Tuesday, 11 August 2015

Alahai Khairy Jamaluddin!

Hujung minggu lepas merupakan weekend yang paling dinantikan penggemar bola sepak Inggeris. Bukan sebab banyak open house, tapi kerana ia merupakan permulaan musim baru 2015/2016 selepas lebih 2 bulan berehat. Buat yang tak tau, musim bola ni bukannya sepanjang tahun 365 hari tu ada je perlawanan. Selepas tamat season, akan ada tempoh berehat, masa tu lah pemain nak gi holiday ke, main wakil negara ke, main friendly ke, gi kahwin ke..  Masa tu korang pun rasa bahagia sebab suami korang tak kerap hilang gi kedai Mamak.

Macam ni bagus, support minat suami

Aku pun excited jugak tunggu, sebab dah jemu tengok game repeat. Kelmarin, sambil-sambil tunggu game Liverpool vs Stoke, aku online FB. Tetibe member aku tag aku satu video pendek dalam 15 saat. Aku cari jugak link nak share dengan korang, tapi nampaknya video tu dah dibuang. Dalam video tersebut,  terang lagi jelas Khairy Jamaluddin / KJ mengeluarkan statement "Sokong Liverpool sama macam sokong PAS". Agak sinis, walaupun nampak dia bergurau.

Reaksi aku? Aku gelak je. Sebab aku faham maksud dia. Mungkin dia samakan PAS dengan Liverpool sebagai team yang tiap-tiap tahun cakap diorang akan menang,  tapi tak menang pun. Bab PAS aku tak nak komen,  karang blog kena ban.

Tapi tu aku lah...yang open minded. Yang follow bola sepak England. Tapi cmane kalau yang tengok video tu orang yang cepat melatah. Yang mudah salah faham. Kot dia tak follow bola dan automatik fikir negatif. Or worse, jenis yang suka amik kesempatan. Yang suka amik peluang macam ni untuk bash. Dalam keadaan negara macam ni, menteri tak boleh silap cakap, automatik orang akan quote dia dan jadikan tu peluang nak menghentam.

Well..the damage is done! Dah terlepas cakap kan. Dashyat jugak YB sorang ni kena perli. Peminat-peminat bola memang suka isu macam ni. Buat 'gaduh - gaduh sayang'. Bukan diorang marah sangat pun. Tapi ada gak yang marah betul. Tapi contoh bawah ni aku suka. Smooth je dia balas. Hehehe.

Emre Can.. selalu berdoa sebelum masuk padang.

My personal opinion,  gurauan KJ tu nampak kasar,  sebab dia public figure. Menteri lak tu. Apa dia cakap orang akan bagi 1001 opinion. Kalau yang cakap tu Ali, Abu atau Ahmad, takde sape nak heran. Mungkin akan kena hentam jugak, tapi effect dia tak berlarutan. Politik is politik, bola is bola. Tak perlu sampai mintak maaf kot, bagi aku, just that kena hati-hati lah pas ni. I mean, le-pas ni...hihihi. Alahai KJ.. Your job is to unite people, not the other way around.

Bola sepak ni kalau semua suci murni, puji puja takde bahan membahan pun bosan jugak. Pendapat aku, tak tahan banter, jangan tengok bola! Simple! Team aku kalah kau bahan, tapi bila kau kalah, redha jelah aku balas balik. Tapi jangan sampai sentuh isu sensitif. Bola sepak ni hiburan je. Nak gaduh maki-maki tu kenapa. Yang kaya, dapat nama, player! Malaysia dah macam ni, tak patut kot nak gaduh sebab bola sepak.

Perenggan akhir ni untuk bacaan rakan-rakan Liverpool je! Aku tak bertanggungjawab kalau penyokong team lain baca dan timbul rasa meluat. Dan aku juga tak bertanggungjawab kalau korang yang tak tengok bola, rasa pening-pening lalalat lepas baca. Hahahaha.

OK Kops... tenang-tenang sudah. Kita kan jiwa kental! Kalau rasa nak marah, meh kita tengok balik gol long range Coutinho yang marvelous tu. Misi balas dendam 6-1 berjaya! Walaupun jantung nak gugur tengok serangan Stoke bertalu-talu, kesian tengok Benteke terkial sorang-sorang kat depan, rindu kelibat Steven G, panik tengok Mignolet dan Skrtel ; tambah dengan rasa geram ngan BR sebab Firmino dan Can lambat masuk, yang penting adalah kita beroleh kemenangan yang pertama! Harap berterusan untuk perlawanan seterusnya. Ini kalilah! Eh, tak boleh guna quote tu, sensitif. Next year will be our year!!


Jalan jam nak arwah, aku sempat update blog dalam bas on the way ke stesen LRT. Korek la lagi jalan-jalan kat KL ni! Kitorang memang suka!!!!!

61 comments:

  1. Lidah itu ibarat pedang. Kalau dah jadi pemimpin masih tak alert inilah akibatnya
    Biar pun link dah hilang tapi kakak rasa ia masih terkesan banyak pihak yg terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya isu ni dah reda, mungkin sebab pasal bola sepak aje kan, orang boleh lupakan..Harap KJ hati-hati lepas ni. Tolong jangan jadi menteri yang suka keluarkan statement yang buatkan orang benci dia.

      Delete
  2. Isu KJ tu, semalam kat twitter nampak gak diorang berbalas itu ini,..retweet itu ini...akak macam ni boleh jadi bahan blog dak Sal! Hahahahahah

    Nway, personally, bagi akak....siapapun kita, menteri ke marhaen ke...part nak keluar statement/gurau (especially kat media sosial), kena bijaksana lebih sikit. Sebab secara langsung/tak langsung macam2 kita boleh cetuskan. Masa tu niat kita yang nak berseloroh orang dah tak pandang dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, sebab media sosial ni orang boleh screen shot dan save, so boleh dipanjang-panjangkan.

      tapi semalam tweet pasal Liverpool ni dah sepi. Biasalah peminat bola ni, bukan lama pun sesi bahan-membahan. Ada isu baru, terus lupa. Kak Farrah ni cam tau-tau je kan! Masa dok baca twitter semalam, memang terus terfikir nak buat entry, tapi busy sangat. Balik rumah mata dah ngantuk. Tapi takut idea hilang, tu yang dalam bas pun gigih menaip. Hehehe

      Delete
  3. Ohhhh, tapi respon 'ahli pas' yang tengah berdoa tu, cantekkkkkkk! Makan dalam!

    ReplyDelete
  4. Memang jalan jam macam nak arwah gamaknya,...sikit punya panjang entri ni update on the way nak ke stesen LRT je ghupenya.

    ...nampak tak elemen bosan yg tengah melanda akak? Komen dijaringkan ke gawang gol 3 kali berturut-turut! HIkhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus..bagus, 3 kali rembatan, semua menerjah jaring. Hehehe.

      memang teruk jalan jam, tapi taip gitu-gitu jelah. Sampai opis baru habiskan..

      Delete
  5. yang paling sy xtahan..bila ada sorang hamba Allah...dok suka bahankan org bila team org lain kalah..tp bila team dia kalah..org bahan kan dia...terus marah....padahal dia kemain lagi bahankan orang...pada sy la kan....xyah emo sgt la ...kalau xleh tahan emo xyah layan bola sepak..bek layan batu semban jerr....peminat bola yg sejati hati kena kental.....tak gituu??? heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...saya pun ada kawan macam tu.kalau dia bahan orang, berderet-deret status FB, bukan pasal bola je, pasal benda lain pun sama. Tapi kalau dia kena usik sikit, dan dan nak melenting!

      Delete
    2. mmg ada orang yg mcm tu kan...kdg kalau sy....sy sound direct jer....kalau tak tahan kena bahan jgn bahankan org....bg warning awal2...tp bg warning pun dia dh sentap...hik hik hik

      Delete
    3. hahaha..orang macam tu jangan dilayan.lagi dilayan, kita yang pening..

      Delete
    4. tu laaa...mls nk layannnnn....heheheh

      Delete
  6. terbaca jugak pasal tweet KJ tu..tp sy terbaca kt mana ntah yg faizal tahir balas balik tweet dia kan....kalau x silap laaa....statement dia...kalau sokong Mu mcm sokong BN.....hihihih...mcm gitu la kot lebih kurang....memacam laa diorang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiburan di petang hari kan...diorang ni pun perangai kekadang cam bebudak..hahaha

      Delete
  7. Ini memang 'kipas susah nak mati' bola nih... dalam pada jalan jem boleh update blog pasal bola! Cayalah, Sal ^_^ Akak pun tak leh buat tulis entri masa tengah memandu dalam jem tau. Keh3x.

    Itulah pasal, the damage is done. Awak tu menteri, kena cakap berlapik. Guna akal sebelum terlepas cakap. Tapi apa nak buatkan... Akak tak minat bola so takda kesan pun apa yang KJ cakap. Macam PAS ke, macam BN ke, macam DAP ke, akak okey aje sebab satu team pun akak tak kenal, nak sokong apanya... Tapi adatlah ada orang yang suka besar-besarkan benda kecil apatah lagi kalau yang terbabit ni ahli politik. Best ni kalau mem'baham' :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...orang amik kesempatan nak besarkan isu ni sebab dia menteri. Kalau tak, rasanya no big deal pun. Harap dia hati-hati lepas ni.

      Hahaha..time memandu memanglah tak boleh menaip kak MD oi..ni naik bas - orang lain yang drive, so dari termenung tengok keadaan jalan yang serabut, baik update blog. Kot boleh dapat 30 entry sebulan. Huhuhu

      Delete
  8. alahai.. baru tahu ni.... tu lah KJ, cakp siang pandang-pandang...

    ReplyDelete
  9. biasalah politik kan kehidupan boleh dikait dgn apa saja walaupun bola heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...bola sepak Malaysia memang banyak kaitan politik pun.

      Delete
  10. sis lihat KJ ni jenis yg selamba . selamba juga klu nak cakap . tapi bagi sis statement tu ok je . hidup bermasyarakat ni kena lebih kurang ... betapa lah lamanya bas tu sampai sempat update blog ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjalanan tak sampai 15 minit jadi 45 minit, kan cukup lama nak siapkan entry.Hahaha. Actually, dah sampai office baru habiskan

      saya takde masalah dengan statement ni, kinda funny sebenarnya.Tapi takut KJ ulang silap sama dengan bab lagi berat. saya pun suka tengok gaya selamba KJ.

      Delete
  11. Saya suka kenyataan balas dari faizal tahir...osem sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, apa yang Faizal Tahir cakap ada betulnya jugak

      Delete
  12. Kalau dah tersilap kata....
    Tapi patutnya buat relax jek kot...tak yah nak emo2....But KJ shoud be xtra careful next time. Orang Mesia ni sensitip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...dia kena hati-hati.bab bola ni maybe orang boleh senang let go, tapi jangan sampai jadi Ahmad Maslan sudah. I kinda like KJ, sebab nampak dia macam berwawasan dan berjiwa rakyat. Takut benda-benda simple macam ni merosakkan kredibiliti dia

      Delete
  13. Sesuatu yg sama antara bolasepak dan politik ialah pelaku2nya kerap buat tindakan kasar. Dalam bola tendang kaki, jatuhkan lawan perkara biasa.Dalam politik tendang personaliti musuh dan jatuhkan musuh juga perkara biasa. Cuma politik lebih buruk dari bola bila ada kawan yang jatuhkan kawan dlm politik, tapi dalam bolasepak satu team tak pernah menjatuhkan rakan sepasukan atas padang kecuali tak sengaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyokong bola pun sama macam penyokong politik..dia nampak yang dia sokong je betul, orang lain semua salah...hehehe

      Delete
  14. Salam..
    alaaah Bunda tak tengok bola...bunda tak tau menahu kisahnya...hehe

    ReplyDelete
  15. Saya tak tahu sangat pasal bola dan KJ ni. Tak keluar pun dekat timeline saya pasal benda ni. Almaklumlah, twitter saya tu, tempat saya emo-emo je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kat twitter akak memang penuh la, sebab akak follow banyak page bola..so memang penuh feed.

      Delete
  16. Sila APPROVE fb saya..terjumpa anda dalam fb... saya mat macdean...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..nanti sy approve.jarang bukak FB..nanti sy bukak ye

      Delete
  17. Apabila orang politik berbicara... Semua mende pon nak dipolitikkan... Even sebatang sayur kangkung... Well.. In this case... KJ tak matang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat bola memang selalu tak matang, SS..termasuk la I olls..hehe

      Delete
  18. Yes.. Cik Sal betul... Kena support minat pasangan... I agree!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tu rahsia kebahagiaan Mama Ros dan Papa Jib..hehe

      Delete
  19. Honestly... till now.. SS tak berani nak pakai tshirt bola... Even ke pasar malam... takut kena kutuk... Keh Keh Keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, SS..bukan pakai Tshirt lucah pun orang nak kutuk.hehehe

      Delete
  20. kak sal mmg suka btul dgn bola2 ni yer..hehe..keep it up..hehe..

    ReplyDelete
  21. baca perenggan pertama..sis JM nk doakan Sal kahwin dengan pemain bola sepak nak? boleh temankan suami yg punya minat yg sama..baru loving couple cam dlm gambar first tu hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...honestly kak JM..saya tahu macamana teruknya penyakit 'gila bola' ni, saya selalu doa yang saya tak kahwin dengan kaki bola. serius..saya sanggup korbankan minat saya ni lepas kahwin nanti

      Delete
  22. pergh...ayat KJ tu...memang tusuk ke tulang hitam penyokong liverpool....cakap ikut sedap mulut x fikir perasaan orang......

    ReplyDelete
  23. korek selagi ada ruang nk korek..jgn sampai bumi 'mengamok' kan Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu mengamok 'dunia rasa terbalik' ke Jay Emm?

      Delete
    2. haha..bumi dh banyak kali mengamuk, tu yang asyik banjir je.gempa bumi lah..

      Delete
  24. isu sbb malas nk follow sgt isu politik ni...buat sakit kepala dan hati mendidih je

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kerja dengan suratkhabar ni kan...terpaksalah follow...wajib ambil tahu tau, sebab bos suka buat 'pop kuiz'..hehe

      Delete
  25. Pelik kan menteri kita ni. Suka cakap lepas,suka mencarut. Harap KJ lebih berjaga² lepas ni. Adik bradik Kathy memang fan liverpool. Kathy je support MU. Hehehe.

    ReplyDelete
  26. Entahla Sal...tapi akk sokong sal kata bila benda tu keluar dari mulut org2 biasa kesannya tklah seteruk bila kenyataan tu dtg dari mulut org ada nama ni , tapi honestly...akk tk suka politik dan tak suka bola. Akk tengok bola bila ada perlawanan akhir piala m' sia jer..hi hi

    ReplyDelete
  27. entah mende2 laa KJ ni...

    "lawak menjadi. menjadi bodoh" ;-)

    ReplyDelete
  28. manusia tak lari dari kesilapan dak?
    tapi pada akak, seseorang berstatus menteri perlu lebih mendalam berfikir
    sebelum melahirkan pendapat...bola dan politik adalah dua benda yang berbeza
    sebab tu orang marah sangat...penyokong liverpool marah, penyokong PAS pun marah
    penyokong MU cam akak aje yang relax...wahaha

    biasa kalau peminat bola ni, takat kena bash tu relax aje kan walau hati panas
    ko tunggu team kitorang menang...siap ko...hehe

    Ya Liverpool...hofefully menang
    emm...bukan musim lepas ko wish benda yang sama ke...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun lepas, tahun lepas lepas..dari zaman sekolah, masuk U, sampai dah dua kali tukar tempat kerja. Saya ni setia orangnya...haha

      Delete
  29. ana pulak bkn fan mana2 team bola. so x tawu sgt psl2 bola ni hehe

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com