Baca ni dulu :
Destinasi pertama kami singgah di Bursa adalah Ulu Cami atau The Grand Mosque of Bursa. Wah, nampaknya aktiviti hari ni banyak melawat masjid je.
Ulu Cami merupakan masjid terbesar di Bursa. Ia mempunyai 2 menara dan 20 kubah. Dibina pada zaman kerajaan Uthmaniyyah oleh Beyazid I dan siap dibina pada tahun 1399 Masihi.
Tempat letak kasut disediakan di dalam. Better bawak plastik sendiri dan bungkus siap-siap sebab manalah tau masa nak ke rak kasut, kotoran dari tapak kasut jatuh ke karpet
Tulisan kaligrafi yang sangat cantik dan berseni antara hiasan utama masjid ini
Kubah masjid. Ada tingkap kecil pula di sekeliling perimeternya
Ada fountain yang dibuat dari marmar untuk ambil wuduk di tengah-tengah masjid
Kalaulah masjid ni boleh bercakap, pasti ia akan menceritakan kisah kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah di bumi Turki. Terasa lebih syahdu di Ulu Camii. Mungkin kerana ia kurang dikunjungi pelancong, jadi ia lebih tenang. Ukiran masjidnya juga cantik walaupun sekadar guna warna neutral coklat dan beige. Aku bukanlah orang seni, jadi aku tak pandai nak cerita lanjut. Cuma perasaan bila berada dalam masjid tua dan penuh sejarah ini begitu indah sekali.
Ulu Cami berhampiran dengan Koza Han Silk Market. Memang dekat. Keluar pintu utama je dah nampak. Sayangnya tak sempat pergi. Koza Han merupakan one stop centre untuk shopping fabrik macam pakaian muslimah dan tudung Turki. Aku takdelah plan nak beli apa, cuma kakak aku je pesan kalau jumpa jubah Turki yang cantik, tolong belikan. Serius lah akak aku percaya kat aku yang takde fashion sense ni beli baju untuk dia? Huhu.
Anyway, anyone yang ke Turki dan memang berniat nak beli stok tudung Turki banyak-banyak, Koza Han adalah tempatnya. Aku ada baca yang di sana juga ada jual banyak winter coat dan pakaian musim sejuk. Mungkin kerana Bursa terkenal dengan Mount Uludag, antara destinasi sukan ski popular di Turki. Kalau datang time winter bolehlah main salji dan ski di sana.
Nasib baik aku memang tak berniat nak shopping tudung dan baju kalau tak memang nangis lah tak dapat masuk Koza Han.
Dari Ulu Cami, kami naik bas ke Green Mosque. Dekat sahaja, tak sampai 1.5km. Green Mosque (Yeşil Cami) siap dibina pada tahun 1424 dan mendapat namanya kerana hiasan dalaman masjid ini banyak menggunakan jubin berwarna hijau kebiruan.
Kena rushing sebab dah nak masuk waktu solat Maghrib. Di Turki, seperti lazimnya mana-mana masjid di dunia, waktu solat jemaah ditutup untuk lawatan sebab tak nak ganggu orang solat. Ozgur lead group kami masuk. Gerbang masjid ni unik kan?
Bila rushing, gambar aku ambil mulalah tak tentu arah. Tapi masjid ni memang cantik. Gradien warna biru-hijau begitu harmoni dan menenangkan. Tak reti nak jelaskan dengan kata-kata. Tak dapat berlama-lama di sini. Ozgur bawa kami ke Bursa Silk Bazaar.
Silk Bazaar nampak agak ekskluif. Mungkin macam Munira tapi versi jual fabrik dan tandamata
Mari belajar Bahasa Turki
Tak sempat nak explore, Ozgur dah panggil ajak ke hotel. Takpelah, jimat duit aku tak payah shopping. Ahli rombongan lain pun nampak macam dah lemau je. Penat dah kot.
Malam kedua kami check-in di Adranos Hotel, Bursa. Hotel 4 Bintang katanya. Harga satu malam dalam range RM250. Rasanya inilah first time aku travel stay hotel mahal-mahal. Selalunya bilik yang super humble atau kalau ramai, suka book Airbnb.
Dinner style buffet di restoran hotel je. Boleh tahan sedap. Macam di Hilton Garden Inn jugak, banyak sayur dan salad.
Ada dessert. Puding apa entah. Ni aku share berdua dengan tour leader. Mushroom soup dan fries dia pun sedap. Kau nampak tak orang jarang dapat makan di hotel perangai cmane. Ish ish. Aida (tour leader kami) cakap aku ni kecik tapi makan banyak. Huhu. Kat Turki aku makan tak ingat dunia. Aku dah lah tak boleh makan ayam dan benda manis banyak, nanti kulit naik jerawat tapi tulah degil. Masakan diorang sedap je bagi aku. Maybe sebab guna minyak zaitun kot. Sayuran diorang pun fresh. Tomato aku kunyah selamba je sebab tak masam dan crunchy.
Settle makan, naik bilik. Luggage kitorang ada porter angkatkan dan letak depan lif. Masa aku naik kat level aku stay, aku tengok orang lain masuk bilik dah. Tinggal aku je. Baru nak tarik beg tetibe ada bell boy datang. Aku cakap aku boleh tarik sendiri. Yelah, luggage aku tu tak sampai 10 kg pun dan hanya satu beg. Dia insist nak tolong. Dia bawak beg aku sampai ke bilik dan dia tunjuk mana air cond segala. Sepanjang dia kat dalam, aku tercegat je kat pintu.
Lepas tu dia keluar, aku masuk. Baru nak tutup pintu, dia mintak tips. Aku panik, seluk beg dan hulur 5 TRY (Turkish Lira) pastu say thanks. Dia masih kat situ tapi aku cepat-cepat tutup pintu. Aku panik bukan sebab apa, tapi sebab aku ada baca yang tipping bukan budaya di Turki. So aku agak terkejut.
Once dah settle down, aku menung jap. Allahu 5 TRY je aku bagi. Tahu tak 5 TRY tu berapa? Ikut rate semasa (5x0.25), RM 1.25 je! Aduh kedekutnya aku! Patut bagi at least 20 TRY. Memanglah kerja tu tak berat, tapi macam tak ikhlas pulak. Maaflah bang, saya tak familiar lagi dengan matawang Turki so main ambil je duit not paling kecil ada dalam purse. Jangan kutuk saya ye.
Bilik yang selesa dan nampak mewah tapi takde iron. Nasib baik bawak sendiri. Hotel di Turki memang tak sediakan sterika. Nasib baik ni memang aku dah study dan agent dah ingatkan sebelum datang. Arah kiblat pun takde, so kalau korang datang Turki, install siap-siap apps cari kiblat. Aku pakai Google Qibla Finder je senang. Provided ada internet. Semua apps pun kena pakai internet ye tak?
Malam tu aku tidur lena sebab dah keletihan. Tak takut ke? Tak sempat nak takut sebab ngantuk sangat.
Turki ini banyak masjid.
ReplyDeleteBetul makanan sana sedap. Ada keju, nasi. Kombinasi Timur dan Barat. Makanan semua berasa tapi tidak pedas. Memang makan banyak. Suka sup kacang kuda (chickpeas)
ya, memang banyak. kadang-kadang satu bangunan tu diapit 2 masjid. sup cicah roti memang sedap
Deleteindah sekali masjidnya
ReplyDeletelalu bagaimana jamaahnya di sana ya, banyak atau tidak ya
Allahu. Tidak pasti pulak sebab tak sempat berjemaah sepanjang berada di Turki
DeletePernah terlihat atau terbaca pasal Turki.. Presiden Erdogan menukar nama negara Turki kepada Turkeye. Nama negaranya ditukar bagi mengelakkan ia sering dikaitkan dengan ayam Turki yang dikatakan sering menjadi hidangan semasa perayaan hari Krismas.
ReplyDeleteya betul. tapi saya masih guna Turki instead of Turkiye sebab lebih mesra SEO. Hehe
DeleteAkak sekarang tengah tonton Ertugrul final season, kalau akak yang masuk Ulu Cami sekarang ni, mau syahdu. Terbayang susah payah Ertugrul nak membina empayar Uthmaniyyah.
ReplyDeleteLampu Turki tu cantiknya.
Bab tipping, kalau akak pun panik. Tapi takpelah daripada terbagi duit paling besar kan..hehe. Agaknya dia target Sal sebab nampak perempuan sorang. Tak pasal mendapat la RM1.25 je.
saya rasa memang semua orang dia mintak tips. lagi-lagi yang beg besar dan banyak. Kak Ujie tengok Ertugrul, kalau datang Turki mesti feeling lebih.
DeleteCerita tentang tips, Kak Amie pun rasa ralat sampai sekarang kalau teringat kisah naik kuda di Pahalgam. Ketika kami sampai di hotel setelah naik kuda, si penjaga kuda minta duit tambahan tetapi saya serba salah pula. Sudahlah basah hujan salji, takut nak keluarkan dompet, takut dompet basah dan duit basah! Lagi pun memikirkan mereka sudah diberi 200 rupee, lebih kurang RM11.00 MYR, tapi dia minta lagi. Kak Amie terus lari masuk ke hotel. Selepas itu termenung mengenang peristiwa yang baru berlaku... kedekutnya aku! Bakhilnya aku! Apa salahnya bagi, mungkin hanya itulah sahaja pendapatannya sepanjang hari. Bila teringat kembali wajahnya yang pucat, pakaiannya yang basah lencun kesejukan, rasa nak pergi semula ke sana, nak hulur... rasa menyesal sangat. Kenapalah terlalu berkira!
ReplyDeleteTulah kan kak Amie. Saya terfikir jugak, diorang dahlah baru nak 'hidup' balik lepas Covid, saa pulak bagi tips hujung jari je. Tambang bas pun tak lepas agaknya
DeleteHHaha ayat akhir tu... X smpt nak takut ye sbb dah ngantuk ye 😂😂
ReplyDeletekalau cerita tidur bilik solo memang itulah soalannya
DeleteSeronok tu dapat melawat masjid ke masjid. Suka tengok seni binaan masjid. Kagum dengan kesenian masjid. Lain masjid, lain seninya. Ohh macam tu ye. Bagus juga tutup untuk lawatan bila waktu solat. Bila dah ngantok memang tak ingat apa dah. Tidur dan rehat tu penting. Bagus Sal dah study awal. Siap siap bawal iron. Senang. Travel iron eh Sal? Yang mini tu?
ReplyDeleteSaya guna travel iron brand Remington. Ringan dan kecil berbanding iron biasa. Walaupun masjid-masjid di sana dari luar nampak sama, tapi bila masuk nampak keistimewaannya
DeleteTerima kasih share Sal. Terus google. Saiz dan design okay sangat tu. Nanti boleh survey.
DeleteSetiap seni bina mesti ada keunikannnya sendiri kan :)
Selalu tinggalkan komen, tapi kadang-kadang tak keluar pula.
ReplyDeletekomen ada, termasuk dalam spam. nasib baik tergerak nak check
DeletePatutlah bell boy tu tercegat je depan pintu, bila baca taktau nak ketawa ke kesian kat dia..
ReplyDeletekesian pun ada jugak. mesti dia cakap dalam hati, kedekutnya lahai pompuan ni
DeleteMinta tips ni sebenarnya memang budaya hotel cuma kadang kita sebagai pelancong bila datang tempat orang duit belum banyak di beli dan masih blur tukaran duit tu yang kalau boleh nak caalibut daripada depa sanggup tarik beg sendiri padahal apa lah sangat kita sedekah sikit rezeki kita pada mereka yang berharap. Sama lorr ahkak sesekali kelam kabut je...hehehe
ReplyDeletekan, dahlah dah malam dan dah penat. dalam kepala nampak 5 lira tu macam 5 ringgit. tapi ok lah kot sebab beg saya tak berat. saya belum shopping apa pun
DeleteKalau baca salah silah sejarah zaman kegemilangan Islam di sana tak dapat bayangkan lah masa tu macamana agaknya kan. Rasa nak balik zaman dulu kala hehehehe macam citer korea yang selalu zoom zaman diraja joseon zoom zaman sekarang. hahahaha terjebak citer korea cam tu le kepala otak dok fikir....hancus
ReplyDeletesaya pulak teringat cerita Thailand yang dia balik zaman Ayutthaya .Tapi bila fikir balik, elok lah hidup zaman sekarang ni je. Kalau duduk zaman perang saya ni sekejap je kot dah mati kebuluran. huhu
DeleteBinaan masjid kat turkiye besar-besar dan cantik binaan dia kan. Terpegun tenguk design dia
ReplyDeleteItulah. dekat-dekat lak tu masjidnya. Kat Turki ni memang takde masalah cari tempat solat
DeleteAla dapat makan sedap makan je lah bukan senang nak merasa masakan turki. Akak pun tak pernah rasa makanan turki tapi tenguk makanan yang sal makan rasa ngences pulak Mesti sedap tu
ReplyDeletedah bayar kan, makan jelah. hehe. lagipun berjalan pakai banyak tenaga so kena make sure kenyang barulah mood pun tip top
DeleteBila baca penulisan Sal ni buatkan rasa nak pergi Turkiye jugak la. Tapi mungkin lebih baik pergi dgn travel tour kan, dpt duduk hotel 4-5 bintang & itinerari tak payah pening2 nak fikir.
ReplyDeletecantik dua2 masjid tu...senibina di awal empayar uthmaniyah, biar depa ckp kuat makan, kita nak try mcm2 makanan Turki...hehe..
ReplyDeletesonok baca n3 sal...subhanallah cantiknya masjid bersejarah
ReplyDeleteDapat bayangkan kepenatan Sal..
ReplyDeleteTapi boleh rasakan juga kepuasannya.. ;)
subhanallah...cantik betul seni bina diaorang kan..kagum sungguh.
ReplyDeleteTurkey adalah tempat pertembungan kerajaan Islam dan Europe... Tapi Turkey sekarang lebih kepada Europe
ReplyDeletecantik lampu tu... senibina diorg mmg lain drpd yg lain. sng ckp bla tgk dah boleh tahu ni senibina turki. org dulu2 mmg superb👍👍
ReplyDeleteMestilah panik.. Dia lelaki, Sal perempuan.. Da nak tutup pintu, minta tips.. Kalau Sha pun panik juga.. Bukan rezeki dialah tu.. Penat berjalan terus lena malamnya ye..
ReplyDeleteturki ni kalau minat sejarah sesuai sgt. memang cantik sgt ukiran2 masjid di turki. semua cantik! memang pandai arkitek dorang reka kan
ReplyDeletesubhanallah. indah...
ReplyDeletekita akan terpesona bila melihatnya, kan. speechless!
Cantik benar Green Mosque tu. Suka tengok seni bina dan tona hijaunya.
ReplyDeleteBagus juga penat sangat sampai tak sempat takut ahahah
senibina kat sana mmg buat mama kagum.. cantik stgt2
ReplyDeleteGelak baca pasal bell boy....apapun memang interior dan seni bina sangat2 menakjubkan..bestnya kalau dapat pi sendiri
ReplyDelete