Berbuka Puasa di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Monday, 19 April 2021

Sabtu lepas berbuka puasa dengan blogger Anies. Itupun plan-plan ayam (ada ke peribahasa ni), sebab takut hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum seperti hari-hari sebelumnya. Untuk yang duduk di luar KL, ketahuilah awal-awal Ramadan tahun ni hari-hari hujan siap pakej angin kencang.  Di hari kejadian, cuaca helok tapi ku sangka cerah sampai ke senja, rupanya hujan lebat lepas Asar. Tapi sebab dah siap-siap kan, so jalan jela.

Dahla lama gila tak bawak kete, kena drive pulak dalam hujan lebat amik Anies dekat LRT. Ha..aku kalau tak iye iye jangan harap nak pegang stereng tau. Dahla jalan boleh tahan jam. Sambil drive dok zikir dalam hati. Bawak anak orang ni oi.

Plan asal nak berbuka tempat lain, tapi tutup. Erk. Pergi restoran kedua, dah penuh. Inilah akibat tak reserve. Bulan puasa kan, dah 6 lebih lak tu. Masuk restoran ketiga, menu pulak tak berkenan. Last-last decide nak gi Melawati Mall. Aku suruh Anies drive sebab dia tau jalan, lagipun parking dalam mall tu mencabar sikit. On the way pergi mall tu nampak restoran ni and Anies suggest singah. Aku pun turun tanya ada meja kosong tak sementara Anies pergi parking. Nasib baik ada. 


Aku tak amik gambar menu sebab tebal nau buku menu tu. Lagipun tengah rushing, hampir pukul 7 time tu. Korang nak tengok menu dan harga boleh tengok SINI

Suasana dalam restoran. Meja dah penuh, so kitorang duduk luar. OK je janji dapat makan

Anies order Chicken Chop

Aku plak order Creamy Prawn Pasta

Share berdua - BBQ Pizza. Saiz Personal katanya untuk 2 orang tapi besar

Burnt Cheesecake sebab birthday aku kan sebulan. Hahaha

Sebab kesejukan masing-masing order hot tea je. Aku pilih Camomile, Anies amik Earl Grey

My review? Bagi aku makanan dia sedap dan menu pelbagai. Harga standard. Restoran dia pun selesa dan ada banyak meja. Highly recommend untuk penggemar makanan Western. Maybe one day nak try steak, pasta dan menu lamb diorang. Plus point, restoran ni turut menyediakan surau. Senang bila berbuka puasa takdelah terkejar-kejar cari port nak solat Maghrib. 

The best part? Bila aku nak bayar and Anies cakap dia belanja. Eh. Tanjat kiter tau. Thanks Anies, semoga terus murah rezeki. Korang nak berkenalan dengan Anies boleh terjah blog dia. Aku dengan dia kenal melalui blog dan jadi kawan di dunia nyata. Sama-sama mengharungi jatuh bangun Liverpool. Hahaha. Lupa pulak nak selpie.

OKlah tu je nak cerita. Sorry kalau korang terliur na. Ini semua cobaaaan.

51 comments

  1. Slalu lalu tepi ni tp x pernah nak singgah hehe.. Maybe next time bole cuba ni ��

    ReplyDelete
  2. Betul betul cobaaaannnnn hahahahahaha.
    Dah lama tak makan chicken chop, nak kena cari jugak ni hehehe

    ReplyDelete
  3. wah bugs tmpt makan siap sedia surau..tp surau dia cmne? bersih & selesa tak?
    yaya mmg respect kalau ade tmpat makan yg sdia kan surau skli tmbh surau tu pula dorang jaga, bersih ,selesa dan wangi..hehe =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surau luas dan selesa. Cuma kena ambil wuduk di toilet. Telekung pun disediakan tapi sebab pkp pakai sendiri punya.

      Delete
  4. Bestnya adinda berdua dapat berbuka puasa bersama-sama.

    ReplyDelete
  5. Rezeki minit terakhir dapat makanan sedap.
    Konsep macam Menate ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menate boleh pilih daging. Restoran ni tak nampak plak ada option tu.

      Delete
  6. Selamat berpuasa Sal..
    Nampak sedap makanan Sal order. LZ kalau pi restoren Western harus order steak, spaghetti or meatballs.. Uikkshhh terliur lama tak pekena western food.. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang makan steak. Nanti tak habis sebab memang tak kuat makan.

      Delete
  7. salam kat anies tuuh.. selamat berbuka pasta 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies.. Ada orang kim salam ni ha

      Delete
    2. tak kan kirim salam je. huluq2 laa sikit hahahahahah

      Delete
  8. Cubaan yang sangat mengiurkan.. hahahaha.. Baca awal pagi pula tu.. Sabaq jelah.. Bestlah makanan dia.. bilalah boleh rentas negeri ini.. haiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tulis entry pun terliur gak ni. Adeh

      Delete
  9. boleh x nk repeat lg hari ni? hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi. Mesti ko teringat-ingat french fries dia. Haha

      Delete
    2. x... teringat kat staf dia haahahahahahahah

      Delete
  10. Assalamualaikum.

    Wah,,, baca entri penuh menu di siang hari ni mmg menduga sungguh . ehhehehe
    nampak sedap2 semua yee.e....

    Selamat berpuasa. Semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang Ramadhan ini. Amiinn.

    ReplyDelete
  11. Hai Sal. Menariknya nampak makanan kat situ 😍

    ReplyDelete
  12. nampak macam menarik dan sedap mata memandang ni. salam blogwalking kawan-kawan blogger semua.

    ReplyDelete
  13. eh awal.... Uyum dah pilh pemenang tau..
    jom tgk sape yg kena hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru perasan komen ni. Hehe. Oklah nanti nak jengah jugak entry

      Delete
  14. sedapnya... blogwalk , singgah follow blogsal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks follow sini. Nanti saya follow balik

      Delete
  15. Sudilah kiranya menyertai giveaway sulung saya ni https://fairusmamat.blogspot.com/2021/04/giveaway-buku-himpunan-kuih-muih.html?m=1

    ReplyDelete
  16. nasib baik ptg ni akak mmg plan berbuka dgn pasta.. western style.. xde lah mengidam sgt tgk gambo sal.. haha

    ReplyDelete
  17. Tengok pizza tu buat akak teringin nak makan pizza pula buka nanti.
    Ayat sama-sama mengharungi jatuh bangun Liverpool tu memang win!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Rasanya fist time jumpa kat luar dulu pun sebab Liverpool

      Delete
  18. Alamak silap timing lah masuk sini. Awal pagi nau dah tengok makanan sedap sedap. Eh,pestime tengok burnt cheesecake ada topping. Biasa kosong gituh je. Alhamdulillah rezeki orang belanja. Semoga murah rezeki Anies. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Saya pun tak sure betul ke tu burnt cheesecake. Huhu

      Delete
  19. Plan-plan ayam punya pasal mujurlah jumpa juga tempat kosong sebelum berbuka.
    kalau tak kena buka dengan apa yang sempat dululah.

    Semua nampak sedap maybe tengah poser kot huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbuka dalam kete la kalau tak jumpa tempat sebab hujan lebat time tu. Huhu

      Delete
  20. sedapnya menu2 dia sal ^_^
    mmg terliur la jawabnyee heheee

    ReplyDelete
  21. Menarik la menu dia. Mesti sedap ni

    ReplyDelete
  22. yuhuu kak jom lepaks nanti ingat tak plan kite tuu ?? yang nak play tourist tu ? hehehe.. ajooom..

    ReplyDelete
  23. Ouhhh lps dating kt sini video call kacau harraz eh 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tak. Kacau Harraz masa berbuka kat Pavillion.

      Delete
    2. Ohh yeke.. rajin betul korang. Teringat zaman single boleh ke sana sini

      Delete
    3. Teringat jugak zaman sebelum covid. Hehe

      Delete
  24. Sedapnyaa menu nasib baik menepati KPI 😂😂 kenyang ke makan tu? Mcm diet je korang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada diet Nina. Portion dia besar. Itupun bungkus bawak balik. Kuruih dah nak diet kang tinggal tulang je

      Delete
    2. Bungkus tu mmg portion besar la. Sesuai korban ramai2 mkn kt sini ya. Hehe

      Delete
  25. Bestnya jumpa, berbuka sama-sama,menyelerakan hidangan-hidangan tu..bagus restoran yang sediakan surau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tak lama lagi boleh dine in. rindu melepak dengan kawan macam ni

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah