Showing posts with label mytown. Show all posts
Showing posts with label mytown. Show all posts

Thai Boat Noodle Mytown with BFFs

Friday, 5 August 2022

Assalamualaikum dan hai semua. Rasanya dah bertahun-tahun restoran Boat Noodle ni wujud di Malaysia tapi belum pernah sekali pun aku masuk makan. Masa awal-awal dulu dia punya viral sampaikan orang beratur panjang nak masuk. Sekarang pun Boat Noodle masih mendapat sambutan sebab rakyat Malaysia kan suka makanan Thailand.

Makan di cawangan MyTown sebab dekat dengan rumah. Haha

Sampai awal dalam pukul 11 lebih. Suka sangat deko ala-ala kedai kampung macam ni


Cik dan Puan BFFs sedang memilih makanan. Kami semua Boat Noodle virgins. Ambil masa jugak nak decide nak makan apa

Boleh pilih jenis mi, nak pedas atau mild dan nak ayam atau daging

Pilihan side dish lain

Mula-mula eksyen, pilih 5 mangkuk je sebab nak rasa dulu

Baju kuning tu anak SR (baju pink) tapi gigih nak duduk dengan aku. Layan jelah si comel Arash ni. Dah makin petah dan ligat.

Boleh pulak aku tak ambil gambar makanan sangat. Apo lah tapi nak buat review restoran

Desert Sangkaya yang sedap

Dari kiri : Terer Taro (recomended kalau suka perasa keladi), Cha Keow Yen (Green Tea) dan Cha Mano Yen (Peach Tea kot)

Total cost makan 4 orang. Actually Arash tak makan sangat

So..my review..

Pathumthani - sedap jugak. Masam dan pedas. I loike
Ayutthaya - aku kurang suka sebab rasa herba kuat. So kalau makan Boat Noodle lagi aku akan elak dari order ni.
Tom Kha Kai- sedap jugak. Macam rasa tomyam tapi ditambah santan
Khao Soi - ada herbs jugak tapi tak sekuat Ayutthaya

Orang yang makan tak banyak macam aku memang suka lah makan di Boat Noodle ni sebab portion kecik. So, boleh try semua. Aku makan 3 ke 4 mangkuk je. Kenyang dah sampai ke petang.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!




Read More

Pokemon TCG Exhibition di MyTown - Aku nak jumpa Pikachu!

Thursday, 24 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Cerita last Sunday. Aku ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre. Event anjuran Aeon Fantasy (M) Sdn Bhd, diadakan di ruang legar tengah MyTown SC. Kenapa aku pergi? Aku nak jumpa Pikachu dan nak usha pop-up store Pokemon Centre yang jual merchandise Pokemon direct dari Jepun! Kali terakhir aku ke Osaka memang aku banyak habis duit kat Pokemon Centre di Daimaru Shopping Centre. Aku beli apa? Nanti kita reveal di hujung entry ye.

Minat aku pada watak-watak Pokemon bermula apabila adik lelaki aku perkenalkan aku pada Nintendo Gameboy Pokemon Version Yellow di tahun 1999. Masa tu hanya ada 151 pokemon sahaja. Pas khatam Yellow version, aku main version Red and Blue pulak walaupun versi Red and Blue sebenarnya lebih awal dari Yellow. Aku suka game stail journey dan strategi macam ni walaupun agak childish. Tahun 2000 masuk versi Gold and Silver, bilangan Pokemon pun bertambah jadi 250, aku dah tak main sebab ada exam besar tahun tu. Layan kartun di TV sahaja. Zaman sekolah dulu aku memang geek kuat belajar. Dah tua je malas. Haha

Makin menginjak remaja, aku pun sibuk dengan benda-benda lain, Pokemon pun makin banyak jenis, aku dah tak larat nak keep up. Sesekali keluar movie aku leburkan jugak duit tonton di wayang. Secebis kenangan zaman kanak-kanak, mestilah kita cherish kan?


Pikachu Walk pukul 3 petang. Awal sangat aku datang, pukul 12 tengahari. Takpelah, kita tunggu. 


Di atas pentas itu nanti Pikachu akan muncul


Walaupun pernah main game dan layan kartun di TV, aku tak pernah kumpul Pokemon Trading Card. 


Trading Card ni bukan sahaja orang kumpul secara fizikal, tapi boleh juga main secara online : Pokemon TCG


Aku rasa ni Fan-art


Electrode - antara pokemon generasi pertama


Char..char..Charizard ni pun aku suka gak walaupun in real life tak suka cicak



Awak ni siapa?


Awak je kiter kenal sebab generasi lama


Pokemon monyet ni generasi baru. Takde dalam database 'Pokedex' aku yang 20 tahun tak update



Ada 'Trading Corner' untuk pengumpul kad


Patuhilah peraturan dan jangan gaduh-gaduh OK

Kepada pengumpul Pokemon Trading Card yang berminat nak sertai TCG tutorial, daftar dulu di Eventbrite : Tutorial Session Booking Ticket untuk reserve slot. Walaupun kena daftar tapi event ni percuma. Kena daftar maybe supaya senang control crowd. Biasalah kan nak masuk fasa endemik. Kena 'battle' dengan virus Covid juga. Tutorial hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.



Station Pokemon Ga-Ole Gunnar Solkjaer

Pokemon Ga-Olé is a Pokemon arcade game that revolves around inserting special pokemon disks that depict an individual pokemon into the machine. These pokemon will then appear in the game to battle other pokemon. Source : Gamer Bravers


Banyak juga merchandise dan plushies di Pop-Up Store


Untuk gamers jugak


Ala..comel-comelnya. Tapi harga tu faham-faham sendirilah. Bawa direct dari Jepun kan. Original pulak tu.


Hurm..rasa macam nak beli. Luggage organizer tu paling kecik RM 77.


Tangkap gambar dulu. Sape la Abang Sado interframe gambar aku ni.


Selfie dengan maskot jelah. Abaikan tudung tak sempurna dan eyebag seberat dosa tu.


Pukul 1 start tutorial Trading Card Game seperti yang dijadualkan.

In the end aku tak beli apa-apa di pop-up store dan tak tunggu Pikachu Walk pukul 3 sebab aku malas nak solat Zohor kat mall surau. Orang ramai. Lagipun aku sorang-sorang masa ni. Tak nak jalan-jalan mall sangat karang tershopping. Pergi makan je pastu singgah Watson's. Solat Zohor di rumah aje. 

Nape tak ajak kawan? Kawan-kawan aku semua busy dan ada yang dalam kuarantin. Sejenis aku kalau aku nak pergi sesangat, takde orang teman pun aku terjah. Lagi seronok dari pergi dengan orang yang tak minat. 

Oh ye, macam yang aku janji, ni dia barang yang aku beli di Pokemon Centre Osaka. 

Coin purse, pouch dan planner je. Walaupun tahun 2016/2017, aku masih simpan sebab sayang.


Peminat Pokemon, terutamanya yang minat Pikachu, boleh singgah ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre sebelum 27 Mac 2022.


Notice: All activities are daily except:
- TCG Tutorial Session (Fridays to Sundays, 1PM to 5PM) 
- Pikachu Walk (Weekends, 3PM) 
- Pikachu Dance (Weekends, 5PM & 7PM)
- Pikachu Meet & Greet (Weekends, 6PM)

TCG Battle Corner usage hours:
1. Mondays to Thursdays: 10am - 10pm
2. Fridays: 10am - 1pm & 5pm - 10pm
3. Saturdays & Sundays: 10am - 1pm & 7.30pm - 10pm
Disclaimer: All contents subjected to change or cancellation. 

Sumber dan info lanjut di SINI

Read More

Hampir sesat dalam BookXcess Mytown!

Thursday, 9 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita Jumaat 3 Dis lepas, hari di mana KL dapat cuti 'terkejut' sempena meraikan KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 Edisi ke100. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, since aku fully work from home, jarang sangat aku ada kat rumah kalau cuti. I need a break from my boring job.

Plan asal nak jumpa Encik A dan Encik N (both kawan biasa, dah jangan tanya lagi) tapi diorang ada kerja kena settlekan dulu. So kita merayap lah secara solo sementara tu.

Dari bulan lepas aim nak pergi BookXcess Mytown, Cheras ni. Kebetulan pulak takde stok buku baru (OK ini alasan basi sebab boleh je beli buku online).


MyTown kat mana? Betul-betul sebelah IKEA Cheras. Ada laluan antara keduanya so manalah tau kalau nak check out kedai buku ni alang-alang dah sampai. Pengangkutan awam terdekat dengan pusat membeli-belah MyTown Cheras adalah MRT Cochrane. Memang convenience kalau tak nak drive. Ada terowong yang menghubungkan stesen MRT direct dengan mall so tak payah risau panas hujan.

Teringat dulu masa MyTown mula-mula bukak tahun 2016. Masa tu terowong masih dalam pembinaan. Kena lintas jalan besar kalau datang naik MRT. 

BookXcess Mytown terletak di Tingkat 1. Baru dibuka pada Oktober 2021 dan merupakan cawangan ke-13 BookXcess sejak mereka bertapak di Malaysia pada tahun 2007. To those yang familiar dengan jualan buku besar-besaran Big Bad Wolf, pihak BookXcess nilah penganjurnya. So far aku pernah pergi cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Tamarind Square, Cyberjaya sahaja.




Kanak-kanak sukalah tempat macam ni sebab selain buku, banyak juga set aktiviti pembelajaran informal, mainan dan alat tulis. Aku plan nak bawak anak-anak buah aku nanti. Begitulah takde anak, pinjam anak orang. Lol.


Price wise pada pendapat aku adalah berpatutan. Dari segi pilihan buku pun banyak. Tapi BookXcess ada buku bahasa Inggeris sahaja dan tak jual buku ilmiah macam buku sekolah atau universiti. Ada kategori fiction dan non fiction. If nak beli atas talian boleh layari bookxcess.com. BookXcess MyTown ni rak dia tinggi-tinggi. Tak kuasa lah aku nak naik tangga demi nak tengok buku-buku di bahagian atas.


Rasa macam nak beli tapi nantilah dulu


Kalau dulu-dulu orang kata kedai buku adalah tempat membosankan dan hanya menjadi tumpuan 'nerd' tapi sekarang kedai buku pun boleh jadi tempat viral. Tiap-tiap BookXcess ada keistimewaan dan nilai aesthetic tersendiri. Contohnya cawangan Kong Heng Square, Ipoh yang merupakan tapak peti besi bank lama; cawangan Sunway Iskandar, Johor Bahru ada kotak gergasi setinggi 7.5 meter dan cawangan Sun Suria Setia Alam ada 'terowong buku'.

BookXcess MyTown pula ada laluan berbatu dan berkonsepkan 'maze'. Sesat sekejap aku dalam ni. But then aku memang ada poor sense of direction jadi abaikanlah. Hahaha
 

Mintak adik yang kerja kat situ ambilkan gambar


Mari kita layan video


Di sini juga ada 'Whisk Cafe'. Ada jual kopi dan kek. 



Dalam ni jugak ada Restoran Jepun - Ume Tei. Ada sesiapa pernah makan di sini?


Selfie seround. Lain kali nak datang dengan kawan yang pandai ambil gambar sebab tempat ni sangat Instagrammable - said that lady who doesn't even have Instagram account. *Facepalm*


Pencinta seni boleh jugak check out Papu Art Gallery. Image source: Facebook BookXcess

BookXcess Mytown
L1-012, Level 1, MyTOWN Shopping Centre, 
6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
03-92865200

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam (Isnin-Ahad)


Sekian cerita aku 'hampir sesat' dalam BookXcess MyTown. Aku beli satu buku sahaja. Ada aku mention dalam entry INI


Pandang-pandang jeling-jeling je IKEA dari jauh. Manusia ramai. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bercinta. Eh

Pergi balik naik MRT la u olls. Memang tak naklah aku nak drive melainkan terpaksa. Lega dah ada tunnel ni. Tak payah gadai nyawa lintas main road.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More