Rentas Daerah Selangor-KL-Putrajaya Dibenarkan

Friday 10 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah Lembah Klang dah bertukar ke Fasa 2 PPN (Pelan Pemulihan Negara) mulai 10 September 2021. Selangor-Kuala Lumpur-Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama. Berita baik buat mereka yang terpaksa rentas daerah untuk tujuan bekerja. Tak perlulah mengemis surat MITI atau surat dari HR. Takde orang saja-saja nak keluar rumah pukul 8 pagi, balik 6 petang kalau tak kerana nak mencari rezeki. Baik duduk rumah makan-tido-main handphone. 

Takde SJR di Lembah Klang juga bermakna kurang traffic jam. Apa lagi yang lebih indah dari itu yang diharapkan warga kota. Haha. Eh ye ke kurang? Silap-silap kembali ke keadaan asal memandangkan ramai yang dah kembali ke pejabat. Harap ramai majikan mantain dulu ‘work from home’ kalau boleh untuk elakkan ‘Kluster Tempat Kerja’. Traffic jam hujung minggu pasti akan kembali sebab orang dah boleh keluar pergi beriadah dan membeli-belah. Pandai-pandailah jaga diri dan keluarga. Jangan jaga diri sendiri je, anak kau biar terdedah pada virus.

Takde SJR juga bermakna polis boleh buat kerja lain sekarang. Ramai lagi orang jahat yang diorang nak tangkap. Tak pun boleh tumpukan SJR di sempadan rentas negeri.


Selain dari rentas daerah, antara aktiviti lain yang dibenarkan adalah 

  • Dine-in 
  • Sukan dan riadah
  • Perkelahan/ Perkhemahan
  • Melancong
  • Rentas negeri bagi ‘Pasangan Jarak Jauh’ atau ibu bapa/ penjaga yang ada anak berumur bawah 18 tahun 

Semua aktiviti ini boleh dilakukan oleh individu yang dah lengkap divaksin dan hanya dalam Selangor/KL/Putrajaya. Boleh layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Panduan SOP PPN setiap negeri di Malaysia.

Terdapat juga panduan SOP untuk aktiviti ekonomi macam pembinaan, perlombongan, perdagangan dan lain-lain. Hopefully majikan-majikan di Malaysia ni bertanggungjawab  dan memastikan pekerja mereka divaksin dan patuh SOP. Semoga ekonomi Malaysia kembali pulih seiring dengan turunnya kes harian Covid 19. Amin Ya Rabb.

As for me...aku happy lah boleh jumpa anak-anak sedara yang dalam negeri sama. Parents diorang dah complete vaksin, mak ayah aku pun sama. Cuma takdelah nak peluk cium beria. Lagi-lagi yang masih baby tu. That one kitorang yang akan pergi tengok. Yang lain tunggu diorang datang. Bagilah feel macam balik kampung walaupun dalam negeri sama.

Selain dari tu aku dah berangan nak pergi dine-in dan tengok wayang. Tapi tak nak pergi on weekend. Mesti ramai orang. Lagi-lagi minggu cuti sekolah. Kita yang takde anak sekolah ni, tahan lah dulu. Sejenis aku, even takde covid pun aku tak suka pergi tempat ramai orang. Social distancing? Dah 3 dekad dah sis buat. Nak ambil cuti hari biasa. Cuti banyak lagi ni..kumpul pun bukan boleh pergi Liverpool hujung tahun. Lambert lagi nak cuti oversea. Cuti dalam Selangor dan KL dulu. 

Last tengok wayang cerita Abang Rock : Jumanji the Next Level

Tak tahu nak cuti mana? Siapa kata Selangor dan KL takde tempat percutian yang menarik. Boleh cuba  bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. Lepas rindu tengok sawah padi di Sekinchan atau tengok Kelip-kelip di Kuala Selangor. Melancong di negeri sendiri tak perlukan kebenaran polis atau menggunakan agen.

Baca ni juga : Pengalaman di Tadom Hills Resort

Dengar kata Langkawi dah dibuka untuk ‘travel bubble’. Tak dibenarkan naik kenderaan sendiri jika melalui jalan darat. Kalau jalan udara boleh ke guna kenderaan sendiri? Haha. Sembang macam ada private jet. MKN tak nak orang ‘ melencong’ la tu. Yelah dari KL ke jeti Kuala Perlis tu boleh singgah Perak, Penang etc. If ikut kenderaan agensi pelancongan tak boleh menyinggah negeri lain. Mungkin boleh naik bas ekspress? Entahlah. Kita tunggu informasi seterusnya. Harap dapat utilize credit account Air Asia aku gara-gara terpaksa batalkan trip tahun 2020.

Sembang kencang aku ni, status kat MySejahtera pun masih ‘Partially Vaccinated’. Menunggu tempoh 14 hari ibarat menunggu habis edah. Tak nak plan jauh-jauh sangat ke depan. Pandemik Covid ni mengajar aku yang situasi boleh tiba-tiba berubah. Tiba-tiba kes naik. Tiba-tiba PKP. Tiba-tiba kena cancel plan. Serik dah.

Dapat lepas rindu dine in dulu cukuplah.

Rindunya nak dine in. Terpengaruh dengan Blogger Farrah MF, nak cuba Two Sons Bistro di KLCC. Tak dapat dine in, take away pun OK. Blogger Anies dan Blogger Siti Yang Menaip roger ye kalau nak ajak ngedate.

 

Random dine in photos in my phone gallery

Seperti biasa, hidup penuh dengan perancangan tapi agak busy lately dengan tugasan hakiki. Blog pun baru ni dapat update.

Rasanya aku akan bekerja di rumah untuk tempoh yang lama lagi sebab aku pakai PC bukan laptop. Jenuh lah kalau tetibe ada kes dalam department, semua kena angkut PC balik kerja di rumah. Habis 2 minggu datang balik. Walaupun desktop HP built in CPU tapi pemegang PC ni berat nauzubillah. Jenuh wei nak angkat. Kalau kerja pun maybe on rotation. Malas wei bila dah berlemak kerja dari rumah. Nak gosok baju, nak pakai face mask, nak drive. Aku dah lah benci driving.

Hurm...wayang dah boleh bukak, karaoke bila pulak? Nak nyanyi lagu Dafi (bodek PM). Haha. Suara dah berkarat ni. Eh banyak pulak demand kau ye. Inilah rakyat Malaysia. Bagi betis nak peha, nak pinggang. Bagi kaki jap lagi tau lah. 

Agak-agak kalau cakap aku dulu sedih masa Dafi tersingkir Akademi Fantasia, ada peluang tak dapat Bantuan Khas Covid (BKC)?


Varian Delta masih mengganas, ramai masih takut-takut walaupun dah banyak kelonggaran. Kekal di rumah itu lebih baik kalau tak selesa nak keluar dan nak protect diri dan keluarga sendiri. Cuma janganlah takut lama-lama. Virus Covid ni tak akan hilang dan akan tiba masa kena terima hakikat yang kita terpaksa hidup bersama for better and for worse, till death do us part.

Jangan 'menyumpah' orang semata-mata untuk justify fahaman korang tu lebih baik. Kata-kata tu kan doa. Menyampah aku orang yang komen 'Ha...dah bukak semua ni, naik balik lah kes'. Doa yang baik sikit tak boleh ke? Tak pun mulut puaka berani cakap 'Tengoklah 2,3 tahun nanti baru nampak side effect vaksin'. Ni lah sebab aku minimakan penggunaan media sosial. Sakit hati tau.

Semoga negeri-negeri lain dalam Fasa 1 akan dapat beralih ke Fasa 2 dan seterusnya. Warga Selangor/KL/Putrajaya marilah kita berdoa dan berusaha supaya ‘kebebasan’ ini kekal. Jangan patah balik ke Fasa 1 pulak. Hidup perlu maju ke depan.

Eh termembebel pulak. OK lah, nanti kita borak lagi. Thanks for reading! Stay Safe!

50 comments

  1. Seronoknya boleh rentas daerah.
    Sabah... tak tahulah. Kes makin mencanak naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut Selangor kalau leka, jadi balik macam Sabah. Dah lama terkurung ni, semua tak tentu arah dah

      Delete
  2. Horeyyyyy seronok tp tetap rasa takut sebab cousin hubby dh vaksin masih kena covid. Adoiii.. jgn la seronok sgt.

    Jaga diri Sal. Harap2 masih WFH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vaksin bukan penjamin tak kena covid, cuma ikhtiar mengurangkan simptom.

      Amin... Semoga bos dan HR dapat hidayah nak kekalkan WFH

      Delete
    2. Aaminnn.. varian2 ni masih ada cuma kita doa jangan terkena

      Delete
  3. Untung Area yang terpilih. Johor bila lagi entah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga cepat Johor jadi negeri Fasa 2. Nak balik kampung. Huhu

      Delete
  4. Jauh melangkah lepas ini ya Sal. Hehe sabar pula Sal menunggu waktu sesuai untuk keluar.
    Ok jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu cuti sekolah ni habis dulu. bagi peluang orang bawak anak-anak, kita tak payah sibuk

      Delete
  5. tahniah warga lembah klang! penurunan kes mendadak.. mmg terbaik..
    yg risau skrg kat teganu ni.. kes naik pulak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gitulah gayanya. turun naik, turun naik. lembah klang ni pun sama je sebenarnya

      Delete
  6. Masih perlu berhati2
    Patuhi SOP walau di mana2

    ReplyDelete
  7. Dapat keluar rumah tgk pemandangan skjb da memadai untuk hlgkan stress berkurung heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lagi-lagi kita yang work from home ni. nak jugak tengok muka lain

      Delete
  8. Apa yang penting, masing-masing jaga diri. Patuhi SOP yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  9. nah! dapat lah jumpa insan tersayang..happy nya Dafi kan...dia ni anak yang baik..anak Menteri tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyelah cikgu. Dapat jumpa keluarga pun cukup happy dah. tak fikir jalan-jalan sangat

      Delete
  10. fasa berganti fasa pademik jadi endemik moga makin selesa dpt kaki ya sal

    ReplyDelete
  11. Tumpang happpy dah boleh merentas negeri. Luas sikit perjalanan dan mudah tanpa perlu surat bagai. Bila dah bebas sikit kena pandai pandai lah jaga diri semua ye. Betul tu, saya pun macam Sal tak suka keluar sangat on weekend melainkan kalau terpaksa. Suka bercuti atau pergi tempat yang selalu ramai orang on weekdays. Malas nak bersesak cerita dia. Lagi lagi bila COVID ni. Sekarang pun dah mula cuti sekolah rasanya kan. Tahan dulu lah keluar. Pasni dan fully vaccinated bolehlah ngedate dengan Anies dan SYM ye. Bulan depan tak silap nak declare endemik dah. Sesekali keluar ambil angin luar luasakan permandangan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fizah. Minggu ni tahan dulu. Tempat sesak-sesak ni tak suka lah. Cuma suka dah takde SJR, senang sikit kalau terpaksa gi opis atau ada urusan kecemasan. Harap warga lembah klang pandailah jaga diri

      Delete
    2. Urusan kerja tu memang memudahkan untuk pergi kerja. Taklah jem semata mata nak check satu satu kenderaan kan.

      Delete
    3. dengar laporan trafik tadi katanya dah jam back to normal waktu balik keje. itulah KL

      Delete
  12. Memang tak tahan, tapi masih berhati-hati. Betul kalau nak keluar tengok tempat tak ramai. Hidup mesti diteruskan kann, stay safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde covid pun saya tak suka tempat ramai orang kak. Ada covid ni apatah lagi

      Delete
  13. Dengar2 kawan yang duduk belah KL dah start jem balik hahaha. bertabahlah. Semoga tak bertambah lah kluster baru. Kes pun kalau banyak jugak kita dah kena redha dan terima hidup dengan covid ni. jaga lah diri masing2.

    Betul yang mana ada family satu negeri tu boleh la jenguk2 tanya khabar. SOP tolong lah jaga. Perketatkan. Dah tak boleh nak ikut adat melayu sangat mcm salam peluk tu. make sure sebelum ziarah dah complete vaccinated kedua2 pihak gituu.

    Sama lah kak sal. Kita pun nak dine in dengan tongok wayang tapi takut hahaha memang seboleh taknak pergi weekend sebab ramai orang. nak pergi weekdays time orang kerja

    Jaga diri juga kak sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari Jumaat dah start jam. pantas ye orang selangor dan kl kalau bab keluar sarang ni. kita takde anak sekolah, kita rilek jela minggu ni.

      Delete
  14. cik abe i tu dah tak sabar nak rentas daerah. besok dah ajak ke Kuala Selangor. itu lah our outing place masa weekend. kita usha2 besok ye.. take care.

    ReplyDelete
  15. Cuti byk lg tu leh je gi tgk World Cup kat Doha next year., jomm ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan tu kenalah guna tahun depan punya cuti. ni cuti tahun lepas pun tak habis pakai.

      Delete
  16. Dah nak diumumkan endemik kan, memang banyak sektor dah dibuka. Tapi harap sangat, rakyat jaga SOP. Samalah kita kak sal, nak dine-in dengan tengok wayang! Lama gila tak tengok, rindu feel keluar masuk panggung wayang tu hahahaha. Last movie kita tengok kat panggung wayang pun samalah, jumanji. Tapi memang takkan pergi time weekend. Memang ramai ler jawabnya. Tak sanggup nak duduk dalam kawasan yang ramai orang dalam jangka masa yang agak lama >.<

    Karaoke pun rinduuu jugakk, rindu nak nyanyi lagu jiwang dulu dulu macam patah hati ditinggalkan kekasih padahal tak pun hahahaha. Memang betul betul release stress rasanya kalau boleh menjerit sambil berkaraoke tuuuu hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wayang tu memang bahaya kalau ramai orang. tempat tertutup kan, lagi senang tersebar virus.

      minat karaoke gak ke? kalau dekat da lama ajak melalak sekali. Hehe. syok kan release tension sampai nak terkeluar anak tekak

      Delete
    2. Minat gila! Memang puas hati kalau dapat melalak tuu walaupun sakit tekak. Janji lega. Biar nyanyi tak sedap punn kann hahahaha :D

      Delete
  17. Johor dengan kedah masih lagi fasa 1 huhuhu bila lah boleh rentas negeri ni.....rindu nak balik kampung. Tenguk langkawi dah buka....amboiiii AA pun bukan main promote lagi. Apa pun sabor lah duhai hati.

    Akak yang warga KKM ni pun kadang cuak bila keluar ramai orang. Putrajaya pun dah jem hari minggu depa penuhkan taman. Semua kawasan pun dah ramai orang ke sana ke sini. Tapi bior lah terkurung kat rumah lama-lama pun nanti sakit mental baik lah keluar bebas ke sana ke sini. Kita jaga diri kita ja lah ya. Orang lain terpulang le masing-masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar ramai-ramai tu mungkin ibu bapa bawak anak. kesian pulak diorang lama terperuk dalam rumah. tapi tulah bak kata saya tadi. jaga anak jugak. jangan jaga diri sendiri je, anak terbiar

      Delete
  18. alhamdulillah sudah nak ke fasa endemik , semoga ujung tahun 2021 ni baik-baik sahaja

    ReplyDelete
  19. lega dah xde SJR kat Federal Highway tu..at least takyahlah ammi bazir RM2 bayar tol nak elak jam panjang berjela-jela tu

    ReplyDelete
  20. bestnya sal! shida masuk dlm kelompok tdk dibenarkan..xlgkap vaksin lg aduhaii #AZCLAN huhuu

    ReplyDelete
  21. xnak ajak akak ke sal? hehehe... nnt dh boleh rentas negeri bolehlah fly fly pulak.. rindunya nk g kursus kt melaya.. sesambil boleh jjcm... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang di malaya ni rindu pulak nak ke Sarawak. rindu nak naik flight

      Delete
  22. Walaupun dah boleh main rentas-rentas... akak masih ambil langkah memeram dalam rumah dulu. Sekarang ni sana-sini ramai orang. Semput akak dibuatnya.

    Wah, bukan main bersusun-susun plan Sal! Selamat dine-in (gi Two Sons Bistro tu ajak kawan ramai sikit boleh order beberapa perasa mussels and clams sekali gus!), selamat ke bioskop dan selamat berkarok!

    Err... marilah kita melancarkan usaha buat baik dengan Dafi. Dafi... dafi... acik dulu pernah guna kredit untuk AFUNDI DAFI hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan je dulu kak. Segala mall dalam KL ni penuh orang. kawasan rekreasi pun sama. kita rilek jela dulu. kawan tu ada kak, tapi nak dapat schedule ramai-ramai tak busy tu susah. takut ending pergi sorang

      Delete
  23. Akak dah lebih 14 hari, masih lagi Partially Vaccinated ni... My Sejahtera memang nak suruh akak dok rumah lama lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memang lambat sikit. saya pun hari ke 16 baru tukar status

      Delete
  24. Ziarah blog..datang membaca lagi rentas daerah ni..

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah.. so far mama xde plan lagi nak jenjalan mana2

    ReplyDelete
  26. nak ajak-ajak ayam je. belanja lain tahun hahahaha

    ReplyDelete
  27. Yeah!! Dah boleh rentas negeri.. Take care Sal..
    Sha pun sama macam Sal, tak berapa suka tempat sesak..
    Tu yang kalau nengok wayang suka pergi hari biasa..
    Apapun, stay safe ye Sal..

    ReplyDelete
  28. Rindu nk dine in tp mengenangkan ada harraz ni risau dia jelah.. harap stay safe ya sal

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah