Sydney Part 8 - Shopping? - Spring Trip Australia

Thursday, 11 December 2014

Hari ketiga di Sydney, pagi-pagi buta kitorang dah bangun sebab nak ke Airport. Tapi bukan sebab kitorang nak balik. Aisy, kalau bukan sebab nak balik, nak buat apa?

Sebabnya, one of our travel mate je nak balik awal sebab ada urusan keluarga. Memang dari awal trip lagi dia dah bagitau yang dia akan balik dulu. Atas semangat setiakawan yang tinggi (skema nya ayat), kitorang pun temankanlah dia ke Sydney International pagi tu. Kalau masa sampai hari tu kitorang naik cab, kali ni kitorang naik kereta sewa, siap dengan supirnya sekali.

Kitorang guna perkhidmatan seorang student Malaysia yang menginap di Malaysia Hall untuk hantar kitorang ke Airport dengan bayaran hanya 50 AUD! Jauh lagi murah dari naik cab sebab harga dia ni fix. Kalau u olls nak contact dia, bolehla email aku. Yelah, kot korang nak ke Sydney dan plan nak menginap di Malaysia Hall, lebih murah bila guna perkhidmatan kereta sewa ni berbanding naik cab.

View dari dalam train

Settle Bella check-in luggage dan dapat boarding pass, kitorang pun bergerak ke DFO Homebush. Ada orang kata kat sini lagi banyak sales berbanding kat Harbour Town . Honestly kalau aku yang buat itinerary, memang tempat ni tak termasuk dalam list. Sebab kat Harbour Town, Gold Coast kan dah shopping, buat apa nak shopping lagi? Aku lagi rela pergi burn duit naik cruise sebab aku teringin nak tengok Opera House di siang hari macam dalam blog orang lain tu. Nak pergi sorang tak cukup keberanian pulak, so ikut jelah. Salah aku jugak, masa diorang tanya kalau ada apa-apa nak tambah kat itinerary, aku jawab takde.


Dari Sydney International, kitorang naik train sampai ke station 'Museum', pastu tukar train yang menghala ke 'Strathfield'. Tapi bila dah sampai Strathfield masing-masing nganga lepas tag kad Opal kat gate exit. Aku lah nganga paling luas sekali! Sebabnya...

Tambang 16 AUD dari International Terminal sampai Strathfield! Wargh..tau tak 16 AUD tu banyak mana? Almost RM 48 tau! Semata-mata nak naik train. Aku syak train 'Airport Line' tu yang mahal. Macam naik ERL.

Takpe, rileks, bak kata Mak aku "kalau tak nak duit habis, jangan gi berjalan. Duduk rumah diam-diam". 


 Ada empat pilihan bas nak DFO Homebush

Turun je dari train, terus cari exit to Everton Road, nak naik bas ke DFO. DFO ni bukak dari pukul 10 pagi sampai 6 petang sahaja. Masa nak naik bas tu dengan tenang tag Kad Opal, sekali tengok balance kad tak cukup. Aiyok, kalutlah masing-masing dok cari syiling nak bayar tambang. Nasib baik driver bas ni sabar je tunggu walaupun sebenarnya kitorang risau bila kitorang dok terhegeh-hegeh tu, jadual perjalanan dia akan tertangguh. Yelah, public transport kat sini memang menepati jadual.


DFO ni interior dia sama je macam shopping complex lain kat Malaysia..Tapi aku suka sebab tempat duduk banyak! Bukan macam kat KL ni, kaki nak tercabut pun terpaksa gagahkan berjalan dengan beg plastik penuh tangan. Aku banyak duduk-duduk je, tengok gelagat omputih. Suka tengok gaya diorang yang kurang gila gadget. Anak-anak kecik diorang takde dok pegang handphone or tablet kat meja makan. Kalau duduk sorang-sorang or santai-santai, biasanya ada buku or surat khabar yang meneman. Aku segan nak tangkap gambar kang diorang ingat aku stalker pulak.

Aku pun takdelah nak shopping apa sangat. Jumpa kedai ala-ala 'Stadium', ada satu corner kecik jual merchandise Liverpool, tapi collection dia sikit, pastu biasa-biasa je.

Food court kat DFO ni banyak jugak pilihan. Ada satu kedai ni, ada cop halal, menu dalam bahasa Melayu lagi! Tengah dok usha lauk-pauk yang ada (konsep ala-ala nasi campur) ternampak sejenis lauk yang tak berapa nak menyelerakan iaitu..

Sweet and Sour Pork

Terus hilang selera Kak Sal dan rakan-rakan nak makan situ. Terus cinta beralih arah ke kedai kebab. Memanglah lauk tu dalam tray lain, tapi yelah kalau dah bercampur halal haram tu dah jadi syubhah lah kan.

Yang tak bestnya, DFO ni takde surau.So, terpaksa bergegas balik. Tapi, sebelum balik, diorang nak ke satu tempat lagi. Oh, mungkinkah misi naik cruise tengok Opera House dari jauh akan tercapai?


Hipokrit tau pompuan ni kata tak suka shopping..beg plastik pink besar gedabak tu apo?

Perjalanan balik, instead of ke station 'Museum', kitorang terus menghala ke Central Station. Tapi kali ni kitorang beli tiket train secara manual. Malas nak top up kad Opal sebab esoknya dah nak tinggalkan Sydney. Lagipun, kad tak boleh refund. Sayang lah kan.

Kat stesen Strathfield ni banyak jugak platform dia, so kena alert platform mana ada train yang akan ke Central sampai dulu. Apa, tak faham? OK macam ni..katakan train Aliran A kat Platform 3 menghala ke Central sampai lagi 2 minit. Train Aliran B kat Platform 1 menghala ke Central sampai lagi 20 minit. So, kalau nak cepat berlarilah ke Platform 3. Nak tau tu boleh refer skrin yang ada tunjuk jadual perjalanan train.

Tak kuasa makcik nak pening-pening, kita tanya orang je.Hehehe

Sampai di Central Station, ke mana kita? Shopping souvenir la kat Paddy's Market! Ni memang antara tempat yang aku pastikan ada dalam itinerary sebab ramai blogger kata souvenir kat sini murah. Nak tahu murah ke tidak, jom kita terjah..

Nak ke Paddy's Market, kita naik tram. Berhenti betul-betul depan 'pasar' ni.

Paddy's Market ni bukanlah tempat menjual padi, tapi jual barang-barang macam keychain, fridge magnet, T-shirt, mug dan banyak lagilah souvenir kat tingkat satu. Kat tingkat atas pulak ada supermarket ala-ala Giant gitu. Tapi tulah, ia dibuka sampai pukul 6 petang sahaja dan ditutup pada hari Isnin. Plan your trip well ye.


Aku datang je burung merpati lari. Hampeh!!


Ingat nak solat kat sini, kalau sempat dapatlah sightseeing lagi, tapi malangnya takde surau. Kenalah balik ke Malaysian Hall. Semasa perjalanan balik tu menyesal sangat tak top-up kad Opal sebab dapat driver bus perempuan yang cengeng! Cam nak marah je bila kena issue tiket manually. Pastu buat tak tau je tak nak pulangkan baki. Yang paling kitorang bengang, bila kitorang tekan loceng nak turun kat MH, dia tak nak berhenti! Kurang asam gelugoq betoi! Hang mai Aloq Setaq, pala hang aku putaq! Nasib baik ada sorang mat saleh nak turun stesen depan sikit dari MH, barulah dia berhenti. Kalau tak kenangkan jaga nama baik agama dan negara mau aku maki je.

Sampai MH, dah lewat petang, solat Jamak Takhir Asar-Zohor dulu pastu tunggu Maghrib.Sejukkan hati yang membara. Grrr..

Perasan tak entry kali ni tak banyak gambar. Maybe sebab aku lebih seronok menikmati indahnya bandar Sydney dengan mata sendiri. Lagi puas dari melalui lensa kamera. Lagipun, suasana di shopping complex kan, apa sangatlah yang boleh capture. Kalau nak tengok gambar-gambar cantik layanlah entry dolu-dolu.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7

*bersambung*

43 comments

  1. Sal..masa masuk shopping mall ada nmpk kedai pinggan mangkok tak? KY ada plan nak kesana..sambil shoping pinggan mangkok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je tapi dari segi harga saya tak sure plak.maybe ky boleh try klik link official website dfo then tengok senarai kedai yang ada.

      Delete
  2. Kalu segan amik gambar secara direct... Try buat2 batuk... Masa batuk tu amik gambar... He He He...

    ReplyDelete
  3. selalunya org lelaki lbh cool berbanding perempuan . driver tu x nak berhentikan bus sbb geram ler tu agaknya ... tu lah risiko travel ... sabar jer kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Maybe dia ingat kitorang ni bukan tourist tapi student yang duduk kat Sydney .pelik juga nape dia nak marah

      Delete
  4. banyak kak sal shopping. hehe. driver bus perempuan memang selalu emo rasanya kak. kat malaysia ni pun saya pernah jumpa driver bus yg emo :)

    ayat mak kak sal tu win :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg plastik je besar. Isi dia beg seketul je.hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Biasa je farah..tudung pun rotate 3 helai tu je

      Delete
  6. Replies
    1. Beli handbag je satu.hadbag yang ada dah koyak

      Delete
    2. lain kali beli la lebih..utk saya sekali hahahah

      Delete
  7. Wahh.. mesti bnyk shopping ni hehee... driver pompuan tu klu dtg Aloq Setaq masaklah dia.. :D

    ReplyDelete
  8. Berapa jauh Malaysian Hall ke Airport tu eh Sal..cost 50AUD lebih kurang RM150++..jangkaan masa dalam 1 jam ade tak?

    Haahaha..ofcoz lah mahal kalau nak Aiport Rail tu..kiranya sblm naik x jangka lah FEE begitu ye Sal

    Sbo je lah..tulis halal tapi ada 'campuran' di situ..nampak nya pelu lebih carefull kalau n mkn di kedai Hala Sydney kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak ingat berapa lama, tapi takdelah sampai sejam kot.ramai takpelah jugak naik cab, lagi jimat kot dari naik train n bas.memang tak expect tambang semahal tu.huhu

      haah,maybe dia masak asing, tapi kalau hati dah was-was dah dikira 'haram' lah kan?

      Delete
  9. panjang sgt nk kmen..sambung lagi kat bawah heee:

    ishh...nampak kan beza driver lelaki dan perempuan..yg pertama tadi cool je wktu korang cari syiling yg pompuian nih...aduhai..xkan kerana dek kita bertudung dia nk cengeng giteww..ishh..cam nak lesing je haha..nampak x sis JM yg hemo dgn org mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia ingat kitorang ni student yang duduk Sydney kot?kat sana kan ramai foreigner, maybe dia tak dapat bezakan -sangka baik walaupun bengang-.tapi memang bengang giler time tu.kenangkan kitorang turun depan MH, nanti kalau marah dia, orang kata Malaysian tak sopan pulak..huhu

      Delete
  10. Assalam sal..
    Sib baik perasanyg sweet sour p....k tu kan, kalau tak kes naya

    ReplyDelete
  11. betul...kadang kita lebih suka nak menikmati pemandangan daripada ambil gambar...^_^

    ReplyDelete
  12. bestla dapat shopping situu. ^^

    ReplyDelete
  13. Aduhai...puas berjalan².. Best seyh..

    ReplyDelete
  14. kalau dah namanya perempuan, taknak shopping pun tershopping jugak.. paling2 plastik kecik sejemput. haha

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..dalam bercuti ke luar negara tidak lupa menunaikan kewajiban bersolat.

    ReplyDelete
  16. alahai ada gak ya driver bas prgai cm tu.. hurm sabaq je la kan....

    ReplyDelete
  17. Posing sakan Dik Non.....syoknya gi shopping...
    Bila la akak dapat gi sana...

    ReplyDelete
  18. smpi ati ko sal...rupa2 nyer ko da smpi liverpool dulu... everton road tu adalah buktinya...usah ko nafikan....sob sob sob....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tu belum g tangkap gambar kat Liverpool Street lagi tu, kalau tak lagi makan hati ye.rileks anies..kan kita nnk g Anfield tahun depan. Dah boleh mula menabung.haha

      Delete
  19. wahhh rajin nya shopping time holiday...kite selalu budget trip jer, kalau gi xleh lah nk shopping... :D btw, lawaklah ayat akk sal, 'kalau hang dtg alor setaq, kepala hang aku putaq'....marah bebenornya yer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh aisya, awak tak tau betapa kedekutnya akak.hehehe. tu jelah seketul handbag akak beli.lain-lain tu souvenir.akak kalau harga lebih 50 AUD memang tak beli sebab time tu 1AUD almost RM3.akak holiday jarang shopping.kalau tak kerana travel mate yang lain,tak sampai DFO ni.entah akak dok kat atas bumbung opera house.haha

      Delete
  20. ketinggalnlah kak Ros ni. baru tahu yang Sal ke sana.. bestnya Sal.. :)

    ReplyDelete
  21. Malas ar nak baca pasal trip Ostolia ni.....tau tak kenapa? Mak jeles nak.....mak tak dpt pegi hihi

    ReplyDelete
  22. Driver perempuan biasalah emosi je lebih. Tapikan Sal, kalau kena marah dengan James Franco, mesti sengih je sampai balik Malaysiakan, kan, kan!

    Alamak! Ada juga benda ni buat sweet sour. Menatap tulisan aje dah hilang selera makan! Tak shopping, tak shopping ada juga plastic bags di tangan! Serius tak faham orang perempuan nih *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..orang perempuan tak tahan godaan.hihihi.tapi kalau kena marah ngan James Franco saya redha je..hihihi

      Delete
  23. Mak oiii mahalnyaa tiket train sampai Ram48.
    Macam tu ea pesanan mak Sal? Betul jugak kata dia.

    ReplyDelete
  24. ada juga driver perempuan ye kat sana.. perangai macam tu, gaduh dengan boypren kot. hehehe.. sabar je la.. adoi...

    ayat mak kak Sal tu sangat menyentap hati dan perasaan. hahaha... macam nenek saya juga. x bagi jalan sangat ni... sebab tu saya banyak duduk dalam rumah je... tapi kalau nak travel, memang x gtau nenek. nnti nenek bising kalau g dengan member je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..akak dulu masa belajar pun takde nak jalan ngan member ni.dah kerja baru merasa.sebab Amy muda lagi kot...

      Delete
  25. memang penting ek opal card tuu. garang betul driver tu. sabar jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kat driver lain ok je.dia ni cengeng sikit.ada masalah peribadi kot..

      Delete
  26. huuurm betul betul tu Kak Sal.. kalau travel ni elok la kurangkan tempat shopping. baik attack tempat tarikan. kalo CT pun nak nakk cruise. iols dah la suka bot bot ni.. bahahah paddys market jual padi :P lawak la Kak Sal ni..

    ReplyDelete
  27. seronok tengok perjalanan sal ke sana
    akak ni bukan kata sydney, sabah sarawak pun tak merasa lagi
    memang belum ada rezeki naik kapal terbang =)

    awat driver tu jadi gitu, ke dia rasist =)
    dari pembacaan, australia terkenal dengan sikap tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah