Baca ni dulu :
Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku ceritakan di entry sebelum ini, pagi pertama aku terjaga di Cappadocia akibat bunyi bising. Bagus jugaklah bunyi bising tu sebab jadi alarm Subuh. Entahlah nak describe bunyi tu macamana, tapi bila aku keluar ke balkoni aku nampak...
Hot air balloon guys! Rupanya bunyi macam angin berhembus tu bunyi gas dipanaskan. Nampaknya hotel kami stay ni dekat betul dengan kawasan operator perkhidmatan belon air panas terbangkan belon. Rezeki. Walaupun dah naik hot air balloon di Pamukkale tapi still teruja tengok. Dari jauh macam mentol pulak.
Suddenly teringat yang aku belum solat Subuh lagi, terus masuk balik dan solat dulu. Menggigil ambil wuduk dengan air sejuk macam ais. Settle solat sambung menikmati pemandangan. Berdiri di balkoni masih dengan telekung sebab malas nak cari tudung.
Sama macam di Pamukkale, belon dilepaskan secara berperingkat
Sini belon banyak berbanding di Pamukkale
Boleh dengar suara penumpang-penumpang dalam belon tu. Kecoh macam masa kitorang hari tu jugak
Ralit aku perhati sambil minum kopi 3 in 1. Memandangkan aku hanya bertelekung aku takdelah nak selfie ke apa. Memang lupa. Aku pulak jenis yang kalau terlalu into the moment aku lupa nak ambil gambar. Takpelah, pagi esoknya ada lagi. Anyway tiada ahli group kami yang naik belon sebab dah naik di Pamukkale. Nak book pun seat dah penuh sebab dah beberapa hari belon tak terbang so orang-orang yang terlepas trip hari sebelumnya dah push booking ke hadapan.
Agak-agak belon dah sendu, aku pun dah berkicap, aku pergi mandi dan bersiap. Cappadocia ni malam sejuk, tapi bila keluar je matahari tetibe panas. Ini cerita hujung summer menjelang autumn ye. Kalau nak baca cerita naik hot air balloon di musim winter boleh baca blog kak Amie. Blogger Siti pula naik belon di musim bunga.
Then aku turun ke kafetaria untuk breakfast. Sempat lagi layan view belon dari perkarangan hotel.
Gambar ehsan dari ahli group. Diorang pagi-pagi panjat bukit depan hotel nak buat photo shoot.
Kat Cappadocia ni macam-macam perkhidmatan photo shoot disediakan termasuk sewa kostum dan sewa props. Cuma aku tak pasti sewa model ada ke tidak. Yelah, kot nak merasa ambil gambar dengan partner tapi kau singlet. Hehehe. Memang lawa ambil gambar berlatarbelakangkan belon banyak-banyak tu. Boleh tak aku langsung tak terfikir. Yelah, aku ni bukan Insta famous. Instagram pun takde. Takpelah, esok pagi boleh cuba lagi.
Settle breakfast, kami naik bas untuk pusing-pusing Cappadocia. Pagi ni rileks sikit sebab tak payah check out.
Pekan Goreme
Eh ada lagi belon belum pulang ke tanah
Memang betullah kata orang, naik hot air balloon di Cappadocia lagi best dari di Pamukkale sebab view permukaan buminya yang lebih unik. Takpelah Sal, takde rezeki kau
Mesti best kalau dapat manjakan diri di Turkish Bath (Hammam) ni
Yang nampak macam busut tulah 'cave hotel'. Hotel gua lagi mahal dan lagi eksklusif
Terfikir jugak, tak sesak nafas dan panas ke duduk dalam gua tu? Tapi takkanlah hotel gua di sini sama macam Gua Tempurung atau Gua Niah pulak kan?
ohhhh... bunyi belon panas tu rupanya.... cantik sgt la sal... mcm tipu je tp betul kan? bayangkan kalau kita bukak tingkap rumah terus nmpk byk belon panas ni di awangan... mcm alam fantasi sungguhhhh
ReplyDeleteyup kakmim, masa nampak belon-belon berterbangan rasa macam mimpi je. betul ke aku dah sampai Cappadocia padahal selama ni tengok dalam TV dan gambar orang lain je
Deleteorg kuat imaginasi mcm kita je ke yg berfikiran mcm ni ek? hahahaha
DeleteImaginasi dulu, mana tau suatu hari nanti jadi realiti
Deletedia berapa lama belon boleh terbang lps matahari terbit?
ReplyDeleteentahlah tak pasti. nanti aku wasap boipren aku yang keje pilot kat Pamukkale tu. hehe
Deletetak yah la. ko forward je tipon dia😂😂
Deletetakleh, kang ko ngorat
Deleteeh ngorat utk dapat diskaun tak pe...halalllllll lalalalaa
Deleteko nak rasa dok dlm gua tunggulah MU kalah dan terus kalah😂😂😂😂
ReplyDeletehahaha. musim WC ni gua tutup untuk sanitasi
Deletebulan 1 nnt kompem sesaklah blk gua
Deleteko duduk gua Germany dulu.
Deletebahaya gua germany tu. byk pelangi seremmmmmm
Deleteserammm tu. muntah darah jap lagi
Deletekaum sodom. nehiiiiii
Deletewahh Sal banyak eposid kak ana tercicir ni, thank you for sharing.. cantik nyaa alam ciptaan Tuhan Yang Esa ..
ReplyDeleteMashaa Allah cantik nya view. Thanks for sharing Sal!
ReplyDeletecantiknya pemandangan belon2 panas di udara tu dgn latarbelakang langit biru.
ReplyDeleteGambar orang tu..saya tak pandai ambil gambar secantik itu
Deletecantik view, tiada di tempat lain, uniknya Cappadocia, rumah flintstone...
ReplyDeletehehe..sewa model, hensem & jelita org2 turkiye....
haha. Turki tempat dan orangnya sama cantik. haahlah, macam rumah Flinstone
DeleteMenarik dan mengujakan tengok video belon-belon yang tengah bersiap nak naik tu. Memang leka perati.
ReplyDeleteUniknya bentuk muka bumi Cappadocia. Teringin nak stay kat cave hotel tu. Kalau kena stay kat Gua Niah tu tak maulah..sesak nafas dengan bau najis kelawar dan burung 😄
Akak pun selalu nyesal tak ambik gambar pada momen tertentu, sebab tak teringat. Mampu ber huhu jelah kan.
Hehe. Menyesal sebab takde konten je, tapi memori tu kekal dalam ingatan kan. Memang leka tau tengok belon-belon ni. Sejenis terapi juga
DeleteAduh.. menariknya. Bilakah saya berkesempatan ke sana..
ReplyDeletesubhanallah cantiknya pemandangan belon2 panas di subuh hari
ReplyDeleteBestnya Sal..
ReplyDeleteAkak paling excited datang sini dah macam menjelajah sama..
Terima kasih Sal titipkan kata2 semangat buat Aqil Naim..
Semoga Aqil Naim pun bersemangat macam Sal..
In shaa Allah!
SubahanAllah! Cantek nya permandangan..
Akak ni tak tau ler dapat merasa ke sana ke tak..
Tapi mana nak tau kan kot rezeki akan datang.. ;)
scoliosis ni kena monitor jugak. if teruk memang doktor akan suruh operate. saya honestly bila banyak berjalan or berdiri lama memang terasa sakit belakang, so kena tahu limit diri macamana
DeleteCapadocia cantik mukabumi dia. Apa lagi dengan belon panas yang banyak-banyak tu memang mencantikkan alam.
ReplyDeleteTenguk hotel dalam gua tu macam teringin je nak dok situ. Mesti best kan. Takkan le macam gua niah pulak. Mesti lagi cantik walaupun rasa terpengap dalam gua. Sesekali feeling dia lain macem
ReplyDeleteSewa costum dan sewa props.... tak yah model pun ok apa...yang penting cantik beb. eh tapi kalau ada model tall dark and hensem emmm ok juga kan...gedik nya aku. hehehehe
ReplyDeleteHaha, tapi orang Turki putih-putih kak. Yang penting kena ada photographer yang pandai capture moment.
DeleteUntunglah hotel dekat dengan tempat belon-belon berlepas. Boleh cuci mata. Gambar-gamvmbar memang cantik. Memang patut abadikan pada blog.
ReplyDeleteSubhanaAllah.. Cantiknya pemandangan dia..
ReplyDeleteHotel gua eh.. Kalau Sha tu mau lemas.. kikiki.. Tapi memang uniklah..
Cantik pemandangan belon2 tu kat udara...impian akak la ni...tapi ntah bila la akan termakbul...hotel gua tu memang mahal but for sure ada ekon kan..hahaha....
ReplyDeletemacam mana la agaknya rupa hotel dalam gua tu ek?
ReplyDeletekalau selfie belakang view belon panas org tahu dh sal pi cappadocia.. hahaha. memang jd trademark. mungkin dr segi pembinaan busut itu yg jd mahal
ReplyDeleteOrg yg ada rasa gayat confirm pengsan kalau naik belon tu....mcm akak ni! :D
ReplyDeleteDekat betul hotel dengan tempat naikkan belon udara panas tu kan.
ReplyDelete