Yesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself - Jalāl al-Dīn Muḥammad Rūmī
Assalamualaikum dan hai semua! Lama dah tergantung story Turki jadi mari kita sambung lagi. Kali ni kami ke Mevlana Museum, Konya. Mevlana Museum merupakan tempat makam ahli sufi/ ilmuwan Turki pada kurun ke-13 iaitu Mevlana Celaleddin Rumi/ Jalāl al-Dīn Muḥammad Rūmī.
Jalāl al-Dīn Muhammad Rumi (Digelar Mevlana/ Maulana yang bermaksud "tuan") dilahirkan di Balkh, Afghanistan ke dalam keluarga guru-guru agama Islam. Keluarga beliau berpindah ke Nishapur (Iran), sewaktu Rumi masih kecil lagi. Rumi mula mendalami ilmu agama dari usia muda. Keluarga Rumi akhirnya menetap di Karaman, Anatolia (110 kilometers selatan Konya) sebelum ayah Rumi dijemput menetap di Konya untuk mengajar ilmu agama oleh pemerintah Kesultanan Seljuk.
Setelah kematian ayah Rumi, beliau mengambil alih jawatan pengetua madrasah di samping menyampaikan syarahan di masjid. Rumi telah bertemu dengan Shams-e Tabrizi (Shams of Tabriz), penyair Parsi yang menjadi guru Rumi dari aspek ilmu kerohanian. Rumi giat menulis puisi-puisi terkenalnya selepas kematian Shams-e Tabrizi.
Rumi meninggal dunia pada tahun 1273, namun ajaran Sufi masih diamalkan sehingga kini oleh pengikutnya.
Sumber : Planetware
Jujur aku mengaku nak cerita lebih mendalam tentang ajaran Sufi ni aku tak layak. Kena tanya pada orang yang memang ada ilmu. Kalau korang nak tahu lebih lanjut siapa Rumi bolehlah baca di SINI dan SINI
Banyak Bunga Ros Turki ditanam di celah kubur
Marble fountain. Segan nak amik gambar dekat-dekat sebab ada orang lelaki tengah ambil wudhu' di situ
Disebabkan tak familiar so aku tak berani lah nak cerita banyak sangat, takut salah info. So kita layan gambar jelah. Nak lagi info pasal muzium ni korang boleh baca SINI dan SINI
Tak pasti makam Rumi yang mana satu
Tilavat Chamber atau ruangan untuk pengajian. Dalam muzium ni kita dapat lihat Al-Quran dan kitab-kitab lama yang digunakan oleh Rumi untuk mengajar anak-anak muridnya. Banyak daripadanya merupakan hasil tulisan Rumi sendiri dalam bentuk puisi. Sayang tulisan pada papan info ni dah kabur.
Kubah muzium yang cantik
Selain bangunan utama muzium, juga terdapat bangunan bersebelahan yang mempamerkan barangan peribadi Rumi yang digunakan sewaktu hayatnya. Aku lupa ambil gambar. Dikatakan bilik-bilik tersebut merupakan tempat pelajar-pelajar Rumi menginap.
Tasbih 1000 beads. Setiap butir tu hampir sama besar dengan ibu jari aku
Ingatkan orang betul, rupanya patung. Gambaran para ahli Sufi sedang belajar agaknya
Teringin jugak nak tengok Derwish Dance. Ala yang pusing-pusing tu
Sebelum ke destinasi seterusnya, singgah beli souvenir di kedai bawah pokok
Saja ambil gambar dengan tram. Kalau datang sendiri mesti aku akan naik. Kalau travel aku suka explore local public transport
Mevlana Museum dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma. Kalau datang sendiri boleh naik tram dan turun di hentian 'Mevlana' yang aku selfie ni. Boleh rujuk laman web rasmi untuk sebarang info terbaru.
OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading! Kita akhiri entry ini dengan another Rumi quotes yang aku suka
When the world pushes you to your knees, you’re in the perfect position to pray - - Jalāl al-Dīn Muḥammad Rūmī
tasbih tu diperbuat drpd manik or kayu? bsr betul. mesti berat kn?
ReplyDeletenampak macam dari kayu. rasanya ada tangkap gambar tapi check balik tak jumpa. haha
Deleteslalu mcm tu tau😂
DeleteCantik binaannya..
ReplyDeletePandai mereka jaga khazanah berharga kitab2 lama kan..
Tasbih tu besar betul butir nya..
Boleh bayangkan size mereka mesti besaq2 orangnya..
Kita ni kan jenis yang kecik molek.. Hihihi!
haah kan, jenuh bayangkan macamana berzikir dengan tasbih besar gitu. pengamal ajaran sufi rasanya masih ada dan kerajaan Tuyrki pun jaga sebab ia antara attraction kepada pelancong
Deletetinggi2 batu nisan kat sana, terigin nk tgk close up bunga ros turki tu
ReplyDeleteagaknya orang Turki dulu sgt besar sbbtu tasbihnya besar
ReplyDeleteBanyak juga makam dalam mizium.
ReplyDeleteOk juga muzium buat di tempat Jalaluddin Rumi. Rasa keaslian tempat tersebut.
Rasanya ada makam sahan
Deletebat dan ahli keluarga beliau yang lain tapi saya tak pasti nak kongsi
Cantik betul senibina dia.. Besar betul butir tasbih tu.. Mesti berat..
ReplyDeleteNtah bila saya nak sampai ke sana.. haha
ReplyDeleteBaca entri Sal, dapatlah juga akak ikut jenjalan masuk muzium di Konya ni. Menarik seni binanya.
ReplyDeleteAkak setakat tau Jalaluddin Rumi tu pemuisi dan ahli sufi.
samalah kak, tau tang tu jugak. kurang betul pengetahuan saya tentang ilmuan Islam. malunya. pemain bola kenal pulak
Deletecantik betul senibina diaorang kan.. beruntung sal dpt jalan2 sana tgk dr dekat.. beruntung gak kita org leh tumpang baca & tgk pic.. :-)
ReplyDeleteSuka tengok tulisan khat jawi pada pintu masuk atas dan di dinding. Hebat seni binaan zaman dulu.
ReplyDeleteSeronoknya dapat berjalan sampai ke Turki
ReplyDeleteboleh tengok budaya orang dan cuba masakan sana kan3
Tenguk tulisan jawi dia Ya Allah.... bagaimana lah agaknya suasana pembelajaran zaman dahulu. Rasa macam nak pi time tunnel lah pulak zoom pi zaman dulu kala.....hahaha otak berangan yang bukan-bukan.
ReplyDeletemesti tegas kan guru-guru dulu, tapi anak-anak muridnya hebat-hebat
DeleteMenarik tulisan kitab-kitab dia. Rasanya banyak ilmuan Islam dan sejarah islam dahulu kala di Turki kan. Menarik sekali. Tapi kalau tak minat sejarah emmm memang membosankan. Tapi kalau tukang cerita pandai cerita memang menarik kita dengar
ReplyDeleteTour guide kitorang, si Ozgur tu not bad jugaklah. Sejarah pasal tokoh ilmuan Islam ni walau tak minat kenalah tau sikit. Takdelah kenal pemain bola je kan. hehe
Deletekannn teringin nk naik tram dan menari sambil pakai gaun kembang. hahaha. cantik2 al-quran di sana
ReplyDeletehaha. jangan menari dekat makam ulama dahlah
Deletehahha kena baling dgn batu nanti
DeleteAlhamdulillah, masih terpelihara Al-Quran & kitab2 sufi..
ReplyDeleteMujur tak dimusnahkan di zaman pemerintah sekular
DeleteRumi ni mmg terkenal sebagai a great poet walaupun di negara barat. byk quotes Rumi yg saya suka antaranya - come, come whoever you are, wanderer, worshipper, lover of leaving. It doesn't matter. Ours is not a caravan of despair. Come, even if you have broken your vows a thousand times. Come, come, yet again, come, come. (maksudnya tentang pintu taubat sentiasa terbuka)
ReplyDeleteSaya selalu dengar quotes tu, tak sangka begitu dalam maknanya. Mesti beliau seorang pendakwah yang sangat berhikmah bila bercakap kan. Alfatihah untuk arwah
Deletetinggi2 batu nisan diorg kat sana
ReplyDeleteUiii..jgn Pak Zain nampak tasbih tu..jenuh nanti nak carik..dia bab pelik2 mmg suka...
ReplyDeleteuish yang ni tak boleh beli lah, muzium punya. hehe
Delete