Siapakah gerangan pemberi hadiah dari Cameron Highland?

Tuesday, 5 July 2022

Aku balik je dari bercuti hari tu, nampak ada parcel dengan nama aku. Pelik jugak sebab takde beli apa-apa. Patutlah semasa di Perhentian dapat wasap dari DHL, aku ingatkan barang Amway. Excited, terus bukak parcel kuning tu. Ada satu kotak facemask yang dilekat pada satu kotak teh oren jenama Cameron Valley.

Belek-belek both kotak dari luar dan pembungkus DHL, tak nampak pulak nama pemberi. Eh..ini misteri. Tapi dah boleh agak yang ianya kiriman blogger. Kiter ni siapa je, mana ada secret admirer. Terus teringat ada seorang blogger ni mention dalam entry dia yang dia nak bagi hadiah top commentator bulan Mei. Aku pulak memang suka bersidai kat blog dia. Bila aku tanya, dia jawab dia  bagi teh dan botol air, bukan facemask.

Mungkin kerana banyak tertelan air masin, tak berhubung pulak sel-sel otak aku. Aduh, bijak kan, orang bagi hadiah tu, bukaklah tengok apa isinya. Nasib baik pakai kotak facemask, buatnya kotak iPhone takkan nak kata dia bagi aku iPhone pulak.


Maka aku pun bukak kotak facemask, rupanya dalam tu ada botol air Cameron Valley Tea dan nota kecil dari blogger Ako Retna. Terima kasih kak Ret. Wah, diam-diam sampai Cameron ye. Boleh baca entry percutian ke Cameron di blog dia. Apa pun, terima kasih banyak-banyak. Puasa sunat bulan Zulhijjah, berbuka dengan teh oren ni memang nyaman.

Sedap jugak teh oren ni. Rasa oren tapi tak masam. Bolehlah hilang rindu kat Cameron Highland. Lama betul tak ke sana

27 comments

  1. Tahniah menjadi pemenang..hehe

    ReplyDelete
  2. hahhha ekceli kita pun lupa kita letak dalam kotak facemask :D patut la awak ckp adpat facemask :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kak Ret pernah bagi facemask Fazura kan dulu, so ingat bagi facemask Erra Fazira pulak

      Delete
  3. Wah dapat secara terkejut ya.
    Nasib baik boleh agak siapa. Hehe akak pula tersilap teka siapa beri bungkusan semalam.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat hadiah, mesti rasa macam dapat durian runtuh kan. Hihi

    ReplyDelete
  5. wah bestnya dapat tea perisa oren. Akak suka tea perisa strawberry....buat seteko air panas minum sorang2 sambil melayan angan-angan...emm syiok gitu. Rindunya CH. Meh sal buat rombongan cik kiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..boleh..plan lah nanti roger. yang pentin saya tak nak drive. haha

      Delete
  6. Kikiki…nasib bukan kotak iPhone, dah berbunga-bunga pulak hati ingat iPhone. Melampau tu kalau betul dapat 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. level retis dah Ako Retna kalau bagi iPhone. Terus satu Malaysia serang blog dia

      Delete
  7. Wah.. Teh oren.. Menarik.. Selamat berbuka Sal..
    Tahniah juga sebab terima hadiah yang ohsem..

    ReplyDelete
  8. wahhhh bestnya dapat set cameron valley. Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cawan tu memang cantik dan keras. sesuai letak air panas

      Delete
  9. Itulah tgk je CH teringat entri kakret ke sana... rupanya mmg dia yg bagi... rezeki sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dia bagi ni, belum up lagi entry CH. tu yang blur. main teka je nasib baik betul

      Delete
  10. Best dapat surprise Sal, teruja hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ komen kat blog saya ni pun surprise jugak. hehe

      Delete
  11. Tahniah Sal!
    Seronok dapat surprise. Moga tambah rezeki pemberi.

    ReplyDelete
  12. tahniah..menariks hadiahnya....

    ReplyDelete
  13. tahniah Sal...best hadiahnya...

    ReplyDelete
  14. Bestnya dapat hadiah dari CH, Nampak juga tumbler ni haritu. Tak tergerak hati pulak nak membeli. Alhamdulillah, tahniah Sal. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baca entry Fizah hari tu. memang boleh rambang mata. tak pernah lagi singgah ke situ

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah