KL to Kuala Selangor to Sekinchan

Wednesday 11 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Wrap up entry bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. Tak semua tempat yang aku senaraikan ni aku pergi. Ada yang terpaksa skip sebab faktor masa dan tenaga. Travel at your own pace. Lagipun kali ni aku pergi bersama mak dan ayah, so tak boleh lah melasak macam dengan kawan-kawan.

Tempat menarik di Kuala Selangor:

Bukit Malawati. 

Taman Alam Kuala Selangor . Ia terletak berhampiran Bukit Malawati. Sesuai untuk pencinta alam sebab boleh lihat habitat burung liar, hutan bakau, tasik air payau dan pelbagai flora fauna. Info lanjut boleh rujuk di SINI

Pasar Basah Pasir Penambang. Port seafood murah dan sedap. Jangan lupa bawak bekas Coleman untuk bawak balik masak di rumah atau di homestay. 

Sky Mirror (check dengan travel operator yang menyediakan perkhidmatan ke sana untuk waktu operasi)

Tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan. If nak pengalaman lebih menarik, boleh pergi yang di bawah kelolaan MDKS sebab naik sampan.


'Blue Tears'

Kampung Bukit Belimbing Firefly Park Resort. Resort yang turut menyediakan kemudahan bot untuk melihat kelip-kelip. 

Tempat menarik di Sekinchan:

Padi Box. Tempat penginapan ala kontena berwarna-warni yang terletak di tengah-tengah sawah. Memang viral tempat ni. Boleh dikatakan antara pilihan utama untuk menginap di Sekinchan

Ah Ma's House. Bukan rumah jagaan orang tua-tua tapi 'mini muzium' menempatkan perabot dan hiasan rumah lama. Kalau datang sini rasa macam balik rumah nenek kat kampung. Ada jugak jual kuih kapit dan loveletters tapi aku tak pasti status halalnya. Ada sesape yang tahu?

Pantai Redang

Galeri Padi Sekinchan. Boleh belajar segalanya tentang padi di sini termasuk melawat kilang memproses padi untuk dijadikan beras. PKP ni pihak PLS Marketing tak bukak lawatan untuk orang awam, so aku tak dapatlah pergi.


Sawah padi. Cubala menginap di homestay berhampiran sawah padi. Petang-petang boleh main basikal atau layang-layang.

Tempat makan best di Kuala Selangor:

Cendol Bakar Kuala Selangor

Restoran Dinding Gelas Besar

Rabitah Catering




Mee Udang Banjir

Warung Dimyati Roti Canai Pelangi

Warung Udang Galah

Soto Pasir Penambang



Satay Hut Tanjung Karang

Tempat makan best di Sekinchan:

Mee Udang King Original

Abah Ikan Bakar

Aji Mentarang Bakar

Faridah Mentarang Bakar

Restoran Lembah Bernam. Pernah datang sini 6 tahun dahulu.

Tempat-tempat yang aku senaraikan hanya cadangan sahaja. Macam aku sendiri dari KL kami singgah makan sahaja di Kuala Selangor kemudian terus se Sekinchan (lebih jauh). Malam pertama tidur di Sekinchan, malam kedua di Kuala Selangor sebab dah tau habis tengok 'Blue Tears' dah lewat malam. Itinerary boleh adjust ikut korang datang dari arah mana. Nasihat aku pergilah yang jauh dulu. Nanti takdelah penat untuk perjalanan balik.

Tu jelah nak share. Entahlah entry jalan-jalan dan travelogue ada lagi ke tidak orang baca di musim pandemik ni. Aku tak tau sangat nak menulis kisah lain. Entry ni lama terperuk dalam draf, akhirnya aku publish juga.

Untuk yang sudi membaca, terima kasih. Semoga lepas habis pandemik, entry ini dapat membantu.

48 comments

  1. Pernah makan mee udang di Kuala Selangor.
    Nantilah pergi lagi makan di Kuala Selangor .

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tunggu habis PKP nak jalan jalan ke arah sana.. Tak pernah sampai lagi ..

    ReplyDelete
  3. Semakin direnung gambar-gambar... semakin rindu menggamit agar segera pulang ke kampung laman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni sal...sian kak amie ni... menangis2 tersedu2 dia tgk gmbr kampung dia ni... leng kali letak laa gmbr kampung Bambali ko tu...

      Delete
    2. Allahu. Nanti aku letak gambar kampung aku kat Liverpool. ko jangan nangis pulak

      Delete
    3. eh dan dan nk start yipiel ko pindah kg baru

      Delete
    4. Wakakakakakaaaa......!

      Delete
    5. kak, tlg unfollow dia. dia dah buat akk nangis😆😆

      Delete
  4. Boleh dijadikan panduan pd yg bercadang nk melawat selangor habis perintah berkurung nanti..

    ReplyDelete
  5. Bilalah boleh keluar berjalan-jalan macam dulu ni .

    ReplyDelete
  6. Buat masa ni lawat melawat ni kita kena lupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan-jalan virtual je. kongsi pengalaman dengan yang belum sampai.

      Delete
  7. Menarik ada itinerari, senang rujuk bila nak ke sana, terpikat dengan pasar basah inshaAllah pandemik akan berakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. warga kl dan selangor ada juga ke pasar basah sana balik hari je

      Delete
  8. Boleh baca je dulu, nak pergi tak boleh lagi. Memang dah aim lama nak pergi kat sesetengah tempat ni.

    ReplyDelete
  9. dah lengkapboleh jln2 makan angin lagi sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu selangor naik ke Fasa 2 kak PI. Entahlah bila

      Delete
  10. kalau balik sabak selalu je lalu semua tempat ni tapi tak pernah lagi menyinggah. sedap kan mee udang dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, udang dahla besar-besar. harga pun berpatutan

      Delete
  11. br penah dgr pantai redang ni.. kalau pulau redang tau jugak

    ReplyDelete
  12. Dah lama nak g tempat kelip2 kat Kuala Selangor. Tenkiu sal sebab kongsi itnenary sal ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome. semoga nanti dapat pergi ye

      Delete
  13. pasar basah pasir penambang tu mmg best. 2x g sana 2x singgah

    ReplyDelete
  14. tau le suka namati arsenal x yah laaa nk tunjuk meriam bagai kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kantoi. Selangor arsenal bersaudara rupanya

      Delete
    2. nk nk yg dok ampang tu. peminat keras kejung gudang meriam hahahahahaahah

      Delete
  15. Slalu Kuala Selangor ni tengok dalam tv ja.. simpan dalam hati, moga ada rezeki jugak nak sampai.. *tumpang lalu naa*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Firah, lama awak tak tumpang lalu sini. Sila-sila, lalu lah banyak kali pun

      Delete
  16. of coz baca entry travel kak sal, sbb rindu nak travel, huhu..boleh bgi senarai ni dekat famili kakak yg dduk hulu selangor..boleh cuti2 dalam negeri..

    ReplyDelete
  17. Bestnya sekinchan kak sal. Sekinchan ni macam hidden germs tau. Teringin nak sampai sana. nak try mentarang bakar!

    ReplyDelete
  18. sunset n sunrise kat sawah padi
    sekinchan pon ohsem gak.. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Tapi yang ni takde gambiran

      Delete
  19. taman alam tu jalan kaki sampai sekerat jalan je, patah balik sbb takut, takde orang..hehe..pergi time weekdays..

    pernah makan di mee udang banjir & cendol bakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi weekdays memang seronok tak ramai orang, tapi kalau sunyi sangat pun takut jugak

      Delete
  20. Salah timingla akak datang sini pagi ni. Perut tengah lapar, automatik otak buat senarai nak makan mi udang, nak makan mentarang ....

    Dulu kan masa muda-muda, rajin tau pergi Kuala Selangor ... Tanjung Karang semata-mata nak beli hasil laut yang baru naik. Gigih konon nak beli ikan dan seafood fresh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, bukannya sekarang dah tua pun. Haha. Tapi kalau Rawang dan Kuala selangor tak jauh mana. Boleh start buat list food hunting sekarang. Perginya entah bila

      Delete
    2. Dah masuk kategori tua dah bila perjalanan pergi balik cari ikan segar tu rasa sengal-sengal satu badan hahahah. Terus rasa macam ikan kat pasar tepi rumah aku ni pun segar gak ;)

      Tapi bab food hunting tu insya-Allah, mampu digagahkan lagi :)

      Delete
  21. Bestnya...makan mentarang tu pun sedap kan. Sebelum virus datang dah plan nak cuti-cuti di kebun padi tapi sekali virus melanda rosak semua program...huhuhu insyaAllah ada rezeki lepas habis pandemik ni boleh jalan-jalan cari makan sambil melayan perasaan melihat pemandangan indah di kuala selangor. perghhhh

    ReplyDelete
  22. Banyak je tempat menarik.. Dah lama merancang nak ke sini juga tapi asyiklah tertunda dan sudahnya langsung tak boleh pergi.. hehehe

    ReplyDelete
  23. Yeay! Thanks Sal dah listkan tempat best. Kena serbu lepas PKP. Ayuh!

    ReplyDelete
  24. Rindunya nak jalan-jalan kat Kuala Selangor, selalunya suka jalan-jalan cari makan je Kak Sue nie..

    ReplyDelete
  25. Mama mmg setiap kali Hala ke Kuala Selangor rasa hepi sgt sebab mcm balik kampung. Suasana dia mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah kan, kita ni duduk bandar, nak jugak tukar pemandangan mata

      Delete
  26. Tak pernah sampai sini lg.. sedap tgk mee udang tu. Tp dh bersalin ni kena pantang mkn mee setahun.

    Cantik view, cuti2 dlm negeri pun not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi negeri orang tak boleh masa ni, kena jadi kreatif supaya ada tempat nak dituju

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah