Merhaba Turki Part 2.0! - Hatiku patah di Hagia Sophia

Friday, 30 September 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Pagi pertama di Istanbul, seawal 5.30 dah bangun sebab Subuh awal macam waktu di Sabah. Breakfast start 7.30 pagi. Buffet spread Hilton Garden Inn sangatlah mewah dan sedap. Aku suka sebab ada croissant dan potato tots (jejari kentang yang aku selalu tengok dalam rancangan Girl Meets Farm). Ada juga salad, pasta, scrambled egg dan cereals. Air ada jus, kopi dan teh. Cheese ada macam-macam jenis, tak reti aku nak makan. Salad dressing pun sama. Aku hanya ambil yang aku familiar sebab tak nak perut terkejut. 


Selesai makan, check out dan letak luggage dalam bas. Tidur satu malam sahaja di Istanbul nampaknya. Pagi ni kami nak melawat area Sultanahmet dan seterusnya ke Bursa.


Perjalanan dari Hilton Garden Inn ke area Sultanahmet mengambil masa kira-kira 40 minit. Menurut Ozgur (bukan Ozil), tour guide kami, hotel-hotel di area Sultanahmet kurang gemar mengambil pelancong dalam group besar dan sekadar untuk bermalam. Mereka lebih utamakan pengembara solo dan kumpulan kecil. Hilton Garden Inn kami stay ni berhampiran airport dan ada banyak jugak hotel 4,5 bintang berdekatan

Oh ya, kalau ada yang merancang untuk melawat Istanbul secara DIY, boleh consider hotel-hotel di area Sultanahmet. Harga mesra bajet dan dekat dengan tarikan-tarikan utama Istanbul. Public transport pun senang.
 
Tinggalan The Walls of Constantinople masih boleh dilihat di kawasan Istanbul. Ia dibina seawal kurun ke 5 oleh Emperor Theodosius II (source : TurkeyTravel Planner)


The Walls of Constantinople were built by Constantine the Great, and they original surrounded the entire city on all different sides. The walls were designed to protect this strategically placed city not only from land invasion, but from the sea also. Istanbul is surrounded by not only the Sea of Marmara, but the Black Sea also connected via the mighty Bosphorus Strait. This meant that any army coming from any country within the entire region could have found a way in, unless protection was put into place.

Over time, various additions have been made to the Walls of Constantinople, and modifications made to fix problems and create a larger protection wall. This was mostly during the Ottoman Empire, when all manner of invaders tried their luck. The walls today are not completely as they were back in the day, but the various stones and blocks of wall which still stand who you the intricacy, size, and span of the original walls, and really take you back in time. The Walls of Constantinople are without a doubt one of the largest and intricate protection systems built in history.


Sejujurnya walaupun aku suka sejarah, aku kurang arif tentang sejarah Istanbul yang panjang berjela jadi apa yang aku tulis di sini semuanya aku ceduk dari Google ya. Aku sertakan link kalau korang berminat nak baca lagi

Nampak perkataan Aya Sofya mata dah bersinar-sinar. Kebir maksudnya besar dan Camii bermaksud masjid


Lorong-lorong di kawasan Sultanahmet kecik jadi bas turunkan kami agak jauh dan kena berjalan sendiri. Of course lah ikut guide, kalau ikut kaki sendiri entah mana pergi. No wonder hotel di area ni tak suka ambil pelancong dalam group. Susah nak sediakan tempat parking bas dan buat keadaan sesak. Part ni aku puji. Pelancong ikut agent pastinya ada transport sendiri jadi mereka tak perlu menginap di tempat yang dekat dengan pengangkutan awam.

Cuaca panas masa ni, macam di Malaysia. Aku pergi ni di musim peralihan Summer nak masuk Autumn. Aku suka travel cuaca macam ni sebab tak perlu bawa baju tebal-tebal. Plus aku tak tahan sejuk. Sejuk sangat nanti aku turn off nak buat apa pun lemau.


Manusia sangat ramai. Walaupun kes pick pocket atau scam kurang popular di Istanbul, tak seperti Paris atau London, masih perlu berhati-hati. Aku bawa handbag silang dan pastikan sentiasa berzip dan berada di hadapan badan


Ozgur bawa kami terus ke kawasan Hipodhrome di Sultanahmet Square. Dulunya tempat lumba kuda dan perhimpunan awam. Kaki sejarah conform akan suka tempat ni sebab ada banyak monumen dan setiap monumen ada papan info untuk yang berminat nak membaca. Aku tak sempat baca sebab takut leka kang kena tinggal dengan group. Tak ada masalah ni zaman maklumat di hujung jari.

Hippodrome of Constantinople, located in Sultanahmet/Istanbul, was a public arena mainly for chariot races. The word hippodrome comes from the Greek hippos (horse) and dromos (way). The Hippodrome of Constantinople was also home to gladiatorial games, official ceremonies, celebrations, protests, torture to the convicts and so on. Hippodrome functioned all in Roman (203-330 CE), Byzantine (330-1453 CE), and Ottoman (1453-1922) periods.









Tak jauh dari kawasan Hipodhrome dah nampak tempat wajib datang kalau ke Istanbul. Yup Hagia Sophia! Hati dah start berbunga-bunga!

Ozgur pergi survey keadaan dan dia kata line sangat panjang. Kalau beratur akan ambil masa dalam 2 jam. Majoriti ahli group tak sanggup nak beratur jadi terpaksa teruskan perjalanan. Kecewa jugaklah tapi kalau travel dengan agen dalam kumpulan besar memang begitu. Tak boleh selfish. Lainlah kalau private tour atau semua ahli group kita kenal. Aku hanya mampu pandang dari jauh.

Sejarah Hagia Sophia sangat menarik. Dibina asalnya sebagai gereja pada zaman Constantinople, ditukar status kepada masjid di bawah kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah, ditukar status pula kepada muzium di zaman pemerintahan Kamal Ataturk dan akhirnya dijadikan masjid kembali pada Julai 2020 di bawah pemerintahan Presiden Edrogan. 

Menurut Ozgur dan Aida, sewaktu ia adalah muzium, pengunjung perlu bayar untuk masuk tapi lepas ditukar kepada masjid, boleh masuk percuma. No wonder orang sangat ramai apatah lagi lepas zaman pandemik dan pelancongan terpaksa dihentikan untuk tempoh yang lama. Hati aku memang patah seribu lah masa ni. Datang Istanbul tapi tak masuk Hagia Sophia ibarat datang KL tak tengok Menara Berkembar Petronas. Tak dapat nak feeling-feeling Lisa Surihani.

Dari jauh pun dah cantik. Apatah lagi kalau depan batang hidung. Apa kan daya beratur mengalahkan nak tunggu masuk konsert Ikan Bilis.

Muka senyum pun tak ikhlas. Frust punya pasal. Haha

Later aku dapat tips yang kalau nak masuk Hagia Sophia dengan mudah, datang solat Subuh. Time tu tak ramai orang, plus dapat solat berjemaah. Makan hati sis dengar. Apa pun terima kasih pemberi tips. Roger kalau nak ambil saya jadi anak angkat. Boleh ikut gi Istanbul lagi. Eh.

 Aku macam biasa lah bila dah penat berjalan memang cepat lapar




Dah frust tak dapat masuk Hagia Sophia, kita masuklah Blue Mosque. Kena beratur jugak tapi line bergerak laju. Cuma satu jelah tak best, Blue Mosque under construction. Blue Mosque pun cantik dan famous jugak. Dekat je dengan Hagia Sophia

Subhanallah, corak kubahnya sangat cantik

Nampak orang je. Dinding semua tutup dengan kanvas. Nampaklah sikit-sikit ukiran tingkap.


The Sultanahmet Mosque (Sultanahmet Camii) was built between 1609 and 1617 and is also known as the Blue Mosque because of the blue tiles used to decorate the walls of its interior. The construction was commissioned by Sultan Ahmet I. The idea was to build a monument that would not only rival with the magnificent Hagia Sophia, but also surpass it


Berbeza dengan Hagia Sophia yang dibina oleh Kerajaan Rom, Blue Mosque dibina oleh kerajaan Islam Uthmaniyyah dan signature masjid ni adalah 6 menara. Kalau dari jauh memang aku tak boleh cam yang mana satu Blue Mosque, yang mana satu Hagia Sophia. Sayang betul masjid ini masih dalam renovation. Pengunjung boleh masuk sebahagian kecil sahaja. Double patah hati di situ. Dahlah tak dapat masuk Hagia Sophia, Blue Mosque construction plak. Tak apalah kita tunggu renovation habis, kita masuk lagi dan solat di sini. Eh kau ingat Istanbul kat Damansara?

Blue Mosque pun cantik jugak, setanding Hagia Sophia cuma itulah takde rezeki nak capture keindahan interior kedua masjid tersebut dengan lensa kamera atau mata sendiri.



Topkapi Palace walaupun kena bayar pun linenya panjang. Kita bergambar jelah. Tunggu bas datang ambil bawa ke tempat makan. Kalau aku sorang atau dengan kawan-kawan memang dah paksa beratur. Sebab alang-alang dah sampai. Tapi dah ramai tak sanggup, kena ikut majoriti.

It was built in 1461 by Mehmet the Conqueror and remained both the symbolic and political home of the Ottoman Empire until Sultan Abdülmecid I moved the imperial retinue to Dolmabahçe Palace in 1853. During the four centuries in between, it hosted 22 different Sultans and their families.

It was converted into a museum after the fall of the Ottoman Empire and the creation of the Turkish Republic in 1924 and is a must-see for any tourist visiting Istanbul. It is made up of four different courtyards and various exhibitions such as the treasury, weapons, watch collection, kaftans, portraits, and sacred relics of prophets.


Peminat drama bersiri 'Magnifient Century' dan 'The Last Emperor' confirm suka kalau dapat masuk istana lama yang sekarang dah dijadikan muzium ni. Aku tak pernah tengok drama-drama tu tapi aku teringin nak masuk sebab nak tengok alatan zaman Kerajaan Uthmaniyyah yang pastinya memiliki nilai seni yang tinggi. Tengok sajalah ukiran kubah Blue Mosque. Memang orang di zaman itu terkenal dengan seni binaan yang teliti dan halus.

So, dengan hati yang kecewa kutinggalkan area Sultanahmet. Tapi nak kata 100% kecewa tu tidaklah. Setiap tempat Ozgur ceritakan sejarah dengan baik sekali. Banyak betul pengetahuan dia. Mungkin aku cuma tak biasa travel dengan big group macam ni. At least ahli group aku semua baik-baik dan sentiasa take care pasal aku. Di area Sultanahmet yang ramai orang, kena hati-hati dan alert supaya tak 'hilang'. Dahlah takde internet. Berlagak betul, mentang-mentang travel ikut agen, tak bother pun nak sewa poket wifi atau beli simcard Turkiye.

Ada umur aku datang lagi

Kami makan tengahari di bawah Galata Bridge. Siapa sangka bawah jambatan pun ada tempat makan.

Muazzam Restaurant? Adakah di Pahang? Koi tadi down, nampak tempat makan terus tak down


Terletak di bawah Galata Bridge, sambil makan menikmati view Selat Bosphorus


Mula-mula diorang hidang sup dan roti. Lepas tu baru dapat nasi dan lauk. Aku memang suka makan ikan, so bila dapat lauk ikan mackerel yang digril cicah sambal tomato memang licinlah. Nasi di sini ala-ala nasi dagang tapi portion sikit. So kalau tak nak lapar sebab tak cukup karbohidrat, makanlah roti tu dulu sementara tunggu main course. 

Ada juga ahli group yang bawak sambal. Aku ambil je kalau orang dah beria offer. Aku ni orang yang senang bab makan. Apatah lagi di Turki yang memang 90% orang Islam. Halal bukanlah isu. Cuma di Turki ni semua kedai jual arak. Kalau di Malaysia memang kita tak masuk kedai jual arak dan restoran jual alkohol takkan dapat sijil halal. Kira ada bagusnya penguatkuasaan Islam di negaraku yang tercinta bukan.

Selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Bursa. Sebelum tu singgah solat dulu di masjid terbesar di Turki (sewaktu entry ini ditaip). Wah..aku ingat Hagia Sophia habis besar dah! Nak tau masjid apa tu, tunggu next entry ya. Thanks for reading!

47 comments

  1. bestnya..cantik turki, teringin juga nak melancong ke sana :)

    ReplyDelete
  2. Sama tidak pernah masuk Habis Sophia.
    Rugi juga ya masuk Masjid Siltanahmet waktu pembinaan. Ada pameran artifak dan juga barang Rasulullah S.A.W.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pameran artifak tu rasanya dipindah ke muzium lain. Istanbul kan banyak muzium

      Delete
  3. Waa.. seronoknya. Hari tu pun sepupu saya ke Turki. Hampir 2 minggu juga dia pergi melancong kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada cuti dan duit nak jugak stay 2 minggu. Huhu

      Delete
  4. gigih ammi baca sepatah-sepatah...

    ReplyDelete
  5. kita tak pegi tapi bila baca sini ibarat macam dah sampai sana plak hahahaha

    ReplyDelete
  6. wah bestnya..seronok jenjalan. tumpang tgk pic kat blog sal pun ok dah....
    ok nexxtttt....

    ReplyDelete
  7. kena repeat Istanbul nampaknya..inshaaAllah, ada rezeki, travel DIY pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak nohas. Akak pun dah lama tak travel oversea kan

      Delete
  8. Turkiye dgn keindahan bangunan bersejarah mengagumkan sekali

    ReplyDelete
  9. keep the story coming sis. saya pun teringin nak ke turkiye belum ada kesempatan lagi.

    ReplyDelete
  10. Kemain ramai umat ya. Bila agaknya yang lengang sikit?
    Baca catatan Sal ni, hati dah melonjak nak ke sana. Teringin nak solat Subuh di Hagia Sophia jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum subuh la baru lengang. Datang kul 3 pagi

      Delete
  11. koi dulu pun teringin nak masuk hagia sophia tu, tapi sebab day tour jer mmg x lepas jadi tak down lah....ambil gambar kt depan cukuplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya down sebab memang dah berangan dari Malaysia lagi. sob sob

      Delete
  12. wahh bestnya sal pergi turki, saya plan seblm pandemic tapi kansel sebab pandemic menjelma

    ReplyDelete
  13. wak kagum je tgk gambar2 menarik dan chuantek dlm blognisalpunya je nih., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa aje Wak, gambarnya. modelnya pun tak syantik

      Delete
  14. Yellah kena ikut majoriti kan bila ikut group macam ni.. Kena repeat lagilah nampaknya nie..

    ReplyDelete
  15. Wah, wah, wah! Dik Sal menakluk Turkiye! Akak datang intai-intai dulu ya. Ni nak kena keluar. Entri ni kena baca dan kaji dengan khusyuk. Later!

    ReplyDelete
  16. Boleh share sis pergi dengan agent mana... Dapat stay hotel 4 star. Menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi dengan konsortium Wow Turki. Agen yang uruskan. Nurshazwani : 0137756995

      Delete
  17. Seronoklah travel ke Turki. Macam-macam ada. Kalau ada rezeki nak datang lagi ke sana, lama-lama di sana, jelajah seluruh pelosok negaranya.

    ReplyDelete
  18. ngetrip itu pasti capek. Kelelahan berjalan kaki. persiapkan diri sebelum jalan2

    ReplyDelete
  19. Nampak kemewahan menu sarapan tu Sal. Syok kan pagi pagi dapat makan sedap dan menyelerakan. Aduhaii sayangnya tak masuk tempat tempat menarik. Tempat tempat wajib singgah tu. Tapi nak buat macamana kan, kena beratur lama buang masa pulak. Masjid pula under construction. Sabar je lah. Kena datang lagi tu maknanya. Roti dia besar gitu boleh share 4 orang.

    ReplyDelete
  20. Pernah baca pasal Hagia Sophia tapi sekarang baru tau dia pernah dijadikan muzium. Ilmu baru ni..

    ReplyDelete
  21. Ala sayangnya....2 tempat best tu....huhuhu nangis buju katil

    ReplyDelete
  22. Bestnya Sal dapat peluang berjalan ke Turki..Seronok dapat tengok negara orang ni kan :)

    ReplyDelete
  23. wahhhhhhhh Turki! one of Top Three To Go in my list! moga ada rezeki untuk ke sana satu hari nanti aminnnnnnnn ehehe

    ReplyDelete
  24. hebat sungguh kalau dapat melancong begini...alhamdulillah

    ReplyDelete
  25. Tak mengapa, Sal. Itu tandanya kena repeat pergi sana. Lepas ni mungkin dah boleh plan sendiri sebab dah ada pengalaman.

    ReplyDelete
  26. Moga hati yang patah dan bersambung semula sekembalinya ke Malaysia 😊

    ReplyDelete
  27. Ibu pun tak berapa tahu sangat tentang sejarah Turki tapi seronok bila baca penulisan Sal tq Sal berkongsi cerita dengan akak yang tak pernah travel jauh2 ni.. Xoxo

    ReplyDelete
  28. nnt cheq p, cheq bawa gambaq hangpa kat hagia sofia tu yaaaa... no more patah hat

    ReplyDelete
  29. yeahh ada makna tu tak dpt masuk. mungkin lps ni bt tour sdn bhd. memang patah hati lah dtg jauh2 tak dpt masuk

    ReplyDelete
  30. cantikkkk sgt turki ni... peminat sejarah dunia mmg patut ke sini

    ReplyDelete
  31. syoknya berjalan2 dan menjejaki sejarah tempat org.. makana pun sedap2 tu. byk betul rotia dia buat

    ReplyDelete
  32. Best, muda2 lagi dah banyak tempat pi...apapun seronok travel kan...sygnya x dapat masuk Haghia tu...takpe simpan pengalaman banyak2 mana tau awak bleh bawak akak pi Istanbul plak...

    ReplyDelete
  33. Lawa betul Turki. NEgara bersejarah.

    ReplyDelete
  34. Melihat foto2nya, saya betul rinduuuu dengan Istanbul. Teringat semua tempat2 di atas saya datangin juga, kecuali Restorannya 😄.

    Sayang memang kakak tak bisa masuk ke mesjid, tapi antrian sepanjang itu memang bikin frust lah 😅. Habiskan masa..semoga nanti kak sal bisa datang lagi dan masuk ke mesjid juga istana Topkapi yaaa. Honestly Topkapi palace tak terlalu menarik isinya buat saya. Hanya saja view nya cantik dari atas melihat ke selat bosphorus

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah