sebab tak dapat tunjuk lebih detail pameran gambar yang unit aku dah set up sepanjang pementasan SuperMokh the Musical-Restaging dari 8 sampai 21 September ni.


Gambar-gambar dalam pameran foto ni  merupakan koleksi arkib Pusat Sumber NSTP. Some of it digunakan sebagai montaj sewaktu persembahan teater. Jangan tak tau betapa berhati-hatinya kitorang check caption setiap gambar supaya tepat dari segi nama, tempat, tarikh dan situasi! Tapi since ini merupakan restaging, kitorang guna balik gambar-gambar yang sama, cuma print baru. Ingat lagi tahun lepas, sibuk lah jugak pilih gambar-gambar menarik, scan, baca cerita dari keratan akhbar dan buat caption. Dwibahasa lak tu. Paling aku pening ada satu gambar tu complete Malaysian National team, so aku kena pastikan nama setiap pemain adalah tepat. Kalau salah, haru wei! Alhamdulillah, lega hati bila dah tertegak cantik memenuhi ruang legar Istana Budaya yang eksklusif tu. 

Tak nak cerita panjang, aku still bagi 5 bintang untuk pementasan kali ni walaupun majoriti koreografi, lagu, pelakon utama dan dialog sama macam tahun lepas. Watak Kenny lakonan Douglas Lim still buat aku gelak dan watak Mokhtar Dahari yang dijayakan oleh Awie still berjaya buat aku sebak. Dan aku still tak percaya laki si Vanida Imran, Rashidi Ishak tu boleh menyanyi!


Part paling best, tarian ala-ala filem 'Tron Legacy' dengan teknik lampu LED tu. Lebih mantap berbanding tahun lepas! Nak cerita pun payah, sebab kat dalam teater bukan boleh tangkap gambar. Tapi, aku gigih jugak nak explain kat korang, so sila refer poster Tron dan explanation bawah ni.

Bayangkan orang pakai kostum ni, pastu menari dalam gelap. Kau just nampak jalur-jalur cahaya kat baju dia je bila dia bergerak.

Kalau nak baca review yang aku tulis masa first time tengok SuperMokh the Musical, boleh baca kat link ni : Supermokh Sebuah Muzikal memang superb!

Kalau u olls berminat nak tengok, boleh walk in Istana Budaya untuk beli tiket atau klik kat direct link ni :  http://www.ticket2u.biz/ShowEvent.aspx?ShowID=42

Terkenang masa kecik-kecik dulu, susah nak tengok pemain import beraksi dalam Liga Malaysia. Pemain-pemain jarang berpindah kelab. Rata-rata memilih untuk setia dengan kelab negeri kelahiran sendiri. Dululah..

Thanks for reading u olls! Alfatihah untuk Allahyarham Mokhtar Dahari. Legenda yang akan sentiasa dikenang.

Nota kaki : Rindu nak tengok bola kat mamak...
Read More

SuperMokh Sebuah Muzikal memang superb!!

Sunday, 17 November 2013

Kita main untuk penyokong, dan demi lencana di dada!! 

U olls kenal tak sape SuperMokh? Tak...aku bukan cakap pasal bapak aku, Haji Mokhtar Ibrahim walaupun di mata aku dia memang super amazing best dad ever!!!Eh...tetibe!

SuperMokh (SM) ni merujuk kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, lagenda bola sepak Malaysia yang memang famous zaman 1970-an dan 80-an dulu. Golongan muda mesti ramai yang tak kenal, tapi kalau tanya mak bapak korang conform diorang puji melangit pemain bola yang satu ni. Allahyarham merupakan bekas pemain pasukan Selangor dan pasukan kebangsaan Malaysia.  Pasukan Selangor merupakan pasukan paling banyak meraih kejuaraan liga Malaysia, iaitu 32 kali!

Sewaktu entry ini ditaip,  Istana Budaya tengah tayang teater muzikal tentang arwah Mokhtar Dahari lakonan Awie, Maya Karin, Rashidi Ishak, Douglas Lim dan ramai lagi. Teater ni merupakan arahan Hans Isaac dan Harith Iskandar. Actually ni first time aku tengok teater arahan diorang sebab biasanya tiket show diorang agak mahal. Nasib aku baik sebab dapat 2 tiket free! So, aku ajak la Dee gi tengok sekali sebab dia ni pun hantu teater macam aku gak.


So, lepas tengok SuperMokh Sebuah Muzikal, ada beberapa perkara yang aku sedar...

1. Pemain bola dulu-dulu memang hebat! Walaupun ada kerja lain di waktu siang/ weekdays tapi still boleh perform di padang dan sewaktu latihan. Dengan bayaran tak sampai $30 untuk satu game dan $3 untuk satu sesi latihan , itu semua diorang tak ambil kisah demi nak harumkan nama pasukan, apatah lagi nama negara. Serius aku respect dengan passion dan semangat ahli sukan dulu-dulu!

2. Seorang ahli sukan yang beraksi untuk penyokong akan berusaha hingga ke titisan peluh terakhir. Sebab penonton idamkan kemenangan, jadi diorang ada hak untuk marah bila pasukan yang disokong tak main bersungguh-sungguh. Ahli sukan yang profesional, takkan mudah melatah apabila dikritik penyokong.

Babak Team Malaysia semangat nak kalahkan Korea Selatan. Kita menang 2-1 doh!!

3. Lagi tinggi kau terbang, lagi sakit bila kau jatuh... Lakonan Awie hampir buat aku nangis. Cis!!! Babak zaman-zaman kejatuhan SM diterjemahkan begitu baik sekali dalam teater ni. Kita boleh nampak betapa orang yang pernah beria-ia agungkan kita, tak segan-silu nak caci kita bila kita dah tak ada guna bagi dia.

4. Keluarga mungkin faham kau dan kawan-kawan mungkin boleh bagi sokongan. Tapi, in the end, kau saja yang boleh tolong dan kena buat keputusan untuk diri sendiri.

5. Johor FA, sebelum wujudnya JDT, adalah satu pasukan bola sepak yang ternama di Malaysia. Somehow, hanya badi 6-1 yang diwarisi JDT. Hahaha. (Kalau korang tak ikut perkembangan bola sepak tempatan abaikan je point ni)

Scene paling best, Selangor lawan Johor. Guna teknik glow in the dark yang aku conform diorang practice beratus kali supaya tarian nampak sharp.

6. Seorang pelakon hanya layak claim diri dia pelakon yang baik kalau dia pernah beraksi hebat di atas pentas teater. Kudos to Douglas Lim, Awie dan Maya Karin!

7. Kalau ada satu benda yang boleh satukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, benda tu adalah - Sukan. Kebiasaan teater Melayu yang aku tengok, penontonnya majoriti Melayu. Tapi masa tengok SuperMokh the Musical, ada ramai penonton bangsa lain gak. Mungkin sebab diorang nak tahu kisah Mokhtar Dahari, atau mungkin juga diorang pernah melalui zaman kegemilangan dan kejatuhan arwah suatu masa dahulu.

Al-fatihah untuk arwah Mokhtar Dahari..


p/s : Kalau u olls gi menonton SuperMokh sebuah Muzikal kat Istana Budaya nanti, jangan lupa usha panel-panel kat lobi tu ye..Hehehe


Nasib baik aku check caption gambar-gambar ni betul-betul. Malulah kalau salah dan membuatkan Sultan Selangor murka...

Sempat lagi nak tengok ni, ada lagi 2 hari.


Thanks for reading =)
Read More