Minggu lepas, time tengah sibuk bekerja dari rumah, Ayah aku cakap ada orang hantar barang. Pelik jugak sebab datang pakai kereta. Aku kalau shopping online, selalunya guna J&T je. Sebab malas nak amik tudung, aku mintak jela Ayah aku amikkan. Aku tanya dari siapa. Ayah aku cakap dari 'Qayyum'.
Blur kejap aku. Takde plak aku kenal siapa-siapa nama Qayyum. Udah nak kena menjawab dengan Mak dan Ayah aku pulak. Haha. Tapi dalam dok blur tu, aku amik jelah. Rezeki jangan ditolak. Rupa-rupanya...
Eh...rupanya aku salah seorang pemenang GA Raya Gift anjuran Blog Ako Retna. Mesti korang confuse kan? Blog Ako Retna dah kenapa giveaway by Uyum pulak? Uyum ni anak saudara Ako Retna. Comel gila tengok Uyum pilih pemenang. Dahla panggil aku 'Kakak'. Level makcik dah ni. Sape suruh pakai DP lama, kan dah menipu masyarakat.
Meh tengok Uyum bagi apa..
Comel beg
Kotak pun comel. Bercirikan Malaysia
Uyum bagi Auntie Sal kek ni nak suruh tambah berat badan sikit sebab kurus sangat ke? Hehehe. Thank you so much. Kek ni hari tu bawak gi rumah adik, dia buat majlis berbuka and sambut birthday anak dia. Sekejap je dah selamat bila dah ramai-ramai tu. Kek sarang semut ni juga dipanggil kek gula hangus. Kalau aku yang buat memanjang jadi 'gula hangit'. Lupa amik gambar lepas keluarkan dari kotak. Takde topping bagai, it's a traditional cake, cuma tambah perasa untuk sentuhan moden. Lepas potong, keratan rentas (wah, istilah Matematik) kek ni memang rupa sarang semut.
Kat mana nak beli Kek Molek ni korang tanya Ako Retna ye. Anyway, thank you so much kak Ako and Uyum@Qayyum untuk hadiah GA ni. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya jugak!
wah tahniah. Comel beg dan kotak dia.
ReplyDeleteEiiii comel gila kotak dia! Kek punnnnnn mesti sedapp kan! Tahniah kak sal :D
ReplyDeleteRezeki di bulan ramadhan hehehe.
Tahniah!!..cute beg & kotak kek..promo cuti2 Malaysia..hehe..
ReplyDeleteDah x boleh cuti oversea. Haha. Malaysia pun best jugak
DeleteHehe seronok dapat kek. Terus dapat makan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bulan puasa ni banyak rezeki dalam bentuk makanan
DeleteComel Uyum pilih pemenang haritu. Alhamdulillah. Tahniah Sal. Comel giler kot tote bag dan kotak kek tu. Sedap tu kek gula hangus.
ReplyDeleteHaha kan. Tak sangka terpilih. Maybe Uyum minat nombor 10. I olls nak pengsan dengar Uyum panggil kakak.
DeleteRezeki no.10 tu dan Sal. Okaylah tu kakak lagi, kan :)
DeleteTahniah Sal. Rezeki Ramadan dapat dikongsi bersama di rumah adik.
ReplyDeletePanjang-panjangkan pahala orang yang memberi
DeleteAlhamdulilh hehe tq sudi join GA.. Nnt ada lg sila join lg ye 😁
ReplyDeleteTq kak Ako anjurkan GA best and sempoi. Insha Allah
Deletewow tahniah
ReplyDeleteAlhamdullilah, rezeki bulan ramadhan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki.
ReplyDeletehaha. Rezeki tu.. :)
ReplyDeletetahniahnyer., untungla kann., ;p
ReplyDeletecomel kan box dia! love sangat 🥰
ReplyDeletealhamdulillah melimpah rezki sal
ReplyDeleteWah! bestnya dapat hadiah dari blogger.
ReplyDeleteTahniah Sal ;-)
bagus laaa Uyum panggil kakak kat sek sek kita kak.. kekal muda gitu hahaha orang panggil kakak dia nak orang panggil aunty pulak isk akak ni.. beg comeyyy n colourful.. tahniah kak =)
ReplyDeleteHaha. Kena sedor diri. Tapi kalau budak datang rumah time raya panggil Akak, kita up sikit duit raya
Deletehahahaha betoi2. yang mana panggil kakak kat kite instead of acik tu.. mmg kita wajib sayang lebih..
DeleteTapi tulah tahun ni sunyi takde budak datang raya. Rindu
Deletebukan takat comel malah colorful gituuuuu
ReplyDeleteOrang yang dapat pun comel gak. Hehe
Deletesapa? sapa? pemes tak dia??? hahahaah
DeleteComelnya hadiah :) Tahniah Sal
ReplyDeleteHahahahah.. ingatkan crush yg hantar rupanya uyum. Nanti bt review sedap ke tidak
ReplyDeleteAllahu. Sape la nak bercrush bagai dah tuo2 ni. Hihi
DeleteHahaha.. bergurau jelah sal.
DeleteBtw comel hadiah. Syg nk makan
ReplyDeleteX makan nanti jadi sarang semut betul-betul. Hahaha
DeleteSemut dtg sbb sal orgnya manis. Haha
DeleteLawo kotak dia.. Suka tgk.! Anw Tahniah Sal..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Sal.. cantik gila kotaknya..
ReplyDeletecantiknya packaging kek tu.. tahniah sal... kenanyang x mkn kek dr uyum tu? hihi
ReplyDeleteCongrats, Sal. Akak sampai hari ni terbayang-bayang si Uyum punya excited cabut nama pemenang. :D
ReplyDeleteCantik kotak dia. Tahniah sal sedap oo kek
ReplyDeleteTahniah Sal, Alhamdulillah rezeki kek sedap dan beg cantik..
ReplyDelete