Sarapan Pagi di Restoran Rebung
Tuesday, 28 September 2021
Jalan-jalan KL : Kaki Bukit Nanas ke River of Life
Wednesday, 22 September 2021
- Pembersihan Sungai (diketuai oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Malaysia)
- Pengindahan Sungai (dipimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Pengkomersialan dan Pelancongan (diketuai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Chao Da Lat Part 4 - Flower Garden
Thursday, 16 September 2021
Hansel and Gretel Witch Hunter (2013)
Monday, 13 September 2021
Do not enter a house that was made from candies
Rentas Daerah Selangor-KL-Putrajaya Dibenarkan
Friday, 10 September 2021
Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah Lembah Klang dah bertukar ke Fasa 2 PPN (Pelan Pemulihan Negara) mulai 10 September 2021. Selangor-Kuala Lumpur-Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama. Berita baik buat mereka yang terpaksa rentas daerah untuk tujuan bekerja. Tak perlulah mengemis surat MITI atau surat dari HR. Takde orang saja-saja nak keluar rumah pukul 8 pagi, balik 6 petang kalau tak kerana nak mencari rezeki. Baik duduk rumah makan-tido-main handphone.
Takde SJR di Lembah Klang juga bermakna kurang traffic jam. Apa lagi yang lebih indah dari itu yang diharapkan warga kota. Haha. Eh ye ke kurang? Silap-silap kembali ke keadaan asal memandangkan ramai yang dah kembali ke pejabat. Harap ramai majikan mantain dulu ‘work from home’ kalau boleh untuk elakkan ‘Kluster Tempat Kerja’. Traffic jam hujung minggu pasti akan kembali sebab orang dah boleh keluar pergi beriadah dan membeli-belah. Pandai-pandailah jaga diri dan keluarga. Jangan jaga diri sendiri je, anak kau biar terdedah pada virus.
Takde SJR juga bermakna polis boleh buat kerja lain sekarang. Ramai lagi orang jahat yang diorang nak tangkap. Tak pun boleh tumpukan SJR di sempadan rentas negeri.
Selain dari rentas daerah, antara aktiviti lain yang dibenarkan adalah
- Dine-in
- Sukan dan riadah
- Perkelahan/ Perkhemahan
- Melancong
- Rentas negeri bagi ‘Pasangan Jarak Jauh’ atau ibu bapa/ penjaga yang ada anak berumur bawah 18 tahun
Semua aktiviti ini boleh dilakukan oleh individu yang dah lengkap divaksin dan hanya dalam Selangor/KL/Putrajaya. Boleh layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Panduan SOP PPN setiap negeri di Malaysia.
Terdapat juga panduan SOP untuk aktiviti ekonomi macam pembinaan, perlombongan, perdagangan dan lain-lain. Hopefully majikan-majikan di Malaysia ni bertanggungjawab dan memastikan pekerja mereka divaksin dan patuh SOP. Semoga ekonomi Malaysia kembali pulih seiring dengan turunnya kes harian Covid 19. Amin Ya Rabb.
As for me...aku happy lah boleh jumpa anak-anak sedara yang dalam negeri sama. Parents diorang dah complete vaksin, mak ayah aku pun sama. Cuma takdelah nak peluk cium beria. Lagi-lagi yang masih baby tu. That one kitorang yang akan pergi tengok. Yang lain tunggu diorang datang. Bagilah feel macam balik kampung walaupun dalam negeri sama.
Selain dari tu aku dah berangan nak pergi dine-in dan tengok wayang. Tapi tak nak pergi on weekend. Mesti ramai orang. Lagi-lagi minggu cuti sekolah. Kita yang takde anak sekolah ni, tahan lah dulu. Sejenis aku, even takde covid pun aku tak suka pergi tempat ramai orang. Social distancing? Dah 3 dekad dah sis buat. Nak ambil cuti hari biasa. Cuti banyak lagi ni..kumpul pun bukan boleh pergi Liverpool hujung tahun. Lambert lagi nak cuti oversea. Cuti dalam Selangor dan KL dulu.
Last tengok wayang cerita Abang Rock : Jumanji the Next Level
Tak tahu nak cuti mana? Siapa kata Selangor dan KL takde tempat percutian yang menarik. Boleh cuba bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. Lepas rindu tengok sawah padi di Sekinchan atau tengok Kelip-kelip di Kuala Selangor. Melancong di negeri sendiri tak perlukan kebenaran polis atau menggunakan agen.
Baca ni juga : Pengalaman di Tadom Hills Resort
Dengar kata Langkawi dah dibuka untuk ‘travel bubble’. Tak dibenarkan naik kenderaan sendiri jika melalui jalan darat. Kalau jalan udara boleh ke guna kenderaan sendiri? Haha. Sembang macam ada private jet. MKN tak nak orang ‘ melencong’ la tu. Yelah dari KL ke jeti Kuala Perlis tu boleh singgah Perak, Penang etc. If ikut kenderaan agensi pelancongan tak boleh menyinggah negeri lain. Mungkin boleh naik bas ekspress? Entahlah. Kita tunggu informasi seterusnya. Harap dapat utilize credit account Air Asia aku gara-gara terpaksa batalkan trip tahun 2020.
Sembang kencang aku ni, status kat MySejahtera pun masih ‘Partially Vaccinated’. Menunggu tempoh 14 hari ibarat menunggu habis edah. Tak nak plan jauh-jauh sangat ke depan. Pandemik Covid ni mengajar aku yang situasi boleh tiba-tiba berubah. Tiba-tiba kes naik. Tiba-tiba PKP. Tiba-tiba kena cancel plan. Serik dah.
Dapat lepas rindu dine in dulu cukuplah.
Rindunya nak dine in. Terpengaruh dengan Blogger Farrah MF, nak cuba Two Sons Bistro di KLCC. Tak dapat dine in, take away pun OK. Blogger Anies dan Blogger Siti Yang Menaip roger ye kalau nak ajak ngedate.
Seperti biasa, hidup penuh dengan perancangan tapi agak busy lately dengan tugasan hakiki. Blog pun baru ni dapat update.
Rasanya aku akan bekerja di rumah untuk tempoh yang lama lagi sebab aku pakai PC bukan laptop. Jenuh lah kalau tetibe ada kes dalam department, semua kena angkut PC balik kerja di rumah. Habis 2 minggu datang balik. Walaupun desktop HP built in CPU tapi pemegang PC ni berat nauzubillah. Jenuh wei nak angkat. Kalau kerja pun maybe on rotation. Malas wei bila dah berlemak kerja dari rumah. Nak gosok baju, nak pakai face mask, nak drive. Aku dah lah benci driving.
Hurm...wayang dah boleh bukak, karaoke bila pulak? Nak nyanyi lagu Dafi (bodek PM). Haha. Suara dah berkarat ni. Eh banyak pulak demand kau ye. Inilah rakyat Malaysia. Bagi betis nak peha, nak pinggang. Bagi kaki jap lagi tau lah.
Agak-agak kalau cakap aku dulu sedih masa Dafi tersingkir Akademi Fantasia, ada peluang tak dapat Bantuan Khas Covid (BKC)?
Varian Delta masih mengganas, ramai masih takut-takut walaupun dah banyak kelonggaran. Kekal di rumah itu lebih baik kalau tak selesa nak keluar dan nak protect diri dan keluarga sendiri. Cuma janganlah takut lama-lama. Virus Covid ni tak akan hilang dan akan tiba masa kena terima hakikat yang kita terpaksa hidup bersama for better and for worse, till death do us part.
Jangan 'menyumpah' orang semata-mata untuk justify fahaman korang tu lebih baik. Kata-kata tu kan doa. Menyampah aku orang yang komen 'Ha...dah bukak semua ni, naik balik lah kes'. Doa yang baik sikit tak boleh ke? Tak pun mulut puaka berani cakap 'Tengoklah 2,3 tahun nanti baru nampak side effect vaksin'. Ni lah sebab aku minimakan penggunaan media sosial. Sakit hati tau.
Semoga negeri-negeri lain dalam Fasa 1 akan dapat beralih ke Fasa 2 dan seterusnya. Warga Selangor/KL/Putrajaya marilah kita berdoa dan berusaha supaya ‘kebebasan’ ini kekal. Jangan patah balik ke Fasa 1 pulak. Hidup perlu maju ke depan.
Eh termembebel pulak. OK lah, nanti kita borak lagi. Thanks for reading! Stay Safe!
SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA
Monday, 6 September 2021
Assalamualaikum dan hai semua! Ramai pulak blogger buat giveaway bulan ni. Seperti biasa aku akan join kalau syaratnya simple. Seronok join giveaway atau segmen dianjurkan blogger yang aku belum follow lagi. Luaskan circle. Takdelah balik-balik singgah komen blog yang sama. Diorang pun menyampah asyik nama aku je yang naik. Hahaha.
Since namanya Surprise Giveaway, hadiah pun surprise box, GA Aienienka ni ada surprise tambahan iaitu peserta kena cerita the best surprise pernah dapat. Eh berapa banyak surprise daaa.
Aku ni sebenarnya tak berapa suka surprise dan attention. So kebiasaannya kawan-kawan and famili aku kalau buat surprise pun sederhana dan predictable macam surprise birthday cake or hantar bunga kat opis. Takdela extravaganza meletop kebabom macam grand party atau hadiah percutian. Aku ni simple dan mudah terharu. Kek sepotong pun aku ingat dan aporeciate.