Hadiah dari si dia yang mesra

Sunday, 22 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Dah agak lama jugaklah dapat hadiah ni tapi baru sekarang buat entry. Hadiah kiriman Blogger Ujie Othman, sebagai penghargaan menjadi salah seorang sahabat blog yang paling mesra (baca: paling banyak meninggalkan komen) pada tahun 2022 di blog Titian Perjalanan.

Ikutkan tahun 2022 memang kerap aku bersidai di blog kak Ujie. Lepas aku, aku lagi komen. Haha. Aku suka baca blog kak Ujie sebab selalu share pasal aktiviti jalan-jalan, makan-makan dan book review. Kak Ujie stail dia kalau berjalan, selalu pergi tempat yang ada keindahan alam semulajadi (betulkan kalau saya silap), so memang tertarik lah aku membacanya sebab aku ni duduk dalam hutan batu. Kerja pun hari-hari ngadap PC je. Pah tu gambar kalau kak Ujie ambil semua cantik-cantik. Memang cuci mata sambil membaca.

SK? Salman Khan? Siti Kassim? Stephen King? Shinji Kagawa?

Semua pun bukan! SK yang dimaksudkan adalah jenama telekung terkemuka iaitu Siti Khadijah. Ketinggalan zaman aku, rupanya SK ada produk lain selain telekung iaitu pouch bag motif 'Kelarai'. Aku tahu nama motif ni kelarai pun dari blog kak NA. Besar jugak. Taulah aku nak isi apa nanti. Cuti CNY ni pouch ni ikut aku berjalan. Aku juga dapat sepasang stokin wanita. Nice. Moga pahala bila aku menutup aurat pakai stokin ni dapat kak Ujie juga. Ha gituuu.

Terima kasih banyak-banyak tau kak Ujie. Tak sangka komen punya komen tup tup dapat hadiah padahal segala komen tidak mengharapkan balasan.

Korang yang nak berkenalan dengan kakak manis yang peramah dan pandai ambil gambar ni bolehlah singgah blog dia.

OKlah tu je nak cerita. Busy lah cuti panjang ni. Ni pun taip pakai hp je
Read More

Merhaba Turki Part 7.1! Naik Bosphorus Cruise dalam hujan

Wednesday, 18 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Lately banyak free time jadi mari habiskan cepat entry Turki sebelum hilang ingatan atau hilang mood. Taip entry travel ni biasanya masa baru balik je beria, orang yang membaca pun semangat komen. Lama-lama both reader dan writer pun jemu. Adakah jemu tandanya kena bukak trip baru? Jeng jeng jeng. Sabar ye, tengah kumpul duit. Dah berapa kali weekend aku sacrifice duduk rumah saja demi nak menyimpan. Kalau takde orang ajak keluar memang aku bersyukur. Bosan pun bosanlah, kita bacalah buku ke, mengemas ke, layan Netflix ke, blogwalking ke...

Menjawab persoalan di entry sebelum ini..adakah kami naik the ever famous Bosphorus Cruise? Eh mestilah naik sebab dah dijanjikan oleh agent! Kalau korang survey trip Turki mana-mana travel agent, make sure ada termasuk sekali Bosphorus Cruise ni tau. Mostly travel agent akan cakap cruise ni free, tapi kita semua tahu bayaran dah termasuk dalam pakej. Mana ada benda free dalam dunia ni.

Bosphorus Cruise ni ada macam-macam pakej. Ada yang sekali dengan dinner dan show. Ada yang sampai 6 jam dan ada juga naik yatch tengok sunset. Boleh survey dengan tourist agent yang bersepah di Istanbul atau via online. Tu kalau datang sendiri lah. Datang ikut group macam kami ni memang dapat private tour selama 2 jam. Takde campur group lain. Tiket pun agent dah beli siap-siap so you just get your big fat arse up the boat.

Harga? Aku pun tak tahu berapa harga tapi rasanya tak mahal. Ikut pembacaan aku bila convert harga around RM10 sahaja. If korang datang secara DIY, boleh beli tiket di jeti EminönĂ¼ dan make sure beli dari penjual yang sah. Sedangkan di Puduraya ada ulat tiket, takkanlah di Istanbul takde kan.

Snap depan restoran tempat kami lunch. Nampak awan sarat, sarat lagi rindu di hati. Eh

Dipendekkan cerita, dalam hujan renyai kami menuju ke jeti tempat bot cruise berlepas. Ikut je langkah laju Ozgur, lalu celah masjid, celah kedai, tau-tau nampak bot depan mata. Aku belek-belek rupanya aku tak sempat ambil gambar. Dia punya rushing tu macam Istanbul nak runtuh. Sabar jelah aku. Maybe sebab timing dah lari gara-gara sangkut jam tadi.

Tapi, rushing tu hanya sementara. Once bot dah berlepas keadaan kembali tenang. Bot yang kami naik ni ada dua tingkat. Bahagian atas tak berbumbung. Biasa tengok gambar orang naik Bosphorus Cruise ni semua cantik-cantik. So, kita cuba lah nak gambar cantik jugak walaupun muka dah berlemuih.


Kalau nak naik Bosphorus Cruise, bawalah roti untuk diberi pada burung-burung camar yang berterbangan

Takde apa nak buat atas ni. Kita layan view je. Terasa di Eropah sangat. Ada vibe Itali+Southern France gitu. Jadilah buat raso-raso

Kau jangan tanya belah mana Eropah, belah mana Asia. Aku tak tumpu perhatian apa yang Ozgur cakap



Disebabkan hujan yang kejap lebat, kejap renyai , tak dapat duduk dekat kerusi sebab basah. Bak kata Blogger Notie dalam entry sebelum ni, kenapa bawa payung, tak bawak baju hujan? Ya sesungguhnya aku menyesal sebab bawak payung. Agak susah nak berdiri ambil gambar bila pegang payung. 

Stadium Besiktas tadi

Entahlah bangunan apa tapi cantik sangat

Masa dok ambil gambar sambil layan view, ada staf cruise ni approach kitorang dan ambil gambar. Dia akan print so kita boleh beli kalau nak. Aku cakap awal dah aku tak nak tapi dia snap jugak. Aku malas nak beli sebab gambar tu aku sorang. Kalau satu famili ke dengan kawan-kawan ke menarik gak nak simpan. Diorang tak paksa beli tapi kalau beli pun harga tak mahal. Adalah dia design sikit, ala macam gambar kalau kita gi zoo tu. Photographer/ designer tu bawa portable printer dan boleh dapat sebelum turun.

Tak lama aku duduk atas sebab sejuk. Gagal ramalan cuaca aku trip kali ni. Sebelum datang weather forecast kata Istanbul panas ting ting. Sekali hujan pulak. Agak spoil the mood. So, aku turun ke bawah.

Suasana dek bawah

Tingkat bawah lebih selesa sebab tertutup so tak sejuk sangat. Ada jual air jugak dan jajan tak silap aku tapi aku tak beli apa-apa.



Tak silap aku inilah Bosphorus Bridge yang menghubungkan Istanbul benua Eropah dan Istanbul benua Asia. Aku tengok dokumentari, ada acara marathon tahunan di sini. Cinta antara benua? Lemah! Ini larian antara benua OK. 

Ada koridor sikit so kita pose ala-ala Rose nak terjun dari Titanic. Ni di tingkat bawah. Berbumbung so takde masalah tak pakai sweater

Hujan reda sikit, aku naik atas balik dan duduk di salah satu kerusi untuk bergambar kenangan. Kot lah korang tanya kerusi tingkat atas rupa macamana. Aku duduk atas sweater sebenarnya sebab tak nak seluar basah.

Pose pening kepala tu trademark


Settle cruise barulah matahari keluar. Sabar jelah. Takpelah, nak buat macamana kan. Alhamdulillah takde siapa yang mabuk laut ke apa ke. Cuma aku terkilan lupa snap gambar bot dari luar. Sampai jeti ingat nak ambil gambar, tapi aku dok kesejukan terus simpan je tangan dalam poket. Kelemahan aku tulah, tak tahan sejuk. So kalau aku travel musim sejuk mesti gambar sikit je. Huhu.

Actually time aku pergi ni musim panas nak masuk autumn, so ikut kan suhu macam di Malaysia je. Cuma itulah hujan dan berangin tiba-tiba, aku pulak hanya bawak sekaki payung lipat dan sweater fleece H&M. Asalnya plan nak bawak 'Down' tapi takut over so padanlah muka aku. Down actually better sebab kalis air. Ni fleece bila kena hujan memang basah lah.

Anyway kalau korang datang Istanbul memang wajib sangat-sangatlah naik Bosphorus Cruise ni sebab boleh tengok view cantik kiri kanan sepanjang selat Bosphorus. Boleh nampak bangunan-bangunan ikonik Istanbul macam Istana Topkapi dan Hagia Sophia.

Cakap pasal Hagia Sophia, Ozgur kata kali ni nak buat cubaan kedua ke sana sebab last time tak dapat masuk. Wah, berbunga hati sis mendengar. Haraplah kali ni tak patah hati. So, dapat ke tak masuk kali ni korang tunggulah next entry ye. Thanks for reading! 
Read More

Merhaba Turki Part 7.0! Istanbul Aku Datang Balik!

Saturday, 14 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Sementara ada free time ni meh sambung cerita Turki yang dah hampir sampai ke penghujung. Pagi-pagi lepas breakfast, check out Hizel Otel di Bolu untuk ke Istanbul semula. Kenapa patah balik ke Istanbul? Sebab nanti nak balik Malaysia dari Istanbul. Di Istanbul ada 2 airport. Satu terletak di bahagian Eropah, which is yang kitorang boarding dan arrive ni, yang lagi satu nama dia Sabiha Gokcen Airport yang terletak di bahagian Asia. So kalau korang beli tiket flight ke Turki make sure code untuk flight sama ada IST (Eropah) atau SAW(Asia). Depends pada itinerary korang.

Cuaca mendung je dalam perjalanan dari Bolu ke Istanbul

Jarak Bolu ke Istanbul around 250 km. Takdelah jauh sangat. 2 jam setengah boleh sampai. Tapi driver tetap berhenti di RnR untuk toilet dan coffee break. Masa ni hujan lebat so aku setakat ambil gambar dalam kedai sahaja.

Ada satu benda, lain bentuk lain rupa..Cuba teka!!

Rempah ratus. Biber tu cili. Tu je aku tau. Haha

Jeruk kelubi ada tak ni?

Dekat Turki ni korang janganlah frust kalau termiss beli Turkish Delight, rempah or manisan sebab boleh beli di mana-mana. Harganya sahaja yang berbeza. Kadang-kadang beli di RnR macam ni lagi murah dari beli di tempat yang memang fokus untuk pelancong.

As for me aku bukan datang untuk shopping. Jujur aku cakap aku memang tak reti nak membeli-belah. Kalau ada mak aku mungkin beli macam-macam.

Aduh jalan jem. Tak silap aku sebab ada accident

Berarak mendung kelabu..Mengekori langkahku

Memang padat Istanbul ni. Tapi rumah-rumah nampak tersusun elok je

Vodafone Park- Stadium pasukan bola sepak Besiktas

Semangat si Ozgur, tour guide kitorang tunjuk stadium ni sebab dia penyokong tegar Besiktas. Aku tak follow sangat liga Turki. Hanya kenal kelab-kelab yang biasa masuk Champions League macam Galatasaray, Fenerbache dan Besiktas. As for player ada jugak a few yang aku minat macam Ilhan Mansiz, Hakan Sukor dan Arda Turan. Semua pun dah bersara. Ranking Turki pun dah drop macam ranking pemain-pemain badminton Malaysia. Huhu.

Aku sebenarnya teringin tengok Ataturk Stadium, Istanbul tapi entahlah bila ada peluang dan fulus. Kenapa Ataturk Stadium? Penyokong Liverpool confirm tahu kenapa.

Jadual dah lari sikit sebab jalan jam tadi. So, sampai je Istanbul terus pergi lunch dahulu

Pergi lunch di restoran bawah jambatan yang sama masa hari pertama di sini. Ada lauk ikan. Yay! Jemu dah aku makan ayam dan daging. Aku suka ikan. Nasi tu sikit. Terpaksa tebalkan muka mintak tambah.

Sambal tomato versi Turki

Settle makan, Ozgur cakap nak pergi naik Bosphorus Cruise. Aku tengok langit, macam tak yakin je. Risau nak belayar buatnya di tengah lautan kang tetibe cuaca buruk, hujan mencurah dan air bergelora. Instead of enjoy jadi takut pulak.

Tapi bila tengok Ozgur dah gerak, kitorang pun pantas mengikut. Cuaca hari kedua terakhir kami di Istanbul ni tak sama langsung dengan hari pertama. Hujan kejap renyai kejap berhenti. Payung memang sentiasa di tangan. Ada juga ahli rombongan yang beli payung di Istanbul. Harga tak banyak beza dari korang beli di Shopee. Slightly mahal tu biasalah sebab harga tourist. Nak jimat, bawak payung dari Malaysia macam aku.

Panjang nau membebel. Penat lak. Nak tau jadi ke tidak naik cruise dalam cuaca yang mendung dan murung korang tunggulah next entry ye. Terima kasih sudi membaca entry perkongsian walaupun dah basi dan meleret-leret.

Jangan tak baca : 
Read More

Merhaba Turki Part 6.2! Berdiri bulu romaku di Bolu

Wednesday, 11 January 2023

Baca ni dulu : 

Part 4.2

Part 4.3








Sedar tak sedar, trip Turki hampir sampai ke penghujung. Dari Istanbul kita datang, dari Istanbul juga kita pulang. Instead of direct ke Istanbul dari Ankara, kita pit stop dolu di Bolu.

Hari tu ada blogger tegur, eh tak habis lagi? Haha, memang lambat habis sebab aku tulis entry travel wajib banyak episod. Ni consider sikit sebab travel ikut agen. Takde cerita sesat / nyaris kena scam/ tak tahu nak makan mana/ masam muka dengan travel partner/ salah naik public transport etc. Rindu nak travel DIY. Rindu nak buat research berbulan-bulan tapi still sesat lalu belakang rumah orang. Hehe. Travel dengan agen ni thrill dia tak sama.

Anyway, sampai Bolu pun dah Maghrib, so terus check in Hizel Hotel. Aku tak sempat ambil gambar bahagian luar hotel, kita pinjam gambar Trip Advisor ye.


Bilik untuk tiga orang tapi aku tidur sorang je





Hizel Otel ni not bad lah bagi aku. Katil selesa, selimut tebal, bersih dan toiletries lengkap. Macam biasa, sama macam hotel-hotel lain kecuali Hilton Istanbul, Hizel pun takde iron. TV tu walaupun ada tapi aku tak bukak sebab instruction dalam bahasa Turki. Aku rasa maybe sebab Bolu bukanlah destinasi popular bagi pelancong luar negara. Directory telefon dan inventori barang-barang dalam bilik pun sama.

Bolu is one of the most enchanting provinces of Turkey located approximately half-way between Istanbul and Ankara. Bolu is famous for its dense forests, fauna, modern hot spring facilities, and best chefs of the country.

The history of the province dates back to Phrygians around 1200 BC. Then the Persians, Alexander the Great, Romans, Seljuk and Ottomans have left their traces. During the Hellenistic period the area was called as Bithynia, then Romans called it Claudio Polis, and finally named as Bolu by the Turks.


Lepas letak beg, kami pergi dinner dalam hotel. Ke dinner dulu baru letak beg. Eh, aku dah lupa. Hahaha. Gambar makanan pun lupa nak ambil. Apo lah. Ni gambar dari Trip Advisor. Dining hall Hizel ni luas sangat. Breakfast pagi pun selesa takde berlanggar dengan orang.


Walaupun internet kata Bolu ni famous dengan alam semulajadinya tapi sebab dah malam, takde maknalah nak pergi explore. So kitorang jalan-jalan je dekat kawasan pekan berhampiran

Gemuk cilinya. Buat solok sedap ni


Aneka cheese dan buah zaiton


Kitorang tak buat apa pun di pekan Duzce ni. Pusing-pusing area hotel je. Tengok minimart masih bukak so singgah beli ubat gigi sebab ubat gigi aku tertinggal kat Cappadocia. 
 
Lepak minum kat sini


Cuci mata je. Dah lewat malam takkan nak makan kek
.
Menjawab soalan blogger Kakmim yang tanya famili yang selalu hangout dengan aku tu Melayu ke, ya memang orang Melayu dari Malaysia. Group aku ni memang semua Melayu. Gambar ada, tapi aku tak suka upload gambar stranger tanpa kebenaran di blog. Kalau blurkan muka sama saja macam tak tunjuk.

Nampak bas comel depan kedai kopi tempat kami lepak.

Berdiri bulu romaku di Bolu bukan sebab brother kedai kopi tu comel tapi sebab Bolu ni malam-malam sejuk macam di Cappadocia jugak walaupun takde sandstone. Maybe sebab Bolu dikelilingi gunung. Kalau travel DIY bolehlah explore Bolu dengan lebih mendalam tapi sebab ikut group, pagi-pagi esoknya dah kena checkout pulang ke Istanbul. Harap kali ni ada peluang nak masuk Hagia Sophia. Last time dah frust.

Nak tau kali ni frust lagi ke tidak, jemput baca next entry ye. Thanks for reading! 
Read More