Merhaba Turki Part 2.1! - Masjid terbesar di Turkiye dan siapa Munira?

Tuesday, 4 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Assalamualaikum dan hai semua! Lepas lunch di Muazzam Restaurant, kami singgah solat di Camlica Mosque yang merupakan masjid terbesar di Turki (sewaktu entry ini ditaip).

Çamlıca Mosque (Turkish: Çamlıca Camii) is a mosque located in Istanbul and the largest mosque in Turkey. The mosque can hold 63,000 people and includes a museum, art gallery, library, conference hall, and underground parking lot for 3,500 vehicles.

Source : Mosqpedia

Masjid ni masih baru, dirasmikan oleh Presiden Edrogan pada May 2019. Personally aku rasa masjid ni kalau tak singgah pun tak apa, sebab ia bukanlah masjid bersejarah tapi kalau berminat nak lihat senibina dan saiznya yang mengagumkan, apa salahnya. Digelar Camlica Mosque kerana terletak di atas Bukit Camlica. View dari perkarangan masjid ni ni memang cantik, sebab atas bukit. Nanti aku kongsikan video ya.

Camlica Mosque ada banyak tingkat. Ambil wuduk di tingkat bawah tanah, solat di level atas. Kali pertama guna lif masjid di Turki, kena kejutan budaya sebab instead of gunakan LG, B1, B2 etc selazimnya di Malaysia, diorang guna simbol negative (-). Contohnya B1 : -1, B2 : -2 dan seterusnya. Lif di Hilton tempat kami menginap malam sebelumnya guna B1 dan B2.

Camlica Mosque ada penjaga di bahagian tandas dan tempat wuduk. Aku teringat aku baca di blog mana entah yang orang Turki tak suka kita pijak karpet masjid dengan kaki basah, jadi sila lap kaki dengan tisu siap-siap sebelum keluar dari tempat wuduk kalau tak akak jaga toilet tu pandang tajam je. Tapi memang karpet kat masjid ni tak bau hapak lah. Maybe di Malaysia kena terapkan ajaran dan disiplin yang sama.

Aku lupa ambil gambar dalam masjid ni. Ambil gambar di salah satu pintu sahaja. Alahai, bijak. So kita pinjam Google ya.

Image credit : PS Mag

Masjid ni atas bukit so boleh  lihat kota Istanbul dari atas

Selesai solat jamak Zohor-Asar, kami bergerak ke Bursa. Perjalanan  ambil masa 1 jam 30 minit. Tips travel DIY, ke Bursa boleh juga menaiki feri dan boleh buat day trip dari Istanbul.

View awal-awal nampak laut tapi lepas tu aku yang ke laut (dibaca tertidur) 

Sebelum sampai Bursa, kami singgah di Munira Organic House. Travel ikut tour agent memang tak boleh elak lah dari ke tempat macam ni. Tour guide Turki kebiasaan dapat komisen bila bawa pelancong.


Siapa Munira? Entahlah. Yang pasti kalau nak datang Munira ni standby duit lira banyak-banyak ye. Tapi aku tak shopping pun di sini. Korang rasa kenapa?

Boleh beli madu organik. Aku pun tak pasti madu Turki ni famous ke tidak. Bila diorang hulur tester, aku ambil

Brader Turki ni fasih berbahasa Melayu tau. Aku rasa 3/4 pekerja kedai ni boleh cakap Melayu. Ada yang slang Indonesia, ada juga yang slang KL.

Kalau nak cari perfume tanpa alkohol, boleh beli di sini. Kalau tanya aku, aku rekemen perfume 'Sultanah' untuk wanita. Tapi aku tak beli. Perfume aku ada banyak lagi. 


Susun atur kedai ni memang cantik dan menarik perhatian pengunjung. Pekerja pun ramah dan layan je semua pelanggan tanpa memilih bulu. Walaupun muka aku dah sememeh sebab kepenatan dan kebosanan tapi asal aku singgah nak belek-belek, ada je yang offer tester atau explain pasal product walaupun aku tak tanya.

Turkish Delight bermacam flavour. Dari yang klasik sampai ke moden. Mintak je nak rasa, diorang potongkan. Too bad aku bukan orang yang suka makan manis

Selain manisan, ada juga teh dan herba. Aku geram tengok ros kering. Rasa nak beli buat potpourri #MinahBunga


Baklava! Ni sedap makan kat situ je. Tak rekemen bawak balik sebab takut gula dia cair

So nape aku tak shopping sini? Adakah sebab harga mahal? Tidaklah. Dari segi harga aku rasa not bad. Boleh pakat dengan ahli group lain sebab lagi banyak beli, lagi banyak diskaun. Yang aku nampak kat sini hanyalah tour group Malaysia dan Indonesia. Kalau datang sendiri skip pun takpe sebab Turki macam Malaysia jugak, tak kurang tempat shopping. Kat mana-mana pun ada.

Aku tak shopping kat sini sebab masih awal lagi. Aku tak nak bebankan diri dengan beg berat. Nanti susah nak turun naik hotel. Lagipun masih panjang lagi perjalanan. Rileks la dulu.

Realitinya aku tak pandai shopping. Huhu. Nak bargain pun tak pandai. Tiba-tiba teringat mak dan kakak aku. Kalau diorang ada memang dah macam-macam borong ni.

Orang lain je shopping beria. Terasa macam cheapskate sangat, tapi kita kena sedar kemampuan diri. Beg berat aku jugak kena pikul nanti. Aku rasa Turkish Delight dan Baklava free je sambil cuci mata. Break out teruk kulit aku sebab aku mana boleh makan gula sangat. 

Settle shopping, kami sambung perjalanan ke Bursa. Bursa nampak lebih tenang berbanding Istanbul.


So, kami pergi mana di Bursa? Nanti aku sambung lagi ye. Thanks for reading! 

44 comments

  1. Kalau akak beli satu barang buat syarat. Haha kalau beli makanan cepat habis sebab makan di situ juga.
    Betul ikut kemampuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada apa yang betulbetul special, kalau tak beli juga. duit nak guna benda lagi penting dari manisan. hehe

      Delete
  2. ammi pun tak reti shopping sangat..ingat lagi pergi ke Indonesia bawa duit "berjuta"...balik pun masih jutawan lagi. confuse kakak2 ipar ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama! tak semua perempuan ada skill shopping ni kot. saya kalau beli pun untuk souvenir. jaranglah beli untuk diri sendiri

      Delete
  3. Turkiye kaya dengan pelbagai manisan. Macam-macam ada. Peminat manisan memang tak boleh lepaskan peluang memilih dan membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya saya memang tak suka manisan. tapi dah dihulur, makan jelah

      Delete
  4. kusyuk baca n3 sal xsedar dh habis

    ReplyDelete
  5. Aduh! tazabar tunggu next story. Dilema ya Sal nak shopping ke tak masa awal-awal. Harapnya tempat-tempat selepas itu lebih menarik dari tempat awal-awal singgah tu kalau tak! takut nyesal huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah dilema sangat sebab nampak dalam itinerari banyak jugak tempat shopping yang akan dikunjungi. so rilek je

      Delete
  6. bukan main besarnya itu masjid...lihat pintunya saja megah sekali

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat pergi lihat negara orang.

    ReplyDelete
  8. Ms. Mula baca igt masjid camilla bini si charles tu hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat baca gosip royalty ni kak Ret. Haha

      Delete
  9. cantik costume Sal, I like...masjid2 di Turkiye lebih kurang sama senibinanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tak macam masjid di Malaysia kan, ada pengaruh China, India, Eropah etc.

      Delete
  10. Cantik seni binaan masjid ni. Walaupun bukan masjid bersejarah tapi dapat singgah pun satu nikmat juga. Kalau saya pun mungkin shopping satu dua makanan je kot. Perfume kurang minat sangat dan pemanis turki macam kurang sikit. kalau kekacang tu bolehlah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kekacang Turki sedap. Tapi boleh beli di tempat lain jugak. Beli makanan kalau awal-awal trip ni untuk makan sendiri je. Nak bawak balik biarlah di hujung nanti

      Delete
    2. Ohh ye lah kan. Senang beli hujung hujung trip terus bawak balik.

      Delete
  11. Lepas ambik wuduk di masjid sana takde ke alas kaki untuk lap kaki yg basah2? Payah pulak nak cari tisu kalau takde.
    Nampak sedap2 manisan kat sana, walaupun saya bukan peminat manisan Turki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tisu banyak sis. Akak jaga toilet tu siap hulur siap-siap masa kita masuk tempat wuduk. P/s : masa tido hotel dah rembat sikit buat stok

      Delete
  12. Ah seronoknya pi berjalan tengok tempat orang. Tengok gambar je pun dah rambang mata, kalau pi memang pening ni nak beli barang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya di Munira memang tak tau nak pergi mana. Setiap sudut ada je makanan yang menggoda. Tu belum campur orang Turki yang manis-manis jugak. Hahahha

      Delete
  13. Kalau ikut pakage memang itu sudah lumrah sebab depa dapat komisen kalau bawa tourist kat tempat macam munira tu. Lagi pun baru awal lagi tak yah shopping pun takpe. Rasa je apa je yang nak di rasa...hehehe. Akak suka kalau part bagi testing emm ngap je janji free. hehehe lepas tu kalau tak nak beli buat le muka ke tak suka ke apa adehaiiiii tapi kadang tergoda juga dan terbeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai hati nak buat muka. Hehe. Ahli group lain beli so takde la rasa bersalah. Saya sepanjang di sana banyak folo pasangan pakcik makcik ni. Dah nampak macam anak diorang pulak.

      Delete
  14. SubhanaAllah cantiknya ukiran masjid tu. Kat turkiye akak suka tenguk rekabentuk masjid dia yang cantik dan besar. Mudahan Allah rezekikan dapat tenguk depan mata tu semua

    ReplyDelete
  15. sama..kurang pandai bab shopping & beli mana yg betul2 nak je...
    ok nextttt....

    ReplyDelete
  16. Wow…peniaga Turki fasih cakap Melayu! Hebat orang kita shopping ya..hehee

    Setuju jugak bab lap lepas wudhuk. Akak memang bawak tuala muka dalam beg telekung, lepas wudhuk lap muka, kepala, tangan. Kaki je tak..hehe. Guna lap kaki, tapi selalu jugak jumpa tempat tak ada lap kaki. Kalau basah, boleh bertahi lalat sejadah/telekung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ambil wuduk di masjid ni memang sediakan tisu. kalau dah habis boleh mintak dekat akak yang jaga tu.

      Delete
  17. Hello, jemput join GA Cuya :) https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete
  18. gambar bangunan chantek, cerita ciksal pun menarik, model pun anggun., ;p

    ReplyDelete
  19. Terbaiklah boleh gunakan Lira di Turkiye. Bila la boleh pergi Turkiye.
    Kalau dua hari tak cukup rasanya kena 2 minggu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua hari Istanbul pun tak lepas. haha. 2 minggu di Turki puas jugak tu, tapi negaranya memang besar.

      Delete
  20. Cantik sungguh senibinanya..
    Indah..

    ReplyDelete
  21. kalau ko ckp, nama saya munira. boleh tak dapat baklava free? hahahaa

    ReplyDelete
  22. Cantik tempatnya..
    Sha nampak manisan tu je.. hehehe.. Sha suka yang Nougat tu..

    ReplyDelete
  23. tempat ni kalau tak singgah pun tak apa. lain lah kalau jenis suka makanan manis

    ReplyDelete
  24. kan.
    mesti nak masuk tempat shopping. spent hours kat situ. tak brape best. tapi tu la, yes, tak boleh elak!
    folo jer lah...

    ReplyDelete
  25. Ayu sungguh gadis yang bergambar di pintu masjid tu.... :)

    ReplyDelete
  26. Akak geram tengok display Turkish Delight, teh dan bunga-bungaan kering tu

    ReplyDelete
  27. besaunya pintu dia dah nampak sal mcm cinonet sgt.. dh le mmg comel lotey

    ReplyDelete
  28. Cantik giler la...x leh gambarkan ngan kata- kata...omputih cakap amazing...

    ReplyDelete
  29. Cantik gambar Sal kat pintu masjid tu

    ReplyDelete
  30. Lawo gambar ootd depan pintu gerbang beso tu. Turkish Delight y jeli kenyal2 ada kacang tu memang suka betul

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah