Hadiah paling mahal pernah kuterima dari rakan Blogger

Sunday, 29 January 2023


Balik dari mengopi dengan member aku tadi, nampak ada seketul parcel Shopee atas meja di ruang tamu. Mak aku cakap aku punya. Blur kejap aku sebab dah lama tak shopping. Adik aku yang ambil masa parcel datang dan dia kata berat.

At the same time teringat ada 2 blogger bagi aku tracking number, so aku terus cross check number tu dengan pemberi. Rupanya dari Blogger Azhafizah aka pemilik Blog Sihatimerahjambu. Terkejut giler aku sebab tak sangka hadiahnya sebesar ini. So dengan semangat la aku bukak kotak.  

Bila dah bukak lagi terkejut. Eh dapat air fryer gais! Benda yang aku tak ada lagi di dapur. Alhamdulillah, tak sangka kesedihan aku last Saturday Allah gantikan dengan kegembiraan lain. Aku tak pernah dapat hadiah semahal ini melalui blogging tau. 

Air fryer 3 Litre jenama Giselle ni parents aku dah selamat letak kat dapur. Masa aku cakap aku dapat dari kawan blog, diorang macam tak faham, tapi agaknya malas nak tanya aku banyak-banyak. Haha. 


Nak masak apa ye nanti? Malam ni dah ada lauk. Maybe untuk esok sebab aku work from home and parents aku puasa. Kita ABC tak dapat lah join. Or maybe boleh whipped up something untuk diorang berbuka nanti. Amboi sembang kemahin, padahal tak baca manual lagi! 

Kena study dulu sebab aku jenis yang sayang orang barang, guna elok-elok supaya tahan lama. 

Apa-apa pun, sekalung terima kasih untuk blogger Azhafizah atas pemberiannya yang begitu berguna ni. Rezeki Top 10 Jurukomen Blog Sihatimerahjambu tahun 2022. Bukan selalu ye dapat nombor syatu. Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Yang selalu salah alamat, Darwin Nunez je. Sepak bola memanjang tak masuk gol. Kena mandi bunga kau ni. Eh ni dah masuk cerita lain.

Sesiapa ada cadangan resepi air fryer yang simple tapi sedap bolehlah share di ruangan komen. Aku ni tradisional sikit, tau masak guna dapur gas je. Sekali-sekala kita go healthy, pakai air fryer pulak. Umur pun dah makin bertambah ni, jagalah kesihatan.

OKlah tu je nak cerita. Kalau menaip tak leh berhenti. Thanks for reading!

41 comments

  1. Besar hadiahnya. Hehe akak sudah ada air fryer.
    Tahniah Sal. Akak menunggu hadiah daripada Fiza

    ReplyDelete
  2. Tahniah Sal. Alhamdulillah! Disebalik kesedihan Allah hadirkan juga kegembiraan. Kerana perasaan kita milik DIA. Apapun ibu doakan Sal sentiasa tabah kuat dan bersemangat. Chaiyok Sal! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat makan je yang tinggal ni ha. semangat lain ke laut dalam

      Delete
  3. Wahhhhh!!!! Tahniah sal!!! Bestnya.. google je ada byk resepi.. paling mudah buat puff sardin dan tuna buat minum ptg.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kakmim, nanti saya google. kena ada gen nak makan-makan gitu. kalau sorang je sendu. haha

      Delete
    2. Buat kuih bakar pandan guna AF pastu serve kt mak.. mesti repeat order dia nnt πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  4. Alhamdulillah rezeki dapat air fryer

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Allah gantikan kesedihan sal dengan sesuatu yang mengembirakan. Boleh buat macam-macam lah. Masak puding roti pun boleh. google je resepi airfry hah berderet. Selamat memasak eh selamat mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati masih sedih, tapi tak nak layan sangat

      Delete
    2. dah dah jangan sedih sedih senyum sikit ba ba cak. Adik akak ni senyum pun manis

      Delete
    3. hahaha. ok lah saya senyum. nampak tak ni?

      Delete
  6. alhamdulillah.murah rezeki sal..congrats!!!
    mcm2 leh buat ngan air fryer ni..google je....selamat memasak ye!!!

    ReplyDelete
  7. wahh besarnya hadiah. seronok dpt air fryer. boleh masak mcm2

    ReplyDelete
  8. sepatutnya dah dpt air fryer bolehlah mng... pastu celebrate mkn sedap2... tp end up ke gua juaaaaaa. dah ler sejuk tau tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la datang gua aku boleh goreng-goreng pakai air fryer. aku lupa langsung pasal game vs Brighton tu. Ingatkan akan menang kalau aku tak tengok

      Delete
    2. nak fish n chip 1. lapo laa pulak sejuk2 ni... kalau ada dessert hulur2 laa jg...

      Delete
    3. kesimpulannya apa kata ko jgn tgk smpi bln 5 nnt? lg pn pemenang kita dah tau. UCL? kata SO7: aku berhenti berharap dan menunggu dtg gelap smpi nnt 1 saat tak ada cup aku dapat...

      Delete
  9. Wah, tahniah Sal! Air fryer mmg berguna sangat. Paling simple buat telur separuh masak / telur rebus hihi.

    ReplyDelete
  10. Happynya dapat air fryer kan. Murah rezeki.. Selamat memasak ye..

    ReplyDelete
  11. Fuh…hebat hadiahnya! Alhamdulillah rezeki buat Sal. Tahniah πŸ‘πŸ½
    Akak hampir tiap hari guna AF. Masak ayam dan ikan la biasanya.
    Kena baca manual untuk tentukan suhu & masa. Lama2 guna dah biasa, dah boleh agak.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Sal...alhamdulilah rezeki tu..lepas ni bole la main masak masak haha.. buat ikan bakar sedap gak..rencah buat laa letak mcm blakpepper ke cili apa tu lupa dh nama haha... buat cheese tart pun ok uyk parents buka puasa tu haha

    ReplyDelete
  13. Ya Allah bestnye..saya tumpang gembira sekali...tahniah btw. πŸ˜ŠπŸŒΉπŸ’—

    ReplyDelete
  14. buat lah sardin puff hahah. memang lps ni mudah la nk buat. apa pun tahniah Sal. seronok sbb brg idaman dh dpt

    ReplyDelete
  15. Anak Mrs. A yang Aryssa tu semua benda dia masak dlm air-fryer Sal, nugget, cookies, telor dadar kalau tak nak kotor kena beli pelapik kertas tu kat shopee ada, lazada pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, nampak rumah kawan hari tu guna pelapik juga dalam AF. Kena beli tu dulu

      Delete
  16. Alhamdulillah tahniah sal rezki untuk mudahkan kerja kat dapur

    ReplyDelete
  17. wahh dasyat hadiah dia...akk buat la roti pizza guna roti gardenia..buat kek pon boleh, asalkan akk beli bekas besi untuk air fryer tu...entah apa namanya sebab di rumah Cuya guna benda tula.

    bagusnya air fryer, jimat minyak dan makanan pon sihat tanpa minyak. hehe

    ReplyDelete
  18. MasyaAllah dahsyatnyaaa hadiah diaaaa! Alhamdulillah rezeki tu Sal! Congrats tauuu!

    ReplyDelete
  19. Wah bestnya dapat big n expensive gift.. How lucky you are..hehe

    ReplyDelete
  20. Best nyaaaa dapat air fryer ❤️πŸ‘.. saya biasa pakai untuk goreng chicken wings, atau terakhir kali bikin broccoli goreng. Hanya kasih garam dikit, sedikit letak olive oil, dan air biar ga terlalu keras. Selesai tuh taburkan keju di atas. Anak2 saya biasa tak suka sayur, tapi kalo di bikin seperti itu mereka mau makan πŸ˜…

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah...seronoknya dapat hadiah...Air fryer bagus untuk masakan yang bergoreng tanpa minyak...

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, bestnya...selamat bereksperimen...healthy eat!

    ReplyDelete
  23. Seronoknya dapat air fryer . Kalau nak beli ni beratus jugk la

    ReplyDelete
  24. terbaik!
    berbaloi la Sal taip komen last year, dik oii :)
    akaq bangga dik ada rakan blogger mcm awak ha ha ha ha ha...

    aida ni bukan tak nak share, Sal.
    masalahnya AF aida kat rumah tu, guna pon rasanya 4-5 bulan lepas :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  25. Terbaik semua...! Salam kenal ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah