Jalan-jalan KL : Zoo Negara Norma Baharu

Thursday, 4 February 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Lama blog ni tak cerita jalan-jalan. Mentang-mentanglah sempadan ditutup. Sempena 'meraikan' PKP disambung, kita jalan-jalan di alam maya jelah. 

Aku ke Zoo Negara hujung tahun lepas, sewaktu PKPB. Bawak anak-anak sedara, kesian tengok terperap kat rumah. So kita kasi hepi-hepi sikit sebelum kembali ke sekolah. Lebih lepat lagi, kembali mengadap skrin.

Aku beli tiket online, melalui Klook. Korang boleh juga cuba platform lain macam Shopee, Lazada, Ticket2U, Wonderfly etc. Walaupun ada voucher tiket online (tak perlu print, just tunjuk QR code di telefon untuk discan oleh petugas kaunter), still kena beratur di kaunter untuk tebus tiket. Hanya seorang dibenarkan beratur, tapi kena tunjuk IC semua. Make sure standby siap-siap. Beli tiket online lagi untung sebab kadang-kadang ada promo. Boleh bandingkan harga online dengan harga asal di SINI. Masa aku pergi ni harga tiket termasuk konservatori Panda.

Pakai baju oren terang merelip supaya anak-anak sedara boleh nampak dalam orang ramai. Haha

Sebelum masuk, prosedur biasa iaitu scan MySejahtera dan check suhu. Kalau nak pergi zoo, seeloknya datang awal-awal pagi.

Peta Zoo Negara. Tangkap gambar konon-konon buat rujukan supaya tak sesat



Selama ni dengar je cakap-cakap orang yang Zoo Negara ni tak berapa terjaga. Bila dah pergi, aku realise memang betul lah apa orang kata. Banyak semak dan sampah dibuang merata-rata. Sesetengah kandang nampak tak terjaga. Tapi takdelah nampak binatang kat sini macam tak cukup makan. Cuma tak well-groomed. Tak apalah, diorang bukan manusia nak kena mandi sehari dua kali kan.


Masa aku pergi ni, rezeki kitorang cuaca tak panas sangat. Walaupun bawak topi, tak perlu pakai. Langit mendung, tapi tak hujan. Memang selesa nak jalan-jalan.


Burung stork ni jugak yang terbang bebas. Boleh nampak diorang di merata tempat dalam zoo. Ini agaknya tasik Cikgu Shaari dengan Cik Norkiah dating dalam filem Masam Masam Manis. Dalam air, ku terbayang wajah...


Berehat sebentar. Bawak bebudak gitulah. Sikit-sikit nak beli air. Dah bawak air mineral pun nak air manis jugak. Layan je walaupun diketahui umum harga makan dan minuman dalam tempat tumpuan macam ni mahal berbanding biasa.



Taman Burung di Zoo Negara ni ada vibe birdcage dalam filem Jurassic Park. Cuma kurang hygiene sebab nak masuk kena bukak pintu sendiri. Pergi mana-mana dalam zaman pandemik ni kena bawak hand sanitizer. Jumpa je toilet, basuh tangan. Bersih jugak toilet dalam Zoo Negara ni dan bilangan yang mencukupi. Takdelah kena tahan pundi jalan jauh-jauh nak cari port membuang.




Agak rengsa berjalan seharian dengan memakai facemask. Asal ada peluang je aku bukak facemask. Contohnya bila takde orang lain dalam lingkungan 2 meter. Curi nafas sikit.


Aku suka area Savannah ni sebab macam Safari. Cuma aku agak kecewa tak jumpa kuda belang. Dah lari agaknya macam dalam filem Madagascar.

Penat berpanas, kita pergi tengok Panda pulak. Pusat konservatori panda ni terletak di atas bukit. Disebabkan ia tertutup, so kena beratur dan tunggu kebenaran untuk masuk. Mana boleh ramai-ramai. Kang wujud kluster Panda.




Ada 2 ekor panda ditempatkan di sini. Kedua-duanya merupakan hadiah dari kerajaan China pada tahun 2014, sempena meraikan 40 tahun persahabatan kerajaan Malaysia-China. Ironinya walaupun ia digelar 'hadiah', kita sebenarnya 'menyewa' panda-panda tersebut dari kerajaan China dengan bayaran RM4.2juta setahun. Bagi setiap anak panda yang lahir di sini pula, negara perlu membayar 600K USD. Menurut apa yang aku pernah baca, panda-panda tersebut akan dipulangkan pada tahun 2024. Kos membiayai panda memang mahal kerana panda perlukan suhu sejuk dan penjagaan yang agak rumit berbanding haiwan lain. 

Tu dia, blog aku dah macam blog teori konspirasi. Haha. Bab panda ni ada yang berbeza pendapat. Ada yang anggap ia pembaziran dan ada juga yang menerima makhluk hitam-putih ni dengan tangan terbuka. Pakar haiwan di Malaysia boleh tambah ilmu dan rakyat Malaysia juga berpeluang lihat haiwan gemuk gebu gebas ni depan mata. Bukan semua orang mampu ke China. Aku yang pernah pergi China pun tak pergi tengok Panda. Tengok kedai handbag je kekdahnya.

Well, setiap benda ada baik dan buruknya kan? Yang pasti, kita semua setuju yang panda memang comel!

Untuk peminat haiwan reptilia pun ada



If nak naik tram pun boleh jugak, tapi kena bayar. Tram dalam Zoo Negara bukan keretapi pendek macam dalam mall ye. Macam buggy di padang golf tapi lebih besar dan panjang. Harga RM8 untuk dewasa, RM 5 kanak-kanak umur 2-12 tahun.


Beratur nak naik tram

Seronok la jugak walaupun penat. Anak-anak sedara aku macam tak nak balik. Bayangkan dah pusing satu round, diorang request patah balik nak tengok panda lagi sekali. Huwa...ko rasa? Jogging pun tak penat macam ni. Tapi layan jelah, asalkan masing-masing behave. 

Banyak lagi haiwan kitorang tengok tapi aku tak ambil gambar macam gajah, buaya, kijang, cheetah, tapir, kancil dan lain-lain. Zoo Negara ni memang luas. Haiwan pun pelbagai. Just my personal opinion, part hidupan air tu jelah sendu sikit. Akuarium kecik, air pulak keruh. Kolam kecik-kecik tu tak berpagar. Masa aku pergi, ada budak jatuh ye. Memanglah air paras buku lali je tapi kesianlah budak tu basah kuyup. Kalau orang dewasa yang jatuh mau setahun tak habis malu.

Aku jugak terkilan tak dapat tengok show sebab bilangan penonton terhad. Norma baharu kan. Tak boleh sumbat ramai-ramai. 2 kali showtime, 2 kali tak lepas masuk.

Nanti PKP dah habis nak pergi mana pulak? Haih..jemu dah ni. Bila lah nak bukak sempadan...

38 comments

  1. Tulisan Sal pasal zoo ini sangat informatif. Hehe oklah dapat budak-budak yang cergas berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak memang cergas. Mak budak ni nak patah kaki dah. Haha

      Delete
  2. suka lepak kat tempat panda sebab sejuk hhehehe....

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pergi jenjalan dgn family,, bestnya!!

    ReplyDelete
  4. rasanye zoo melaka lagi better., dulu lah., xtau skrg ni camne., hehehe

    ps. dh dorg semua pakai mask pon ko nak maskkan lagi muka dorg ke? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Anak orang wak, takut mak ayahnya tak selesa muka anak terpampang.

      Zoo melaka ada dinosaur sekarang wak. Rasanya lagi best

      Delete
  5. Wahhh bagus informasi ni. Cik TK ni dah berkurun tak pergi zoo negara.. memang ada plan nak pergi, tapi tak pergi2 lagi.. huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu habis pkp la cik TK. Mana tau ada promo pembukaan semula untuk tarik pengunjung

      Delete
  6. wah dah rasa macam masuk zoo je tapi alam maya. Dah berkurun rasanya tak masuk zoo.
    bagus sesekali bawak budak-budak masuk zoo sekurang-kurangnya tahu benda hidup takde le kenal haiwan pelsu dalam game. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Asyik tengok skrin je pun tak elok. Biar dia kenal haiwan-haiwan jugak

      Delete
  7. waaaaa bestnyaaa zoo ! teringin nak pergi zoo negara..hari tu pernah pergi zoo taiping ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zoo taiping lagi best sebab ada night safari. Dulu la. Tak tau sekarang ada lagi x

      Delete
  8. Berpuluh tahun tak jejak Zoo Negara. Satu hari nanti nak bawa anak-anak melawat ke situ. Makin cantik tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar kata zoo ni bertahan sampai bulan 4 je. Huhu

      Delete
  9. ko kena pegi lg ni nmpk nya lps pihak zoo negara ckp kewangan diorg cuma bleh survive smpi bln 4 je ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku buat entry ni nak promote orang gi zoo la. Tapi dh pkp nak buat cmane. Habis nanti sape nak jaga panda Bosskurrr

      Delete
  10. Lama gila tak pergi Zoo. Zoo sekarang kurang maintainance kan. Yelah kos pekerja dan tak ada tenaga kerja tu satu hal. Dengar cerita Zoo bertahan sampai bulan 4 je. sedihnya dengar.

    Budak budak pergi Zoo excited lain macam. Layan je, janji dorang happy kita pun happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Nak kata tak derma rasanya dah macam-macam pihak yang bagi. Haiwan dalam tu pun ada yang ditaja syarikat-syarikat besar. Tapi tulah benda makan kos. Lagi pulak mco ni takde pelawat

      Delete
    2. Mungkin kosnya banyak kot nak tampung satu zoo..harap zoo terus kekal dapat beroperasi macam biasa.

      Delete
  11. Gigih Eza baca sampai habis tau. Eza tak pernah lagi pergi Zoo Negara yang ada panda tu. Comelnya panda. Mesti anak buah Sal enjoy sangat jalan-jalan kat Zoo, sampai nak melawat Panda sekali lagi. Best cara penceritaan Sal. Rasa sama-sama pula kita ke Zoo, ada gambar pulak tu. Thank you Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan lagi banyak gambar nak diambil dan diupload kat blog ni. Hehe. Zoo negara ni memang panda tarikan utama. Memang comel panda tu. Walaupun kos mahal tak membelanya

      Delete
  12. lemur tu macam tak pernah nampak...kat zoo johor sini takde...nanti ada rezeki insya'Allah nak masuk zoo negara bawak anak2 buah kat Shah Alam nun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah. Harap cepat habis MCO. Takdela lemur dan panda sunyi takde orang datang melawat. Huhu

      Delete
  13. berkurun dah tak masuk zoo.. hahaha tak pasti haiwan apa yg ada dlm zoo malaysia ni.
    budak2 rajin berjalan mcm makcik dia :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah...

      Delete
    2. kalau tak ke nasi beriani. haha

      Delete
  14. rindunya nk jalan² cmni.. zoo negara x sempat bwk #theIMANs pi.. sempat pegi zoo melaka je.. tu pun diorg dh teruja giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zoo melaka saya tak pernah pergi. Ramai kata best jugak. Rasanya zoo negara ni tarikan utama dia panda

      Delete
  15. Wah! bagusnya Sal jalan-jalan Zoo Negara.
    Mrs. A gila lama dah tak pergi 2 dekad ada kot huhuhuuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 dekad lama tu Mrs. A. Bolehla bawa anak-anak nanti

      Delete
  16. teringat end of 2019, aida berjalan ke menara KL.
    kononnya ptg tu nak ke zoo negara. tapi sebab da terlalu lewat, cancel.
    kami gi jalan2 area cheras saje.
    end up, pkp until now, Sal. anak-anak tak jejak lagi zoo negara :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  17. kalau hujan, boleh manage tak booking tiket online di klook

    ReplyDelete
  18. Nak tanya, klau pergi zoo especially kt kandang rusa ke kambing ke, bau melekat x sampai ke rumah? Hairanlah dh mandi pun asyik tercium bau kandang...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah