Showing posts sorted by relevance for query tadom. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query tadom. Sort by date Show all posts

Tadom Hill Resorts - Part 1

Saturday, 20 March 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sejak kerajaan announce boleh rentas daerah, mulalah otak aku ligat berfikir kat mana seronok jalan-jalan dalam negeri Selangor ku yang tercinta ni. Lagipun lama tak hang out dengan my two BFFs, ND dan SR. Harus diingat, Covid19 masih belum berakhir, so tak nak pergi tempat ramai orang. Solution untuk tak nak ramai orang, pergi hari bekerja. Pinjam SR sekejap dari anak kecik dan suami dia. Lagipun aku dan ND banyak cuti carry over dari tahun lepas. WFH dan tak boleh pergi oversea, memang cuti terkumpul begitu sahaja.

Dipendekkan cerita, kitorang setuju untuk ke Tadom Hill Resorts (THR) yang terletak di Banting, Selangor. Nak pergi Banting sekarang tak susah dah sejak ada Max Highway dan applikasi Waze. Booking bilik di THR, kena melalui official website resort. Kalau guna apps hotel lain memang tak jumpa. Sewaktu entry ni ditaip, ada promotion 18% untuk menginap kat sana. Rajin-rajin la check socmed diorang untuk promo terbaru okay.

THR dulu viral waktu mula-mula dibuka sekitar 2015 tapi biasalah aku, sibuk plan trip gi Australia, 'tak nampak' pun tempat ni. Berlagak kau ye! Hahaha. 

Nak tahu best ke tidak resort ni, teruskan membaca

Kami bertolak tengahari, so singgah lunch di Cafe Mai Check Mai sebelum sampai Tadom Hill. Takde sape rekemen, main google je tempat makan dekat dengan THR.

Cafe ni menghidangkan lauk-lauk masakan kampung. Masa kami sampai dah hampir pukul 2, jadi lauk dah tinggal sikit.

Pantang ayam lah konon so amik ikan kembung masak kicap, kuah asam rebus dan ulam. Harga bolehla tahan. Tak mahal, tak murah.


Nak sampai ke THR, kena lalu jalan yang agak teruk dan sunyi. Mula-mula aku ingat kitorang salah jalan. Tahulah waze kalau masuk hutan sikit line hilang.  Aku syak orang kampung sini semua pakai  Hilux. Pandu dengan hati-hati ye. Lagi-lagi kalau sampai malam.

Jangan risau bab parking sebab banyak dan percuma! Tempat parking aku tak amik gambar. Open air ye takde bumbung. 

Keistimewaan penginapan di Tadom Hill adalah ia menggunakan buluh. Rare kan

Ada macam-macam jenis penginapan di Tadom Hill Resort, bergantung pada keselesaan. Nak yang bilik air di dalam atau di luar, ada kipas atau aircond, tidur atas katil, floor mattress mahupun hammock. Boleh buat pilihan di SINI. Kami pilih Semantan Chalet, sekali dengan bilik air. Nak close to nature, tapi tak cukup adventurous. Takpelah zaman sekolah dulu puas dah camping. Hahaha.

Sampai dalam pukul 3, beritahu staf di kaunter nama orang yang book bilik pastu terus dapat kunci. Krik krik sangat sebab orang tak ramai.


3 katil. Ok la tu sorang satu

Yang tak bestnya, bila dinding buluh, takde tempat sangkut baju. Lagi satu, bila borak kuat kat sini memang jiran sebelah menyebelah boleh dengar.


Petang lepas check in, cuaca masih panas, takde mood la nak buat apa-apa. So rehat-rehat je.

Pusing-pusing ambil gambar sambil merancang nak buat apa

Antara tarikan utama THR ni adalah aktiviti air dia. 

Walau kau Pandelela Rinong sekalipun, bila nak masuk tasik kena pakai life jacket. 

Ada lifeguard jaga, tapi takde yang macam The Rock dalam cite Baywatch.

THR takde sungai atau pantai, tapi tasik buatan manusia yang merupakan bekas lombong. Kedalaman tasik di THR ni orang kata lebih 25 kaki. Sebab tu lifejacket adalah wajib.

Posing dulu sebab masih panas.

Sunyi je tempat ni, takde orang sangat. Dah kata hari bekerja.



Kawan-kawan aku cakap nak buat aktiviti darat dulu so ikut majoriti. Aku ni hantu air. Kalau tanya nak buat apa memang aku jawab terjun dalam tasik. Hahaha. So, ktorang pilih ATV sebab ND cakap ATV kat Tadom ni jauh lebih murah. Aku tak pernah naik so tak taula . 

If korang tak nak menginap, boleh je ambil Day Pass atau Beyond Day Pass. Senarai aktiviti dan harga boleh rujuk bawah ni. Datangla seawal tempat ni dibuka iaitu pukul 9 pagi. Baru boleh try semua tu pun kalau larat. Tapi kalau menginap, aktiviti Day Pass adalah percuma.


Nanti next entry sambung pasal naik ATV plak. Thanks for reading!
Read More

Tadom Hill Resorts - Part 3

Monday, 7 June 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Mereput sudah cerita bercuti di Tadom Hill Resorts (THR) ni dalam draf. Marilah sambung. Jemput baca dulu supaya faham hujung pangkal:

Part 1

Part 2

Masuk hari kedua merangkap hari terakhir di THR, awal-awal pagi aku dah bangun. Lepas solat Subuh, kitorang gi morning walk di kawasan sama kitorang main ATV hari sebelumnya. Bukan jogging, sebab masing-masing stamina tak sama. ND peserta marathon tegar. SR pulak bekas atlit masa zaman sekolah. Aku? Malaih sembang. Kalau masuk rentas desa, Top 10 tu dah dalam tangan. Tapi Top 10 dari belakang la. Sape sama angkat tangan!!


Tak jauh dari chalet kitorang akan nampak 'Hakka Village'. Penginapan stail ni sesuai kalau datang berkumpulan contohnya untuk Team Building Syarikat Megah Holding.

Diinspirasikan dari Kaum Hakka di China

Ada litar Go Kart tapi masa lalu ni pagi lagi so belum bukak


Note to self: Jangan ambil gambar dari bawah lagi. Ever. Sebab kau pendek Sal!


Naik atas bukit untuk tengok sunrise. 'Tali' yang korang nampak tu adalah wayar untuk ' Flying Fox' merentas Tasik Tadom. Takut pulak nak try buatnya tengah-tengah tu tercebor dalam tasik. Ceh, mengaku jelah memang penakut. Banyak nau alasan.

Tiada sesiapa jaga di pondok starting point Flying Fox. Musim pandemik yang sendu. Mesti meriah kan tempat ni bila peak season suatu masa dahulu.

Mintak sorang kakak ni ambilkan gambar. Group aku dengan group dia je ada situ

Binaan yang mengunjur ke tasik tu ala-ala restoran terapung tapi sayang nampak terbiar. Once used to be venue untuk garden wedding dan photoshoot.

Surau disediakan untuk pengunjung, tapi yang ni aku takde gambar dalam dia cmane. Kitorang solat kat bilik je.

Balik dari morning walk, ada buffet breakfast. Biasa je menu dia. Nasi lemak, bihun goreng, roti dan apa lagi entah aku tak ingat. Simple sangat. Nasib lah bukan jenis kuat komplen. 

Lepas makan tibalah masa untuk aktiviti paling aku nantikan : main air! Tapi before masuk dalam tasik, make sure pakai life jacket dulu ye. Dekat pondok life jacket tu takde orang jaga pun. Maybe bila dipanggil baru datang kot? Nasib baik lah kitorang ni kerap jugak snorkelling, so reti nak pilih life jacket yang sesuai dengan saiz badan. Nak pakai pun ada cara dia, kalau tak jacket boleh terlucut dari pemakai If korang tak tahu, better tanya staff THR dulu.

Gambar ni propa je. Bertuah la aku nak terjun dari pelantar tinggi 3 meter. Ada tangga kayu disediakan so spesis takut tinggi macam aku tak perlu risau.

Sis lambai-lambai je. Dah masuk air susah nak keluar

Laju-laju, buaiku laju

Actually tak puas lagi mandi air, tapi pukul 11 macam tu dah stop la, nak mandi and siap-siap. Kul 12 kami checkout. On the way balik google tempat makan best area Sepang dan jumpalah Restoran Pak Tam's Putrajaya cawangan KLIA.



Menu utama kedai ni Nasi Penyet

ND punya Nasi Udang Penyet

SR order Nasi Ayam Penyet. Aku pulak Nasi Sotong Penyet tapi dah lapar lupa amik gambar. Haha.

OK jugaklah Restoran Pak Tam ni. Boleh tahan sedap. Kalau korang stay Sepang bolehla try cari. Harap restoran ni masih 'bernyawa' lah walaupun KLIA tak semeriah dulu.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading.

Disclaimer : Semua gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. 
Read More

Tadom Hill Resorts - Part 2

Tuesday, 30 March 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Bersambung dari entry INI. 

Petang tu, lepas Asar baru kitorang keluar untuk main ATV. Tiket untuk main ATV ni beli dekat front desk.


Kitorang ambil yang 20 minit tu je. Entahla nak kata mahal ke tidak sebab aku tak pernah survey harga ATV. Suruh bawak keter pun malas. Hahaha.

Lari mood bila dengar bunyi guruh dan tengok awan kelabu

Masa tu risau kalau ATV tidak dibenarkan sekiranya hujan. Bila sampai je tempat ATV (kena jalan sikit dari area resort), terus tanya staff yang bertugas. Diorang kata onz. Unless hujan sangat lebat. Dah kata nak aktiviti lasak kan. Takkan la hujan rintik-rintik nak lari.

Ada kitorang je kat situ

Dari awal sampai THR lagi ND dan SR dah predict yang aku mesti tak nak bawak sendiri. Hahaha. Diorang memang kawan baik aku. Tepat tekaan, aku memang tak berani dan malas nak bawak. Tumpang jelah. Penumpang bayaran RM30 sahaja, tapi bak kata SR patut penumpang kena bayar lebih. Lolz

Jangan risau kalau korang tak confident. Jadilah penumpang macam aku.

Comel tak hakak pakai helmet Mario?


Ada staff yang akan ajar cara bawak ATV. Brader yang bawak kitorang ni, naik ATV hitam kat tengah tu. Terbaik brader tu, sampai port best je, dia berhenti ambilkan gambar. Siap bagi peluang aku berpura-pura bawak sendiri. Padahal kalau orang tu kenal aku rapat, dia conform tahu ini semua fake. Haha.

Overall aku satisfied la pengalaman naik ATV ni walaupun tak bawak sendiri. Benda aku tak minat, takdela rasa menyesal. Kawan-kawan aku happy dan puas hati so aku pun happy jugak. 20 minit tu rasa macam lama tau. Just bawak pusing-pusing area lombong tinggal sebelah resort tu. Tak berapa extreme, tapi ada a few laluan berbatu dan berlopak tapi tak dalam. Pakai kasut ye kalau main ATV ni. Alhamdulillah tak hujan. Awan gelap dan bunyi guruh tu tumpang lalu je.

Lepas main ATV, mengeteh sekejap kat cafe resort. Kat sini ada jugak disediakan gelanggang bola tampar, bola keranjang dan ping pong. Tapi kena bayar deposit. Takut orang bawak lari bola kot. Huhu. Menyesal tak bawak raket sendiri sebab banyak kawasan luas. 

Before maghrib konon nak tengok sunset, tapi sayang terlindung dek bukit. So just lepak-lepak tengok tasik. Memang tujuan gi sini pun nak hang out bertiga. So tak perlu aktiviti full macam kem motivasi.

Malam makan di cafe sama mengeteh tadi

Tadom Hill Resorts ni takdelah ceruk sangat. Dari cafe ni dah boleh nampak highway. Cuma korang jangan buat naya adik Foodpanda pulak order makanan malam-malam buta. Menangis rider tu nak lalu pokok kelapa sawit kiri kanan.


Menu weekdays terhad. Makan jelah apa ada. Rasa boleh tahan. Harga pun standard.

If korang nak, boleh buat barbeque jugak tapi set barbeque kena sewa dengan pihak THR. Ini kalau datang kumpulan besar syok lah. Malam orang dah agak ramai berbanding siang tadi. Sampai lambat agaknya. Tengok satu group tu buat barbeque rasa nak bawak pinggan.

Lepak dekat gazebo sambil chit chat. Jangan lupa tutup lampu dan kipas lepas selesai.


Suasana malam kat THR ni memang sunyi. Just mind your safety dan jangan berani sangat sebab belakang tu kebun kelapa sawit. If sejenis penakut, better gi time weekend. Meriah sikit. 

Tidur malam memang selesa sebab takde nyamuk. Pihak resort siap sediakan ubat nyamuk elektrik dalam bilik. Sejuk sebab bukak aircond. THR ni bukannya betul-betul dalam hutan so jangan expect sejuk cam tido kat Taman Negara. Oh by the way, Banting dengan Sepang dekat, so kerap dengar bunyi kapal terbang. Tapi kalau dah penat, tak heran dah bunyi apa pun. Gentle reminder, resort kat sini semua dinding buluh jadi sila jangan cakap kuat-kuat. Pecah rahsia kerajaan guest bilik sebelah dengar. Haha.

Hari pertama di Tadom Hill Resorts done.
Read More

Rentas Daerah Selangor-KL-Putrajaya Dibenarkan

Friday, 10 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah Lembah Klang dah bertukar ke Fasa 2 PPN (Pelan Pemulihan Negara) mulai 10 September 2021. Selangor-Kuala Lumpur-Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama. Berita baik buat mereka yang terpaksa rentas daerah untuk tujuan bekerja. Tak perlulah mengemis surat MITI atau surat dari HR. Takde orang saja-saja nak keluar rumah pukul 8 pagi, balik 6 petang kalau tak kerana nak mencari rezeki. Baik duduk rumah makan-tido-main handphone. 

Takde SJR di Lembah Klang juga bermakna kurang traffic jam. Apa lagi yang lebih indah dari itu yang diharapkan warga kota. Haha. Eh ye ke kurang? Silap-silap kembali ke keadaan asal memandangkan ramai yang dah kembali ke pejabat. Harap ramai majikan mantain dulu ‘work from home’ kalau boleh untuk elakkan ‘Kluster Tempat Kerja’. Traffic jam hujung minggu pasti akan kembali sebab orang dah boleh keluar pergi beriadah dan membeli-belah. Pandai-pandailah jaga diri dan keluarga. Jangan jaga diri sendiri je, anak kau biar terdedah pada virus.

Takde SJR juga bermakna polis boleh buat kerja lain sekarang. Ramai lagi orang jahat yang diorang nak tangkap. Tak pun boleh tumpukan SJR di sempadan rentas negeri.


Selain dari rentas daerah, antara aktiviti lain yang dibenarkan adalah 

  • Dine-in 
  • Sukan dan riadah
  • Perkelahan/ Perkhemahan
  • Melancong
  • Rentas negeri bagi ‘Pasangan Jarak Jauh’ atau ibu bapa/ penjaga yang ada anak berumur bawah 18 tahun 

Semua aktiviti ini boleh dilakukan oleh individu yang dah lengkap divaksin dan hanya dalam Selangor/KL/Putrajaya. Boleh layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Panduan SOP PPN setiap negeri di Malaysia.

Terdapat juga panduan SOP untuk aktiviti ekonomi macam pembinaan, perlombongan, perdagangan dan lain-lain. Hopefully majikan-majikan di Malaysia ni bertanggungjawab  dan memastikan pekerja mereka divaksin dan patuh SOP. Semoga ekonomi Malaysia kembali pulih seiring dengan turunnya kes harian Covid 19. Amin Ya Rabb.

As for me...aku happy lah boleh jumpa anak-anak sedara yang dalam negeri sama. Parents diorang dah complete vaksin, mak ayah aku pun sama. Cuma takdelah nak peluk cium beria. Lagi-lagi yang masih baby tu. That one kitorang yang akan pergi tengok. Yang lain tunggu diorang datang. Bagilah feel macam balik kampung walaupun dalam negeri sama.

Selain dari tu aku dah berangan nak pergi dine-in dan tengok wayang. Tapi tak nak pergi on weekend. Mesti ramai orang. Lagi-lagi minggu cuti sekolah. Kita yang takde anak sekolah ni, tahan lah dulu. Sejenis aku, even takde covid pun aku tak suka pergi tempat ramai orang. Social distancing? Dah 3 dekad dah sis buat. Nak ambil cuti hari biasa. Cuti banyak lagi ni..kumpul pun bukan boleh pergi Liverpool hujung tahun. Lambert lagi nak cuti oversea. Cuti dalam Selangor dan KL dulu. 

Last tengok wayang cerita Abang Rock : Jumanji the Next Level

Tak tahu nak cuti mana? Siapa kata Selangor dan KL takde tempat percutian yang menarik. Boleh cuba  bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. Lepas rindu tengok sawah padi di Sekinchan atau tengok Kelip-kelip di Kuala Selangor. Melancong di negeri sendiri tak perlukan kebenaran polis atau menggunakan agen.

Baca ni juga : Pengalaman di Tadom Hills Resort

Dengar kata Langkawi dah dibuka untuk ‘travel bubble’. Tak dibenarkan naik kenderaan sendiri jika melalui jalan darat. Kalau jalan udara boleh ke guna kenderaan sendiri? Haha. Sembang macam ada private jet. MKN tak nak orang ‘ melencong’ la tu. Yelah dari KL ke jeti Kuala Perlis tu boleh singgah Perak, Penang etc. If ikut kenderaan agensi pelancongan tak boleh menyinggah negeri lain. Mungkin boleh naik bas ekspress? Entahlah. Kita tunggu informasi seterusnya. Harap dapat utilize credit account Air Asia aku gara-gara terpaksa batalkan trip tahun 2020.

Sembang kencang aku ni, status kat MySejahtera pun masih ‘Partially Vaccinated’. Menunggu tempoh 14 hari ibarat menunggu habis edah. Tak nak plan jauh-jauh sangat ke depan. Pandemik Covid ni mengajar aku yang situasi boleh tiba-tiba berubah. Tiba-tiba kes naik. Tiba-tiba PKP. Tiba-tiba kena cancel plan. Serik dah.

Dapat lepas rindu dine in dulu cukuplah.

Rindunya nak dine in. Terpengaruh dengan Blogger Farrah MF, nak cuba Two Sons Bistro di KLCC. Tak dapat dine in, take away pun OK. Blogger Anies dan Blogger Siti Yang Menaip roger ye kalau nak ajak ngedate.

 

Random dine in photos in my phone gallery

Seperti biasa, hidup penuh dengan perancangan tapi agak busy lately dengan tugasan hakiki. Blog pun baru ni dapat update.

Rasanya aku akan bekerja di rumah untuk tempoh yang lama lagi sebab aku pakai PC bukan laptop. Jenuh lah kalau tetibe ada kes dalam department, semua kena angkut PC balik kerja di rumah. Habis 2 minggu datang balik. Walaupun desktop HP built in CPU tapi pemegang PC ni berat nauzubillah. Jenuh wei nak angkat. Kalau kerja pun maybe on rotation. Malas wei bila dah berlemak kerja dari rumah. Nak gosok baju, nak pakai face mask, nak drive. Aku dah lah benci driving.

Hurm...wayang dah boleh bukak, karaoke bila pulak? Nak nyanyi lagu Dafi (bodek PM). Haha. Suara dah berkarat ni. Eh banyak pulak demand kau ye. Inilah rakyat Malaysia. Bagi betis nak peha, nak pinggang. Bagi kaki jap lagi tau lah. 

Agak-agak kalau cakap aku dulu sedih masa Dafi tersingkir Akademi Fantasia, ada peluang tak dapat Bantuan Khas Covid (BKC)?


Varian Delta masih mengganas, ramai masih takut-takut walaupun dah banyak kelonggaran. Kekal di rumah itu lebih baik kalau tak selesa nak keluar dan nak protect diri dan keluarga sendiri. Cuma janganlah takut lama-lama. Virus Covid ni tak akan hilang dan akan tiba masa kena terima hakikat yang kita terpaksa hidup bersama for better and for worse, till death do us part.

Jangan 'menyumpah' orang semata-mata untuk justify fahaman korang tu lebih baik. Kata-kata tu kan doa. Menyampah aku orang yang komen 'Ha...dah bukak semua ni, naik balik lah kes'. Doa yang baik sikit tak boleh ke? Tak pun mulut puaka berani cakap 'Tengoklah 2,3 tahun nanti baru nampak side effect vaksin'. Ni lah sebab aku minimakan penggunaan media sosial. Sakit hati tau.

Semoga negeri-negeri lain dalam Fasa 1 akan dapat beralih ke Fasa 2 dan seterusnya. Warga Selangor/KL/Putrajaya marilah kita berdoa dan berusaha supaya ‘kebebasan’ ini kekal. Jangan patah balik ke Fasa 1 pulak. Hidup perlu maju ke depan.

Eh termembebel pulak. OK lah, nanti kita borak lagi. Thanks for reading! Stay Safe!

Read More