Hadiah dari si dia yang mesra

Sunday, 22 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Dah agak lama jugaklah dapat hadiah ni tapi baru sekarang buat entry. Hadiah kiriman Blogger Ujie Othman, sebagai penghargaan menjadi salah seorang sahabat blog yang paling mesra (baca: paling banyak meninggalkan komen) pada tahun 2022 di blog Titian Perjalanan.

Ikutkan tahun 2022 memang kerap aku bersidai di blog kak Ujie. Lepas aku, aku lagi komen. Haha. Aku suka baca blog kak Ujie sebab selalu share pasal aktiviti jalan-jalan, makan-makan dan book review. Kak Ujie stail dia kalau berjalan, selalu pergi tempat yang ada keindahan alam semulajadi (betulkan kalau saya silap), so memang tertarik lah aku membacanya sebab aku ni duduk dalam hutan batu. Kerja pun hari-hari ngadap PC je. Pah tu gambar kalau kak Ujie ambil semua cantik-cantik. Memang cuci mata sambil membaca.

SK? Salman Khan? Siti Kassim? Stephen King? Shinji Kagawa?

Semua pun bukan! SK yang dimaksudkan adalah jenama telekung terkemuka iaitu Siti Khadijah. Ketinggalan zaman aku, rupanya SK ada produk lain selain telekung iaitu pouch bag motif 'Kelarai'. Aku tahu nama motif ni kelarai pun dari blog kak NA. Besar jugak. Taulah aku nak isi apa nanti. Cuti CNY ni pouch ni ikut aku berjalan. Aku juga dapat sepasang stokin wanita. Nice. Moga pahala bila aku menutup aurat pakai stokin ni dapat kak Ujie juga. Ha gituuu.

Terima kasih banyak-banyak tau kak Ujie. Tak sangka komen punya komen tup tup dapat hadiah padahal segala komen tidak mengharapkan balasan.

Korang yang nak berkenalan dengan kakak manis yang peramah dan pandai ambil gambar ni bolehlah singgah blog dia.

OKlah tu je nak cerita. Busy lah cuti panjang ni. Ni pun taip pakai hp je

15 comments

  1. Sal pergi mana cuti?
    Hehe pouch ikut jalan ambil angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung je. Belum ada peluang nak ke mana-mana lagi

      Delete
  2. Tahniah Sal. Alhamdulillah! Semoga berpanjangan pahala atas pemberiannya tu. ;)

    ReplyDelete
  3. Betul la tu, akak lebih suka ke tempat yang ada keindahan alam semulajadi. Tenang.
    Terima kasih jugak buat Sal yang sudi bersidai di blog akak 😊
    Selamat bercuti Sal. Jalan-jalan ke mana la tu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi kenduri je kak Ujie. Apakan daya, ikut hati nak pergi pantai tapi tulah musim hujan ni. Haha

      Delete
  4. Tahniah sal!! Setuju part gambar tu.. suka tgk gambar2 yg kak ujie ambik

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki hadiah pengikat kasih

    ReplyDelete
  6. Hahaha kita pun br tau SK ada jual produk lain jgk rupnya hehehe..btw tahniah Sal

    ReplyDelete
  7. wahh..dah guna pouch...bagus2..cantik pouchnya..

    ReplyDelete
  8. Congrats..hadiah yg sgt useful

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah