Sejak work from home 100% , aku dah mula amalkan rutin exercise setiap pagi. Kalau dibenarkan rentas daerah, on weekend aku pergi morning walk dengan kawan-kawan. Bila PKP, terpuruk di daerah sendiri dan public park ditutup, aku jogging di kawasan perumahan. Jogging seminggu sekali cukuplah. Haha.
Kalau jogging di kawasan perumahan, carilah yang redup dan jauhi kawasan sunyi sekiranya jogging bersendirian. Amalkan penjarakan fizikal.
Once upon a time kat Tasik Botani Putrajaya
Turun KL best gak, cuci mata tengok laki orang main basikal. Haha. Jangan risau, tengok je tak usik.
Exercise aku level beginner je. Just follow video Youtube. Masa mula-mula dulu mencungap jugak. Kurus tak semestinya fit ye. Aku dapat keinsafan nak exercise bila aku perasan badan aku agak stiff. Nak bangun pun kena paut meja macam orang tua! Bila buat 'plank', hanya mampu tahan 2 saat dah tersembam ke lantai. Teruk betul!
2 saat je kau buat plank Sal? Meh sini abang Thor ajar! Credit: Google image
Selain daripada untuk tingkatkan fitness yang menurun seiring usia, aku ada sebab sendiri jugak kenapa aku jadikan ia rutin (Walaupun kadang-kadang ter skip. Hehe). Antara sebabnya adalah:
1. Elakkan sambung tidur lepas solat Subuh
Aku ada masalah susah tidur. Dah tidur susah bangun pulak. Lol. So aku akan pastikan pagi aku aktif untuk menepis godaan katil. Ia juga boleh jadi motivasi bangun awal bila cuti solat. Tidur kalau dilayan memang terlajak. Bila bangun lewat, malamnya aku susah tidur. Ulang. Sampai bila nak macam tu kan? So kenalah ubah.
2. Bila badan penat, malam tidur lebih lena
Waktu aku sakit dulu, aku makan pil tidur setiap malam supaya dapat lelapkan mata. Pil tidur ni memang buat kita tidur lena tanpa mimpi, tapi ada side effect iaitu keletihan kronik di siang hari esoknya. Walaupun aku dah stop makan ubat-ubat tu sekarang, tapi since badan dah terbiasa harapkan 'bantuan', aku akan susah tidur kalau badan tak penat di siang hari. Exercise adalah cara yang aku amalkan supaya badan letih.
3. Kurangkan simptom resdung
Siapa ada resdung mesti faham perasaan bersin bertalu-talu di pagi hari. Cuaca sejuk memburukkan keadaan. Exercise dapat membantu meningkatkan peredaran darah, hence legakan sakit kepala dan lancarkan pernafasan. Lazimnya aku start je exercise, bersin pun berhenti. Siapa ada resdung boleh try cara aku. Tapi buanglah dulu hingus tu. Hahaha.
4. Reduce stress
Menurut kajian, bersenam menghasilkan endorphin, hormon yang dapat meningkatkan perasaan gembira. Antara terapi yang sering dicadangkan oleh pakar untuk mereka yang selalu stress. Convert those negative energy into exercise gais. PKP boleh menjejaskan kesihatan mental tau, tu sebab kes bunuh diri makin meningkat. As someone yang ada history ulang-alik klinik pskiatri, aku tak nak sakit lama berulang lagi. Bak kata Elle Woods dalam Legally Blonde:
I don't have a husband to shoot, but there is one guy in mind. Haha.
5. Increase immune system
Bersenam dapat meningkatkan sistem immune badan. Memanglah soal sihat dan umur tu rahsia Allah, tapi kita sebagai manusia wajib berusaha. Sekarang musim Covid-19. God knows wabak apa yang akan muncul lagi dalam masa terdekat ni. Marilah jaga kesihatan sendiri. Baru boleh jaga ahli keluarga kita pulak.
So, tu jelah sharing aku untuk menjawab soalan kenapa aku nak bersenam walaupun dah kurus. Harap rutin ni berterusan walaupun lepas tamat PKP. Korang pulak macamana maintain aktif dan sihat sepanjang PKP? Share lah di ruangan komen. Jaga diri OK!
semoga istiqamah sal.. bagus tu bersenam... kakmim jugak yg belum start amalkan hidup sihat ni... hmm..
ReplyDeleteBuat on weekend jela kakmim bila x busy dengan keje. Ajak anak-anak sekali. Buat kat rumah je. Nak keluar tak boleh plak ramai-ramai
Deletetu la skrg nk keluar ramai² org pandang semacam je nnt.. hahaha
Deletehaha. Jangan, nanti viral
DeleteBagus Sal. Buat awal-awal pagi sejuk sedikit. Keluar peluh.
ReplyDeletebersenam tu bagus, sis ni harap bersenam dalam rumah je sal.
ReplyDeletebersenam dalam rumah pun ok. Lagi plak musim pandemik ni kan
Deletepssstttt lps jogging jom pekena roti canai banjir dgn teh tarik kawwwww
ReplyDeletelarikkkkkkkkkkkkk
Tak main la mamak. I olls lepak kedai kopi hipstur
Deletehipsturrr laaa sgt... (mata juling ke atas) smpi Tokyo menggelupur cari mamak jugakkkk
DeleteTipu...tipu. Tokyo mana ada mamak
Deleteada laa... sempena olimpik nnt mamak ada buka resto kat sn... ko mana tau hahahaahha
DeleteAku tau la bulan 8 ni aku nak gi Tokyo. Ko nak ikut ke? Hihi
DeleteBetul tu, bila badan penat letak kepala atas bantal terus lelap.
ReplyDeleteApa pun moga Sal gembira mengharungi rutin harian.
Yup, bahagia tu kena cari sendiri. Bila bahagia, tidur lagi lena. Hehe
DeleteBagus Sal amalkan gaya hidup sihat. Semoga istiqomah. kurus bukan bermakna tak perlu exercise kan. kurus pun kena sihat gitu. sama juga sebaliknya.
ReplyDeleteKurus lagi bahaya sebenarnya. Banyak lemak tersembunyi dan risiko diabetes. Kena exercise dan jaga makan jugak
DeleteDua dua tu penting. Teruskan Sal :)
Deletebagusnye exercise selalu badan sihat otak cerdas.. 😎😎😎
ReplyDeleteMacam wak jugakla, asyik berlarian
Deletemoga tiasa sihat walafiat sal
ReplyDeleteTerima kasih kak PI. Akak pun ye. Jaga diri
DeleteExercise bukan hanya untuk kurus je ia untuk kesihatan semuga sihat selalu. Ada kawan akak rajin buat exercise tapi tiba-tiba sakit bila check dah ada sakit jantung lah pulak. Yang penting selain dari exercise kena buat check up juga mana tahu ada sakit tersembunyi.
ReplyDeleteBetul kak. Check up penting. Lagi satu, makan pun kena jaga. Apa pun nyawa di tangan Dia. Kita cuma usaha
DeleteAkak paksa anak keluar jogging walaupun tak setiap hari,risau tengok dia terperap dlm bilek je hadap laptop.Belajar2 juga kesihatan kena jaga.
ReplyDeleteBetul tu kak. Duduk lama2 pun tak elok. Keluar la sekali sekala amik udara segar
Deleteno 2 dgn 4 tu betul.. sblm kawen memang bt plank klau tak peha jd besar.
ReplyDeletesekarang tak bt dh. ceritanya semput lah klau amalkan balik.
Dah kawin buat plank lain plak. Hahaha. Ok2 gurau
Deletehahahaha.. tak pernah buat serius!
DeleteTerbaik Sal 👍
ReplyDeleteBetul, kurus tak mesti fit.
Kelmarin akak brisk walk kat area rumah dan daki tangga dari tingkat 5 ke tingkat 16.
Sebabnya? Rasanya macam badan lemau je. Alhamdulillah lepas exercise, badan rasa ok.
Wah.. Tahniah kak. Tinngi tu tingkat 5 ke tingkat 16. Senoga terus sihat
Deleteworkout utk tingkat kan stamina ! bukan nak kurus saja kan
ReplyDeleteyezza. setuju sangat. dapat kurus pun bonus
Deleteya benar semua faktor tu
ReplyDelete+ bila dah berusia ni metabolism merudum.
kalau tak jaga makan, tak exercise = formula untuk kehancuran kesihatan.
take care sal
ha kan..selalu gak tengok huda jogging kat putrajaya. Penting untuk sihat supaya boleh jaga mak ayah kita pulak
DeleteKat rumah pun okay je.. Nak kena mula baliklah.. Semangat.. semangat.. huhuhu..
ReplyDeletePinjam sikit semangat Sal..
Ya..sila-sila. Amiklah semangat saya sikit. Ajak anak-anak. Konon ganti subjek PJK kat sekolah. Yelah dah belajar dari rumah kan
DeleteSaya kalau exercise kena ikut mood nak istiqamah pun kna Ada org teman
ReplyDeletesaya plak dah terbiasa buat benda sorang-sorang. hehe
DeleteMoga terus istiqamah dan kental semangat untuk exercise. Akak datang bawa pompom ni ha sorak-sorak kat tepi.
ReplyDeleteAkak ni pun sejak umur dah makin banyak, bertambahlah juga kesedaran untuk konsisten exercise dan jaga makan. Untuk kebaikan diri sendiri juga, kan...
Haha. Biasa umur dah banyak baru ada kesedaran. Saya ajak adik saya yang umur 20an tu join saya jogging, dia lagi tarik selimut .
DeleteKih kih kih umur dah banyak risiko pun banyak, tu yang kita pandai sedar diri tu. Aduhai, sekali lagi akak 'sakit hati' tengok abang Thor tu selamba gagag je plank begitu!
DeleteThor takut dia gemuk cam dalam filem Avengers Endgame tu yang beria buat plank
Deleteplank tu seminit ja sy mampu. tu pun gegar2 sdh 😂😂😂
ReplyDeleteUish... Seminit tu lama. Saya mampu 20 saat macam tu. Tu pun berpeluh dahi
DeleteSalah tu..bkn utk kurus..untuk sihat..dapat kurus tu bonus! :)
ReplyDeleteNice sharing. Antara amalan yang baik especially masa PKP ni.
ReplyDeleteBetul tu kurus tak semestinya fit.
ReplyDeleteHuwaaaa... Mrs. A pun nak mula balik ni badan terasa dah naik perasan sebab seluar kerja dah sempit tang paha.
Eh Mrs. A bukan selalu ke jogging? Busy ye sekolah dah start. Caiyok!!
DeleteEza yang berisi ni pun kena start balik exercise ni. Perasaan keluar peluh tu yang paling best. Lepas tu, tidur malam pun lena. Doakan kita sama-sama rajin bersenam dan sihat selalu ya.
ReplyDeleteAmin. Keluar peluh tu rasa lega. Kulit pun jadi glowing. Semoga eza pun ada kesempatan nak exercise ye
Deletebagusnya sal..ciksun hanya mampu lari setempat depan cermin dalam rumah je buat masa ni..hahahah
ReplyDeleteOk la tu dari takde langsung. Saya wfh 100% tu yang kena gerakkan badan hari2. Kalau x lesu terperap dalam rumah
Deleteakak boleh la plank antara 30 - 40 saat. belum pernah more than that.
ReplyDeletebuat 3 set rasa mcm nak mam**s, Sal.
aduhai... aida biasa exercise ringan lepas solat zohor kat ofis.
releks. santai. dpt dlm 15 minit jadik la. aida concentrate exercise kempis perut :)
then dlm kul 2.30 tu start keje semula.
Lebih kurang la saya pun plank x sampai 1 minit. Saya pun perut ada flab sikit. Bila pakai kebaya kena pakai corset. Haha
DeleteCantiknya tempat jogging dia, betul elak tempat yang sunyi, pandamik endamik elak tempat ramai, kompius mak cik kiah hehe..
ReplyDeleteMoga Sal istiqomah, sihat dan gembira selalu.