Tuesday, 2 December 2014

Sydney Part 7 - Oh My Darling Harbour - Spring Trip Australia

Assalamualaikum semua! Lama tak tulis entry travelog Sydney. So, sebelum aku makin lupa details penting, meh kita sambung dari Part 6.

Settle mengisi perut, kitorang pun balik ke Central Station. Bukan untuk balik ke Malaysia Hall, tapi nak ke Darling Harbour. Untuk ke Darling Harbour, kitorang naik tram dekat depan Central Station. Naik yang menghala ke Dulwich Hill dan berhenti di station Convention Centre. Tambang 5AUD pergi balik. Tiket tram beli dalam tram. Ada konduktor yang akan datang kat korang dan jual tiket. Kalau beli tiket pergi balik, simpanlah slip tiket tu elok-elok. Kalau kena beli lagi kan membazir. Rate duit deme dahle mahal..

Sampai kat stesen, turun n lintas jalan, sampailah ke Darling Harbour.

View kat sini macam kat Hong Kong (ayat macam pernah pergi je)


Cari jugak kot ada kedai kopi yang diyakini halal, tapi nampak macam bar je semuanya

Sejuk-sejuk pun makcik tetap posing

Cockle Bay Wharf..cockle tu kerang..kat sana ada port kerang bakar ke? Tak sempat nak explore..haha

Copyright gambar : G (OK, aku nak beli handphone Sony! Gambar cantik!!1)

Restoran terapung. Copyright gambar : G

Copyright gambar : G

Mana aci korang tangkap gambar tanpa Kak Sal kan! Harus pompuan tudung merah tu nak join. Copyright gambar : G

Settle berposing-posing dan amik gambar kat Darling Harbour ni, we olls pun balik. Udah-udah le tu kan...mentang-mentang sini transport 24 jam, nak melanyak je ke hulu ke hilir ye! Kitorang balik semula ke Central Station (tu je landmark kitorang tahu) untuk balik ke Malaysian Hall.

Sampai kat Central Station, cabarannya adalah nak cari bus stop balik ke Randwick. Kitorang tunggu tram tadi dekat dengan exit to Pitt Street. Turun pagi tadi kat Devonshire Street. Selamba je kitorang redah dalam train station tu nak cari exit to Devonshire Street. Ikutkan mana boleh redah dalam tu kalau takde tiket! Sebenarnya kitorang bukan saja nak buat onar di negara orang. Tapi aku ingat masa pagi nak ke Blue Mountain ada petugas stesen keretapi bagi budak bawak basikal 'tumpang lalu'. So, bila aku nampak gate terbukak, aku pun ajak diorang semua redah. Yelah, negara yang mengamalkan konsep 'aku percaya korang jujur', so aku expect OKlah kot. Jumpa exit to Devonshire Street, kitorang pun keluar je sebab takde orang jaga.

Lega rasanya dah jumpa bus stop kitorang turun pagi tadi, tapi rupa-rupanya nak balik kena tunggu bas kat opposite side. Opposite side tu kena daki bukit OK sebab jalan tu sehala! The not so best part, lalu depan bar yang agak lengang dan kedai-kedai yang dah ditutup. Time tu memang jalan laju-laju sebab takut kotlah terserempak orang mabuk ke, or worse penjenayah! Imaginasi sangat bila dah cuak kan! Tercungap-cungap lah aku. Jumpa bus stop depan Strawberry Hotel, tengok bus stop lengang je. Adalah 2, 3 orang yang nampak cam 'sesuatu'. Aku doklah doa macam-macam dalam hati. Masing-masing dok ikrar pasni kalau gi mana-mana tak nak balik lewat malam sebab Sydney agak sunyi di malam hari, tak macam Gold Coast.

One thing about Sydney, teksi dia melambak. Ready duit jelah!

Alhamdulillah, nampak bas 372 datang, terus tahan dengan rasa lega. Naik bas dan balik ke Malaysia Hall. Esoknya, the journey continues..

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6

41 comments:

  1. Betul ckp Sal tu view d darling harbour tu lebih view d avenue of stat hong kong tu bangunan penuh dgn lampu.Kul berapa gerak dari darling harbour tu, sis JM klau sensorang mmg x berani lah tp klau ramai ok lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kul 10 lebih..lewat kan?huhu, kat negara sendiri pun tak berani merayap selewat tu!boleh pulak kat Sydney..leka tengok view kat Darling Harbour ni.cantik..

      Delete
  2. Yg penting kak Sal dapat berselfie depan Cockle bay walaupun tak dapat makan kerang bakar haha.....
    Berempat kuranglah takutnya yeh Sal....

    ReplyDelete
  3. Saya cuma mampu bermimpi tentang Sydney.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu pun mimpi je..tetibe sampai.manalah tau kan..esok lusa ada rezeki abang JR sekeluarga

      Delete
  4. Public transportation Sydney 24 hours? Hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas dia 24 jam. .train n tram tak kot

      Delete
  5. Aah laaa... Macam kat Arena Of Stars kan?
    * ceh macam lah SS pernah pegi HK tu... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah SS ayat kita..mana tahu, satu hari nanti kan..

      Delete
  6. Akak suka tengok nite view..cantik...

    ReplyDelete
  7. betul la, gambar 1st tu nampak macam hong kong. *tengok dalam cerita cina. hehe
    ingatkan sydney ni malam2 happening. bahaya gak la kan kalau keluar jalan malam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..akak pun tengok view gini dari cerita Cina n gambar kawan-kawan yang pernah sampai.maybe ada tempat yang happening kot..kat area stesen keretapi ni sunyi je

      Delete
  8. cantik view nite dgn lampu yg berwarna warni . kalau buat poskad mmg cantik ... next time kat negara org jgn keluar sampai lewat mlm ya dik ... dangeres tau !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sis...silap bajet timing kan..lagipun tak sangka Sydney kul 9 lebih dah sunyi sepi.thanks atas peringatan ;)

      Delete
  9. cantiknya. nak pergi Sydney jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, suatu hari nanti..mana tau ada rezeki kan..thanks follow sini, dear ;)

      Delete
  10. sek bek le rermai kan, lagi bgus kalau ada lelaki..
    ni dah semua wanita-wanita mmg bhya kan..
    dah la tempat org..tempt sndri pun takut..huhuk..

    ReplyDelete
  11. best nya...berhajat nak bawak si kecik ke ausie.. tapi tak sure nak ke mana.. kena survey2 gak lah nanti disini.. nnt nak share baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gold Coast Ok kot kak..nanti jemputlah baca travelog saya bawah label 'Gold Coast'..rasanya tu lagi sesuai nak bawak anak kecik

      Delete
  12. wah bestnya dapat bercuti ke Sydney.
    Apa yang diorang nampak?
    nak tah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kurang faham soalan ni bro..

      Delete
  13. kenapa x try mkn kt resto terapung tu? ;-) saje tanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla..tak termasuk dalam itinerary..lagipun nampak cam mahal je..hehe

      Delete
  14. Cantik suasana malam tu.. cuka dgn gambar tu.. buat frame pun cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..cantik dibuat wallpaper pc or laptop gak ;)

      Delete
  15. Best betul berjalan-jalan ke luar negara ni. Banyak pengalaman yang dapat kita peroleh. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pandangan.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah cantiknya tempat dia Sal.. alangkah bestnya kalau akak pun dapat pergi sana.. InsyaAllah ada rezeki pasti sampai..=D

    ReplyDelete
  17. Cantik gambar yg last sekali i likee! Ehh..kak sal dok Ampang ke? Meh arr jumpe. Hihi. Dekat jek kita.

    ReplyDelete
  18. canteknye permandangan waktu malam kat sana kan~
    kagum jap sis tengok gambar2 Sal dlm n3 nih.

    ReplyDelete
  19. cantiknya view memalam kat sini...teringin nk ostolia jugak..

    ReplyDelete
  20. Macam manalah agaknya kerang kat Cockle Bay Wharf tu ya, Kak Sal.... nape Kak Sal tak wefie dengan kerang bakar sekali!

    Tadikan akak baca ayat ni - tiket tram boleh dibeli di dalam dram (drum)! Aduh, terkujat akak, gosok spek baca balik ^_^

    ReplyDelete
  21. Yang tau..Pearl Harbour je.
    Baiklah..kat Sydney Darling Harbour:)
    Ye lah Sal..mujur x jadi ape2 balik malam2 tu.
    Risau pulak saya..
    Tempat orang kita x tau kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik pemandangan berlampu2 tu..

      Delete
    2. sebab expect Sydney malam-malam meriah macam Gold Coast, or at least macam KL..tapi tak..tu yang cuak.kat sini 9 lebih dah sunyi sepi

      Delete
  22. Dalam mimpi pn saya tak pernah sampai tmpt camni kak sal. Tapi kt tmpt org memang bahaya jalan malam. Nasib baik xde pape kak :)

    ReplyDelete
  23. Cantiknyer la...view malam sangat menarik..

    ReplyDelete
  24. scary juga rupanya ye... eii -.-

    wah-wah, ye lah... nampak tempat dia memang ala-ala Hong Kong! cewah. ni based on gambar je. belum lagi p sana...

    ha, kan. lawa kan pakai xperia. saya dari dulu setia dengan xperia :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..nak xperia jugak!tunggu s3 mini ni kong dulu..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com