Gaza dibom? Ini semua salah World Cup!

Friday 11 July 2014


Assalamualaikum..

Rasanya tak payah cerita lagi. Melainkan korang duduk dalam gua, mustahil korang tak tau yang Gaza dah 3 hari berturut-turut diserang rejim Zionis. Kononnya nak sasarkan pejuang Hamas, roket-roket Israel dihalakan ke rumah-rumah orang awam. Orang awam yang senjatanya hanya kayu, batu dan semangat mempertahankan tanahair yang tak pernah luntur. Angka syahid makin meningkat setiap detik.

Menyerang Gaza pada bulan Ramadhan adalah tabiat buruk Zionis dari dulu lagi. Dasar pengecut memang macam tu, mengambil kesempatan sebab mereka sangka rakyat Palestin tidak berdaya kerana berpuasa.

Mungkin suratan,kebetulan, atau memang dirancang, Piala Dunia FIFA 2014 pula sedang berlangsung dan makin hangat sebab dah nak sampai ke hujung. Maka bertebaranlah keyboard warrior sana-sini yang mengutuk orang-orang yang menonton World Cup sebagai lalai, leka, hanyut dengan agenda Yahudi dan apa-apa lagi. Jujur, aku sentap dengan kenyataan diorang. Erm..memanglah kitorang yang tengok bola ni dok bersorak bagai kat depan TV, yang tak tengok tu dok solat tahajud ke tiap-tiap malam? Yang mengata tu, ada ke ambil peduli sebelum ni? Ke korang pun macam baru tersedar dan cakap dengan diri sendiri "Haahlah, aku pun dah lama tak ambil port pasal Palestin..".

Berhenti tuding jari pada orang lain untuk tutup kesalahan sendiri!

Sendiri pun guna produk yang menyumbang kepada Israel, sendiri pun malas nak solat berjemaah, sendiri pun kedekut nak derma duit ke jalan Allah, sendiri pun malas nak berdoa.. Copy paste doa dekat FB beria-ia, tapi bacanya tidak. Perli orang lain memang senang dan nikmat, kan?

Oklah, , untuk kaki bola semua, baca panduan di bawah ni untuk bersihkan balik reputasi yang tercemar...

Gunakan medium yang disediakan Mark Zuckerberg ni untuk ambil tahu sebanyak mungkin tentang apa yang berlaku di sana. Like page macam Viva Palestina , GazaTVNews dan Aqsa Syarif . Ambil tahu adalah langkah pertama untuk ambil peduli. Hulurkan sedikit wang yang ada. Doa dan terus berdoa, kerana itulah senjata utama orang Islam. Ingat Israel tak tahu yang doa orang berpuasa sangat mustajab? Diorang tahulah..tapi kenapa diorang masih berani nak serang Palestin di bulan penuh barakah ni? Diorang tak takut ke umat Islam buat solat hajat ramai-ramai, baca qunut Nazilah di setiap solat agar mereka dihancurkan? Diorang tak risau ke tiba-tiba umat Islam bersatu hati solat Subuh berjemaah sampai masjid melimpah ruah?

Tanyalah diri sendiri kerana jawapan tu ada pada kita, bukan di tangan Hitler.

Jangan persoalkan kenapa negara-negara Arab lain tak bantu mereka. Kekayaan yang ada terus disimpan untuk membina hotel-hotel mewah dan trek lumba kereta. Sebab Amerika dah 'pegang' semua negara di dunia. UN dan OIC hanyalah hiasan. Masing-masing takut cakap banyak, nanti negara sendiri yang jadi mangsa. Setakat selfie sekeping dua, tak menjadikan seseorang itu best friend Mister Presiden.

Sekarang dok viral gambar Lionel Messi dan Neymar Jr. dekat 'Wall' Yahudi vs Cristiano Ronaldo memegang kertas bertulis 'Free Gaza'. Aduhai peminat bola sepak, korang dah kena kutuk nak tambahkan lagi ke dengan bergaduh benda-benda macam ni?

Aku akui, memang kehadiran Piala Dunia agak melalaikan, tapi bukan ke dari dulu lagi Yahudi dah menjajah minda kita dengan hiburan, seks dan sukan. Takde sape letak senapang kat kepala kita dan paksa kita ikut diorang. Kita buat pilihan kita sendiri.

Tapi untuk menuduh kaki bola leka dengan Piala Dunia sampai tak nampak penduduk Gaza sedang disembelih Zionis adalah perbuatan melabel orang lain untuk tunjukkan diri sendiri lebih perihatin.Tak kisahla orang tu suka bola atau tidak, tapi manusia yang ada hati perut sepatutnya tahu apa yang Israel buat melanggar hak asasi manusia. Tak kisah la apa agama dia. Kalau dia masih mampu buat-buat tak tahu sekarang ni, mungkin dia memang spesis takde perasaan.

Apa-apa pun, terharu tengok orang bukan Islam memperjuangkan hak warga Palestin. Moga Allah kurniakan hidayah Islam kepada mereka.

Kita nampak tragedi menimpa Gaza sebagai dugaan buat mereka di Palestin. Sebenarnya dugaan tu untuk umat Islam lain. Sejauh mana kita ambil peduli dengan saudara seagama. Apa iktibar yang kita dapat dari nasib mereka. Mereka di sana dah pasti mati syahid. Anak-anak kecil tak berdosa dah tentu ahli Syurga. Kita?

Aku harap, lepas isu ni reda, lepas gambar profile FB 'Save Gaza' bertukar kepada selfie pakai baju raya, kita masih sudi menitipkan doa untuk saudara-saudara di Gaza, Mesir dan serata dunia. Pesanan ini untuk diri sendiri juga.

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari aku. Aku yang sama macam korang, leka dengan dunia.

Maaf kalau ada yang terasa. Wallahu'alam.


 p/s : Entry ini diedit sedikit seminggu kemudian kerana ada point tak sempat nak highlight kali pertama taip.

53 comments

  1. terus berdoa..
    usaha dah ada..harap berkekalan..
    ya..sayang bg yag berdoa.. di fb blog... ayat copy paste,, tapi x pnah nak langsaikan :P teruskan berdoa.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...setakat copy paste.entah baca entah tidak..kita pun kadang-kadang macam tu..huhu

      Delete
  2. sedih tengok rakyat palestin.. kita hanya mampu berdoa semoga mereka selamat dan diberi kekuatan untuk meneruskan hidup...

    ReplyDelete
  3. So true Sal..Kezaliman Israel bukan baru..dari dulu kini dan selamanya. tak perlu nak menuding jari coz setiap orang ada cara untuk memberi sumbangan...Paling kurang berdoa untuk keselamatan rakan-rakan kita disana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. raudz: yup,masing-masing nak tudung jari. salah sendiri tak nampak

      Delete
  4. betul sis..kathy setuju..sis..boleh PM alamat dan nama penuh x?nak kirim kad raya la..:)sis PM kat https://www.facebook.com/atiqaharbain78

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah PM kat FB kak Kathy.thanks a lot ye

      Delete
    2. Xda la sis..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. sedih mengenangkan saudara kita di sana

    ReplyDelete
  6. Tak faham kan kenapa lah ada manusia mcm ni maybe sbb x kena kat diri sendiri. Kita hanya mampu berdoa y baik2 utk mereka

    ReplyDelete
  7. kak JM: betul tu kak..kita hanya mampu berdoa.hulurkanlah sedekah apa yang kita mampu.

    ReplyDelete
  8. CT : akak dah lama tak join sebarang giveaway.hehe.in sha allah kalau ada kesempatan akak join ye.thanks for invite

    ReplyDelete
  9. Moga yang terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
  10. doa dan derma..
    yang penting, kita laksanakan kewajipan kita..
    jangan dok canang sana sini tapi kita tak buat apa-apa...
    Allah nak lihat usaha kita bukan hasilnya..

    ReplyDelete
  11. Anim : yup, betul..yang penting ada usaha dan biarlah berterusan.

    ReplyDelete
  12. Kan dah dinyatakan Yahudi musuh utama umat Islam...Dari dulu mcm.mcm diorg buat utk pastikan umat Islam.hancur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mimi: saya setuju dengan akak. Umat Islam sendiri kenalah kuatkan iman dan tingkatkan amal masing-masing.

      Delete
  13. Sampai kiamat pun Yahudi Laknatullah ini tak akan berikan keamanan untuk Palestin...tambah pulak dapat negara arab yang pengecut dan tak nak beri bantuan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, sesama Islam pun tak bersatu. Dok gaduh sesama sendiri je

      Delete
  14. semoga Allah melindungi mereka ...

    ReplyDelete
  15. Dik,
    Nak LIKE juta juta kali..
    If only Si Polan membaca coretan a.k.a luahan hati Dik Sal Bee Yah ini.

    Whatever it is.. hanya DIA yg maha mengetahui.. dan sesungguhnya berdoa secara individu atau melakukan sesuatu yg bermaksud utk membantu adalah lebih baik drpd dok pukul canang di FB.

    P/s;
    Sorry dik.. ter-EMO la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sham : takpe, sebab penulis entry ni pun tengah emo masa menaip . huhu.

      Delete
  16. Tu diaa..sabar ye k.sal. Wpun ana bukan antu bola, tp ana sgt2 la faham pd yg peminat2 bola. Kita pun takleh salahkan diorg. Kebanyakkan yg cakap byk tp tak berbuat tu semua budak sekolah lagi. Yg hidupnye masih ditanggung mak/ayah.

    Kita mmg tak dapat nak tolong Gaza kali ni. Sebab Yahudi memang target nak bunuh orang arab yg beragama islam. Sedihkan tak dapat tolong saudara kita di sana. Mereka dah di kepung. Jom kita amalkan doa keselamatan. Semoga Allah datangkan tentera-Nya untuk menghancurkan yahudi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana : Sekadar luahan hati akak je. Akak cuma harap orang kita jangan cepat sangat melabel orang lain. Nanti tak pasal - pasal jadi fitnah.

      Delete
  17. mudah mudahan mereka semua tabah mellaui ini semua :)

    ReplyDelete
  18. rasanya dalam issue kemanusiaan ini tidak perlu saling menuding jari... menyalahkan satu dengan lain... buat semampu kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik idah : betul tu kak.kita contribute sama-sama, moga Allah dengar doa kita

      Delete
  19. semoga mereka dilindungiNya. Amin..

    Jemput Join Jika belum join.. "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"

    ReplyDelete
  20. menghulur utk krgkan beban ...

    ReplyDelete
  21. keyboard warrior.. pfft..
    takkan setiap kali berdoa nak canang satu dunia kan?
    mata tak mampu lihat setiap apa yg org lain buat. so diam dan jangan judge. yg penting sendiri sedar apa sumbangan diri sendiri. tak perlu heboh, tak perlu kecoh..

    p/s : tak mampu nak tengok mayat budak2 kecik kt timeline fb.. sedih, budak2 yg masih mentah tak tau ape2 yg jadi mangsa. sgt tak berperikemanusiaan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisya : tu dia, kaki bola dah bersuara! Tapi tu memang mentaliti org Malaysia. Tak share kat medis sosial, tak care katanya

      Delete
  22. selagi ada ruang komen selagi itulah mereka mencari salah pihak lain, segalanya bermusim disini, esok lusa kembali lupa, hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya..

    ReplyDelete
  23. Bersama2lah kita semua terus berdoa agar sentiasa dikurniakan keselamatan & dipermudahkan jln kejayaan buat Palestin... aamiin ya Rabbal alaamiin...

    ReplyDelete
  24. nak syorkan diorang ni boikot sekali kilauan emas, akademi fantasia dan ceria popstar. hehehee...

    ReplyDelete
  25. Smbotak : haha,itu semua tak apa, sebab bukan Yahudi yang anjurkan tapi orang Melayu *tangan kat bahu mata pandang atas*

    ReplyDelete
  26. Dunia dah makin tua. Bala bencana di merata-rata. Walaupun yang menanggung azab sekarang ialah rakyat Palestin, sebenarnye pengajaran itu untuk kita juga. Jadi, tepuk dada..tanya iman.
    Pesanan untuk myself juga.

    ReplyDelete
  27. Kenapalah yang tak berdosa menjadi mangsa...T_T..sungguh kejammmmm....

    ReplyDelete
  28. keyboard warrior mmg berlambak...kononnya hebat di alam maya tetapi loser di alam nyata.

    ReplyDelete
  29. keyboard warrior mmg berlambak...kononnya hebat di alam maya tetapi loser di alam nyata.

    ReplyDelete
  30. ewan: harap kita tak jadi macam diorang.. ;p

    ReplyDelete
  31. sokong sangat entry ni..melayu mudah lupa dik..layu dan kuyu sejak dulu..pong pang pong pang masa tu jek..pasni mentekedarah balik..sokong balik produk dr sana..entah mana p istiqamah tu..huhu

    ReplyDelete
  32. teacher basariah:tulah kak, tapi harap kali ni Melayu Islam istiqamah.saya faham manusia mudah leka, tapi mengata orang lain sebab rasa diri tu lagi bagus sangatlah tak boleh diterima.

    ReplyDelete
  33. kak kathy : saya dah pm kt FB akak.cuba check lagi sekali

    ReplyDelete
  34. setuju sangat dengan pendapat sal.. #PrayForGaza..

    ReplyDelete
  35. Suka semangat Sal yg berkobar kobar tu....Allahu Akbar!
    Moga amanlah Palestin kan Sal...huhu...

    ReplyDelete
  36. Okje: saya bukan nak backup kaki bola sangat kak, cuma tak suka tengok sesama Islam tuduh satu sama lain.Fokus pada isu utama,iaitu nasib ummat Islam di serata dunia.wah,berkobar-kobar pulak. ;)
    -saya pun kadang-kadang leka jugak-

    ReplyDelete
  37. last week sy try derma dgn SMS tp pastu terima msg, nombor ini tiada dalam perkhidmatan... sudahnya x dpt nk menderma... mmmmm

    ReplyDelete
  38. anis : erm..bila dah mention ni baru terdetik hati nak bukak official FB diorang.tulah, main share je tak check.takdelah pulak poster tu dekat wall FB diorang.takpe, nanti buat research lagi.stay tune je

    ReplyDelete
  39. Pandai mereka merancang sesuatu dari WTC lagi. Apapun semuanya dengan izin Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting, kita jaga diri dan amalan kita.Allah maha merancang..

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah