Sunday, 21 December 2014

Manisnya Cinta di Cappadocia - Manis sangat pun tak sedap

Daripada I bawak you, baik I bawak bersabar, bawak bertenang..


Ada dua sebab aku nak tengok filem ni : Shaheizy Sam dan Fazura. OK tipu, satu je sebab - Fazura. Kalau hero dia somebody yang aku tak kenal pun aku akan tetap pergi tengok. Aku memang minat Fazura dan aku berharap lakonan dia dalam filem ni tak streotype cam filem-filem dia yang lepas.

Filem ni mengisahkan Ifti Liyana (Fazura) yang baru lepas frust dengan ex-boyfriend dia. Tiba-tiba muncul seorang lelaki bernama Nazmi (Shaheizy Sam) yang beria-ia nak memenangi hati Ifti. Sampaikan bila Ifti ke Turki untuk work trip, dia pun ikut sekali. Dari situ bermulalah babak-babak sweet overload boleh kena diabetes. Hehehe.

Seperti dijangka, 'Manisnya Cinta di Cappadocia' penuh dengan babak-babak comel, dialog yang witty dan sweet cam cotton candy, view yang awesome buat kau teringin nak terbang ke sana (Turki kot!),set yang vintage dan colourful serta elemen imaginasi ala 'Secret Life of Walter Mitty'. Tapi somehow, bagi aku cerita ni terlampau sweet sampai ia jadi predictable. Memanglah ni romantic comedy, bukan siri penyiasatan Kindaichi tapi kalau semua dah boleh diagak, aku jadi bosan.

Gitu-gini pun, aku memang puji elemen kekeluargaan yang ditampilkan dalam cerita ni. Time babak Eja tu aku rasa nak nangis.. Babak adik Ryqal dengan Faizal Hussein pun sama. Aku bab jiwang ni kureng sikit, tapi kalau filem tu ada babak kekeluargaan, mohon sediakan tisu banyak-banyak!

Kalau korang tanya aku, cerita ni aku recommend ke tidak, jawapan aku : terpulang! Kalau korang ni suka romantic comedy, suka adaptasi novel (ye, ni filem adaptasi) maybe korang akan jatuh cinta ngan cerita ni. Aku suka romantic comedy, tapi bagi aku filem ni terlampau sweet. Well, lain orang lain pendapat kan. Yang pasti, kalau korang peminat filem-filem Bernard Chauly silalah tonton. Kawan aku kata ni filem terbaik beliau. Aku rasa 'Istanbul Aku Datang' best lagi.

Kalau orang ajak tengok lagi, aku OK je. Hihihi. Dan kalau Shaheizy Sam nak ajak I olls naik belon udara panas kat Cappadocia pun boleh. Takut tinggi? Eh, takdelah..korang salah orang ni..

Till then, thanks for reading.

43 comments:

  1. SS tak pernah miss kalu script writternya adalah Rafidah Abdullah... Especially... Kalu heroinnya pulak si Fazura.... I'ouls kasi Fazura 5 bintang... He He He....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..masa awal-awal tengok tu tertanya-tanya jugak, apasal skrip Rafidah ni cam pelik je...huhu.kawan sy kata dia banyak ikut novel (dia tahu sebab dia dah baca).

      Delete
    2. Skrip dia mesti ada dua alam... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. haah..dia memang open minded sikit..teringat 'pakwe' Beto dalam Istanbul aku datang.hensem kot..

      Delete
  2. sini pon ada si SS ni? sipbaik x buat kelakar kat komen sini. aku ready nk bantai gelak je dah tadi =D

    *ehh hai Sal. kalo ana pon nk tgk filem ni sbb fazura. and yes part kekeluargaan lg touched my heart compared to loving2 nih =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ana nak SS komen apa? Soklan SS pon Cik Ana tak jawap...
      * Abislah cari pasal kat Blog Ni Sal punya... Ha Ha Ha...

      Delete
    2. haha..gaduh plak kat sini. *amik popcorn*

      Delete
  3. gelak2 kite bace, ''manis sangat pon xsedap'' hahahahaha.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan, maybe sebab takde gaduh-gaduh manja langsung kot?macam kuih, manis sangat jadi tak sedap

      Delete
  4. macam best, macam menarik ja. suka la cerita camni, ala2 instanbul aku datang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, kalau suka kenalah tengok.kalau fafa tengok mesti bagi 6 bintang punya!tempat dia lagi cantik dari yang dalam 'istanbul aku datang'.

      Delete
  5. Kakak saya dah tengok ceita ni. Dia suka sangat dengan cerita ni. Dia kata best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. true..lain orang lain pendapat.kawan kak Sal yang lepas tengok pun dok sengih je keluar dari panggung.biasa dia tak macam tu.haha

      Delete
  6. salam kak sal
    nak tanya sikit,, macam mana nak buat comment yang ada reply dia kat bawah komen tu
    kena setup ke,, boleh ajarkan... coz yang ada reply bawah komen lebih kemas,, terima kasih sudi kongsi ilmu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..so far dah dua orang tanya ni..huhuhu.actually, akak pun dapat benda ni lepas buat setting comment menggunakan scrollbar. nanti kalau free, akak carikan coding dia dan buat entry.stay tune ye..huhu

      Delete
  7. hahahha. saya x suka terlampau sweet ni.. boleh terlampau sweet tapi kena lain dari yang lain.. cerita yang kita macam .... wow, i never thought it would be that way. something yang kita x pernah sangka pun boleh terjadi cinta dengan cara gitu. but well, cerita romantik memang klise. kita x boleh buat apa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ironinya kita dua orang ni suka hindustan! romantic comedy memang klise pun...macam filem hindustan.but well, bagi orang yang suka sweet..sweet bolehla.kak Sal kau ni dah jadi bitter lately

      Delete
  8. Suka dengan fazura.. Cantik .. Suka tengok watak dia dalam drama 'rendangg untuk mertua'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu drama raya favourite saya tu..memang sedih tengok lakonan dia dalam tu

      Delete
  9. Akak suka fazura berlakon. Tapi klu sweet leleh + predictable, tak delah sampai nak tgk kat wayang :)

    ReplyDelete
  10. cerita melayu mmg predicatable kan kan? tapi cerita istanbul aku datang tu memang power. tak bosan tengok.

    akak, rinduuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. istanbul aku datang tu akak pun tak terkira dah berapa kali tengok..haha. rindu scha jugak!!!!

      Delete
  11. dua2 pelakon saya suka... nk tgk la....

    ReplyDelete
  12. Ramai yang puji filem ni...nway kita pun suka romantik comedy..sweet aje kan Sal..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, kalau suka romantic comedy kenalah tengok..

      Delete
  13. ada sedih, ada manis..best ni..

    ReplyDelete
  14. Ahaii..macam best je review dia. Ana ni jarang sikit layan citer melayu sekarang. Kalau layan pun, pelakon dia mesti Nur Fathia. Hehee

    ReplyDelete
  15. Eh, bukan ke hari tu belon panas kat Cappadocia tu yang tertonggeng jatuh, Dik Sal? Ada berani lagi nak naik tinggi-tinggi dengan Sam? Tak gayat ke? Akak tau...kalau dengan Sam tu, gayatnya lain macam sikit!

    Ni cerita baru ek? Akak tak tahu pun. Dah lama tak tengok filem melayu (yes, akak memang feeling-feeling omputih selalu...) tapi si Fazura ni memang sukalah tengok. Kalau diikutkan chemistry si Sam dengan Fazura ni patutnya menjadi tapi kalau dah boleh predict, dah terlalu suwiit sangat pun macam tak best jugakkan. Takpalah, akak tunggu kalau Astro First ada tayang cerita ni. Nanti baru fikir nak tengok ke tidak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.kalau ngan Sam lg bertambah gayatnya sebab nak mengada-ngada..hihihi.oh tidak, saya tak curang dengan Johan As'ari!suwiit la kak, nanti tengok la dengan HD..terus dia ajak gi Turki honeymoon lagi sekali.

      Delete
  16. Macam teringin nak tengok jugaklah Sal..... OKje minat Sahizey Sam tu hihi..... Best ar....tapi kalau heroin dia tak terkenal, tak best jugak yek, malas gak nak tengok, nasib Fazura, best gak tu!

    ReplyDelete
  17. ramai yg kata best cerita ni then compare dgn istanbul aku dtg...

    ReplyDelete
  18. sis suka tgk fazura berlakon . nampak natural dan bersahaja ...

    ReplyDelete
  19. Suka fazura juga.
    Paling suka tengok mulut dia masa dia bercakap - manis.

    ReplyDelete
  20. bagus Kak Sal.. terus rasa nanti tunggu sajalah masuk astro hahaha.. tak jadi nak tengok. btw novel ni rasanya CT bace zaman sekolah menengah dulu. adoi sweet sangat ke.. jadi macam tertanya2.. "betul ke ada dalam real life cemtu."

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, memang takdelah CT..kalau kita ni cantik macam Fazura mungkin la jugak.

      Delete
  21. sep la! sama! minta juga dengan fazura
    ada something pasal dia yang buat hati ni tertarik especially muka dia yang cam innocent tu =)
    tapi cite ni tak tengok lagi
    ramai yang kata best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok gak la kak YY, boleh ajak Chinta Hati akak tengok..feeling romantik gitu,pastu boleh ajak dia naik belon udara panas.tak dapat Cappadocia, Putrajaya pun ok.hihihi

      Delete
  22. amoi..nak naik belon panas bersama shaheizy sam katanya hihihi..klau akak yg ajak x nk lah ye hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..kalau kak JM ajak dan belanja saya nak lah, tapi tak boleh tinggi sangat, saya gayat..hahaha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com