Baca ni dulu :
Part 1.0
Part 2.0
Part 2.1
Part 2.2
Part 3.0
Assalamualaikum dan hai semua! Perjalanan diteruskan menuju Cotton Castle, Pamukkale. On the way ke sana, tour guide Turki, Ozgur dan tour leader kami, Aida, dah start ambil nama untuk naik belon udara panas di Cappadocia dalam bas. Kena book awal, at least sehari sebelum. Tengah-tengah ambil nama, tetibe Ozgur dapat info yang hot air balloon di Cappadocia dah 2 hari tak terbang sebab angin kuat. Masalahnya bila tak dapat terbang, tempahan hari sebelumnya akan dibawa ke hadapan jadi peluang untuk kami dapat seat adalah tipis.
Aku sebenarnya berbelah bagi nak naik belon ke tidak sebab aku takut ketinggian. Lagipun harga bukannya murah. 280 USD! Apatah lagi dengan currency USD yang sedang meroket berbanding Ringgit Malaysia. 280x4.5 = RM 1,260! Berbaloi ke tidak? Jujur aku cakap sepanjang perjalanan aku dok fikir. Tapi dalam pada nak tak nak naik tu, bila dengar susah nak dapat seat tu rasa terkilan lah jugak. Hurm Sal..kau nak naik ke tidak ni? Fikir punya fikir tau-tau dah sampai Cotton Castle. Takpelah, Cappadocia boleh tunggu.
Oh ye, sebelum korang confuse dengan entry aku, Cotton Castle dan Hierapolis terletak di kawasan yang sama tau. Harap maklong.
Cotton Castle, antara tarikan utama pelancong yang datang ke daerah Denizli, Turkey. Pamukkale tu sendiri terjemahan direct dari bahasa Turki untuk Cotton Castle. Ada apa di sini? Gerai jual cotton candy? Istana warna putih?
Bayaran masuk ke Cotton Castle adalah 11 USD atau 200 TRY. Ingat tak aku cakap kena cekap convert nilai matawang. Sebelum bayar tu kira dulu bila convert mana lagi untung. Di Turki ni kalau nak beli barang atau masuk mana-mana tempat kena tanya dulu harga in currency apa. Euro, USD dan Lira adalah 3 currency urus niaga biasa yang aku jumpa sepanjang di sana. Ada juga peniaga yang ambil RM tapi tak banyak. By the way kami ikut agen, harga tiket dah masuk sekali. So lenggang kangkung je.
Sebelum masuk kena scan beg. Tak pasti boleh bawa makanan ke tidak tapi air boleh. Before datang aku check cuaca, suhu 30 lebih degrees ye! Panas macam kat Malaysia. Nasib baik sampai dah petang. Nasib baik jugak air minuman free flow dalam bas sepanjang lawatan. Aku tak beli sebotol air mineral pun, semuanya sponsor. Hehe.
Pamukkale was formed when a spring with a high content of dissolved calcium bicarbonate cascaded over the edge of the cliff, which cooled and hardened leaving calcium deposits. This formed into natural pools, shelves and ridges, which tourists could plunge and splash in the warm water.
Source : Turkiye Tourism
Menurut pemahaman aku, Cotton Castle terbentuk apabila mata air panas semulajadi yang kaya dengan mineral terutama sekali kapur mengalir ke teres-teres bukit. Sisa kalsium yang tertinggal, mengeras dan menghasilkan struktur berbentuk kapas berwarna putih. Lebih kurang gitulah. Korang boleh google kalau nak tahu lagi.
Kali pertama tengok Cotton Castle terbentang depan mata macam ni memang terus terlahir rasa kagum dengan ciptaan Allah. Putih bersih macam salji pun ada.
Manusia ramai. Kalau nak privacy boleh turun sampai ke bawah.
Sini celup-celup kaki je tapi jangan pelik kalau nampak ada yang berendam berbikini bagai. Apa pun, view dari sini cantik. OK jom tengok Hierapolis pulak!
Tak ada bukti kukuh bila sebenarnya Hierapolis dibina. Kemungkinan besar pada tahun 190 sebelum Masihi oleh pemerintah kerajaan Pergamon. Ia juga digelar kota suci kerana banyak aktiviti ibadah penganut Kristian dilakukan di bandar ini suatu ketika dulu. Aku pernah baca yang Hierapolis juga disebut dalam bible tapi tak pasti pulak dalam Al-Quran. Mungkin ada kisah di sebalik runtuhan kota yang pernah berdiri megah ni? Wallahu'alam. Kena cari balik episod Jejak Rasul di Turki. Hehe.
Menurut legenda, kolam ini merupakan hadiah dari Marc Antony (bukan yang nyanyi My Baby You tu ye) kepada Cleopatra tapi takde bukti yang jelitawan Mesir tu pernah mandi di sini. Kau mampu bagi hadiah kolam renang kat makwe? Biar tak hensem janji kaya. Eh, tapi Richard Burton dalam filem Cleopatra tu hensem.
Kalau nampak dalam gambar ni ada batu-batu putih yang timbul. Ia merupakan kesan dari runtuhan binaan sekeliling kolam akibat gempa bumi yang berlaku pada kurun ke 7. Sumber :
Top Hot Spring. Air tak berapa dalam tapi tak kuasa aku nak mandi. Mungkin kalau aku datang sendiri, tapi dengan group tidaklah, karang kena tinggal. Mana tahu keluar-keluar kolam cantik macam Cleopatra. Haha. Mimpilah kau! Takut jadi Anack Su Namun ( pengaruh filem The Mummy, maafkan sis sebab banyak sangat tengok filem pasal Mesir purba).
Nampak binaan ala Coloseum nun di atas sana? Ya, itulah target aku!
Nampak je aku macam tenang tapi separuh nyawa jugaklah nak sampai ke atas ni. Ketaq lutut weh! Nak turun ke bawah lagi pun tak daya dah
Aku kalau datang sendiri memang tak cukup 3 jam kat tempat ni. Satu persatu aku belek sambil berangan aku dalam filem dulu-dulu. Haha
On the way turun tetibe rasa kebuluran yang amat sangat. Maybe sebab dah guna banyak tenaga mendaki nak tengok Theater punya pasal. Singgahlah beli apa ke nama entah makanan Turki ni. Harga makanan dalam kawasan Hierapolis ni boleh tahan jugak, sebab tempat tourist. Dah lapar kan, layan jelah.
Dalam pukul 7 malam, kami berkumpul semula untuk gerak ke hotel. Tempat ni bila nak dekat senja terasa seram sikit. Maybe imaginasi aku je kot tapi manalah tahu kan. Tinggalan sejarah ni macam-macam kisah. Entah-entah kita jalan atas kubur orang Greek. Jangan ikut balik dahlah ye walaupun awak comel macam Kostas Tsimikas.
On the way ke hotel aku buat keputusan dah berkaitan hot air balloon. Nak tahu keputusannya? Keputusannya tunggu next entry. Hehe.
Kali ni check in Tripolis Hotel. Tripolis Hotel ada banyak blok. Boleh pulak bilik aku di blok belakang dan tingkat tiga. Hotel ni takde lif! Masa ni aku tercari-cari kelibat porter tapi masing-masing busy. Terhegeh-hegeh la aku sendiri. Inilah sebabnya aku tak shopping awal dan minimakan berangan yang dibawa dari rumah. Luggage aku tak sampai 9 kg untuk keperluan 9 hari.
Dah letak beg, terus turun untuk dinner. Makan stail buffet. Ada salad dan buah di piring lain, aku tak ambil gambar. Ada blogger tegur aku makan sikit di entry sebelum ini tapi sebenarnya sebab nasi di Turki macam nasi dagang. Kembang bila bubuh kuah jadi aku cepat kenyang.
Nampak macam sambal kentang dan kurma ayam tapi rasa sangat berbeza
Dah sudah makan baru boleh usha bilik. Wi-fi Tripolis Hotel hanya ada di lobi sahaja. So malam ni takde internet. Layan TV jelah untuk hiburan. TV pun channel Turki je yang ada. Citer omputih, Korea ke hape ke semua dubbing bahasa tempatan.
Tempat shower yang kecil comel.
Nasib baik ada penanda arah kiblat sebab internet takde.
Bilik di tingkat atas sekali ada tingkap di bumbung. Unique! Nasib baik ada bangku tu so boleh panjat.
Mula-mula aku bukak sebab panas padahal bilik ada je aircond.
View takde apa special. Hanya nampak hotel-hotel lain.
Lepas mandi dan solat, aku pun baring di katil yang betul-betul bawah tingkap tu. Eh rasa macam seram pulak. Bangun pergi tarik blind. Masalahnya, apa fungsi dia buat tingkap tu. Hurm aku rasa aku tahu tapi nanti lah aku cerita. Hehe.
Thanks for reading ya!
Oh, tinggi pula harga sampai USD280!
ReplyDeleteNaik hot air balloon di Cappadocia itu merupakan salah satu impian saya. Waktu saya pergi dulu, hanya 200USD sahaja. Cukuplah sekali pengalaman naik. Sejuknya ya ampun!
Harga makin naik agaknya. Saya teringin juga tapi pada masa yang sama takut tinggi dan sayang duit
DeleteSeronoknya Sal..
ReplyDeleteBetul sangat bila kita banyak berjalan menghayati keindahan Illahi kita akan rasa kagum dengan ciptaan sang pencipta..
Allahuakbar!
Mahal naw naw harga tiket naik hot baloon tu yer Sal..
Yang tingkap tu memang mengerikan..
Ibu ni kalau dapat katil mengahadap tingkap yang macam tu..
Mulalah mebayangkan lasuir berterbangan di jendela..
Hahahahahaha dasar ibu Aqil penakut tahap gaban..
Samalah kak, baring tengok tingkap tu terbayang langsuir sebab tak tahu pulak hantu orang Turki rupa cmane. Haha. Ya, bila berjalan tengok ciptaan Tuhan rasa diri ini kerdil sangat.
DeleteMenarik sekali kawasan² pelancongan di Turkiye
ReplyDeletehahahahha tmpt shower tu tetiba terigt dok stay backpacker hotel.. gitu la jgk shower nya.. btw adoiii tingin nak naik belon panas tp terkenangkan rege tu ermmm kena pk 2 3 kali gak tu hahaha
ReplyDeletebukan 2,3 kali je kak Ret, 30 kali jugak la memikirkannya. Haha
Deletemasa tgk citer fazura dulu terus psg angan2 nti nak p Cappadocia. cantiknya view!
ReplyDeleteitu hamparan gurun ya sis, tak ada tumbuhan sama sekali
ReplyDeleteTinggi tangga Ill Teatro. Mengah kalau mendaki.
ReplyDeleteSeronok ada tingkap langit. Boleh tenang pandang bintang.
Kalau malam boleh tengok bintang, tapi kalau pagi-pagi untuk tengok benda lain.
Deletesubhanallah menjejaki sejarah tinggalan purba terbayangkan keunggulan kekayaan mereka
ReplyDeleteKan, tapi unggul macamana pun jatuh juga
Deletewak mmpu tgk je ciksal jalan2 turki nih., huhuhu
ReplyDeleteAllahuakbar mahalnya sal nak naik belon tu. Mudahan tahun depan turun le harganya. Wish list saya ni kalau dapat pi turkiye
ReplyDeleteKnape ko sebut nama abam Kostantinos Tsimikasku???? 😡baru aritu tgk kat YT tmpt colloseum tu... tggi betul naa
ReplyDeletehaha. aku confuse yang duduk Hierapolis ni dulu Greek ke Rome. Colloseum pun kalau dapat tengok depan mata best
Deletemsk wishlist colloseum kedua... eh ehh
Deleteingatkan artis Tsimikas tu...haha...tingginya colloseum mmg semput kalau turun naik....comel je bilik hotel, mcm di loteng pula..
ReplyDeletesaya pun suka bilik hotel tu tapi macam seram. nasib baik boleh tutup
DeleteAkak pulak rasa gayat tengok gambar Sal kat Theater tu. Macam jauh je nak turun ke bawah.
ReplyDeleteKalau ke Hierapolis ni, akak terbayang jadi Indiana Jones 😄
memang jauh kak. masuk dari atas tau. ikut hati teringin nak turun ambil gambar dekat-dekat tapi takut tergelincir sebab kaki dah penat
DeleteTingkap kat bumbung tu akak bayangkan nanti cik pon bertenggek....huh tak nak le walaupun macam best je
ReplyDeletesaya pun terbayang yang sama. Dahlah siangnya baru pergi kota lama yang agak seram. Takut ada yang mengikut balik.
DeleteHumangaiii! Mahal boto 280 USD. Matilanak nak membayar. Takpe Sal, Cappadocia setia menanti boleh tunggu bak kata Sal.
ReplyDeleteMashaAllah..tengok dalam gambar pun dah cantik apatah lagi depan mata kan. Kita naik seram lah Sal duduk atas lereng bukit tu dengan tingkap gitu. Mahu tak gigil lutut. huhu...
Ya, duduk di Teatro tu memang rasa seriau sikit. Takut nak turun ke bawah sebab tangganya kecik lagipun kaki dah penat
DeleteOhh maii...mahalnya harga naik belon panas ni rupanya ye. Huuhu..kena menabung lagi la nampak nya nih
ReplyDeleteTernganga mulut tengok harga tiket.
ReplyDeleteOh! masa Sal di sana pun angin dah kuat ya Sal. Ada terbaca semalam 2 maut sebab belon tu terbakar dek angin yang kuat tu.
angin kuat tu biasa kalau autumn. kalau musim sejuk lagilah
Deleteseronoknya tgk Sal jenjalan..best! emmm x sabar nak tau Sal naik ke tak hot balloon tu, mahal tu but pengalaman lagi mahal kan...nexxttt
ReplyDeletenantikan next entry ya
DeleteAllah.. Menariknya perkongsian Sal.. Tempat tu putih betul..
ReplyDeleteTempat-tempat lama ini kalau pergi memang terbayang babak dalam filem je lepas tu aura dia lain macam..
Kenapa ada tingkap di bumbung.. Kalau Sha, jenuhlah nak tidur.. Imaginasi lain macam.. huhuhuhu..
Wah ..., melancong sampai ke Turki ya, ananda Sal. Gak apa2 bayar 280 USD, yang penting ada duit. He he ....
ReplyDeletecantik tmpat air tu. nina tgk kwn berendam tp dia pegi time tak ada org. haha. nak naik belon pun mahal. jenuh fikir.
ReplyDeletekalau harga dah include pakej senanglah x payah fikir lagi nk bayar bila nk ke sana sini... mmg best lah cotton castle ni... rare sgt mmg mcm salji tp yg ramai² tu mmg pelancong jugak ke?
ReplyDeletebayangkan kalau tak tutup blind tu..tengah tidur memalam ada yg skodeng..ngeri
ReplyDeleteUniknya Cotton Castle. Cantikkk
ReplyDeleteTingkap tu untuk feeling-feeling layan langit malam kot... ke nak main intai-intai ngan musang :D
ReplyDeletecantiknya tempat ni. mmg touristic dan senibina dia awesome
ReplyDeletecurious nk tahu rasa air panas ke sejuk
ReplyDeleteMahal jugak kan nak pi sini...kena la menabung lama..Sal menabung lama x masa ni...hahaha...apa soalan akak...dulu pernah berangan nak akwen ngan org kaya leh pi sini....sudahnyaaaa......
ReplyDeleteAish..makin baca makin rasa nak pegi jugak.
ReplyDelete