Gold Coast Part 5 - Harbour Town - Spring Trip Australia

Saturday, 18 October 2014

Assalamualaikum and hola semua!!!

Amacam 'rumah baru' I olls? Rumah je baru, tapi perabot lama. Content dulu-dulu aku tak buang, cuma url dan nama blog aje yang ditukar. Tak payah la nak ungkit cerita nape aku buat renovation  tu semua, life goes on kan? Hari ni nak sambung entry Australia yang dah a few days tertunggak.

Untuk yang terlepas previous entry boleh jenguk sini:

Part 1 - Tetiba aku ada kat Australia
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World
Part 4 - Warner Bros Movie World

Hari ke empat di Gold Coast kami ke Harbour Town plak. Harbour Town ni merupakan kawasan membeli-belah. Ni official website dia : Harbour Town . Tak macam shopping complex kat Malaysia, Harbour Town ni dibuka dari pukul 9 sampai 5 petang je setiap hari. Bestnya kerja salesgirl kat sini, tak payah nak mengadap customer sampai lewat-lewat malam!


Untuk ke Harbour town, we olls naik tram dari stesen Cypress Avenue ke stesen Griffiths University. Pastu, kitorang naik bas nombor 709 yang akan berhenti betul-betul depan shopping complex Harbour Town ni. Bas nombor 719 pun boleh.

Jauh jugak nak ke Harbour Town, makan masa dalam sejam. Enjoy je scenery sepanjang jalan sebab kebetulan hari tu cerah. Langit pun biru. Memang jamu mata lah!


Bas akan berhenti betul-betul kat depan shopping mall Harbour Town. Sampai saja, we olls terus cari Harbour Town Tourism Lounge. Kat sini diorang akan bagi layanan special untuk tourist macam bagi kad diskaun, refreshment (coffee and tea!) dan kemudahan simpan barang.



Nak ikutkan, Kak Sal korang ni bukanlah kaki shopping. Jenis yang tak kisah pakai brand apa. Asalkan cantik dan selesa aku sapu je. Tapi, kalau u olls nak tahu, kat sini barangan branded memang murah! Sampaikan aku yang bukan kaki shopping ni tak pasal-pasal terbeli seluar jeans Levi's dan Esprit. Alang-alang dah sampai, takkan nak buat tak nampak kan? Kalau kat Malaysia, aku beli seluar kat Jusco ngan Giant je. Hihihi.

Lagi satu, kat sini perfume sangat murah. Apa lagi, aku boronglah. Tapi sebenarnya kalau takat nak beli perfume, tak payah ke Harbour Town pun, boleh singgah mana-mana farmasi sepanjang jalan kat Surfer's Paradise. By the way, di Australia, farmasi dipanggil 'Chemist'.

Disebabkan dah tak tau nak beli apa, aku pun merayau cari satu kedai buku yang aku jumpa masa mula-mula sampai. Tapi tulah puas pusing tak jumpa jugak. Besar doh Harbour Town nih! Sementara mencari tu haruslah buat gaya tourist, snap gambar sana-sini.

Harbour Town ni bukanlah shopping mall dalam building, tapi open air macam bazaar.

Nasib baik bebudak ramai, kalau tak memang aku yang bergambar ngan Ninja Turtle ni!

Kedai NIKE yang memang besar! Tapi tak jual jersey kat sini. Pelik jugak orang Australia tak gila bola padahal team diorang masuk World Cup kot! Mungkin bolasepak bukan sukan utama, tak macam renang, ragbi dan tennis. Takpelah, takat jersey kita beli kat downtown n Jalan TAR jelah. Macam tak biasa!

Before balik, we olls lunch+dinner kat Nando's. Oh ye, kat Harbour Town ni surau disediakan tapi kena mintak kunci kat Tourism Lounge. Surau terletak di sebelah kedai Cotton On.

Nak balik ke Surfer's Paradise, kitorang naik bas yang sama, cuma tunggu di arah berlawanan. Nah, belanja gambar scenery lagi



Gold Coast  akan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2018, so memang nampak la diorang dah start buat persiapan. Ni tapak untuk buat tempat penginapan atlit kot.

Kitorang balik ke apartment dulu untuk solat sebab kuota 3 hari musafir dah tamat. No more solat jamak ye. So, lepas Maghrib, kitorang decide untuk tengok nightlife di Gold Coast since ni malam terakhir kat sini.

Malam-malam orang buat apa ek kat Gold Coast? Jeng jeng jeng..kita share on the next entry lah! So far gambar aku semua gambar siang kan? Hahaha, saje je nak buat special entry sebab memang banyak aku nak share. Panjang-panjang nanti orang jemu plak!

Till then, nanti sambung lagi ye...

21 comments

  1. nak kumpul duit n melancong ke sana..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, cantik sangat warna langit dia

    ReplyDelete
  3. hahaha akak..!! ni kalau CT pegi ni gigit kuku ajelah. kalo travel mmg duit ngam ngan aje T.T adeeeh..

    ye Kak Sal.. ramai tak mengerti lagi soal jamak ni. tapi masa travel tiga hari then pindah randah tempat jadi dapatlah jamak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pindah randah pun, duduk tempat tu je.kalau jalan-jalan around Gold Coast pun tak sampai 2 marhalah

      Delete
    2. orang banyak ingat selagi kita bermusafir kita boleh jamak.. no no.. tapi dulu CT pun fikir cenggitu. masa buta ilmu sikit kan dulu..
      kalau duduk rumah nenek seminggu maka seminggula jamak. tapi skarang tak dah sebab dah tahu :D

      Delete
    3. akak dulu pun tak tau CT..tapi sejak dapat kerja selalu outstation, pastu dok travel sana-sini memang kena mantapkan diri bab jamak ni.

      Delete
  4. sambung sini kisahnya ye Sal.. memang seronok jenjalan negara orang kan, bertuah Sal.. :)

    ReplyDelete
  5. Serious I am jealous..he..he... tak sabar nak gi...perfume tu memang akan ku borong nanti...

    ReplyDelete
  6. Murah sangat ke? Huhu. Adik ana cakap barang sane mahal. Musykil je rasa. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. perfume murah la ana berbanding yang jual kat sini. yang seluar tu akak beli pasal lepas diskaun dapat 20AUD satu. Dalam RM60. kat sini RM200 lebih kot..lain-lain biasa je.kalau orang gila brand rasa berbaloi lah .Brand sporty cam Nike, Puma, Adidas murah jugak ..

      Delete
    2. mak aihh. murah jugak tu kak. rm60 je. terlepas nak kirim perfume :3

      Delete
  7. seronoknya lahai dapat p travel jauh. kang nk p lagi bwk saya :)

    ReplyDelete
  8. Jualan kat booth tu macam kat Malaysia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, saja main snap-snap gambar sebab dah bosan.hahaha

      Delete
  9. Waahh..cepat betul buat preparation.
    Lambat lagi sukan tu..2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu, excited..prepare awal-awal.hehehe

      Delete
  10. Sama lah,Sal.
    Saya beli baju bukan sebab brand.
    Asal sedap, cantik, menarik dipakai.

    ReplyDelete
  11. SAl..kakt sini lah sis JM beli trech coat warna merah dgn harga RM50 selepas di convert...nasib baik time tu duit tak byk..kalau x mmg memborong kat sini :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau..tau...saya kat dah selongkar blog kak JM.cantik-cantik kan trench coat kat sini.tapi masa saya pergi takde pulak.saya nak beli apa-apa pun saya convert dulu.kalau kat kl boleh dapat harga lebih kurang saya malas nak beli.

      Delete
  12. klu dah branded murah , mmg kena belilah . klu org tanya blh la citer kan . kembang hidung sekejap ... heheheee

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah