Before we begin, maybe korang nak baca ni dulu:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Kalau tak nak baca pun takpe. Kita sambung je terus kisah budak gayat di Blue Mountain. Gitu-gini pun sila beri tepukan gemuruh kat Kak Sal korang sebab berjaya naik Cable Car. Siap pandang bawah tu beb!
Bila
tengok jam dah nak pukul 3 kitorang tetibe rasa tak sedap hati sebab
belum solat. Kul 5.45 petang dah Maghrib. Memang pening sebab kat situ
takde surau. Rasa nak cari je tempat lapang, pastu bentang sejadah.
Redha je, walaupun hati tu masih ada rasa takut orang sekeliling akan
pandang slack. Dahlah time tu start hujan balik.
Pastu baru perasan yang kompas kat sejadah tercabut la pulak! Cmane nak tau arah kiblat? Last-last kitorang decide untuk balik ke stesen keretapi Katoomba, konon nak kejar train kul 3, sempat sampai Sydney kul 5. Kena cut short trip Blue Mountain ni. Tak dapatlah naik Scenic Walkway dan explore lagi. Takpelah, sembahyang tu kan kena diutamakan walau dalam keadaan apa sekalipun!
Tapi gitu gini tunggu bas semua, sampai Katoomba dah kul 3 lebih. Memang tak sempat, train pun tiba lambat lagi. Sekali nampak sorang omputih ni. Tanya dia, handphone dia ada aps Compass tak? Dia kata takde, tapi dia ada Maps. Once dah detect north, tengok matahari, agak-agak mana West, kitorang pun solat jamak takhir Asar-Zohor kat stesen keretapi. Mujur time tu orang tak ramai dan takde train lalu.
So, untuk korang yang datang ke Blue Mountain, plan lah elok-elok waktu solat semua. Kalau tak, jadi kitorang, habis masa kat stesen keretapi je. Lama jugak nak tunggu train datang. By the time train sampai kitorang dah cemuih dah posing kat stesen Katoomba ni. Perut pun dah meragam minta diisi.
Sabar ye perut, kita balik Central Station dulu, pastu nak cari Kasturi Cafe' yang famous tu. Cafe' tu milik orang Malaysia. Memang baca ramai blogger travel ke Sydney akan makan kat situ.
Perjalanan balik ke Central Station, hari dah nak malam, so memang sepanjang perjalanan tengok luar tak nampak apa.
Sampai ke Central Station, tetibe pening tak tau nak keluar ikut mana. Central Station ni besar tau, exit pun ada banyak. Salah keluar pintu entah ke mana-mana lah korang nanti. Berdasarkan alamat yang kitorang research, Cafe' ni terletak di George Street. So, sekarang ni cabaran dia adalah nak ke George Street.
Aku lupa kitorang keluar ikut exit nombor berapa. Sebab masa tu memang tanya orang je. Perut pun dah lapar, angin dah masuk kepala, mana nak ingat tangkap gambar ke apa. Dah terbayang-bayang nasi je.
Aku memang tak ingat direction ke Cafe' Kasturi cmane, so janganlah tanya di ruangan komen ye. Sebab aku ni, bila blood pressure dah drop, lapar sampai menggigil memang takde mood dah nak tangkap gambar atau nak ingat jalan. Yang aku ingat, lalu Sydney YHA, budget hostel for backpackers. Dengan bantuan orang-orang Sydney yang baik hati, sudi allocate time untuk tourists cam we olls ni, jumpa jugak George Street!
Tapi, mana Cafe' Kasturi? Masuk satu kedai ni, tanya staff kat situ. Diorang pun bagi pinjam handphone untuk Google Map. Rupa-rupanya dah 'permanently closed'. Cafe' Kasturi hanya tinggal kenangan, kitorang tak merasa lah nak makan kat situ. Sekarang dah digantikan dengan restoran 'It's Time for Thai' ni. Alhamdulillah, halal! So, dinner+lunch kitorang kat sini lah.
Settle makan, nak ke mana kita. Perut dah kenyang, tenaga dah replenish, takkan nak balik Malaysian Hall kot...Nanti kita sambung lagi ye. Thanks for reading peeps!
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Kalau tak nak baca pun takpe. Kita sambung je terus kisah budak gayat di Blue Mountain. Gitu-gini pun sila beri tepukan gemuruh kat Kak Sal korang sebab berjaya naik Cable Car. Siap pandang bawah tu beb!
Nampak waterfall kat bawah tu
Pastu baru perasan yang kompas kat sejadah tercabut la pulak! Cmane nak tau arah kiblat? Last-last kitorang decide untuk balik ke stesen keretapi Katoomba, konon nak kejar train kul 3, sempat sampai Sydney kul 5. Kena cut short trip Blue Mountain ni. Tak dapatlah naik Scenic Walkway dan explore lagi. Takpelah, sembahyang tu kan kena diutamakan walau dalam keadaan apa sekalipun!
Tapi gitu gini tunggu bas semua, sampai Katoomba dah kul 3 lebih. Memang tak sempat, train pun tiba lambat lagi. Sekali nampak sorang omputih ni. Tanya dia, handphone dia ada aps Compass tak? Dia kata takde, tapi dia ada Maps. Once dah detect north, tengok matahari, agak-agak mana West, kitorang pun solat jamak takhir Asar-Zohor kat stesen keretapi. Mujur time tu orang tak ramai dan takde train lalu.
Balik ke Katoomba (pronounce:ketumbar)
Patutnya awal-awal sampai check timetable ni dulu
So, untuk korang yang datang ke Blue Mountain, plan lah elok-elok waktu solat semua. Kalau tak, jadi kitorang, habis masa kat stesen keretapi je. Lama jugak nak tunggu train datang. By the time train sampai kitorang dah cemuih dah posing kat stesen Katoomba ni. Perut pun dah meragam minta diisi.
Muka sememeh..letih campur lapar
Perjalanan balik ke Central Station, hari dah nak malam, so memang sepanjang perjalanan tengok luar tak nampak apa.
Sampai ke Central Station, tetibe pening tak tau nak keluar ikut mana. Central Station ni besar tau, exit pun ada banyak. Salah keluar pintu entah ke mana-mana lah korang nanti. Berdasarkan alamat yang kitorang research, Cafe' ni terletak di George Street. So, sekarang ni cabaran dia adalah nak ke George Street.
Rasa macam dalam filem Hollywood bila kat Central Station ni
Aku lupa kitorang keluar ikut exit nombor berapa. Sebab masa tu memang tanya orang je. Perut pun dah lapar, angin dah masuk kepala, mana nak ingat tangkap gambar ke apa. Dah terbayang-bayang nasi je.
Aku memang tak ingat direction ke Cafe' Kasturi cmane, so janganlah tanya di ruangan komen ye. Sebab aku ni, bila blood pressure dah drop, lapar sampai menggigil memang takde mood dah nak tangkap gambar atau nak ingat jalan. Yang aku ingat, lalu Sydney YHA, budget hostel for backpackers. Dengan bantuan orang-orang Sydney yang baik hati, sudi allocate time untuk tourists cam we olls ni, jumpa jugak George Street!
Tapi, mana Cafe' Kasturi? Masuk satu kedai ni, tanya staff kat situ. Diorang pun bagi pinjam handphone untuk Google Map. Rupa-rupanya dah 'permanently closed'. Cafe' Kasturi hanya tinggal kenangan, kitorang tak merasa lah nak makan kat situ. Sekarang dah digantikan dengan restoran 'It's Time for Thai' ni. Alhamdulillah, halal! So, dinner+lunch kitorang kat sini lah.
Settle makan, nak ke mana kita. Perut dah kenyang, tenaga dah replenish, takkan nak balik Malaysian Hall kot...Nanti kita sambung lagi ye. Thanks for reading peeps!
Teringinnya melancong ke australia..
ReplyDeleteSeronok tak pekena makanan thai kat situ.. nasi pattaya ade hehee.. Nice sharing Sal.. :)
ReplyDeletekurang pedas..hehe.tapi kat sini je boleh dapat nasi beras putih sama cam kat Malaysia
DeleteBest baca catatan perjalanan Sal. Nama kedai Thai tu comel lah :)
ReplyDeletebila baca tajuk pun entri pun sis dah boleh guess..kenapa bebudak ni nak cari Kasturi Cafe? bukan ke dah CLOSED..sbb dulu pun sis stay kat Hotel di Geroge Street mmg x d cafe tu..bila baca sampai habis..ingatkan korang jumpa lah cafe tu heeee...betul sangkaan sis...korang x jumpa :-)
ReplyDeleteyelah, baca kat blog lain ramai yang makan situ, tu yang berangan nak cari gak..rupanya takde.
DeleteKak Sal ko mmg terbaeklah..... dahlah berjaya naik cable car solat pulak kt stesen ketapi, mmg tabik spring mak tau hihi... Susah jugak gi negara orang yg tak de tempat solat ni jadi terkejar kejar kita...
ReplyDeleteKasturi dah takde rupenye.
ReplyDeleteNasib baik diganti dengan kedai makan jugak:)
Tinggal kenangan... :)
Deletememang respect dengan kak sal.. terbaiklah ..excited pulak tgk journey nie
ReplyDeletehik3, syiannya..tringat pulak time timm dgn abg g jejln ipoh..sama jugak le mencangak je dgn google maps, serius membantu..haha~
ReplyDeletebrape ketinggian air terjun tu? ada mcm niagara x?
ReplyDeletetak sure la anies..taula pergi takde tourist guide.tapi rasanya tak setinggi niagara
Deleteagak mencabar jugak ye kak sal nak cari kedai makan. cantik waterfall tu. kalau la boleh singgah. hehe
ReplyDeleteIngatkan nak sambung telemovie "Nak dapat pun susah.." rupanya cerita kat Sydney... Tak apalah, nanti cepatkan ending telemovie tu yer..? Tak sabar tunggu..
ReplyDeleteKY takut naik cable car..gayat rasanya..
ReplyDeleteaaa, boleh bayangkan perut lapar and masuk angin. nasib baik dpt bedal nasi. saya respect dengan korang sebab cuba jaga waktu solat. i salute youu!
ReplyDeleteCayalah, Sal! Bravo, bravo! Akak tengok gambar air terjun pun dah gayat tahap tak tahu nak kata apa dah!
ReplyDeleteItulah untungnya negara kita, mana-mana boleh nak solat. Tinggal nak dengan tidak je. See, kat negara omputih kenalah solat mana dapat. Nasib baik pandai baca kompas ^_^
Thai pun Thailah janji serumpun. Dapat juga makanan ala-ala kat Malaysiakan.
bestnye
ReplyDeletela, awatnya permanently closed? nasib baiklah It's Time for Thai tu halal. kalau x, jenuh pulalah nak mencari makan..
ReplyDeletebetul, solat perlu diutamakan ^^,
Tengok Central train tu nampak macam platform 9 3/4 di King Cross station je..Erkk
ReplyDeletehahaha..memang rasa macam tu. Pengaruh British sangat kuat kat senibina bangunan kat Sydney ni.
Deletehalamak.. kemana hilangnya kasturi hahaha.. thai pun thaila janji halal yr dak. akak patutnye solat aje kat blue mountain tu. pedulikan org pandang hehehe.. ni suggestion org yang rakus sket hahaha
ReplyDeletewah, dah pernah sampai aussie rupanya. bestnyaa. ^^
ReplyDelete