Baca ni dulu :
Assalamualaikum dan hai semua! Hari ke-3 trip, kami teruskan perjalanan dari Bursa ke Pamukkale. Macam biasa, check out dari Adranos Hotel lepas breakfast dan load luggage dalam bas. Jauh jugak perjalanan, 438km lebih kurang. So kena make sure makan kenyang-kenyang pastu memerut siap-siap.
Perjalanan dari Bursa ke Pamukkale disajikan view kawasan pertanian di kiri kanan jalan. Turki merupakan sebuah negara yang terkenal dengan bermacam-macam produk sayur-sayuran dan buah-buahan. Ozgur kata tiap-tiap state ada signature produk tanaman diorang sendiri. Antaranya zaitun, ceri, delima, tomato, aprikot dan epal. Teringat pulak Blogger Notie yang teringin nak ke Turki memetik buah. Tak pasti musim apa orang datang memetik buah. Aku datang ni penghujung summer, nak masuk autumn, tak nampak pulak buah bergayutan. Banyak pokok macam dah dituai. Gondol je. Apa pun itu hanyalah pemerhatian dari dalam bas.
Tak rasa nak tidur pun sepanjang perjalanan, tapi sesekali terlena jugak. Driver kami Enis (lebih kurang lah kot ejaannya) memandu dengan baik sekali. Manis orangnya, suka tersenyum. Tak borak sangat sebab dia tak berapa pandai cakap omputeh.
Disebabkan perjalanan jauh, driver akan berhenti setiap 2 jam untuk toilet break dan minum-minum. Setiap kali berhenti di toilet stesen minyak di Turki ni aku mesti kagum sebab toilet diorang sangat bersih. Nak ambil gambar segan lah pulak. Toilet pulak di dalam kedai dan ada pintu yang pakai sensor. Kalau nak banding toilet stesen minyak negara kita hurm, krik krik ye. Apa yang bagus di negara orang kita puji dan jadikan panduan. Aku cukup tak suka orang yang kata "Alah kau dok puji negara orang tu asal tak pindah sana je?".
Beli jajan sikit. Adik kerja kedai stesen minyak ni tak pandai cakap English. So komunikasi pakai duit jelah. Aku memang tak bawak bekalan dari Malaysia sebab nak merasa jajan Turki.
First pit stop, Citto Pelle Leather Factory di Izmir. Aku dah bersedia mental fizikal untuk ke tempat ni lepas baca di blog Siti Yang Menaip. Tak boleh elak kalau travel ikut tour guide Turki. Kalau travel DIY dan memang takde plan nak beli barangan kulit tak perlulah singgah. Cuma cerita Siti lagi 'seram' sebab dia pergi kilang lain. Boleh baca di SINI
Barangan kulit dari Turki memang terkenal serata Eropah. Ozgur kata banyak brand dari Itali ada kilang di Turki, terutama sekali area Izmir. Memang ramai pelancong datang ke Turki untuk hunting barangan kulit berkualiti yang katanya lagi murah sebab harga kilang. Murah bagi diorang tetap mahal bagi aku. Huhu. Aku bukanlah penggemar barang berjenama jadi aku tak kisah pun pakai beg brand apa. Asalkan cantik dan boleh sumbat semua keperluan aku, aku guna je sampai lunyai.
Ada juga ahli group yang membeli. Tapi aku tengok sahajalah. Eh memang tak lah aku yang selalu beli baju preloved/bundle ni nak beli jaket harga mencecah RM 5K. Membazir. Nak ke Turki ni pun dah banyak keluar duit. Walaupun nilai matawang Turki jatuh dan aku boleh tukar 1000 TRY pada harga RM 300, tapi harus diingat yang bila matawang sesebuah negara tu jatuh, harga barang akan naik. So janganlah expect nak dapat harga macam orang yang pergi Tukri tahun 2019. Barang harga 5 TRY mungkin dah melambung jadi 20 TRY. Dulu duit Turki lagi besar dari RM, tapi sekarang dah terbalik.
Semoga ekonomi Turki kembali pulih. Kasihan sebenarnya Turki ni sebab selalu ditekan negara-negara kuasa besar sebab Presiden Edrogan lantang bersuara terutama bila melibatkan nasib negara Islam lain.
Eh jauh pulak membebel. Haha.
Later kami lunch di Sultan Restaurant. Dekat je, kami jalan kaki. Area Citto Pelle ni memang banyak restoran dan hotel. Kiranya kalau datang Izmir, ni memang area tumpuan pelancong.
menu makanannya kok cuma begitu saja ya, ringkas
ReplyDeletemenu banyak, saya yang ambil sikit sahaja
DeleteMereka ini rajin juga buat pertunjukkan fesyen.
ReplyDeleteSuka trench coat tapi itulah jarang pakai
Sedikit sahaja Sal makan.
Nasi tu bila bubuh kuah jadi kembang, jadi cepat kenyang. Ada makan salad dan buah jugak
DeleteSeriously kita x familiar langsung tentang turki.. Apatah lg ttg sejarah.. Tumpang baca je la kat sini hahah mmg x dpt. Nk bygkan.. 😁 Mampu baca je la ni
ReplyDeleteHahaha. Turki memang wish list saya dari dulu jadi segala apa pasal Turki selalu menarik perhatian saya. Bab sejarah tu saya pun tak arif sangat sebab sejarah Turki panjang berjela
DeletePenulis Norhayati Berahim kan suaminya orang turki jadi dia selalu up gambor buah-buahan di turki. Buah ceri buah epal....kebun buah-buahan lagi ko rasa ahkak tak meroyan ke tenguk camtu.....hahahaha Tenguk pokok epal tepi jalan kat UK pun dah meronta rasa nak panjat aduhaiiii lorat sungguh ahkak kan.
ReplyDeleteTakdelah lorat, lain orang lain minat dia time travel. OKlah nak cari suami orang Turki gak lah macam ni. Hahaha
DeleteKalau ikut agent memang le dia akan bawa kedai untuk shopping sebab dia dapat komisen. Jadi terpulang pada kita nak beli atau belek dan pandang je. Terkenan hah beli kalau mahal pandang saje lerrrrr.
ReplyDeleteItulah kak Notie. Redha jelah. memang caranya begitu. Mana-mana negara pun
DeleteAgaknya kedai turki sampai pandai cakap melayu sebab orang malaysia sakan pi sana kut. Tapi betul lah jauh perjalanan luas pemandangan. Mana yang baik kita buat tauladan mana yang tak baik diam-diam je. hehehe
ReplyDeleteTour Guide Turki cakap Melayu pun saya ada jumpa. Tu memang next level lah
DeleteTak tau pulak Turki femes dengan tea epal.... menarik tu kena cuba rasa tu.
ReplyDeleteDi Turki ada macam-macam teh, tapi sepanjang trip ni memang selalu dihidang teh epal bila singgah kedai
DeleteCantik design baju sejuk dia tapi tu la tu, harga sampai 5k memang tak menang membeli dah rasanya bagi saya sebab saya pun biasa beli yang murah-murah tak sampai beratus pun :P
ReplyDeleteYa, kalau negara kita ada musim sejuk berbaloi lah. Apa pun, duit masing-masing. terpulang nak spend macamana
Deletekalau makan kat sana tak risau pasal status halal kan
ReplyDeleteYa, 90% rakyatnya muslim. Cuma masalah setiap restoran walaupun owner muslim tapi jual arak
Deletewah sonoknya jenjalan Turkiye negara bersejarah
ReplyDeleteseronoknya....ok la tu. cuci2 mata..
ReplyDeletecuci mata jelah, cuci poket tak mampu. tapi lama sangat kat situ rengsa jugak
DeleteIni yang dikatakan jauh perjalanan luas pandangan..
ReplyDeleteAlhamdulillah! Rezeki Sal dapat ziarah negara orang..
Tak kisah lah kalau ada yang cakap angungkan sangat negara orang pegi lah duduk sana..
Orang akan terus becakap selagi mereka boleh bercakap..
Abaikan saja cakap2 orang yang macam tu..
Huhu. Kadang-kadang berkongsi pengalaman tapi disalah anggap
DeleteWah cik Sal jalan jalan Turkey 🌹🌹
ReplyDeleteTak pasal kena tengok fashion show ya 😇
ReplyDeleteIngat kot masuk kedai je. Tabah jelah dah ikut TA kan..
Ancient city tu macam menarik je. Akak pun lebih suka pergi tempat sejarah dan alam semulajadi daripada tempat shopping.
Ancient city memang menarik. Nanti baca ye entry terbaru. Hehe
DeleteBertuah badan dapat berjalan-jalan tengok negara orang
ReplyDeleteRezeki Allah bagi. Semua dengan izin Nya
Deletetu harga yg plg mahal ke yg ko pegang tu? makkk aiii kalah butik LV
ReplyDeletekalau tempat2 mcm ni, kalau takde yg beli, rasa kesian pula tapi itulah harga yahudi sgt...ada ahli rombongan yg beli, ok jg lah...akk pun suka tengok bangunan2 lama, tempat2 klasik...bagus depa kekalkan utk tatapan generasi baru...
ReplyDeletebaju tu ke ole ole yg ko nak bagi tu? ok nnt kite jumpa ek tazabarrrrrrrrrr
ReplyDeleteKawasan pertanian dia tak nampak pertanian sangat. Tapi masih indah dipandang. Kena kaji tu Sal macamana toilet dorang boleh bersih. Mungkinkah pengguna yang disiplin atau pencuci toilet yang bagus.
ReplyDeleteKiranya tak hairanlah kan kalau kat sana ramai yang pandai cakap melayu. Kita ni kalau dah banyak keluar duit nak travel, nak membeli barang sampai 5k memang tidaklah kan. huhu...
Banyak pengalaman travel Turkiye ye Sal.
ReplyDeleteBestnya Sal. Sama jugak saya pun jarang nak shopping sgt time jenjalan..lebih pada nak tengok tempat orang dan tempat bersejarah kalau ada.
ReplyDeleteSimple je Sal makan.. Tapi betullah kan.. Mana yang baik kita kongsilah.. Tak semestinya bila kita puji perkara baik di sesebua negara, kita kenapindah sana..
ReplyDeleteYang bagus di negara orang kita puji. Itu sudah biasa. Kita anggap bagus karena kita jarang nengok. Kalau orang lain datang ke negeri kita kalau cantik dia juga puji. He he
ReplyDeleteKlu fulus byk nak jugak travel dgn Sal sbb saya pun suka pegi tempat bersejarah dari pegi shopping. Teringin nak pergi Turkiye tapi belum ada rezeki lagi :)
ReplyDeletetulah kasihan turki ni sellau jd mangsa politik tp bagus PM dia sbb berani bersuara. kalau ada duit boleh travel dgn sal. hee.. toilet bersih tu mmg tak pernah dpt no 1 di malaysia
ReplyDeletemcm senang je mkn kt sini kn sal... janji x memilih je... jajan pun bih kurang je cuma bahasa je lain
ReplyDeleteSal Sal...bukan awak je rasa lauk tu sedap, ammi tengok pun nampak sedap
ReplyDeleteMenarik juga jajan Turki yang Sal beli tu. Oh, tiba-tiba terbayang teh epal Turki...
ReplyDeletetu dia harga dalam usd ratusan pulak.. boleh buat beli tiket melancong satu round tu kan sal
ReplyDeleteAkak boleh ikut Sal kot. sebabnya akak jenis travel x suka shopping...hahahaha...lebih pada exploring...
ReplyDeleteTurki negara hebat, inshaAllah ekonomi boleh bangkit semula
ReplyDelete