Assalamualaikum dan hai semua! Cerita hari Ahad lepas. Kononnya aku nak tunggu habis cuti sekolah baru nak keluar dari kepompong, tapi itulah dia namanya sembang kari. Hahaha. Bila kawan baik aku, ND ajak join dia jogging aku terus ‘on’. Risiko sebenarnya aku pergi jogging dengan ND sebab aku dah 5 bulan tak berlari oi. ND pulak memang selalu work out walaupun di rumah sahaja.
Teruk betul aku yang kononnya nak istiqamah. Mula-mula break sebab puasa sebulan. Pastu bila area rumah aku hotspot, terus takut nak keluar jogging. Lagipun masa tu aku belum complete dos vaksin. Bayangkan check MySejahtera je kes 200 lebih. Tak berani lah sebab bila jogging kan kita tak pakai mask. Boleh je nak workout sendiri kat rumah tapi terjangkit penyakit MALAS. Teruk betul lah. Kadang-kadang aku took for granted. Mentang-mentang aku ni makan banyak pun berat tak naik
Baca ni juga : Dah kurus pun nak exercise?
Dipendekkan cerita, semangat aku pagi-pagi tunggu ND ambil aku kat rumah. Siap pakai jersey Liverpool sempena meraikan Liverpool berada di puncak liga selepas menang bergaya 3-0 malam sebelumnya. Dasar fangirl. Cis! Harap lah team favourite aku istiqamah tak macam aku.
Pukul 7.30 gerak dari rumah, ‘merentas negeri’ demi nak ke Kuala Lumpur tanah tumpah darahku. Bila dipikir balik, bosan jugak. Lahir KL, besar di KL, kerja di KL..nak juga venture negeri lain. Haih...naik juling dah mata ni browse Jobstreet dan LinkedIn. Sangkut pulak pandemik dan PKP, makin malap peluang nak berhijrah. Aku inginkan perubahan. Teringin nak pergi tempat baru di mana takde orang kenal aku so aku boleh start anew. Atau sebenarnya aku ingin lari dari masa silam?
Ah..itu dah jadi cerita lain. Nak lari dari masa silam? Berlari di tengah kota je pun dah buat aku semput. Hahaha. Jauh aku ditinggal ND. Siapa suruh lama sangat jadi pemalas! Last-last dia jogging, aku jalan laju-laju. Itu pun masih termengah-mengah aku mengejar.
Sampailah nampak mural di Air Terjun Bukit Nenas ni baru lah ND berhenti ajak ambil gambar. Siapa kata Kuala Lumpur takde air terjun. Cuma tak boleh mandi je.
ND kata aku kecik sangat dalam gambar, so terpaksalah depakan tangan nak nampak besar. Hahaha
Nampak ni juga : Terowong Bukit Nanas. Wait what? Aku tak tau pun kewujudan terowong ni. Menarik jugak. Apakan daya berkunci. Ada yang pernah masuk ke dalam ke? Sila kongsi di ruangan komen.
Terowong ini ditemui secara tidak sengaja pada Jun 2014 sewaktu kerja-kerja pembaikan cerun. Sejarah terowong ini berbalik pada Perang Klang pada tahun 1886, dibina oleh masyarakat Mandailing diketuai Raja Asal dan Sultan Naposo yang menjadikan Bukit Gombak sebagai kubu dan benteng terakhir. Nama asal Bukit Nanas didapati dari pokok-pokok nanas yang dibina oleh masyarakat Mandailing sekitar Bukit Gombak sebagai kubu pertahanan.
Lebih 30 tahun hidup di KL baru tahu info menarik ni. Bagi aku menarik la, aku suka sejarah. Aku pun google nak tahu lebih banyak info. Tak ada website rasmi, tapi dapatlah info dari a few blog seperti :
Jadi siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur? Adakah Yap Ah Loi? Ataupun raja-raja Melayu dulu? Well...History are written by winners. Wallahualam.
Sambil berjalan, sambil baca info. Maaflah ND, stop kejap lari sebab kawan kau ni fanatik sejarah.
Hutan Simpan Bukit Nanas. Satu-satunya hutan simpan di Kuala Lumpur. Tahun 1970 an dulu ada perkhidmatan kereta kabel di Bukit Nanas ni. Anak jati Selangor macam Blogger Kak Paridah Ishak dan Kak Amie mesti pernah naik kan? Perkhidmatan ini ditamatkan pada tahun 1980an, so aku tak sempat lah. Kalau monorail tu pernah. Hehe. Sebelum adanya MRT, monorel adalah pengangkutan aku ulang-alik kerja di Pavilion. Kenangan lebih 10 tahun dulu.
Sekarang dah ditukar nama kepada KL Forest Eco Park dan sejujurnya aku mengaku aku tak pernah naik jambatan gantung viral tu walaupun orang dari negara luar pun dah sampai. Ha..tu lah, dok busy berjalan tempat orang, belakang rumah sendiri tak habis jelajah. Siapa nak join? Nanti dah bukak kita pergi. Buat masa ni kebanyakan tempat tumpuan pelancong di Selangor dan KL masih ditutup termasuk KL Forest Eco Park ni.
Baca ni juga : Zoo Negara Norma Baharu
Sambung lari lagi sampai depan Bank Muamalat. Rehat minum air kejap sambil posing dengan Mat Som, antara watak komik Datuk Lat.
Sepanjang perjalanan, mata memandang hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur, mula berangan nak staycation. Tapi..tengok banyak hotel dah nampak macam ‘hotel berhantu’ dari luar buat aku fikir 2,3 kali nak booking. Muncul di website macam Agoda atau Booking.com, tak bermakna hotel tu dah start beroperasi. Kena contact dulu hotel tu tanya.
Baca ni juga : Pintasan Saloma
River of Life (ROL) adalah projek tujuh tahun yang diketuai oleh Kerajaan Malaysia untuk mengubah Sungai Klang menjadi kawasan perairan yang hidup dan hidup dengan nilai ekonomi yang tinggi. Meliputi lapan (8) sungai dengan panjang keseluruhan 110km, projek ini terbahagi kepada tiga (3) komponen utama:
- Pembersihan Sungai (diketuai oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Malaysia)
- Pengindahan Sungai (dipimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Pengkomersialan dan Pelancongan (diketuai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Sumber : http://www.klriver.org/
Cuaca sekarang mendung aje kan. Seronok jugaklah nak berjalan-jalan macam ni.
Ramai orang main basikal di Dataran Merdeka. Hati-hati ye walaupun dah masuk Fasa 2, SOP masih perlu dijaga. Ada kereta polis peronda tau. Diorang akan suraikan kalau nampak berkumpul ramai-ramai. Aku pun tak berani lepak sini kang dengan aku sekali terjebak kena kompaun.
OKlah, sekian cerita aku penat berjalan di tengah kota, mencari teman bukannya mudah.. Eh ternyanyi lagu Alleycats pulak.
Penat tak penat lah, dekat 2 hari baru hilang sakit kaki.
Korang pula last weekend gi mana? Dah pergi dine in? Nanti next entry aku sambung cerita aku gi makan mana pulak ye. Thanks for reading!
Hai cik Sal😘😘
ReplyDeleteBest kan tak der orang nak pi jenjalan👍👍
ramai gak orang sebenarnya. tapi orang KL tak jalan, derang naik basikal
Deletebelum sampai Bukit Nanas, lalu tepi je..kesiankan sejarah KL, dah terpasak dlm minda, tertulis dlm buku sejarah..si Yap yg bukak, should re-write the history written..
ReplyDeleteya, itu yang kita belajar dalam buku Sejarah dulu. Ada orang kata, KL ni dah dibuka sebelum Yap Ah Loi datang lagi. Entahlah mana yang benar
Deletecantik sangat gambar no 1 tu
ReplyDeletemember ambil pakai iPhone. Gambar lain kite pakai hp cap ayam jer
DeleteWah jogging hampir keliling kampung, singgah posing dengan kartun lat, cantik view river of life dari spot Sal ambil tu, dbkl pun baru tahu tentang terowong, rasa tak ketinggalan la sangat kan hehe..
ReplyDeleteTulah, dbkl pun tahu pasal terowon tu sebab nak repair cerun lepas banjir. mesti ada banyak lagi terowong tersembunyi. seronok kalau dapat discover lagi tapi tulah tak dapat masuk
DeleteJauh Sal hendak bawa diri.
ReplyDeleteAllah seronoknya jalan tengah kota tidak banyak kereta.
Lari/jalan laju sambil bergaya dan baca catatan sejarah.
Hari minggu bolehlah buat begini, kereta tak banyak. Seronok juga baca catatan sejarah. Sambil keluar peluh boleh tambah ilmu
Deletealahai.. terubat jugak rindu nk tgk kl..walaupun dlm gambar je... lagi sal sila jalan² lagi
ReplyDeletehaha. Insha Allah kakmim. Jalan bolehlah, nak jogging lagi tunggu sakit-sakit ni hilang.
Deletealhamdulillah, seronok tengok sal berjalan ke sana-sini..bukit nenas tu pernah nampak dari tingkap hotel Red by Sirocco masa duduk sana..baru tahu jugak ada terowong kat situ..
ReplyDeleteSaya tak pernah menginap di Red by Sirocco. Teringin juga
Deletehttps://madey09.blogspot.com/2021/09/p-produk-halal-sijil-logo-yang-original.html
ReplyDeletetak nak cuba ke?..ambilah usaha dapat rezeki
Insha Allah. Dah dapat jawapannya saya cuba
DeleteWah,..pernah pijak dataran merdeka..rupanya tu kan
ReplyDeletewah bestnya. ahkak masih lagi tak berani nak jalan area kl..entah kenapa seriau je tenguk orang ramai. Bukit nanas tu dekat menara KL ke. rasa macam dah berjaman tak pi jenjalan area kl.
ReplyDeleteHaah kak, bukit nanas tu tempat menara KL. Ada jugak tempat ramai orang macam Tasik Perdana or Tasik Titiwangsa. Kalau route larian ni orang berjogging atau berbasikal sahaja
Deleteehhh kite lak ternyanyi sekali hahaha
ReplyDeleteHuntungla dah boleh jenjalan
ReplyDeleteJaga SOP
Insha Allah. Thanks atas peringatan, wak
Deletekak ana pernah dengar pasal kereta kabel bukit nanas ni Sal, dan sejak awal 1990an dah berhijrah ke KL sampai hari ni belum lagi sampai bukit nanas, walaupun selalu lalu lalang, nanti nak pi juga jenjalan macam SAL , playing tourist kata orang ye :)
ReplyDeletetourist takde, kita lah jadi tourist. saya pun suka discover KL ni walaupun 'belakang rumah' je. Sentiasa akan jumpa benda baru
DeleteSambil berlari sambil jalan jalan KL ni Sal. Alang-alang keluar dari kepompong, kan. kasik lenjan jalan jalan KL teruihhh..Cantiknya mural air terjun tu. Sekali pandang ingatkan real dari atas tu. kita tak pernah sampai lagi Bukit Nanas ni tau Sal. Jarang explore KL. Dah tahu selok belok ni bolehlah jalan jalan sini pulak nanti, kan.
ReplyDeleteKL ni lagi syok kalau jalan kaki or berbasikal. Naik keter kang kena cari parking pulak. Ya, mural tu memang cantik dan ada effect 3D. Ni pun first time bergambar sebab member terpengaruh kawan dia pose tempat sama
DeleteNak ke KL tu yang becinta. cari parkir dengan jammed. Sesak sesak tu yang susah nak suka tu. Bolehlah playing tourist nanti, kan.
DeleteSalam Sal… jelaslah … apasal tak gemuk gemuk ni, mana aci hakak sorang yg mok.
ReplyDeleteHakak pernah merasa naik cable car kat sini. Masa tu kecik lagilah, Abg ipo yg bawak. Zaman tu asal cuti ke mesti gi KL
jelesnya akak pernah naik cable car kat sini. Dulu bercuti kat KL rasa macam happening gila kan
Deletemana gambar ko dpn convent bukit nenas? hahahaahhahahaha
ReplyDeletegambar 20 tahun dulu adalah. malu tunjuk sini, belum akil baligh. haha
Deleteleng kali masukkan dlm history channel. tp kalau gmbr tu msk blog mmg kebabom ko
Deletetakdok kebabom. muka sememeh. bukan reti bergaya cam dak-dak sekarang
Deleteyelah pakai baju sukan apa kelas g (pavi) CBN pakai trek suit hahahahhaahahahah
Deletewahh.,. wak pun baru tahu terowong ittewww., ;p
ReplyDeleteAduh!! Sha pun baru tahu pasal Bukit Nanas tu.. tq share info dekat sini.. Iye kita dah kena mula menjelajah negera sendiri pula lepas ini.. Macam Sha lah.. Nama je duduk Perak, tapi banyak tempat tak pernah pergi lagi.. hehehe
ReplyDeleteuish..Perak lagi banyak tempat best Sha. Biasalah tu kan, nampak tempat orang je, tempat sendiri tak tau apa yang menarik
DeleteBest... best.. syok jalan2.. akakapun nak ajak saper gamaknyer ni ...
ReplyDeletetq banyak info...
Saya nak join kak sal! Dulu fyp diploma saya bangunan apartment Suasana Bukit Ceylon tu, nak pi KL Forest tapi tak sampai sampai sebab tak ada orang nak pergi >.< Kita sama lah kak sal, memang minat baca kalau bab bab sejarah ni, memang syok bila boleh tahu sejarah sesuatu tempat dan sebagainya :D
ReplyDeletenanti dah boleh rentas negeri datanglah ye. kot ada rezeki naik jambatan gantung femes tu. mat saleh pun dah naik, kita tak sampai lagi
DeleteKadang-kadang yang dekat ni lah, tak terpergi..haha..sibuk nau nak pergi yang jauh-jauh :P
ReplyDeleteSyoknya dapat pergi jalan-jalan
ReplyDeleteRasa seram-seram juga nak menginap di hotel.
ReplyDeleteLama juga tempoh PKP. Bilik-bilik hotel pun dah tentu ada yang hinggap tanpa check in hheheheee.
Belum sampai lagi Bukit Nanas tapi pernah dengar namanya.
hahaha, taku juga ye benda lain yang check in masa PKP. Tunggu dulu hotel-hotel ni bernyawa baru kita pergi
DeleteSeh=gman produk halal, dah ada tak jawapannya..cuba lah ya...meriahnya kat KL..
ReplyDeleteNak tanya, url komen kamu ni, nampak bagus ya, boleh balas komen ( reply ) ruang kat saya tu tak boleh klik balas komen..boleh kah bagi tutorial ni..please
ReplyDeleteBaik2 sal.. kwn dh cucuk vaksin pun boleh kena covid stage 5.
ReplyDeleteBerjalan, berjogging sambil selfie tgk tempat sejarah.. ada kwn masuk kepala mudah kan.
Meh cari kerja kt penang, kot2 boleh tukar angin. Hehehe.. org kata nk berjaya kena ubah tempat tp tulah Nina teringin nk duduk selatan
Jangan kata Penang, sampai ke Sabah Sarawak dok mencari. Tapi itulah asyik kena reject je
DeleteMungkin Sal letak tempat tinggal KL. Dorang igt nk cari pekerja sama negeri la kot. Cer tukar tgk hehe
DeleteDah puas baca entri ni cuci mata tengok gambar... tetiba akak memasang harapan, kalaulah boleh Sal jogging jalan-jalan merata KL tu, lemak akak yang gugur... alangkah indahnya. 🤣
ReplyDeleteBaru perasan comel je posing dengan Mat som....comel tul lah model perempuan sebelah dia tu. spa lah gerangan model tersebut. hehehe
ReplyDeleteitu mek som tum. hehe
DeleteNi la tempat yg mama.x penah sampai. Best sangat nampak menghijau kan.. tak nampaknsal dlm gambo pertama tu haha
ReplyDelete