Secawan Kopi Secangkir Teh Limau dan Bacaan Disember

Saturday, 4 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Rezeki bulan lepas jadi salah seorang penerima cenderahati Top Commentator Blog Syazni Rahim

Kiriman dari Syaz sampai hari semalam (Jumaat 3 Dis), hari di mana KL dapat cuti 'terkejut' sempena meraikan KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 Edisi ke100. As someone yang memang fully keje kat rumah, of course aku ambil kesempatan untuk keluar. Balik dah lewat malam sekali tengok ada bungkusan atas rak kasut. Pelik jugak sebab tak ada beli apa-apa. Tengok nama pengirim : Syazni. Baru teringat yang beberapa hari lepas Syaz ada mintak alamat. Tak sangka cepat betul dapatnya.

Meh tengok hadiah apa Blogger Syaz bagi.


Syaz macam tau-tau je aku dah kehabisan bahan bacaan baru untuk bulan ni. Syaz bagi aku Antologi Cerpen Secawan Kopi Secangkir Teh Limau. Lama betul tak baca antologi cerpen. 


"Teruskan menjejak manis mimpi-mimpimu".. pesanan dari Syaz. Dia salah seorang penyumbang cerpen dalam antologi ni. Lama tak dapat buku ada autograph penulis. 'Mahal' tau ni. 

Thank you so much Syaz atas ucapan dan atas pemberian. Siapa yang nak berkenalan dengan Syaz bolehlah singgah blog dia. Aku suka baca cerita dia pasal keluarga, kehidupan seharian dan kadang-kadang Syaz buat throwback cerita zaman kanak-kanak. Aku tak pasti umur dia berapa tapi rasanya dia pun geng kanak-kanak 90 an jugak. So mostly 'kenangan' dia tu aku boleh relate jugak.

Aku belum sempat baca lagi buku pemberian Syaz so tak dapatlah buat review. Semalam dah seharian keluar so hari ni kenalah kemas dapur, basuh baju, sental lantai dan dinding bilik air, vakum rumah etc. Sambil tu buat kerja opis sikit (Work from home macam tu lah-weekend pun kena bukak PC). Alang-alang dah bukak PC, ambil kesempatan update blog.

Semalam keluar sempat singgah BookXcess MyTown KL. Tu yang beli 'File Under 13 Suspicious Incidents' dari Lemony Snickets. Best jugak BookXcess MyTown. Nanti aku buat entry lain. Insha Allah. Buku lagi satu tu pulak antologi cerpen jugak. 'Untuk Perempuan Yang Bernama .....' hasil karya 22 penulis wanita terbitan Helium Books. Beli di Shopee. Pun belum sempat baca. Sibuk nau kau ye. Dah ada 3 buku target untuk bacaan Disember. 3 buku je sebulan? Lemahhhh!

Entah apa aku sibuk pun aku tak tau. Haha. Tau-tau dah Disember 2021. Masih belum dapat hadam 2020 sepenuhnya, tetiba nak masuk 2022. 2 tahun yang hambar tanpa pencapaian. 

Actually bila fikir balik, ada jugaklah pencapaian macam aku dah 'sihat' sikit dan tak payah makan ubat dah. Harap kekal sihat sebab sakit yang orang tak nampak ni struggle lain macam. Kadang-kadang rasa macam suffer sorang-sorang sebab orang takkan faham melainkan yang mengalami.

Eh ni dah melalut padahal tujuan asal entry nak cerita dapat hadiah je. OK lah nanti sambung lagi. Thanks for reading!

41 comments

  1. Wah tahniah.. best feeling kalau dapat hadiah ini.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat hadiah
    Selamat membaca

    ReplyDelete
  3. Harap dapat habiskan 3 buah buku.
    Hehe sama entah sibuk apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tau-tau dah malam. entah apa sibuknya

      Delete
  4. kan 2 tahun yang takde keistimewaan nyaa hhahaa...
    tak dapat nak jalan-jalan ke luar mcm selalu kaan...
    itu yg penting sebenarnya haaha...
    pape pun berdebar nak masuk 2022.....
    masih sama kah atau ada kelainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Ret memang baca fikiran saya. at least bila travel rasa cam bermakna jugaklah hidup. ni dahlah keje pun bosan. hidup bosan. lemauu

      Delete
  5. Alhamdulillah Tahniah Sal, best dapat buku ada tandatangan lagi, sukaa.. Rajin mengemas tu, masa berehat pula, selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah rajin sangat, cuma semak mata kalau nampak bersepah. kalau rumah ada anak kecik tu takpelah jugak

      Delete
  6. banyaknya hadiah Alhamdulillah tahniah sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadiahnya satu sahaja. lagi 2 saya beli sendiri. hehe

      Delete
  7. Tahniah . Dapat novel ., bosan2 boleh juga baca

    ReplyDelete
  8. Selamat membaca! Saya pun dah lama tak membaca, tak menulis. Sibuk dengan kerja dan urusan seharian. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. membaca dan menulis ni time betul-betul lapang baru best. takdelah fikiran menerawang fikirkan urusan yang belum selesai

      Delete
  9. taahniahnyer.., semoga ciksal sihat2 sahaja., ;p

    ReplyDelete
  10. Salam sal :)
    Lama xmenyinggah tgk cikpuan blog ni :)
    shida singgah ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Itulah saya pun dah lama tak jalan-jalan blog Shida

      Delete
  11. Hebat, ananda Sal. Masih rajin membaca. Sampai2 kekurangan buku bacaan. Salam sukses ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bosan-bosan itulah aktivitinya. Rehat otak selepas mengadap skrin

      Delete
  12. alhamdulillah dah selamat tiba hehe, terima kasih cikSal selalu singgah drop comment di blog saya. Saya berumur 3x ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. tapi kalau orang tanya saya jawab 29. haha

      Delete
  13. Dulu-dulu masa pesta buku sangup terjah booth penulis yang disukai untuk tt. Lah ni sejak JS dah tutup kedai rasa malas je nak pi pesta buku..hilang semangat. Booth JS tu sebenornya tempat kita orang lepak jumpa kawan n penulis JS yang kita dah geng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JS tu Jemari Seni ke kak? Pesta buku pun virtual je sekarang ni. Huhu

      Delete
    2. Haah...permulaan tertubuhnya jemari seni tu adalah disebabkan persahabatan kak su dan Mariah daripada blog dan akhirnya menjadi rakan berniaga disebabkan minat dengan buku. Geng ulat buku pun asalnya baca di blog jadi kenal di maya dan di pesta buku bertemu muka dan jadi kawan sehingga sekarang.

      Delete
  14. Ahkak pun sedang upkan mood membaca novel-novel yang belum di baca dan agak-agak sekali baca je takde nak repeat balik hah pi sedekah kat perpustakaan KKM. Nak clear stok buku yang lama-lama

    ReplyDelete
  15. eh lupa nak ucapkan tahnaiah. wah rasanya tahun ni banyak rezeki sal jadi top comentar. chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lah jugak. nampak sangat tahun ni banyak habiskan masa depan blog je. haha

      Delete
    2. Alhamdulillah rezeki tu namanya. Kadang banyak masuk blog pun kalau tuhan tak izinkan takde juga rezeki tersebut. Apa pun syukur

      Delete
  16. Hadiah sampai tepat masanya kan. Ada masa bolehlah membaca. Tahniah Sal dapat hadiah best.
    Alhamdulillah Sal pun makin baik. Kira pencapaian juga tu. Keep it up good mood :)

    ReplyDelete
  17. tahniah Sal, dpt hadiah! oklah 3 buku baru, akk langsung takde..hihi..Alhamdulillah, semoga kekal sihat..

    ReplyDelete
  18. mujur ada 3 buku untuk dibaca..kalau tak "berniat" langsung nak membaca lagi lemahhhhh

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Tahniah Sla.. Menarik buku yang dikirimkan Syaz tu..
    Selamat membaca..

    ReplyDelete
  20. hahaha kalau 3 buku sebulan dah lemah apalah nasib saya yang baca 3 buku setahun ni itupun buku ketiga dok pending lama tak habis2

    ReplyDelete
  21. Tahniah Sal.
    Rajin membaca sangat nih! sampai habis bahan bacaan beza macam langit dengan bumi dengan Mrs. A hahaha..

    ReplyDelete
  22. Waa tahniah sal. Selamat membaca

    ReplyDelete
  23. Tahniah Sal.
    Rezeki dapat hadiah buku. Membaca jambatan ilmu.

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah semoga murah rezeki sal

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah