Jangan marah nanti cepat tua!

Monday 22 August 2016

Aku ingat lagi, masa aku tahun pertama kat universiti, ada akak ni cakap ngan aku...

"Orang kulit berminyak ni untung, nanti lambat nampak tua."

Masa tu aku tengok dia pelik. Apa yang untung? Sikit-sikit naik jerawat! Dahlah aku ni memang ada resdung. Time tu nak dapatkan kulit cantik memang siksa. Lagi-lagi bila nak dekat period. Tambah pulak dengan cuaca panas kat Pulau Pinang tu.

Tapi sebenarnya, musuh utama kulit aku adalah stress dan tak cukup tidur. Sebab bila balik cuti sem, kulit aku OK je. Biasalah kan, student memang biasa sangat tidur lebih kurang ni. Bab stress percintaan belajar jangan cakaplah.

Aku ingat bila usia dah meningkat, masalah jerawat ni akan berkurang. Tapi sebenarnya sama jugak. Kadang-kadang lagi teruk. Salah aku jugak..malas makan supplement. Pastu selalu berjaga malam. Kat tempat kerja, stress memang tak boleh elak. 

Dalam dunia pekerjaan, ada dua kemungkinan. Either kau kena marah, atau kau kena marahkan orang. Aku paling benci bila kena marah depan orang, or bos yang marah tak usul periksa. So, bila aku 'terpaksa' marah orang, aku elak dari dua benda tu. Tapi sebenarnya aku tak suka tegur staf bawahan. Sebab aku akan angin bila orang menjawab balik. Angin aku ni sekali datang memang sapu semua. So, aku prefer untuk pendam. Bila aku pendam, aku yang makin stress. Haihhh

So, jawabnya, kena belajar teknik diplomasi. Tu jelah. Dan belajar control temper. Jangan asyik naik darah sangat ye, budak kecik!

Tak mau marah-marah, nanti stress. Pastu naik kedut. Dalam kes aku ni, naik jerawat.

Macam apa yang aku dengar hampir 10 tahun lepas, terbukti kulit berminyak memang lambat nampak tua. Tapi aku tetap amalkan dua tabiat ni

1. Pakai krim mata. Aku dah start dari umur 25 tahun.
2. Jangan berkerut. Ever.

Alah, aku rasa aku ni umur dah 30 lebih tapi still boleh menyamar student universiti sebab aku ni petite. Dan stail dressing aku yang memang tak vogue. Orang dok shawl lilit-lilit, aku pakai bawal. Orang pakai blaus ikat tepi depan belakang, aku pakai T-shirt. Or worse, jersey.

Malas tapi ada hati nak cantik. Tak sedar diri betul.

-Random entry di pagi Isnin-


50 comments

  1. Alaaaa kita pun bnyk je wrinkle dah ni.

    Sama lh mls mkn supplement.
    Apa krim pun x bubuh kt muka...

    Huhuhu

    ReplyDelete
  2. Betul... dlm kerja ni double stress.

    Ngan bos pun kna.
    Ngan staff pun kna.

    Huhuhu...

    Ntahlah...

    Kalo citer kang boleh jadik satu entry...

    Hihihi

    ReplyDelete
  3. umur baru 30 tu muda lagi sal. enjoy k

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. betul juga, stress menambahkan risiko penyakit

      Delete
  5. Kira kalau dah tua cam akak ni, boleh marahla kan,...sebab dah sampai fasa tua tu ;)

    ReplyDelete
  6. Suka tang 'My Four Moods' tuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan.kadang-kadang malas amik port benda merapu viral entah apa-apa

      Delete
  7. Akak pula biasa dengar orang kulit sawo matang, hitam manis akan lambat nampak tua berbanding yang berkulit cerah sebab there's something dengan pigmen kulit,...bla bla bla,..by the time orang tu abis explain, akak dah lost separuh jalan hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun betul jugak..kulit cerah pigmen kurang, so senang naik jeragat.tu yang kena pakai sunblock selalu

      Delete
  8. Masa akak dulu-dulu cukup jealous dengan orang berkulit gelap. Sebab sangat rare nampak muka kawan ni timbul jerawat. Orang kulit putih ni nampak aje macam lawo tapi nak jaga susah. Tua sikit aje penuhlah jeragat.

    Akak pun dok fikir bila dah tua (dah dekat menopause) jerawat dah tak mampir lagi tapi rupanya salahlah tekaan akak tu. Sampai la ni akak masih ada lagi jerawat 'terbit di muka' bila nak period. Sakitnya hati bila melihat tapi sedap-sedapkan jugalah hati kata kita ni muda lagi rupanya sampaikan jerawat pun takmo pergi meninggalkan kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul, anggap jelah kita ni muda lagi.tu yang jerawat suka. diorang ingat kita remaja..

      Delete
  9. so,senyum selalu,boleh awet muda, org tua2 jugak cakap
    hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti orang tua tu menyesal, muda-muda tak banyak senyum

      Delete
  10. yang petite tu betul.. orang kecik memang susah nampak tua.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dekat-dekat nampak gak wrinkles Firah..hehe

      Delete
  11. Nak nampak muda memang senang, tak payah pakai baju in sangat. Tambahan bagi yang tak makan dek usia. Sama macam aku. Orang ingat lepas SPM kalau pakai jeans and shirt je. Hampeh

    ReplyDelete
  12. kalau liv selalu memang sampai kiamat, sy tak kan nampak tua...sebab banyak senyummmmmm je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah..sokong liv rasanya lagi cepat kena heart attack

      Delete
    2. pandai je ko... tu sy tgk fan liv kt anfield tu kekal remaja je hahahahah

      Delete
    3. haha..diorang real scouser..kita scouse celup

      Delete
  13. betul laa muka saya pun jenis berminyakkk
    huuuu bila jerawat baru muncul jerawat lame masih di situu
    follow sini #318
    follow back and keep in touch <3

    ReplyDelete
  14. pernah gak gr stmt tu..kulit berminyak lambat nampak tu..tapi sejauh mana kebenaran nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu'alam..tapi memang minyak kat kulit tu boleh protect kulit dari kering. kering = senang berkedut

      Delete
  15. pastu susah tau nk jaga kulit berminyak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah..skincare tak boleh main tepek je

      Delete
  16. Sal untung sbb size badan kecik..kalau sarung baju sekolah org ingat baru tingkatan 3 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak lah, nanti kena ngorat ngan budak sekolah.acik tak rela..hahaha

      Delete
  17. org takkan percaya bila sebut 'umur i 30 thn' seyes

    ReplyDelete
  18. salah satu cara lagi klau nk nampak kelihatan muda je bgn pagi terus senyum..ucap syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau dah lambat, terus lari pecut gi bilik air..

      Delete
  19. ce tgk sis JM..nampak awet muda tak hehehe

    ReplyDelete
  20. paling penting minum byk air kosong kurang2 2 liter sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar tu..petua awet muda dari kak JM, patut diamalkan..hehe

      Delete
    2. Pandainya Jay Emm.. Sape ajar nih?

      Delete
  21. Eh...eh... pandai budak kecik marah rupanya hihi....
    Ahkak jarang timbul jerawat Sal. Agaknya kulit kering kot. Mmg cepat tualah nampaknya ek.

    Yelah org badan kecik ni mmg sentiasa nampak mcm student. Untunglahhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kecik ni sekali naik angin ribut jugak kak..haha

      Delete
  22. sis pun org kecik juga . heh heh heh ... bab krim mata tu yg sis asyik lupa je nak guna . tapi mmg perlu utk elak kedut banyak bawah mata ... nasib baik kulit sisi jenis berminyak ... perasan sekejap ... meh meh meh .

    ReplyDelete
  23. Jadi macam SS... Fair and Lovely jek... ha ha ha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah