6 sebab aku tak suka pergi konsert
Tuesday, 23 January 2024
In loving memory..untuk teman yang telah pergi
Monday, 8 January 2024
Assalamualaikum dan hai semua! Lama betul tidak menulis. Entahlah kenapa.. Mungkin hilang minat, mungkin kecewa tengok earning ciput, mungkin sibuk dengan pelbagai urusan dunia atau mungkin juga penat menyusun dan memujuk emosi dan hati.
Apa pun, pemergian seorang teman di hari Jumaat baru ni (5 Januari 2024) membuatkan aku rasa nak meluah. Ada sesuatu yang terbuku dan perlu diceritakan. Untuk ketenangan aku, dan juga untuk pedoman semua yang terbaca apa aku tulis ni
Aku kenal En.F sekitar tahun 2012, kerana En.F kawan baik dengan En.A. En.A boleh dikatakan kawan baik aku paling lama di tempat kerja aku sekarang. En.F aku dah anggap macam adik sendiri kerana jarak umur muda 4-5 tahun dari aku. Selalu juga lepak bersama di hujung minggu atau lepas kerja. En.A dan En.F juga kerap datang berhari raya di rumah.
Sekitar 2020, Covid-19 membuatkan En.F mengalami kemurungan kronik. Dia sering mengadu dan meminta nasihat dari aku kerana dia tahu aku juga survivor. Aku cuba membantu sebaik mungkin. Kalau tak dapat berjumpa, aku sering bertanya khabar. Aku cuba sehabis daya walaupun ada ketika kemurungan En.F terlalu teruk sampai dia enggan bercakap dengan sesiapa termasuk aku. Kalau En.F tu perempuan pasti lebih banyak aku boleh tolong tapi beza jantina adakalanya membataskan. Mustahil aku nak ajak dia pergi bercuti sekali atau aku nak pergi meneman dia di rumah sewa.
Ada beberapa perkara yang aku kesalkan. Awal tahun 2023, aku dia dan En.A menghadiri kenduri kahwin anak akak opis kami. Malangnya di kenduri tersebut aku terserempak seseorang yang pernah menyakitkan hati aku. Pertemuan itu membuatkan aku bad mood sepanjang hari walaupun lepas kenduri tu En.A dan En.F cuba hiburkan aku dengan bawa aku berjalan-jalan. Aku menyesal sebab tak boleh kawal perasaan aku. Aku hang out dengan muka yang monyok.
Bila terkenang balik, aku rasa menyesal sebab tak cherish the moment. Mood buruk aku buatkan En.F pun tak happy. Kami tak ambil gambar langsung padahal aku dan En.F ada habit suka ambil gambar bila jumpa port cantik.
Penyesalan itu mengajar aku yang kita kena hargai masa dengan orang yang ada dengan kita. Letak tepi masalah lain kalau takde kena-mengena dengan orang yang ada bersama kita. Jangan hukum orang lain sebab orang lain. Kita tak tau, entah-entah tu kali terakhir kita dapat spend time together.
Yelah kita ni manusia ada kalanya gagal kawal emosi. Marah dengan bos, lepaskan pada anak isteri. Terkebil-kebil bila tak tahu apa-apa tapi kena herdik. Padahal bukan mereka tu punca kita naik angin. Aku harap tahun 2024 ni aku lebih cekap mengawal emosi. Jangan kerana marah bila perancangan tak menjadi, orang sekeliling yang tak bersalah terima tempiasnya
Pemergian En.F di usia masih terlalu muda membuatkan aku sedar yang hidup ini sebenarnya terlalu pendek untuk bermusuhan dengan sesiapa. Mungkin saja arwah ada wasap aku sebelum dia meninggal untuk memberitahu tentang sakitnya tapi tak sampai kerana aku dah block nombor dia. Aku sewajarnya mengalah dan memahami situasi En.F yang menghidap kemurungan kronik. Aku sepatutnya lebih faham kerana aku juga pernah mendapatkan rawatan untuk sakit yang hampir serupa.
Tak ada apa yang boleh aku lakukan melainkan menitipkan doa dan menyedekahkan Al-Fatihah. Damailah di sana Mohamad Fakhri bin Koles.
Tadom Hill Resorts - Part 3
Monday, 7 June 2021
Assalamualaikum dan hai semua! Mereput sudah cerita bercuti di Tadom Hill Resorts (THR) ni dalam draf. Marilah sambung. Jemput baca dulu supaya faham hujung pangkal:
Masuk hari kedua merangkap hari terakhir di THR, awal-awal pagi aku dah bangun. Lepas solat Subuh, kitorang gi morning walk di kawasan sama kitorang main ATV hari sebelumnya. Bukan jogging, sebab masing-masing stamina tak sama. ND peserta marathon tegar. SR pulak bekas atlit masa zaman sekolah. Aku? Malaih sembang. Kalau masuk rentas desa, Top 10 tu dah dalam tangan. Tapi Top 10 dari belakang la. Sape sama angkat tangan!!
Tadom Hill Resorts - Part 2
Tuesday, 30 March 2021
Tadom Hill Resorts - Part 1
Saturday, 20 March 2021
Assalamualaikum dan hai semua! Sejak kerajaan announce boleh rentas daerah, mulalah otak aku ligat berfikir kat mana seronok jalan-jalan dalam negeri Selangor ku yang tercinta ni. Lagipun lama tak hang out dengan my two BFFs, ND dan SR. Harus diingat, Covid19 masih belum berakhir, so tak nak pergi tempat ramai orang. Solution untuk tak nak ramai orang, pergi hari bekerja. Pinjam SR sekejap dari anak kecik dan suami dia. Lagipun aku dan ND banyak cuti carry over dari tahun lepas. WFH dan tak boleh pergi oversea, memang cuti terkumpul begitu sahaja.
Dipendekkan cerita, kitorang setuju untuk ke Tadom Hill Resorts (THR) yang terletak di Banting, Selangor. Nak pergi Banting sekarang tak susah dah sejak ada Max Highway dan applikasi Waze. Booking bilik di THR, kena melalui official website resort. Kalau guna apps hotel lain memang tak jumpa. Sewaktu entry ni ditaip, ada promotion 18% untuk menginap kat sana. Rajin-rajin la check socmed diorang untuk promo terbaru okay.
THR dulu viral waktu mula-mula dibuka sekitar 2015 tapi biasalah aku, sibuk plan trip gi Australia, 'tak nampak' pun tempat ni. Berlagak kau ye! Hahaha.


