Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah dah selamat pulang ke tanah air tercinta 2 hari lepas. Syukur diberi peluang memenuhi impian sendiri untuk melawat Turkey (sekarang dikenali sebagai Turkiye), sebuah negara indah yang mempunyai sejarah berwarna-warni.
Ini kali pertama aku pergi bercuti ikut tour pakej 100%. Pernah sebelum ini bersama guide (Aceh, Jeju, Da Lat), tapi tiket flight beli sendiri dan trip private, takde campur orang lain. Sekali-sekala cari pembaharuan. Ikut kan aku lagi suka travel DIY, tapi dah takde geng nak join terpaksa lah ikut tour pakej. Yup, aku pergi solo sebab dah gatal sangat nak travel overseas. Tanya sana-sini masing-masing ada kekangan, aku pulak jenis yang tak suka push orang. Memang stail aku begitu. Nak ikut jom, tak nak sudah. Haha.
Another reason aku ikut tour pakej adalah kerana harga tiket flight yang melambung tinggi. Kalau pergi balik sahaja dah hampir 4K, baik aku ambil pakej yang harga RM4680 sekali dengan tiket flight, penginapan, pengangkutan dan makan 2 kali sehari. Lagipun aku mengaku bab ticket flight hunting ni aku agak fail. Setakat beli tiket Air Asia, MAS atau Firefly tu aku tahu lah.
Selama ini aku ingatkan harga pakej fix, tapi rupanya bergantung pada tarikh. Ikutkan boleh dapat yang lagi murah dan boleh naik penerbangan lain (Qatar, Turkish etc) tapi ini satu-satunya tarikh yang aku boleh ambil cuti panjang tanpa geng-geng tempat kerja meroyan. Sis pasrah. Cuti ada banyak tapi susah nak ambil. Kau rasa??? Bos aku pun memahami, bagi aku kerja senang untuk bulan ni supaya colleague yang kena take over tak menyumpah aku sepanjang trip. Tersedak-sedak nanti.
Dipendekkan cerita, hari kejadian, pagi-pagi aku dah sampai airport. Kena berkumpul 5.15 pagi, tapi first ERL pukul 5, sampai KLIA 5.40 am. Disebabkan tak nak awal-awal give bad impression yang aku ni tak punctual , aku pun gigih la naik Grab pagi-pagi buta. Yang bawak Grab tu kawan mak aku, so takdelah risau kena naik dengan stranger pukul 4 pagi. Nak pergi KLIA ada drama jugak, tapi malas lah nak ungkit. Huhu.
Tersengih-sengih aku sendiri bila sampai KLIA. Teringat memori kali pertama naik flight, ke Sandakan atas urusan kerja. Noob betul rasa masa tu mujurlah ada colleague lain. Dahlah bos aku kuat menyakat, bagitau peramugara MAS tu aku first time naik flight. Flight hampir 3 jam tapi nak makan pun tak lalu. Mabuk-mabuk ayam, tapi takdelah sampai muntah. Dulu lah. Sekarang OK dah. Mengunyah je kerja dalam flight.
Lepas berkumpul, briefing sekejap dan ready untuk drop bag. Kaunter belum bukak so solat Subuh dulu. Struggle jugak pergi airport sorang sebab takde siapa nak jagakan beg. Nak mintak ahli rombongan, masing-masing tak kenal each other. Dekat airport memang kena sombong sikit sebab banyak kes jenayah. Yelah kan, airport dan cerita seram orang letak barang terlarang dalam beg berpisah tiada. Heretlah luggage masuk surau KLIA dan letak di belakang. Kunci siap-siap. Mujur berat luggage hanya 8.7 kg je. Rekod baru bagi aku boleh sumbat barang 9 hari dalam luggage 24" (60-75 litre).
Majoriti masih memakai mask walaupun arahan pemakaian dah diangkat (lifted)
Lepas solat Subuh, check in dan drop luggage. Masa ni ramah-ramahkan diri borak dengan ahli group lain. Alhamdulillah tour leader ni perempuan dan umur baya-baya aku, so boleh buat kawan. Banyak lepak dengan dia je sampai naik flight. Dapat pulak seat sebelah-sebelah.
Ini kali pertama naik Oman Air. Flight commercial yang aku pernah naik hanyalah MAS. Lain semua tambang murah. Honestly aku teruja sangat. Walau takat kelas ekonomi tapi rasa macam kaya sekejap. Haha.
KL-Muscat mengambil masa 6 jam 45 minit. Kematu punggung.
Oman Air Economy Class bagi bantal kecil dan selimut seorang satu. Selimut kena pulang tapi bantal aku tengok ramai je ambil.
Breakfast sedap! Aku ambil lauk ikan
Ada in flight entertainment
Masihkah kau ingat? Gambar wajib naik flight?
Actually seat aku bukan sebelah tingkap, aku tukar dengan tour leader (TL). Dia pun bagi je. Yelah, dia pun dah beberapa kali ke Istanbul dan memang kerja naik turun flight. Bagilah peluang pada sis yang kerja selalu tengok PC je.
Muscat dari atas. Naik Oman Air kena transit di sini
Ini kali pertama naik flight ada transit. Baru aku tahu rupanya kalau transit ni still kena scan beg carry on dan badan lagi sekali. Tapi kalau beg yang dalam luggage, airlines yang uruskan. Tak payah tunggu di baggage claim. Ingatkan just tukar gate. Ilmu baru. Patutlah selama ni kalau nampak orang kena transit berlari-lari macam Amazing Race.
Masa di KLIA, kaunter Oman Air tak dapat issue boarding pass untuk Muscat-Istanbul so kena beratur di kaunter Oman Air airport Oman sebelum scan beg. Nasib baik orang tak ramai. Naya wei kalau terlepas flight transit.
Yang sedihnya masa nak turun, Oman Air bagi snek dan air kotak. Ada yang tak lepas masa scan beg carry on dan badan. Apa lah. Kita bukan nak bawak air naik flight. Nak minum sesambil tunggu boarding ke Istanbul je. Nasib baik snek lepas. Tapi jangan risau kehausan di airport Oman sebab ada banyak water cooler. Tadah sahaja botol air kosong.
Sementara tunggu boarding, solat jamak Zohor-Asar dulu di Airport Oman. Besar jugak airportnya. Banyak deco pokok kurma. Sampai pukul 12.15 tengahari waktu Muscat. Waktu di Oman lambat 4 jam dari Malaysia.
Transit sekejap je. Sekadar sempat solat dan makan snek. Aku tak berminat nak shopping di airport, lagipun takde duit Oman. Pernah baca orang tulis yang boleh beli barang pakai USD tapi USD tengah meroket so kita simpan dulu duit USD yang ada. Nanti nak guna di Turki. Lagipun perut masih kenyang.
Airport Muscat di padang pasir berdengung. Duduk dalam bangunan pun terasa panasnya. Respect betul yang bekerja di tarmac tu
Flight ke Istanbul pukul 2.35pm. Kali ni hanya 5 jam 25 minit dan kapal terbangnya lebih kecik. Duduk berasing dengan rakan-rakan lain. Layan movie dan tidur.
Sampai Istanbul Airport pukul 7 malam. Turki lambat 5 jam dari Malaysia. Istanbul Airport boleh dapat free Wi-fi. Ambil kesempatan whatsapp keluarga di rumah tapi takde yang reply sebab Malaysia dah tengah malam.
Alhamdulillah urusan imigresen berjalan lancar. Dah hampir 2 tahun baru dapat cop passport lagi sekali. Gembiranya rasa.
Ambil beg dan berkumpul tunggu tour guide. Group kami 25 pax sahaja. Tour guide orang Turki bawa kami menaiki bas ke hotel. Malam pertama di Istanbul, kami menginap di
Hilton Garden Inn Istanbul Ataturk Airport. Sayangnya aku takde roomate sebab takde ahli group lain yang travel solo. Pasrah jelah. Macam aku cakap tadi aku tak suka paksa orang. If takde orang nak jadi roomate aku, aku tak kisah. Bukan tak biasa tidur seorang. Tak ada apa nak ditakutkan asalkan berhati-hati.
Dinner pun packed food je. Masing-masing tak larat nak makan di restoran. Jetlag pun ye jugak. Check in bilik dan gosok baju siap-siap untuk hari esoknya. Aku tak nak terlewat ye. Travel in big group kalau terlambat akan dikecam ahli lain.
Hotel ni bertaraf 4 bintang. Harga pun boleh tahan. Kalau aku travel bajet memang tak lah stay sini sebab walaupun dekat dengan airport tapi harga almost RM400 per night plus jauh dari main attraction Istanbul. Travel dengan pakej ni tetibe rasa macam orang kaya ye.
OK lah tu je nak cerita. Nanti sambung lagi! Gule gule (bye in Turkish). Ewah
Eh, bestnya pakej masuk duduk hotel 4 star. klu saya lagi suka dapat bilik sorang2 sbb takut roommate tu kuat berdengkur nnt tak leh nak tido. Tak sabarnya tunggu cerita jalan2 di Turkiye.
ReplyDeletebetul jugak tu. roomate kalau kenal boleh gak sound. kalau stranger kena redha jelah. saya pun suka sorang. lambakkan je barang-barang dalam bilik. haha
DeletePergi Turkiye rupanya.
ReplyDeleteHehe akak pernah pergi ikut ejen pelancongan naik Saudi punya. Seronok sebenarnya. Hehe yang akak punya jenuh tunggu masuk waktu transit.
Apapun selamat pergi dan sampai.
ni transit 2 jam ok lah. yang tak best kalau transit tengah malam. tido airport alahai tak bestnya
DeleteAkak pernah hadapi masalah ni masa pi ke jeju dulu. Ajak member semua ada hal malahan ada member yang dah ada group pi jeju sendiri. Last last dah tak tahan godaan jeju daftar je pakage jeju muslim travel. Flight pagi subuh sapiii hah malam tu pi klia2 lepak kat kerusi mula-mulanya tapi bila makin malam makin sejuk heret beg besar masuk surau dia. rupanya surau dia besar dan banyak je orang lain yang tidur dalamnya sementara tunggu flight. Hah apa lagi tergolek sorang tidur. Bila bangun wah ramainya orang indon transit kat malaysia nak buat umrah.
ReplyDeleteItulah bila tak tahan, sanggup pergi seorang kan. Tapi jaga beg dekat airport memang mencabar. mata tak lepas. takut je kalau ada orang khianat
Deletewishlist ahkak tu tapi tabung gajah baru nak on untuk tahun depan. Maaf le. Kalau ada duit kepuk2 masa tu emm memang nak ikut sal. huhuhu tahan hati je ni
ReplyDeletetak apa, faham. lain orang lain komitmen. nanti tabung dah penuh nak ke mana-mana boleh roger. berangan nak gi Cameron ni tapi asyik hujan. Aish risau
Deletetu lah camno ek. Dah le seriau dengan tanah runtuh dek hujan emmm mudahan dapat pi le nanti ek
DeleteDulu masa pi brisbane transit kat sydney....ingatkan kalau kena turun kapalterbang , barang pun bior kat atas kapal terbang....nasib baik member akak kata bawa barang semua jangan tinggal, sekali naik balik eh pilot pun lain flight crew pun dah lain. hahaha masa tu jakun kooo ingat naik bas henti-henti ke apa....nasib kawan tak gelakkan akak. hahaha pengalaman sungguh tu
ReplyDeleteiyelah kan, pengalaman pertama. saya pun ingat boleh walk in je pergi gate lagi satu yang diorang tunjuk kat screen. nasib baik tak redah sendiri kalau tak blur jadinya
DeleteAhkak senang guna pakage sebab semua dah siap tak yah pening nak fikir beli tiket murah ke nak pi tempat viral ke apa nak kena beli makan ke apa. Siap duit hah pi jalan. siap duit belanja je untuk shopping. Yang lain semua siap sedia. hah gitu dia punya malas nak fikir renyah kat kepala otak. Tapi itu masing-masing punya suka lah.
ReplyDeletesaya kurang suka shopping. jadi bosan bila group berhenti lama sangat kat tempat shopping. tapi ikut pakej ada jugaklah pros dia. bab tak payah fikir tu memang best
DeleteShopping ahkak selalunya ingat kat adik beradik kat kg hehehehe suka melihat orang lain suka dengan pemberian kita walaupun ianya kecil je
DeleteSis pg dgb ajen mn yea
DeleteAlhamdulillah syukur perjalanan berjalan lancar. Apa pun semuanya itu menambahkan pengalaman kita melihat keindahan ciptaan tuhan di muka bumi ini kan. Mudahan Allah rezekikan akak rezeki kesihatan dan wang ringit dapat melancung turkiye tahun hadapan. Aamiin.
ReplyDeleteu go, I follow. haha. tapi kalau DIY lah. rasanya dah boleh navigate Istanbul. ewah.
DeleteMerata dan luas dia punya negara kan. Semuanya best.
DeleteMasa ni musim apa dapat pi petik buah tak. syioknya kalau dapat pi ladang buah-buahan. Buah epal buah delima dia besor-besor ko. hish hish tergoda selalu bila time pi ladang buah
ReplyDeleteini musim luruh. takde pulak petik buah dalam itinerari. dapat makan buah bila waktu makan je. hehe
DeleteMerhaba...bestnya, dah ke Turkiye..murah tu 9h pakej RM4680...hotel pun best..
ReplyDeleteya, boleh tahan harganya. berbaloi sebab hotel best dan tak payah fikir pasal transport
DeleteSeronoknya jejak Turki. Rasa nak sambung semula jelajah Turki bahagian lain pula supaya lengkap kembara seluruh Turki.
ReplyDeleteitulah Turki luas sangat. Kembara 9 hari ni pun rasa dapat cover suku je
DeleteAlhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga Sal tour ke luar negara.. Tak sabar nak tunggu Sal kongsi cerita di Turkiye..
ReplyDeleteInsha Allah. Ada kelapangan nanti saya sambung ye
Deletepatutla senyap sunyi sepi-e x updet blog erk., hehehe,
ReplyDeletegi oman x ping wak pown., huhuhu
Pengalaman itu yang penting. Lepas ini sambung lg keadaan di sana plak. hihi
ReplyDeleteCantik ambil gambar passport dekat tingkap tu..
ReplyDeleteWah…excited akak baca habis tau Sal!
ReplyDeleteTurki negara yang akak teringin jugak, tapi suami pulak payah nak dapat cuti panjang. Ya walaupun kuota cuti banyak lagi.
Gule gule...akak tau pasal nonton Ertugrul.
yeay akhirnyaaaaa melepas kita nak join awak.... tapi kita x sabar nak baca seterusnya!!
ReplyDeletewah..welcome back!!! seronoknya.. x sabar nak baca next story...rasa nyesal masa muda dulu tak rajin travel mcm ni..asyik keja je.. he he he..but past is past..kan
ReplyDeletewaa sal dah mula travel dah.. bestnya
ReplyDeleteAlhamdulillah dh selamat pulang dari Turkiye
ReplyDeleteSal satu group dengan adik kawan kite ye Dr. Naila, ada nampak gambar diorang naik hot air ballon terselit muka cam Sal kat belakang diorang. Betul kot itu Sal pakai baju bunga2 seluar warna kuning.
ReplyDeleteTudiaaa..sekali bercuti jauh membawa diri. Seronoknya Sal dapat bercuti ke Turkiye. Berdebar debar betul kalau nak scan tu tak lepas kan. Dahlah nak keluar negara. Dalam negeri okay lagi. Kalau keluar tak lepas masa tu menangis tak berlagu. huhu...
ReplyDeleteHarap ada rezeki jugalah jejak sini. Tak sabar nak tengok gambar cantik cantik!
bestnya Sal...teringin juga nak pergi tapi memikirkan anak-anak masih kecik...poket pun kecik hmmmm
ReplyDeleteHi, boleh saya tahu, utk ke turki bawa matawang apa, Turki Lira atau USD?
ReplyDeletewah naik pesawat
ReplyDeletengeri ketika akan naik
Kalau Mrs.A memang sejenis tak suka nak fening-fening Sal amik pakej je senang. Trademark ya Sal snap gambar passport depan tingkap flight hehehee...
ReplyDeleteSeronoknya baca cerita Sal dah ‘berkepak’ jelajah dunia hehehe selamat tambah cop dalam pasport 😊
ReplyDeleteNot bad ya package yg Sal ambil tu. Transport, accommodation kira tak yah pening kepala dah. Bawa diri untuk enjoy2 je
Seronok ibu baca..
ReplyDeleteSatu persatu ayat ibu baca tak tinggal sepatah perkataan pun..
Terasa macam sama2 ikut travel..
Tq Sal bawa ibu Aqil berjalan sama..
Ok nak sambung next entry pula.. Xoxo
Datang singgah baca lajuuu akak citer best2.. sy banyak yg trgendala.
ReplyDeleteLagu best xdek roomate.. blik kita sorang hehe
sungguh best juga ikut pakej tours ini.....boleh berkenalan dengan orang baharu..
ReplyDeleteamboiiiii hilton ko! hilton kat kl sentral pun ko tak sampai lagi...ni hilton turki terus. syabbasss!!
ReplyDeletekalau hai hai dlm turki? hahah. wah patut senyap know2 arrived turkiye! memang kayangan trip sal kali ni. mcm mana lah kalau bawa anak travel dgn transit lg. allah scary kalau fikirkan
ReplyDeletebestnyaaaa.... pasni sambung baca lg
ReplyDeletedone 1.0.
ReplyDeletenext...
Tudiaaaa....akak dah banyak tertinggal ni..akak cuba catch up perjalanan Sal ye...sebab Istanbul one of my dream place to travel to...
ReplyDeleteWow, jalan ramai-ramai memang seronok la ye.
ReplyDeleteSaya berasa ikut jalan2 juga baca cerita kak sal 👍😄.
ReplyDeleteSelepas pandemi nih harga tiket pesawat memang lah mencekam yaaa, naik gila-gilaan 🤣. Saya tipe yang suka traveling mandiri berdua suami sbenernya, bisa dihitung pakai travel hanya 2x setakat ini. Pas ke North Korea 2019 lepas Krn memang wajib pakai travel kalo kesana.
tapi melihat harga tiket, memang lebih bagus ikut travel sekarang nih. Jatuhnya lebih murah. Makanya trip saya trakhir ke USA, saya pilih pakai travel. Tak payahlah pikir macam2 biaya , dah include semua 😄
Tapi terkadang enaknya ikut travel, saya sering dapat teman baru yang juga suka jalan2. Dan malah beberapa jadi travel mate saya sampai sekarang.
Menariiik cerita2 Kaka di Turkiye ini. Saya nak baca pelan2 👍