SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

Monday, 6 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ramai pulak blogger buat giveaway bulan ni. Seperti biasa aku akan join kalau syaratnya simple. Seronok join giveaway atau segmen dianjurkan blogger yang aku belum follow lagi. Luaskan circle. Takdelah balik-balik singgah komen blog yang sama. Diorang pun menyampah asyik nama aku je yang naik. Hahaha.


Since namanya Surprise Giveaway, hadiah pun surprise box, GA Aienienka ni ada surprise tambahan iaitu peserta kena cerita the best surprise pernah dapat. Eh berapa banyak surprise daaa.

Aku ni sebenarnya tak berapa suka surprise dan attention. So kebiasaannya kawan-kawan and famili aku kalau buat surprise pun sederhana dan predictable macam surprise birthday cake or hantar bunga kat opis. Takdela extravaganza meletop kebabom macam grand party atau hadiah percutian. Aku ni simple dan mudah terharu. Kek sepotong pun aku ingat dan aporeciate.


Surprise by kawan-kawan office 4 tahun lepas.  

Pada zaman dahulu, ada someone suka bagi aku surprise. Surprise hadiah, surprise belikan makanan, surprise tetibe ada perempuan lain pun ye jugak.  Eh


Good luck untuk peserta lain yang join! Yang nak join jugak, klik je banner. 

p/s: menang giveaway pun dianggap surprise sebab aku jarang bertuah. 


49 comments

  1. All the best .semoga ada rezeki untuk menang

    ReplyDelete
  2. Saya pulak suka surprise tapi tak suka attention. Aci tak? hehehe..tak jemu haihhh nama Sal naik dalam komen. Suka ada lah! Terima kasih sudi memeriahkan blog saya dengan komen. Ala, apoo surprise perempuan lain tu. Takmo takmo!

    Apa apapun semoga ada rezeki Sal dapat giftbox surprise nanti. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saja buat penyedap entry. Surprise senyap-senyap ke maksud Fizah? Saya pun tak suka surprise di tempat awam.

      Delete
    2. surprise tertutup gitu okaylah. Open sangat kita pulak yang segan. Tak biasa too much attention kata tempat awam ni. hihi

      Delete
  3. Adeh, suprise ada perempuan lain tu sendu betul.. Bertabah la Sal!

    Btw, All the best Moga ada rezeki Sal. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Hidup saya memang penuh kesenduan. Thanks follow sini

      Delete
  4. Selamat bersegmen dan moga berjaya..

    ReplyDelete
  5. Good luck Sal...semoga murah rezeki..eh jgn la menyampah pulak.dgn komen akak kt blog Sal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tidaklah..takut akak je menyampah dengan saya. Hihi

      Delete
  6. Hehe adui baca cerita kejutan Sal dapat akak pun terkejut juga.
    Apapun semoga Sal 'terkejut' sebab menang :)

    ReplyDelete
  7. Hahha gud luck sal... Jom GA lain plak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. on the way kak Ret. Tengah karang sajak untuk Dania ni

      Delete
  8. win! suka ayat bi..tetibe surprise ada pempuan lain..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..surprise penutup, siap ada bunga api lagi. hihi

      Delete
  9. Part serprise bagi pompuan lain tu paling tak bleh blah. Huhu bertabahlah. Good luck Sal! Semoga bertuah terpilih menang nanti ya.

    Macam best plak buat giveaway ni. Kalau teacher buat, ada ke nak join ya? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ramai join. Komuniti blogger ramai yang support each other

      Delete
  10. Surprise tempat awam, reaksi tu tak dapat nak kawal hehe.. Happy lagi ada la bila Sal datang komen, terima kasih Sal moga dimurahkan rezeki dan berjaya . Aameen. Good luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tau nak react kalau surprise kat tempat awam. Hehe, lega baca akak kata happy saya datang komen

      Delete
  11. Good luck Sal!

    Opss..bukan semua surprise itu best kan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kehidupan. benda yang kita tak nak pun akan terjadi.

      Delete
  12. Samalahhh, saya dapat kek sepotong punn dah terharuuuu hehehe. Kadang kadang wishh punnnnn okeyy dahhh. Uishhhh surprise ada perempuan lain tu bebetul surprise tuuuu allahuuu serammmmmm >.< Apa apa punn, goodluck kak sal! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan seram-seram Atiqah. Doa banyak-banyak tak jadi kat awak jugak. Tq.

      Delete
  13. surprise ada pempuan lain? lain mc je bunyi.. xpe lah sal.. benda dh berlalu kn at least kenangan tu mengajar kita menjadi matang kn? semoga adalah rezeki sal join give away bln ni.. kakmim sibuk sikit skrg.. x boleh nk lepak blog lama sgt

    ReplyDelete
  14. ayat last tu win...moga ada rezeki menang giveaway ni, ameen!

    ReplyDelete
  15. Dpt suprise benda mkn..paling suka 🤣🤣

    ReplyDelete
  16. Semoga berjaya kali ini. Abam kie pun jrg bertuah. Buleh kiro bape kali dpt hadiah selama ni....

    ReplyDelete
  17. Surprise tetiba ada perempuan lain tu.... hehehehehe Kak Amie pun pernah dapat surprise begitu juga. Tapi lagi surprise apabila perempuan itu pun dapat surprise juga tetiba ada perempuan lain pula kihkihkihhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itu memang biasa terjadi. Sejuk hati saya baca komen kak Amie

      Delete
  18. Surprise perempuan lain tu waduhhh kuss semangat. boleh bikin jantung copot 😂 singgah follow dari GA yg sama. Benarlah GA meluaskan circle haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dan thanks follow sini. Insha Allah nanti saya balas kunjungan

      Delete
  19. Surprise ada perempuan lain tu satu nightmare. hahahaha. Surprise dapat hadiah lah paling ahkak suka apa lagi kalau menang hadiah yang mahal. Apa pun kadang suprise tu bikin hati senang dan kadang surprise tu bikin hati mahu di rebus buat rendang eh hati ayam le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kehidupan. kadang di atas, kadang di bawah. terima jelah segalanya dengan redhooo

      Delete
  20. tahniah kerana memeriahkan contest rakan blogger . semoga menjadi salah seorang pemenang

    ReplyDelete
  21. aduh ada plot twist pula hahaha
    btw, all the best <3

    ReplyDelete
  22. Good Luck sal! shida join juga hehee

    ReplyDelete
  23. Surprise ada perempuan lain tu oh... sakitnya tuh di sini!
    All the best, Sal! Akak nak join gak, tapi belum ada mood nak fikir pasal surprise hahaha

    ReplyDelete
  24. Aduhhhh kak sal. Plot twist betul. Rasanya tu buaya terlepas tu :P jangan mareeee

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  25. Salam singgah daripada giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki.. Ada plot twist tue yang tak berapa best tue... hihi

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  26. syok betul bila dapat suprise.. semoga berjaya Sal..

    ReplyDelete
  27. Semoga berjaya sal.. tak sempat nk join

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah