Chao Da Lat Part 4 - Flower Garden

Thursday 16 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Tengah tak tau nak update apa, teringat blogger Anies dok mengusik cerita aku ke Da Lat Februari 2020 yang tergantung tak bertali. Bukannya malas, tapi sebab banyak gambar dah hilang. Bila transfer dari memori handphone lama, banyak fail gambar yang corrupt. Salah sendiri lah kan, tak transfer awal-awal ke external hard disk atau drive. Kita make do je lah ye apa yang ada. Sambil tu, boleh test watermark gambar baru yang aku dapat dari blogger Azhafizah sebagai hadiah salah seorang pengomen tegar August 2021. Thanks Fizah! Saya rasmikan ye watermark pemberian awak ni.

Sambungan dari SINI

Pagi berikutnya kami dibawa ke Da Lat City Flower Garden. Flower Garden ni dibuka dari jam 7 pagi sampai 6 petang. Bayaran 40,000VND untuk dewasa dan 20,000VND untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Bawah 5 tahun masuk percuma. Aku kalau pergi negara yang currency puluh-puluh ribu ni mesti aku stress nak mengira. Sewaktu entry ini ditaip 10,000VND = RM1.85 je, so agak murah bayaran untuk masuk ke taman ni.

Urusan beli tiket, tour guide kami yang lakukan. Dah bayar sekali dengan pakej so tak payah bagi lagi. Kami posing-posing jela sementara tunggu.


Ko nak terbang mana tu Sal?

Takde orang pun. Datang pagi sangat agaknya. Pagi pun dah panas memancor

Waktu kitorang pergi Da Lat ni, Covid 19 dah mula merebak di Vietnam, jadi rakyat Vietnam dah start ‘stay at home’ secara sukarela. Yang bestnya, waktu ni diorang dah start tutup sempadan untuk pelancong dari China. Roi (tour guide kami) cerita yang pelancong China memang suka datang ke Da Lat, jadi batch yang datang kali ni beruntung sebab diorang takde jadi tak crowded. 

Masa ni kita di Malaysia masih rileks lagi. Masihkah kalian ingat ‘dama politik depan istana’? Vietnam masa ni dah standby nak perangi Covid, kita steady ‘berperang’ sesama sendiri nak lantik siapa gantikan Tun M as Perdana Menteri. Power Vietnam ni sebab dapat control kes Covid 19 dengan baik berbanding negara jiran lain. Kalau tak power macamana diorang boleh kalahkan Amerika masa Vietnam War tahun 1955 dulu ye tak? Rambo pun lari masuk hutan sebab takut askar Vietnam.

Apa lah aku merepek. Meh lah kita tenangkan hati layan bunga-bungaan

Kesayangan

Ada pokok orkid jugak

Suka tengok bonsai

Menurut cerita Roi, kebanyakan props yang ada di Da Lat City's Flower Garden ni adalah dari Da Lat Flower Festival yang diadakan pada Disember 2019. Contohnya rumah berhias aku duduk ni. Taman ni sesunguhnya sangatlah besar. Kalau ikut website ni, saiznya 7000 meter persegi. Terdapat hampir 300 spesis bunga dipamerkan di sini termasuk kaktus, orkid, bunga mawar dan pelbagai tanaman hiasan. Kitorang pun tak jalan semua. Ikut mana yang kaki larat je. Sayangnya gambar-gambar yang corrupt tu. Kalau tak boleh tunjuk kat korang betapa cantiknya taman ni.

Kalau diberi peluang ke Da Lat lagi, aku nak usha Flower Festival yang diadakan 2 tahun sekali. Nampak meriah dengan kereta berhias, persembahan kebudayaan dan hamparan pelbagai spesis bunga-bungaan. Ibaratnya Pesta Flora cuma bezanya di Da Lat lebih sejuk. 

OKlah tu je nak cerita kali ni. Kena refresh memori lah, banyak dah lupa. Bukan memori handphone je corrupt, aku pun sama. Hahaha. Bila tulis entry Da Lat ni rasa rindu bunga-bungaan dan cuaca sejuk di Cameron Highland pulak.

Thanks for reading!

55 comments

  1. hahahaha sekarang pun berperang politikk lagi mesia ni.. heran~ eh... best jugak dapat p vietnam ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla bila nak habis. Dok gaduh politik bila nak majunya

      Delete
  2. Wah... Meriah! K ret lom smp DaLat lagi.. Ntah bila la dpt jenjalan ni kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da lat ni destinasi baru Air Asia. Baru nak up tetibe covid pulak.

      Delete
  3. Tak dapat berjalan dapat baca cerita previous travel pun okayy. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cite basi pun jadilah dari takde langsung. Haha

      Delete
  4. Thanks Sal sharing pengalaman melancong ke Vietnam...cantik taman bunga depa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing pengalaman dapatlah ubat rindu nak travel

      Delete
  5. Subahanallah..indahnya panorama tu

    ReplyDelete
  6. Wah, blog kak sal dah lainlah! Antek sgt watermark baru tuu, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. Malaysia baru, template dan watermark pun kena baru gak. Hihi

      Delete
  7. Wah!! Wah!! Cantiknya baju baru blog dia.. Mengancam.. Simple and nice..
    Aduh.. Menggoda sungguh gambar-gambar yang dikongsikan tu.. Ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gambar tak corrupt, lagi banyak boleh dikongsi. Cukuplah apa ada kan

      Delete
  8. Siap ada acara perasmian watermark lagi. Ada pertambahan icon camera. Nice. Sesuai untuk gambar travel Sal. Kiranya ni last travel sebelum covid, kan. Dunia politik macam tu lah, tak faham dan malas nak faham.

    Cantik pergi tempat yang berbunga banyak macam ni. Hati pun berbunga bunga nak jalan dan berposing riang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik masa ni keraskan jugak hati pergi. Kalau tak kempunan la sampai ke hari ni.

      Saya kalau travel kurang suka ke bandar, lebih gemar taman dan tempat macam ni

      Delete
    2. Kannn..kalau tidak lamberrrt lagi nak travel over the sea. Enjoy sikit tempat tempat macam ni kan.

      Delete
  9. Seronok cuci mata tengok bunga. Berangan ketika berjalan.
    Akak suka tempat begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, berangan itu sudah pasti. Lagi-lagi untuk fanatik filem hindustan macam saya

      Delete
  10. Best lah sal. Bayangkan Kalo cheery dpt travel mcm nih..huahahahha. sama lah currency riburiban ni buat cheery serabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Lagi-lagi bila nak shopping. Takut tersalah bagi duit or kira baki

      Delete
  11. Menariknya ! Tak pernah ke Da Lat lagi. Nanti kalau dah buka jalan ke sana boleh pergi melawat.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah sweet couple kesayangan Sal. Cantik tempat ni, langit biru. Jadi tak ramai ye masa ni..advance vietnam dah stay home awal lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Masa tu diorang gi mana-mana pun pakai mask. Cuma diorang takde kluster tabligh macam kita dan Indonesia

      Delete
  13. lama sangat dah sal, beruntung sgt masih ingat..kalau shida jemmm hahaaa jenuh perah keringat otak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gambar sebagai panduan, bolehla buat refresh memori. Takdelah blank sangat

      Delete
  14. Tak pernah lagi merasa berjalan-jalan di negara Asia Tenggara yang terletak di utara tanah air.

    ReplyDelete
  15. seronoknya dpt mengenal tempat orang. luas pemandangan.

    ReplyDelete
  16. seronoknya! rezeki bertandang ke tempat orang

    ReplyDelete
  17. Wah! tingginya bunga yang kat atas pintu gerbang tu Sal kena pakai kren la kot ya nak tanam

    ReplyDelete
  18. Kalau pergi tempat bunga-bunga ni memang saya slow sangatlah cara jalannya. Leka nak tangkap gambar saja.

    ReplyDelete
  19. Seronok ya sal.. mesti bau wangi bunga kat situ kan. Cantik betul pintu gerbang xia

    ReplyDelete
  20. Ohh... ni kena menelaah entri 2020 dululah ni. Jap akak gi baca yang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. PArt 5 entah-entah tahun 2022 baru muncul. Haha

      Delete
    2. Hahaha tak pa. Tak lama lagi tu. Beberapa bulan je lagi :)

      Delete
  21. Moga lepas ni adalah peluang kita travel jalan-jalan lihat dunia kan...
    Oh, just nak cakap... sukalah watermark Sal. Akak baru perasan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. watermark baru nak rasmi. Fizah yang buat. Saya tambah ikon camera

      Delete
    2. Oh I see... Nice! Kreatip lagi inovatip konsepnya heheeh

      Delete
    3. Akak tak relate bila baca Sal tulis watermark Fizah bagi sebab sama cam header ... dah tua-tua ni sel otak banyak putus :)

      Delete
  22. cuaca sejuk, tempat menarik...mmg best jalan2..luas jg tu 7,000 sqm..

    Flower festival mesti best..cuma muzik dia mesti style2 Siam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tau muzik vietnam macamana sebab tak pernah dengar lagu dari negara mereka. kena pergi lah flower festival tu kalau nak tahu

      Delete
  23. dulu vietnam mmg sifar kes covid, tp tadi wak check lg dh mencanak2 jugak smpi 15k kes baru., camane tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala wak apa sangat 15K tu. Malaysia rileks je

      Delete
  24. menarik jugak vietnam ni, entah bila la nak berpeluang ke sini..

    ReplyDelete
  25. Dalat ni memang dah ada plan nak pi sedang mencari tarikh sekali covid menyerang emmm terus tak tahu bila dapat pi. Teruja sebab banyak bunga dan taman. Itu yang penting...hehehehe boleh layan aksi ala-ala kuch kuch ho ta hei lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah time Flower Festival nanti. I followww..

      Delete
  26. alaaa ckp je kalau nk pinjam gmbr kt sini bkn org tau pon hahahahaha. globe tu x de ms sy smpi. ko sampai x kt hjg taman tu?

    bla kite nk vinepearl ni? tazabar rasanyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. internet ko tengah problem. nak mintak gambar kang kena cari CC plak.

      vinepearl? nak gi langkawi pun sangkut ni cmano?

      Delete
    2. ko x nmpk ke tgh rancak BW ni hahahahaha

      tu laa ko sapa suh amik AZ kan dah lambat nak g langkawi hehehe lain kali ambil laa cansino hheehehe

      Delete
  27. Pernah sampai Vietnam, tapi tak sampai lagi dekat Da Lat ni, rindunyaaa nak naik kapal torobang! Baca kisah travel kak sal jelah dulu, bila nak sampai sana pun tak tahu lagi huhuhu :')

    ReplyDelete
  28. Terpengaruh dgn hampa 2 org la. Hahaha da lat dlm list. Memang cantik2 view kt sana.

    Duit viet ni nampak mcm byk once dh pandai, mesti seronok sbb semua benda murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viet memang barang murah, tapi kena hati-hati masa mengira sebab ribu riban kan

      Delete
    2. Yaa. Hati2.. harap boleh ke sana nanti

      Delete
  29. Pandai betul Sam bergambar. Tentu wangi je tempat ni kan .

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah