Jalan-jalan KL - Pintasan Saloma

Saturday 7 March 2020

Assalamualaikum semua! Sejak-sejak musim virus ni, cam malas je nak tulis blog. Haha. Padahal takde kena-mengena.

Last week, aku teman BFF aku, ND gi amik kit larian kat Kampung Baru. Sambil-sambil tu dia ajak la usha Pintasan Saloma yang baru dibuka. Siapa yang ulang-alik lebuh raya AKLEH mesti perasan kewujudan jejantas viral ni. Aku pun setuju aje sebab dah lama tak jumpa. Lagipun, kalau nak pergi mana-mana tanpa kehadiran pelancong asing, ni lah masanya. Kalau musim pelancong ramai memang sesak lah.


Kalau naik kereta, boleh parking di Kampung Baru. Tak digalakkan untuk orang yang tak familiar dengan jalan KL dan kawasan yang dibenarkan parking. Golongan tersebut (termasuk aku), better naik LRT dan turun di stesen Kampung Baru. Jalan sikit je dah nampak 'menara' untuk naik ke Pintasan Saloma. Lif disediakan, tapi 2 sahaja. Kalau malas tunggu, gunakan tangga. Exercise sikit. Nanti boleh top up balik kalori tu sebab kat Kampung Baru banyak kedai makan.


Dekat tangga nak naik lagi dah boleh tangkap gambar cantik-cantik. Tapi gambar aku bese jelah HP pun cap Liverpool ayam

Penuh dengan BBNU posing. Macam-macam gaya

 Nak jugak..


Orang lain datang siap OOTD, mekap tebal. Aku datang lepas balik kerja dengan tshirt sempoi, tudung tak menjadi dan muka berminyak. Nantilah aku datang lagi sekali pakai helok-helok dan bawak kamera cun sikit.


Thanks ND! Walaupun asalnya aku yang teman kau, tapi hakikatnya kau yang teman aku. Aku agak down on that day so bila ko ajak jalan-jalan rasa terubat sikit hati. Korang tolong doakan kawan baik aku ni murah rezeki dan panjang umur serta sentiasa sabar melayan kerenah aku. Aku mengaku, perangai aku ni agak annoying sometimes, sebab tu walaupun ramai kawan, aku tak ramai kawan baik. Luaran aku nampak periang dan kelakar tapi hakikatnya sisi gelap aku tak semua orang boleh terima. *Ko ingat ni Star Wars ke ada dark side plak hek eleh*

 Ha..baca ni. Jangan tanya aku macam-macam


Dari atas Pintasan Saloma, boleh nampak Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, tempat bersemadinya Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarhamah Saloma. Al-Fatihah untuk arwah berdua dan semua saudara Islam yang telah pergi dahulu sebelum kita.

Pintasan Saloma ni if korang nak datang dari KLCC pun boleh. Ada parkir motor berbayar di area Restoran NZ. Parking kereta area Restoran NZ or dalam Suria KLCC pun boleh. If datang dari Suria KLCC, naik tingkat G (nampak kedai Coach) dan keluar ikut exit Ampang Mall dan belok kanan. Jangan ikut Ramlee Mall pulak ye, terpusing-pusing korang jap lagi.

OKlah, tu je aku nak cerita. Jaga kebersihan dan keselamatan diri hokay! Take care gais!

25 comments

  1. ammvoii sonoknuer jalan2 kuboran dgn kawan.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya wak dh pegi saloma link ni mingu lepas.. sibbaik x jumpa khannns.. :p

      Delete
    2. Haha. Sib baik tak jumpa. Nanti wak ajak amik gambar. Saya ni pemalu orangnya.

      Delete
  2. Waalaikumussalam. Cantik tengok lampu tu warna-warni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampu warna warni tu akan sentiasa bertukar. Memang cantik

      Delete
  3. Bolehlah pergi kalau singgah KLCC.

    ReplyDelete
  4. Bila entah nak daapt pergi sini. ALmaklumlah, jarang turun KL. Hehe

    ReplyDelete
  5. lawa tak melawat kl, byk tpt baru skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni paling latest. Saya yang orang kl pun tak habis jalan

      Delete
  6. dekat dah ni.. tapi hold dulu hahahaha

    ReplyDelete
  7. wah posing gaya cekak pinggang...hehehehe lamanya tak pergi KLCC...huhuhu

    ReplyDelete
  8. Oh! bawah pintasan tu boleh nampak kuboran jalan Ampang ya... huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis. Kalau jalan kaki dari pintasan ke KLCC, akan lalu tepi kuburan tu

      Delete
  9. Lawanya.. seronok jalan-jalan macam nie..

    ReplyDelete
  10. Cantik..belum sampai lg di sini..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Benda tengah viral. Lagipun ni sebelum gelombang covid

      Delete
    2. agak2 skrg ni ramai lg ke tak.

      Delete
    3. Dah sendu. Tak ramai dah orang rasanya

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah