Friday, 19 December 2014

Sydney Part 9 - Sydney, aku dah jatuh cinta! - Spring Trip Australia

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Sebelum Spiderman datang bersarang kat blog aku sambil dating dengan Gwen Stacey, moh le kita sambung cerita aku di bandar yang terlajak famous dua tiga menjak ni iaitu Sydney.

Malam terakhir di Sydney, tetibe cam takde idea nak gi mana. Nak naik cruise tak boleh, sebab cruise di Circular Quay tamat seawal 5 petang. Nak gi beach, apa je yang boleh nampak malam-malam buta. Tapi sebenarnya kitorang dah trauma dengan pengalaman balik lewat cam aku cerita dalam entry INI. So, kitorang decide nak ke Surry Hills sahaja.

Disebabkan siangnya dah jumpa driver bus nightmare gara-gara kitorang tak top up Opal card (rujuk entry INI) ,malam tu kitorang gigih pergi ke 7E dan kedai kat stesen minyak berhampiran Malaysian Hall untuk top up. Malangnya perkhidmatan top up kad Opal takde. Convenient store ala-ala 'News Plus' or kedai runcit je yang ada. Menyesal sangat tak top up masa kat bandar!

Walaupun risau, kitorang redha je tunggu bas sambil dalam hati dok doa moga tak jumpa driver sama lagi. Bila bas sampai, kitorang pun naik. Terus jantung aku macam nak gugur bila nampak driver bas tu! Sebabnya,  hensem macam James Franco bak hang! Dia siap buat muka pelik tengok kitorang teragak-agak bila tanya boleh ke tak bayar pakai syiling. Comel sangat! Terus Opera House I'm in love! Ala-ala Eiffel I'm in love la tu. Hihihi.

Inilah James Franco. Muka driver bas tu acah-acah mamat ni lah.

Well..ada apa dengan Surry Hills? Kejadah pulak nak manjat bukit malam-malam buta kan. Actually Surry Hills ni sebuah pekan kecil hampir dengan pusat bandar Sydney. One of our travel mate aku nak beli fish oil kat farmasi. Murah la jugak kat sini. Settle membeli kitorang gi ngopi pulak.

Pekan yang comel. Ni je gambar Surry Hills yang aku ada.

Badan dah penat,  esoknya nak tinggalkan Sydney, so kitorang decide untuk balik MH dan packing.

Esoknya kitorang bangun awal sebab nak pergi ke lagi satu attractions kat Sydney. Sempat lagi sebab flight malam.

Gambar diambil dari bus stop betul-betul depan Malaysia Hall, Sydney

Depan Malaysia Hall ada padang lumba kuda. Musim bunga takde race kot?

Miss u Sydney!


Bandar Sydney memang cantik dan bersih. Takde anjing liar or sampah merata-rata. Pemandu-pemandu dia pun berhemah walaupun dengan pejalan kaki.  Kalau kita nak melintas, automatik diorang akan perlahankan kenderaan dan berhenti. Paling best, bila diorang tengok kitorang terhegeh-hegeh nak tangkap gambar, diorang selalu offer nak tolong tangkapkan. Orang-orang dia peramah, murah dengan senyuman dan sangat helpful. Walaupun sekejap je kat Sydney, tapi dah cukup buat aku jatuh cinta kat bandar ni.

So, bila aku baca pasal drama tebusan kat Chocolate Lindt Cafe, Sydney terusik kejap hati aku. Condolences for the victims family members...Terharu tengok diorang masih melayan umat Islam dengan baik despite the tragedy. Diorang pun tahu, Islam bukan agama ganas. Pastu, baca pulak pasal kisah Taliban tembak budak sekolah kat Pakista. Tu pun tragis jugak!! Oh dunia, apalah nak jadi..

Tu jelah entry super pendek dari aku. Nak masuk kerja dah ni. Thanks for reading!

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8

sambung lagi nanti

59 comments:

  1. Mesti seronok sangat kan dekat sana, kak Sal. Saya baca pun rasa seronok.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sory typo..

    bestnya pergi sydney,, hanya mampu melihat hihihi...

    ReplyDelete
  4. Tak bawa balik mamat aussie... Byk yg handsome ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lah boleh bawak balik semudah bawak balik keychain kanggaru, memang dah lama angkut sorang.hihihi

      Delete
  5. sal, kalau betul driver tu james franco acaner? nyesal tak sudah tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bukan, james franco hensem lagi kot..slang pun lain.

      Delete
  6. Replies
    1. eh, kan kita nak gi Anfield?i'm all in je bab jalan ni.apa-apa email je.hehehe.serious nak buat London tour?-ayat macam duit banyak-

      Delete
    2. hang mmg byk $$$$$$$$$$$ kannnnnnnn ;-)

      stanford bridge utk SF capital one laaa

      Delete
    3. Hahaha... email detail nanti. Bila dan bagaimana.

      Delete
  7. Dah tentu tempat mereka, driver bus pun mestilah org dia. Mungkin kebetulan dia hensem hihi...
    Bab keganasan itu memang memalukan. Tapi yg pasti bila keganasan Islam selalu mendapat liputan tak henti-henti seluaruh dunia tapi kalau israel tu keganasan sepanjang hayat, mereka tak ambil pusing... ianya bagai diangin lalu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya setuju 100% kak zakie.kalau baca suratkhabar foreign memang nampak 'pengganas Islam' je yang diorang highlight.padahal Israel, dan even Amerika sendiri banyak buat keganasan diorang tak cerita pun.

      Delete
  8. Super pendek.... spesies akak ni kalau menaip entri. Habis spiderman semua keluar. Hahaha....

    Kebetulan keluar cerita Sydney ye. Tengah panas ni. Nampak memang cantik dan bersih. Lagilah tak boleh lupa ni sebab abang bas ala-ala James Franco katanya. Kalau akak pun sama gak gayanya walaupun ada TMJ di sebelah. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saya kalau menaip memang selalu panjang-panjang.ni kira pendek lah ni.haish, bandar dia cantik, orang-orang dia pun menggoda jiwa.hahaha.tapi tak taulah kot TMJ kak MD hensem lagi..

      Delete
  9. Sumbat kangaroo dalam bag muat tak? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..keychain kanggaru muat lah..hihihi.

      Delete
    2. hahaha si SS ni ! huii ttgk mamat James Franco ni terus dok google. bapak arhh hensem! hahaha

      Delete
    3. haha, memanglah hensem..tah hensem takdelah opera house I'm in love!hihihi

      Delete
  10. Gambar yang last tu terbaiklah Sal...

    ReplyDelete
  11. amboi nak masuk kerja dan lagi noh...
    syoknya.. masyrakat kat sna plak ramah2 lak... memang rasa nak p lagi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tak nak balik..hihihi

      Delete
    2. Orang Kedah pon ramah2 jugak... He He He....

      Delete
    3. hepp Ana orang Perak pon tak kurang peramahnya nih kehkehkeh

      Delete
    4. orang utara memang ramah kan ana....
      org johor ni... ehhhmmmm
      boleh la kot dikategori ramah.. hahahahha...

      Delete
    5. eit...orang Johor pun ramah gak.tuan tanah blog ni orang Johor tau..hehe

      Delete
  12. kt sana kebersihan no.1 kan tu syok dpt dok sana cuma high cost la kan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. true..kalau nak duduk sana, gaji sana okay lah.tapi kalau nak holiday lama-lama rabak lah duit

      Delete
  13. baca bab 9,byk ketinggaln
    so sad psl tebusan tu..

    ReplyDelete
  14. ok lah ni . gambar pun banyak juga kan ... seronoklah bila rakyatnya mesra . kat m'sia pun x mcm tu kot ... heh heh .

    ReplyDelete
  15. tak de ke dapat abam2 idung mancung untuk bekalan masa depan ??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Kalaula semudah bawak balik fridge magnet.

      Delete
  16. Wah... Seronoknya ye? Jeles you.. Nak pegi juga..

    ReplyDelete
  17. ok, itu sgt ensem..oh my! mesti sedih nak tingglkn aussie..tpi dlm msa yg sma excited nk balik umh kan..

    ReplyDelete
  18. wahh...dh jatuh cinta dgn Sydney ya...

    ReplyDelete
  19. Ngeri baca Taliban bakar cikgu hidup2 depan murid tu.

    ReplyDelete
  20. Owh..sempat lagi lah jalan-jalan sebab flight malam. Tak ambik gambar dengan driver bus ensem tu?

    ReplyDelete
  21. besnya la hai dok baca pengalaman kwn2 blog ni dok travel merata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suruhlah si SS tu ajak sekali kalau travel..hehe

      Delete
    2. ana swuh SS blnja lah... hehhehe
      jom ana p travel skli....

      Delete
  22. seronoknya berjalan2 kat negar orang. mesti banyak pengalaman yang dapat. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tengok budaya orang adalah pengalaman yang paling berharga..that's the best part of travelling.ewah, speaking pulop...

      Delete
  23. oh my god! kalau lah driver bas sama hensem dekat malaysia ni, hari2 saya naik bas tu. hahahahahhahaha... ada dulu sorang, bawa monorail. hensem sangat! sampai semua xde terhegeh hegeh nak masuk sebab terlalu asyik pandang mamat tu... hahahaha...

    bestnya sydney. one day, nak g sana juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Sydney tak boleh wat gitu.ikutkan, siap ada signboard 'do not disturb driver' lagi...hehe

      Delete
  24. itu lah kak. tetiba je kan. sorang yg buat, habis semua kena cop.

    ReplyDelete
  25. seronok melihat negara orang yg bersih, penduduknya berbudi bahasa, berhemah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. .bilalah berpeluang gi Jepun

      Delete
  26. Omg! Nape ensem sgt muka driver bas dia. Hoho. Wpun ala2, tetap ensem, kan? kih3

    ReplyDelete
  27. Comellah gambar awak bawah tu Sal.... dah kalau orangnya slim melim cantik je walau pose apakan Sal .... Dah driver muka mcm Jamesd Franco tak menyelpie bersama ke? haha...... kotnya dia tak? Menyamar, mana tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak nak lah.bahaya tau, James Franco sekarang kena target dengan North Korea sebab filem baru dia.

      Delete
  28. Kak Sal tulis Jamea Franco den tertanya siapalah beliau.. skali daaa scroll..!! hey si OZ hahaha.. kalo bus driver kat sydney cem OZ den pun taknak balik meeeesia kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...nasib baik dia tak buat magic dalam bas tu..hihihi

      Delete
  29. kalau camtu punya handsome, akak pun lupa sat MyChintaHati kat sebelah =)
    so kira hikmah disebalik jumpa driver pompuan yang hangin tu
    dapat jumpa pula driver lelaki yang handsome persis james franco =)

    oh ye ke diorang okay? tak penah p tapi
    dengar cite orang aje kata mereka rasist...hehe
    so moralnya, jangan mudah buat assumption =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, ada jugak yang racist, tapi tak tunjuk kot.just that cara dia pandang kitorang yang bertudung ni semcam je.siap ada budak kecik nampak saya dalam toilet, tetibe muka dia berubah cam takut je.saya terus keluar kang buatnya budak tu nangis ke apa terus jadi drama tiga empat babak. oh tidak!

      diorang macam kita jugak, ada yang racist, ada yang tolerant.

      Delete
  30. ye setuju dgn Sal..Sydney mg BEST sgt terutama cuaa yg sejuk dan lanngit yg biru..nyaman je kat sanax de pencemaran udara..kalau ada peluang sis JM nk repeat lagi Sydney bersama insan tersyg chee wah hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..moga tercapai impian kak JM.yup, saya pun teringin nak repeat Sydney.kan ada cita-cita poyo nak gambar wedding depan Opera House..haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com