Catatan 22.12.2022

Friday 23 December 2022

22.12.2022 - Cantik betul tarikh hari semalam. Muda-muda dulu selalu berangan, nak kahwin tarikh cantik dan buat majlis yang indah walau tak sampai level Siti Nurhaliza. Dah umur macam ni baru sedar, dapat suami yang setia, penyayang dan bertanggungjawab itu lebih penting dari segala tarikh dan pelamin bertingkat di dunia ni. Tu pun kalau ada lelaki macam tu nak kat aku. Kalau tak ada kita sedar diri lah tak layak dichentai. 

Anyway, semalam bahagia betul naik bas gi kerja jalan tak jem. Kul 8 pagi dah terpacak kat LRT. Nak masuk awal-awal bukan ada apa kat opis tu, so singgah CU : Korean Convenience Store. Seingat aku ni kali pertama aku masuk kedai ala Family Mart tapi versi Korea ni. 

Breakfast Latte dan Salmon Teriyaki Samgak Gimbap

Gimbap tu macam onigiri jugak rupanya. Nasi kepal dibalut seaweed dan ada inti di tengah. Aku pilih Salmon , ikan kayangan tapi dapat harga marhaen. Makan slow-slow di meja yang disediakan sambil tengok orang keluar masuk LRT. Tak ramai sangat orang. Mungkin hujung tahun ramai habiskan cuti. 

Cakap pasal cuti, aku terpaksa burn 5 hari. Cuti banyak sangat, terkumpul dari zaman PKP. Mampu carry forward ke tahun 2023 seadanya ikut rules HR jelah. Kenapa tak ambil sahaja walau setakat duduk rumah layan Netflix? Well, sebab dah masuk bulan 12 baru sedar cuti banyak tapi susah nak ambil sebab beri laluan orang yang ada anak bersekolah. Kita takde anak sekolah buat apa nak kalut cuti time cuti sekolah ni kan. 

So, azam tahun 2023, kena plan cuti dengan baik. Yelah kadang-kadang simpan sebab emergency. Pastu tak alert berapa baki. Adan uke.


Balik kerja, aku singgah PPUM melawat bapa saudara yang koma kerana terjatuh dalam bilik air Ahad lepas. Inilah rutin aku sepanjang minggu. PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) sangat strict, boleh masuk melawat dari jam 5 petang-7 malam sahaja tak kisahlah hari apa. Nasib baik dekat dengan opis, cuma ada satu hari yang hujan lebat, aku terpaksa keluar pejabat awal sedikit. Hari Rabu tak silap.


Nak menangis rasa, tapi aku tahan. Korang tolong doakan pakcik aku, Basir bin Abdullah diberi kesembuhan dan kembali sedar. Mana tahu berkat doa korang.

Dia antara pakcik aku yang kelakar dan sangat penyayang. Suami kepada makcik (kakak arwah Mak), tapi tak pernah berkira bawak aku jalan-jalan dan beri macam-macam hadiah dari aku kecik sampai dah tua bangka ni ha. Adik-beradik dia pun semua kenal aku sebab selalu mengekor ke sana ke sini. 

p/s: Sebenarnya tak boleh ambil gambar di hospital. Huhu

Hari ni aku kerja dari rumah, so maybe tak pergi hospital. Kalau pergi pun esok. Memang tak boleh buat apa pun, tapi sekurangnya dapat bagi semangat pada isteri dan anak beliau cukuplah. Semalam mak ayah aku gagahkan jugak lah pergi melawat, nasib baik adik aku cuti so dia bawakkan. Aku pun nak rest sikit lah hari ni. 


Balik dari hospital malam semalam aku bawak parents dan adik aku makan di Mahbub Bangsar. Korang kalau ke Bangsar tak tau nak makan mana, bolehlah cuba restoran ni. Orang sentiasa ramai tapi servis laju. Ayam Madu diorang memang terbaik. Kuah banjir lak. Ada gak yang suka Ayam Bawang. Ikut citarasa.

Harga mahal sikit, tapi bolehlah sekali-sekala. Belanja famili aku sebab dah penat-penat datang. Aku bersyukur sebab walaupun arwah Mak dah lama meninggal tapi Abah aku still jalinkan hubungan baik dengan famili diorang. Mak tiri aku pun sama, arwah nenek aku dulu sayang betul kat dia. Yelah, mak tiri aku kahwin dengan Abah pun lepas Arwah Mak aku meninggal. Bukan drama macam Sol ye. Hehe.

Bila makan di Mahbub ni, teringat selalu datang bersama kawan-kawan sekerja suatu masa dahulu. Pernah juga datang dengan Orang Itu. Semua pun dah jauh sekarang. Itulah hidup kan.. Dalam pada sendu teringat, licin habis nasi depan mata. Sempat cubit roti naan Mak lagi. Haha.

Sekian cerita hari semalam. Salam Jumaat dan semoga urusan kita dipermudahkan.


40 comments

  1. kite geng nampaknya cuti kena burn waaaaa

    pak cik ko ada apa2 sakit ke sebelum ni? syafakallah...semoga diberi kesembuhan dan pulih seperti sedia kala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada kencing manis. Huhu

      Cuti burn takpe, jangan duit tiket flight burn. Tu paling sedih

      Delete
    2. alamak! kalau kencing manis tu... tak tahu nak kata. mmg kena pantau selalu tu...so hari ni dia macam mana?

      jgn le sebut tix flight kena burn. den teraso...

      Delete
    3. Hehe. senasib lah kita, tix flight burn jugak. Pakcik aku dah meninggal pagi tadi. Mungkin itu lebih baik, kesian tengok dia sakit hampir seminggu

      Delete
  2. Okay sal... tahun 2023 nanti rancang cuti betul² ye... semoga pakcik Basir diberikan kesembuhan dan cepat sedar dr koma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, boleh start plan. Tapi mood masih down ni, takde idea lagi nak ke mana

      Delete
    2. Ajak anies travel ke sarawak.. panjat gunung santubong ke.. hihi

      Delete
  3. Semoga Allah berikan kesembuhan buat pakcik Basir bin Abdullah tanpa meninggalkan kesakitan selepas itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Amin... Tapi apa pun jadi kami dah redha kalau itu ketentuan-Nya

      Delete
  4. Semoga bapa saudara Sal cepat sembuh. Amin.
    Orang baik dengan kita, kita kenanglah jasa dan bantu apa yang patut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul orang cakap, kalau buat baik dengan kanak-kanak, dia akan ingat walaupun dah dewasa. Macam tu kisah saya dan famili pakcik saya ni

      Delete
  5. Allahuakbar...semuga Allah sembuhkan bapa saudara sal. Hidup ini apa yang ada nikmatilah. No cantik tu birthday kak Jal kakak akak. Semuga Allah mempermudahkan urusan Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Masa makan tu nikmatilah. Kita pun tak tau orang sekeliling kita bila-bila masa Allah boleh ambil. Kita sendiri pun tak tau nasib

      Delete
  6. Akak punya cf cuti lagi banyak sampai 50 hari hah nak pi mana. Tabung gajah dah pancit tahun ni dengan passport dah expired. Tahun depan mudahan Allah rezekikan akak dapat pi jenjalan habiskan cuti. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi mana tu? I foloooo. Tapi kena tengok tabung jugak lah. Cuti banyak pun tapi susah nak amik pun tak guna ye tak

      Delete
  7. Alhamdulillah silaturahim keluarga masih berterusan. HIduplah berkasih sayang bukan benci membenci. Hidup ini terlalu singkat untuk saling membenci sesama insan. Apa pun semuga bahgia nanti milik sal akhirnya. Aamiin. Mudahan Allah makbulkan doa ahkak buat sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doa yang sama untuk ahkak. Kalau tak di dunia, moga bahagia di akhirat sana

      Delete
  8. Semoga Allah beri kesembuhan buat pakcik Basir. Orang baik, ramai yang sayang.

    Memang banjir sungguh kuahnya tu. Mahal tapi sedap dan servis pantas, berbaloi bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau makan di Mahbub ni ambil nasi, ayam dan kuah pun cukup dah.

      Ya, dia memang pakcik kesayangan ramai. Tak putus-putus saudara datang ziarah

      Delete
  9. moga bapa saudara sal kembali sembuh sediakala amiin

    ReplyDelete
  10. Semoga diberikan kesembuhan buat bapa saudara Sal.. Aamiin..

    ReplyDelete
  11. Semoga pakcik Sal, diberi kesembuhan yg sebaiknya, aamiin...betul, dtg melawat bagi semangat pd ahli keluarga...semoga silaturrahim di sebelah arwah mak terjalin erat..

    Tak pernah lg makan di Mahbub, tengok youtuber jepun tu selalu makan di sini..nak try jg one day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahbub ni menyampah tang nak parking je. N kena sabar beratur sebab orang ramai. Tapi berbaloi la

      Delete
  12. Hari Jumaat yang mulia ni, saya doakan semoga pakcik Sal sedar dari koma & diberi kesembuhan.
    Semoga hubungan keluarga Sal akan kekal akrab sampai bila2.
    Semoga Sal bertemu jodoh yang baik dan sekufu dgn Sal.
    Ameen Ya Rabbal Alamin.
    p/s: asben saya pun burn jugak cuti 5 hari sebab dia lupa nak carry forward, nak habiskan cuti pulak boss tak bagi sbb tgh sibuk projek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doanya sis. Macam gitulah, ada cuti pun susah nak ambil. Kalaulah boleh tukar jadi duit atau time off

      Delete
  13. semoga pakcik sal cepat sembuh dan sedar semula, ameen ameen ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doanya tapi bapa saudara saya telah kembali ke rahmatullah pagi tadi

      Delete
  14. Semoga diberi kesembuhan buat Pakcik Sal.. Ibu tahun ni banyak berhabis cuti sebab bila tak sihat jer ibu malas nak ke klinik jadi tak dapatlah mc.. Ibu ambil jer cuti tahun..

    ReplyDelete
  15. Kita pun sama sal pernah berangan ngan tarikh best tuk kawen hahha tp mampu berangan je la kan..

    Cuti kita pun burn 3hri..dh le x bole nk crry fwrd or cash kan.. Sadisss... So nak x nak paksa jgk la amek xuto hujung2 tahun.. Dah x kira kawen ke single janji cuti kena habiskan jgk thn ni.. Huhu..

    ReplyDelete
  16. Ibu tak pasti ibu dah tinggalkan komen dalam entry Sal yang ini ke tidak. Apapun ibu doakan semoga bapa saudara Sal diberikan kesembuhan dan kekuatan serta dipermudahkan segala urusannya. Aamiiin Ya Rabbb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, tapi komen Ibu termasuk dalam spam. Saya baru perasan. Terima kasih atas doanya tapi bapa saudara saya telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi

      Delete
    2. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Salam takziah dek semoga arwah ditempatkan bersama para solehin.. Aamiiinnn!

      Delete
  17. semoga dipermudahkan semua urusan ciksal dan keluarga ., aminn

    ReplyDelete
  18. moga bapa saudara Sal diberikan kesembuhan spt biasa..aamiin..
    ah ah..tarikh cun..tak teringat plak sbb dok kat penang kelam kabut hari tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh pergi Penang rupanya. terima kasih atas doanya kak MA, pakcik saya baru meninggal dunia pagi tadi.

      Delete
  19. semoga diberi kesembuhan.. raut wajah nampak tenang dlm tidur. semoga Allah ampunkan dosa2 dia ya Sal. al fatihah

    ReplyDelete
  20. moga pakcik sal dikurniakan kesihatan kembali ye.
    pulih cecepat :) in shaa Allah.

    CU mart tu ada disebut-sebut oleh anak aida, syuhada.
    dia memang korea lovers. update sungguh dgn benda korea ni.
    cuma kat melaka, tak jumpa lagi CU ni. ari tu jumpa kat cameron highlands.
    tapi x singgah pun, dah kekenyangan ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  21. 5 hari cuti burn??!!
    adoi, rugi nyer sal.
    adoi!
    aida ni tak cukup2 cuti yg ada tau.
    terpaksa berdikit-dikit :)

    ReplyDelete
  22. Sayangnya 5 hari cuti burn..tapi nak buat camne erk..rules is rules...tapi macam x adil la sebab orang bujang pun nak cuti gak...timbangrasa jugak la..bestnya Mahbub..lama x makan kat situ...suka peria goreng dan sotong goreng dia gak...bab mahal itu memang setuju tapi sesekali ok je

    ReplyDelete
  23. semoga pakcik basir diberikan kesembuhan.. sedap x latte tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah