Kisah Beauty and the Beast bukanlah asing. Cerita dongeng kanak-kanak seangkatan dengan Snow White, Cinderella dan Pinochio. Dan ia juga bukan filem kartun pertama yang 'dimanusiakan'. Cuma yang menjadi persoalan adalah kenapa filem yang satu ni begitu kontroversi?
Filem terbitan Walt Disney dan Mandeville Film arahan Bill Condon diadaptasi dari animasi bertajuk sama yang ditayangkan pada tahun 1991. Aku merupakan antara penggemar kartun-kartun Disney. Let's just say, dialog pun aku hafal. Takat lagu 'Tale as old as time...' tu, celah bracket braces aku je.
Setiap
kali menonton filem adaptasi, soalan pertama yang terlintas adalah :
Sama tak dengan versi asal? Since aku dah tengok versi kartun berpuluh
kali aku boleh clarify yang versi live-action meniru versi kartun tapi
takdelah bulat-bulat. Walaupun kebanyakan karekter, lagu dan jalan
cerita dikekalkan, versi live-action ditambah beberapa karekter dan lagu
baru. Jalan ceritanya juga lebih dikembangkan. Target penonton lebih
meluas dan bukan sekadar kanak-kanak.
Secara dasarnya, bagi aku, filem lakonan Emma Watson (Belle / Beauty) dan Dan Stevens (Beast) dapat menjawab persoalan-persoalan yang tak terjawab dalam kartun. Contohnya...mana parents si Beast tu? Nape takde orang realise ada istana dalam hutan? Soalan paling penting yang merunsingkan aku sejak aku darjah 2 adalah macamana Belle boleh angkat Beast naik atas kuda? So, terima kasih lah sebab dah jawab soalan-soalan yang aku dok fikir lebih 20 tahun. Terjawab sudah misteri. Haha
Secara dasarnya, bagi aku, filem lakonan Emma Watson (Belle / Beauty) dan Dan Stevens (Beast) dapat menjawab persoalan-persoalan yang tak terjawab dalam kartun. Contohnya...mana parents si Beast tu? Nape takde orang realise ada istana dalam hutan? Soalan paling penting yang merunsingkan aku sejak aku darjah 2 adalah macamana Belle boleh angkat Beast naik atas kuda? So, terima kasih lah sebab dah jawab soalan-soalan yang aku dok fikir lebih 20 tahun. Terjawab sudah misteri. Haha
Amaran : Bacaan di bawah ini agak berat.
Ramai yang melenting apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) ingin mengharamkan tayangan filem ini. Semuanya gara-gara statement 'Exclusive Gay Moment' . Aku faham kenapa, dan aku tak salahkan LPF. Eh..cop, sedangkan filem Malaysia banyak yang ada watak pondan dan lelaki songsang, kenapa boleh pulak lepas? Babak rogol, ganas dan 'nakal' dalam filem Melayu pun bersepah! Kenapa ada double standard?
Aku bukanlah pakar Filem, subjek Pendidikan Seni pun selalu dapat 'D'. Tapi yang aku tahu, dalam membuat penapisan, LPF kena berpandukan konsep 'Poetic Justice' di mana orang jahat digambarkan 'buruk'. Di hujung cerita, watak jahat akan mendapat pembalasan. Sebab tu korang selalu dengar penerbit filem Malaysia menegaskan apa yang mereka paparkan dalam filem sebagai 'pengajaran', ataupun sekadar hiburan. Kalau nak ikut buruk je potong, buruk je tapis, maka berlambaklah filem luar negara, malah filem tempatan tak lepas untuk ditayangkan di sinema kita. Oh, aku cuma memberitahu, bukan menyokong mahupun membantah S.O.P LPF, jangan salah faham. Aku still tak boleh terima filem Melayu yang keterlaluan. Banyak cara nak sampaikan mesej dan pengajaran, tu pun kalau mesej tu sampai. Selalunya benda buruk yang orang akan ikut. Lagi-lagi anak muda.
Sejak masyarakat Barat makin ramai yang boleh menerima LGBT secara terbuka, ditambah dengan tekanan media sosial, United States memperkenalkan undang-undang membenarkan perkahwinan sesama jenis pada Jun 2015. Aktivis LGBT, Feminis dan Human Rights sama naik menghasilkan permintaan-permintaan mengarut atas nama 'kesamarataan'. Ini namanya diberi betis nak peha. Maka ramailah yang berebut-rebut menjadi 'Equality Icon'. Konon dialah yang baik, tak racist, tak sexist, tak homophobic. Disney juga tak ketinggalan. Dalam industri seni, populariti dan recognition itu penting.
Bagi aku filem ini tak perlukan publisiti murahan. Nama Disney dan Emma Watson itu sendiri dah cukup kuat nak menarik penonton dari segenap umur untuk menonton. Aku kecewa bila filem ini nyaris tak ditayangkan. Kesian kawan baik aku frust. Aku mana boleh tengok kawan-kawan aku sedih. Aku sedih takpe.
Watak LeFou (Josh Gad) kalau perati, nampak sangat ada ciri-ciri gay yang memang ada hati dengan Gaston (Luke Evans). Lagu 'Gaston' tu pulak kalau dengar betul-betul mengesahkan teori aku. Tapi benda ni macam tengok match bola sepak ulangan yang kau dah tahu result. Kalau dah tahu minit ke 58 ada gol, pasti minit ke 55 kita dah start concentrate nak tengok build up gol tu bukan? Atau menonton siri filem penyiasatan tapi dah tau awal-awal siapa dalang sebenar, mestilah kita akan perhati watak tu dengan lebih teliti. Let's say takde kontroversi tu, aku rasa orang tak peduli pun dua watak tempelan tu. Hello, ini cerita Beauty and the Beast, bukan Gaston and LeFou!
Tapi..tak semua orang tonton secara detail macam aku. So, jangan risau, kalau bawak anak-anak kau tengok, takdenya dia terpengaruh. Setakat lagu 'Gaston', lagu tu takde double meaning pun unless kau memang otak kuning. Pandang dari segi positif, filem ini banyak pengajarannya. Beauty and the Beast mengajar anak-anak gadis yang di luar sana ramai lelaki scumbag macam Gaston yang walaupun kacak dan sado, tapi berhati busuk dan sanggup buat apa saja untuk matlamat kendiri. Pengajaran yang paling aku suka adalah pengorbanan, kasih-sayang sesama ahli keluarga dan taatnya servant pada sang Putera.
Dari segi sinematografi, filem ini begitu indah sekali. Scene yang buat kau rasa nak terbang ke
Sesuatu yang menarik bila aku tengok ada pelakon kulit hitam dalam filem ini. Berlatar-belakangkan sebuah kampung kecil di Perancis kurun ke-18 di mana wanita berpendidikan dan tidak berkahwin pun dipandang serong, logikkah orang kulit hitam ada jawatan penting dalam masyarakat dan bekerja di istana? Adakah tu salah satu revolusi zaman Reinassance atau sekadar kepoyoan Disney? Tapi takpelah, tu nanti aku buat research sendiri dan kalau free aku share dengan kalian. Masalah jugak orang minat subjek Sejarah ni, semua benda dia nak kaji. Huhu.
These two deserved more scenes!
Yang aku tak suka..that signature yellow dress tu patut boleh cantik lagi. Ni aku tak puas hati. Tapi aku suka baju bunga-bunga Belle scene ballroom last tu. Rasa nak jatuh cinta, tapi tulah takde orang nak jatuh cinta dengan aku. Actually bahaya tulis macam ni. Kang kena komen pedas sedas, padan muka aku. Haha.
By the way unsur-unsur gay tu sebenarnya takdelah menonjol, kalau tak digembar-gemburkan takde sape yang perasan. Tapi tulah, bak kata aku, konon nak tunjuk open-minded dan bangga dengan scene gay tu, maka filem ini menjadi kontroversi. Sedangkan di Barat sendiri, masih ramai yang tak boleh menerima LGBT. Mungkin diorang ni kuat agama. Ya, kalau ikut ajaran orthodox Kristian, LGBT itu haram.
Biarlah orang Barat tu nak bergaduh sesama sendiri, kita yang kat sini patut tahu mana yang patut ikut, mana patut tinggal. Ko yang Islam tu, jangan pura-pura tak tahu LGBT tu haram. Potong anu tu baru tau. Open minded pun ada hadnya, jangan sampai jadi Islam liberal yang menegakkan benda yang salah.
So..patut tonton ke tidak filem ini? Well, kalau korang suka filem fantasi muzikal macam ni, apa salahnya. Memang menghiburkan. Abaikan kontroversi bodoh dan anggap saja ia sebuah fairy tale indah.
Apa pun aku harap ini tak menjadi kenyataan kalau tak akan terjadi kontroversi episod kedua:
https://www.theguardian.com/film/2016/may/03/frozen-fans-urge-disney-to-give-elsa-girlfriend-lgbt
*Grab popcorn*
Thanks for reading!
Sejujurnya aku suka perhatikan masyarakat Barat sebab aku rasa mereka ni
'kelakar'. Kelakar dalam erti kata mereka perasan mereka lebih maju
dari sebilangan besar penduduk dunia. Padahal mereka ada kala
memperbodohkan diri sendiri.
I agree when you said that gay part, kalau tak digemburkan, memang takda siapa perasan.. I love all of the characters especially those living things..! XD
ReplyDeletekan..patut banyak lagi scene diorang. Suka piano tu..last-last kesian takde gigi. Hehe
Delete20 tahun menunggu jawapan ek Sal :D Hihi. Betul part gay tu. nanye takde perasan pun kalau tak tengok betul2. Bukan banyak pun scene gay. tersirat lagipun scene nya. Biasalah nak populariti kan. Walaupun nanye tak payah sebab cukup popular dah filem ni.
ReplyDeleteSuka filem ni sangat!! <3
KAK SAL! RINDUU YA AMATTTT! SORRY HIATUS LAMA GILA. HAHA
ReplyDeletekak sal sihat keee?
Btw, nak tengok citer ni tak lepas2 lagi huhu
Kejap sihat, kejap sakit..haha. Tapi kalau sihat, muncullah kat blog ni. Hihi. takpe, orang sibuk nak kahwin akak faham..haha
DeleteREVIEW FILEM YG MENARIK..APAPUN KITA TAPIS APA YG DITONTON N AMBIL NILAI BAIK SAJA..
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletereview yang menarik
ReplyDeleteakak !!! serious berat betul perbincangan ini.. CT baca cuba nak faham. tapi ritu rasa tergedik2 nak tengok tapi sampai kesudah tak tengok lagi. hehe..
ReplyDeletehaha..tengoklah CT, citer ni best. akak ni lepas gian menulis..tu yang main taip je panjang lebar.
Deleteoo..itu isu nya...kalau setakat gitu2 jer, boleh diabaikan..yg penting movie ni enjoyable..
ReplyDelete1. isu ni jadi panas pada aku berpunca daripada LPF tu sendiri. kalau la mereka kenakan `code' yang sama macam filem2 luar dan tempatan, takde la timbul kecoh sangat. ingat aku tak seriau ke tengok babak rogol dalam filem KL Gangster tu? kenapa boleh lepas pulak (aku tengok kat asstro). dah tu ingat aku tak rasa jijik ke tengok lelaki pakai baju kurung dengan tudung sepanjang cerita dalam filem Mat Tudung? jadi, mulai sekarang LPF dah patut mulakan tindakan sama rata, sedikit demi sedikit. bukannya secara mendadak.
ReplyDelete2. animasi filem ni aku tengok masa sekolah menengah, waktu penghujung zaman VHS. sempoi gila scene dia menari dalam ballroom tu. filem 2D tapi nampak hidup macam 9D. dan pada aku disney adalah king dalam filem2 animasi 2D sejak dulu. sebab tu dulu diorang selamba je buat filem tarzan time orang sibuk dengan CGI.
3. aku sibuk, nak layan asstro pun tak berapa sempat. inikan pulak tengok movie.
4. harap tak terlepas F&F8, teringin tengok Dom mati. aku bab mati dalam movie ni memang fevret sepanjang zaman.
1. LPF memang kena lebih strict dengan filem Malaysia. Tu aku setuju. Sebab wayang kau bolehla halang bebudak tengok. Kalau kat asstro ngan online, nak control cmane.
Delete2.Kan..Disney memang power bab ni. Kartun diorang memang level lain. Tapi sekarang banyak yang stail 'Pixar', originality Disney dah x ada
3.no komen
4.aku orang mati xpe lagi, tapi kalau anjing mati aku nangis. kah kah
setuju bab local drama/filem pun patut kena tindakan yang sama
DeleteSetuju sgt...aku x bimbang pun ank aku tgk filem ni...sbb depa tgk tang beast ngan beauty je ...lg pun english ank aku ...huhu x phm pun depa tu nk hayati lagu gaston tu
ReplyDeletehebat cik sal, cik sal kalu dh review filem jgn ada sorng mencelah pun, confirm terdiam. haha..by the way, part last tu yg jd kontraversi yg di besrkan, jelingan manja seakan mengoda, klu x di kepohkan org takkan perasan, pandang dari segi muzikal, komedi & scene kartun mmg menarik la.
ReplyDeleteala bab jeling-jeling tu kita gelak je. kalau otak kuning memanglah fikir macam2.
Deleteorg kita... part2 gini kan cepat je menggelupur... sik baik laa smlm mng kalau takkk... eh eh... lari topik
ReplyDeletehaha..menang tu memang pelik. yang penting, lester x lepas gi champions league. yay!!!
DeleteBelum tengok lagilah, Sal. Baca bab kontroversi aje dulu. Maklumlah, kita- kita ni memang suka kisah panas. Kebenarannya tolak belakang dulu, nanti dah reda panas barulah kita cari kebenaran.
ReplyDeleteBetullah tu, Sal. Kalau kita dah diberitahu, memanglah kita akan perhatikan betul-betul untuk mengetahui bahawasanya tanggapan umum tu benar belaka. Kita mana boleh main terima aje apa orang kata! Hahaha!
Itu yang dari kecil punya kontroversi jadi makin besar. Kita sebagai 'hakim' ni memang ada dua type - satu suka menggembar-gemburkan hal kecil supaya menjadi besar supaya dapat disekat dari menjadi semakin besar. Yang satu lagi suka buat tak peduli aje, semua pun dibantai liberal!
haha..saya ni kalau dengar ada kontroversi, makin saya tempted nak tengok. jenis yang lagi ditegah, lagi nak buat. haha. tapi pandai2 lah fikir sendiri ye tak?
Deletex pergi tengok pun kat wayang sbb x minat sangat cerita musical.. heheh
ReplyDeletewak tenok Kong Skull Island jee., hehe2
ReplyDeleteDah tengok dah Sal.... Bagi hakak, bolehlah.... layan anak anak sambil santai santai hujung minggu katanya. Tak berapa suka sangat sebab muzikal. Nyanyi nyanyi ni rasa banyak ambik masa cite tu.
ReplyDeletedia tiru kartun kak..kartun memang banyak nyanyi.
DeleteBelum tengok lagi, tapi x mau tengok di panggung sebab x mau dengar lagu 😂
ReplyDeletehaha..rugilah.lagu dia yang buat sedap. sebab memang filem muzikal
DeleteNak dwld sendiri ja, boleh cepatkan bahagian lagu. Kah! ��
Deletetapi bab gay, kerosakan akhlak, semua ni, filem kita sendiri pun tak kurang juga hebatnya dlm bab gini
ReplyDeleteSalam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. gd one tapi KA kecik2 dulu mmg minat giler citer2 cenggini he3
ReplyDeleteSaya nak sangat tgk citer ni tapi tak kesampaian, tunggu keluar kat astro first nanti baru tgk
ReplyDeletepjg lebarnya.....
ReplyDeletehihi tapi tetap nk baca...
tetap sabar membaca..
ReplyDeletepart gay itu kecil je..depa yang lebih-lebih pun.
ReplyDeletesaya suka semua bahagian dalam cerita ini..
ReplyDeleteLya dh tgk cerita ni..serius, klo bkn krn kontroversi tu..xde pom nk perasan watak gay.. Tu pom minit last y dia org menari.. Mcm tu jer.. Klo bdk tgk, mmg dia org xdenya nknterfikir mcm tu.
ReplyDeleteHaha..setuju tu, segala ptanyaan dln watak tu tjwb dlm filem ni
Bagi saya bosan sikit cerita ni. Agak slow.
ReplyDeleteRupanya scene 'gay' tu ke pada awalnya x lepas tapisan filem eh
ReplyDeleteawalnya LPF mintak potong terus, kalau tak, filem tu tak boleh tayang sini.tapi babak tu takdelah obvious sangat gay nya bagi saya
DeleteX tgk lagi so x tahu nk komen best ke tidak tggu masuk astro lah
ReplyDeleteReview dari Sal mmg padu tu sbb la layak khidmat kat company skrg..bernas!
ReplyDeletehaha..boleh apply jadi editor tak ni?
DeleteSy lom tengok lagi 😏
ReplyDelete