Monday, 3 May 2021

Souvenir dari Farrah MF

Assalamualaikum dan hai semua. Lama tak update blog. Takde mood. Hahaha. Ni pun mood datang balik sebab dapat hadiah dari kawan blogger. Sudah terang lagi bersuluh, kat title pun dah mention, dapat dari kak Farrah MF. Antara blogger yang aku dah lama kenal dari zaman awal blogging. Hajat nak jumpa je tak kesampaian lagi.


Dapat purse bertali Istanbul, paket mini Sambal Uleg Finna , fridge magnet dan koala Australia dan satu paket kecil apakah? Wah, dalam plastik ada plastik - Pastiception. Meh check satu-satu apa yang kak Farrah bagi.

Dalam paket tu ada bookmark, sticker dan embellishment untuk journal. So far aku hanya ada seketul planner, tu pun nampak hambar. Ada kraf dari kak Farrah bolehla deko-deko di masa senggang. Paling special, kiri sekali, dapat kad raya! Allahu lama giler tak dapat kad raya. Bagi 90s kids macam kitorang, budaya kad raya ni memang membangkitkan nostalgia.

Korang kalau nak berkenalan dengan kak Farrah yang peramah, jemputlah singgah blog dia kat SINI. Farrah MF ni seorang yan berseni, sama ada bab kraf, mahupun main gitar. Teringin rasa nak berduet, kotlah boleh famous cam Iman Troye. Hahaha. Selain tu, blog FAMF Tower ni selalu jugak share resepi yang simple dan kreatif. Gerenti tak menyesal kalau follow.

Dapat FM Aussie tu tetibe rindu plak nak 'balik kampung'. Eh, ni dah lari tajuk.

To my dearest Farrah MF, thank you so much for the parcel. Memang tak expect dapat hadiah sebanyak ni. Semoga ukhuwah kita berkekalan dan dapat jugak jumpa suatu hari nanti. Amin. Stay safe and semoga ceria selalu.

Nota kaki: Mood ke laut tengok bilangan angka kes Covid19. Jemu pun ada jugak.




21 comments:

  1. Eiiii bestnya hadiah unexpected hadiah! Banyak pulakkk tuuuuu.
    Semoga hubungan kak sal dan kak farrah makin berkekalan :)
    Kannn, tengok angka kes covid saban hari meningkat, dah naik jemu huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat kiriman istimewa dari Farrah. Moga persahabatan maya semakin erat. Memang tak larat dah nak ikuti perkembangan covid19. Sabar sajalah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dapat hadiah dikira rezeki juga tu.

    ReplyDelete
  4. Haah banyak dapat. Sambal pun ada. Hehe bersemangat tulis apabila dapat hadiah.

    ReplyDelete
  5. Macam macam hadiah dapat tu sal. Seronok dapat hasil kraft kak farrah yang tak pernah kering idea buat art cecomel. Alhamdulillah..tahniah Sal :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah meriahnya rezki ramadan sal

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Meriah gila bungkusannya.. Kad raya tu memang nostalgia..

    ReplyDelete
  8. wah beg istanbul tu mengoda sungguh. Bila lah nak rentas negara ni. Semuga virus covid 19 nyah dari mukabumi ini. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Covid 19 nyah jap lg ada covid 21 plak. Jemu dah weiii

      Delete
  9. eh lupa nak ucap tahniah. Rezeki bulan Ramadan ni

    ReplyDelete
  10. Banyaknya dapat souvenir siapa jelah yang tak excited kan hehehe...
    Tahniah Sal rezeki

    ReplyDelete
  11. byk giler dpt hadiah tuuuh., tahniahnyer ciksal.,

    ehh, antara kak farah dgn kak sal mana satu yg paling kakak nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla wak x pernah check IC Farrah lahir bila

      Delete
  12. senget bahu posmen hantar parcel ni... banyak nau hadiahnya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Kalau x puasa dah offer sirap ais

      Delete
  13. waaahh banyaknyaa hadiah.. tahniahhh ciksal :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah Sal sbb byk dpt hadiah kali ini.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah sal.. rezeki... semuanya bestttt hadiah dari Farrah

    ReplyDelete
  16. Cantiknya semua hadiah.. yang best ialah hati pengirim...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com