Roti tu sedap dan fresh, memang diorang uli dan bakar on the spot
Lepas makan dan guna toilet, Ozgur ajak kami ke bahagian luar restoran. Tersergam pemandangan indah putih ibarat salji dan kepingan ais. Semua pakat turun, rugi lah tak tengok.
Salt Lake/ Tuz Golu di belakang arca flamingo tu ye
- Tasik garam kedua terbesar di Turki dengan keluasan permukaan 1,665 km2 (643 batu persegi).
- Terletak 105 kilometer (65 batu) timur laut dari Konya, 40 km dari Cappadocia, bersempadan juga dengan wilayah Nigde dan Ankara.
- Ketumpatan air ialah 1.225 gr/cm3, dan peratusan garam ialah 32.4%, menjadikannya antara tasik termasin di dunia. Kajian mengatakan air di Tuz Golu lagi masin dari air laut.
- Semasa musim panas yang kering, air menyejat dalam kuantiti yang banyak meninggalkan kerak garam di permukaan sehingga 30 sentimeter
- Tasik Tuz adalah sumber lebih daripada 50% garam untuk kegunaan negara Turki, di mana 300,000 tan dihasilkan setiap tahun dan dieksport ke lebih dari 60 negara
So far tu jelah info yang aku research dan translate. Korang bolehlah klik link atau google sendiri. Soklan-soklan aneh aku akan cuba jawab.
Aku reti selpie je
Tak nampak sempadan. Macam laut, padahal tasik
Video bisu
Video dengan komentar. Ajet-ajet vlogger. Haha. Janggal rasa, mungkin aku lebih sesuai menulis saja
Close up. Memang ibarat hablur garam.
Majoriti orang yang datang ke sini berjalan pakai kasut, tapi boleh je nak bukak, nak feel garam tu camne. Masa tu terfikir jugak, aduh orang dah pijak-pijak, pastu diorang jual buat makan pulak. Haha. Tapi, mestilah ada proses pemurnian dulu sebelum dijual ke pasaran.
Aku bukaklah kasut jap, nak buat raso-raso. Rasa macam pijak atas garam kasar. Tak sejuk, tak panas. Suam-suam je. Aku ada baca yang Tuz Golu ni ada waktunya berwarna merah jambu disebabkan kehadiran alga. Sebab tu kot burung flamingo digunakan sebagai ikon? Masa aku pergi ni tak pink pulak. Dah 2 kali kempunan tasik pink. Last time masa gi Melbourne.
Cuaca masa ni nice je. Tak panas dan berangin. Bawak je sweater kot lah perlu tapi tak pakai pun
Dalam bangunan restauran ada kedai jual garam paket kot lah nak buat souvenir. Scrub dan sabun pun ada. Nyesal lak tak beli scrub garam tu. Kot lah kulit boleh halus macam orang Turki
Sebelum naik bas, tengkor dulu kasut kat sini. macam pergi pantai jugak, bila balik kasut berpasir. Pengalaman sama di Tuz Golu, bukan pasir tapi garam.
Hampir sejam kemudian kitorang pun sampai ke Ankara. Tak sangka merasa jugak jejak ibu negara Turki sejak 1923 ni. Memang bersih dan moden tempatnya. Terasa berbeza aura tempat ni dengan Cappadocia. Tempat gomen lah katakan.
Bangunan kerajaan lah kot
Di Ankara kami pergi mana? Ha, nantilah tunggu next entry ye. Thanks for reading!