Showing posts with label mental health. Show all posts
Showing posts with label mental health. Show all posts

Hari Pencegahan Bunuh Diri - Jom Perangi PTSD

Sunday, 11 September 2022


10 September 2022 adalah Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Tema tahun ini - Bertindak Segera Harapan Terbina.

Bertindak segera bukan sahaja pada orang yang mengenali pesakit, tetapi juga pesakit itu sendiri. Sekiranya merasakan diri dalam kemurungan, jangan berlengah, segera dapatkan bantuan. But how?


Boleh cuba hubungi Mentari terdekat dengan korang. Kali pertama datang, diorang akan mintak buat test penilaian tahap kesihatan mental. Jawab dengan jujur. Aku ada kawan yang dapatkan rawatan di sini. Awal-awal memang perit sikit, kena makan ubat dan kena datang sesi rawatan. Paling penting bagi aku adalah kau sendiri kena tolong diri kau. Aku tak pergi Mentari, tapi ada doktor refer aku pada hospital kerajaan sebab aku anxiety teruk dan turun berat badan secara mendadak.

Dari pengalaman peribadi aku, awal-awal nak baik memang perit. Side effect ubat buat aku gigil dan depres makin teruk. Ambil masa beberapa minggu untuk stabil. Tu belum campur sesi jumpa doktor di mana setiap kali pun kena timbang berat badan. Aku dulu turun berat badan dengan kronik sampaikan doktor check kalau-kalau aku ada masalah ketidakseimbangan hormon tiroid. Tapi bila jumpa doktor memang lega lah. Dapat menangis kat situ luahkan isi hati yang kau tak mampu nak cerita pada keluarga atau teman rapat sekalipun. 

Cuma satu jelah kekurangan bila dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Setiap sesi rawatan akan jumpa doktor yang berbeza, depends pada siapa yang available. Bukan macam dalam filem ye, duduk atas kerusi empuk dan setiap kali pun jumpa doktor yang sama. Itu kalau pusat rawatan swasta bolehlah.

Anyway, kalau korang rasa ada masalah kemurungan yang kronik, segeralah dapatkan bantuan. Benda macam ni kau tak boleh harap orang. Kena tolong diri sendiri. Ibaratnya sakit fizikal, contohnya patah tangan. Kalau duduk diam kat rumah tangan tu boleh baik sendiri ke.

Untuk mereka yang tidak diuji dengan sakit ini, ambil berat juga rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat. Aku mengaku aku sendiri pernah anggap orang ada sakit mental macam PTSD ni lemah iman. Tapi bila aku sendiri yang kena, Allahu rasa berdosa beranggapan sebegitu.

Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Penyembuh. Dapatkan rawatan pun ya, tapi kena sentiasa berdoa dan memohon pada Allah agar diberi ketenangan dan kesihatan. Wallahualam
Read More

Dah nak masuk 2022, ada lagi ke orang baca blog?

Monday, 27 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Kebanyakan blogger akan mulakan entry dengan ayat "Maaf lama tak update blog". Tapi kenapa kena mintak maaf? Bukannya reader bayar kita untuk tulis entry baru pun. Lol

Mintak maaf tu sebenarnya untuk diri sendiri. Sebab busy dengan entah apa-apa sampai tak dapat nak bahagi masa. 

Kalaulah badan ni boleh dibelah-belah, dibahagi sini sana agar dapat tunaikan tanggungjawab. Tanggungjawab kepada keluarga, kepada kawan, kepada tempat kerja dan yang paling wajib sebagai hamba-Nya. Terasa diri ini tak cukup usaha, patutnya boleh bagi lebih lagi namun aku sedar kudrat sendiri tidaklah sekuat mana. 

Kadang-kadang aku tidak adil pada fizikal . Kerana aku ketagih pada kesibukan. Aku perlu sibuk agar mental aku tenang. Tak buat sebarang aktiviti akan mendatangkan perasaan gelisah seolah-olah diri aku seorang yang tak berguna kerana hanya berehat-rehat sahaja.



Berbalik pada tajuk entri. Aku ada mention dalam entry lepas yang aku kononnya nak ikut kawan aku pergi bercuti (tapi tak jadi sebab tempat kami nak pergi tu tanah runtuh). So diorang add aku dalam group wasap holiday diorang tu so if ada apa-apa boleh update each other. Suddenly one of them cakap yang dia pembaca blog aku. Aku refer dia as 'L' jelah ye. 

L adalah kawan kepada kawan aku, so aku tak kenal dia. L juga bukan blogger. Terharu kejap aku. Ingatkan tahun 2021 ni orang tak baca blog dah. Lainlah kita yang memang blogger ni. Memang kat sini lah tempat lepak bila ada masa lapang. Certain blogger, termasuk aku, tak aktif social media lain pun kecuali blog. So ye, kita ada circle kita sendiri dan aku gembira berada dalam circle tersebut walaupun kadang-kadang nampak macam aku syok sendiri. Hahaha.

Bila difikir balik, entah ye entah tidak usaha aku sorok blog aku dari famili dan kawan-kawan ni berjaya. Entah-entah ramai je orang yang kenal aku in real life sedang baca entry aku. Damn, this blog is supposed to be my alter ego, my secret identity. Tapi itulah. Ibarat Superman yang menyorok di balik spek mata Clark Kent. Penyamaran yang hambar.

Bulan ni pageview menurun tapi Adsense naik sikit. Bolehlah buat pemangkin semangat nak blogging.

Itu sahaja yang sempat dicoretkan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Terima kasih sudi membaca.
Read More

Walaupun lockdown seribu tahun, Kalau kes tak turun apa gunanya

Friday, 16 July 2021

Dah berapa kali aku taip entry, padam. Taip, padam. Serius mood ke laut nak update blog. Entahlah sebab PMS atau sebab risau tengok angka kes covid yang meningkat sampai 13K. Padahal lockdown dah berbulan-bulan. Walaupun gaji jalan tapi stress tu tetap ada. Kadang-kadang aku fikir patutla Tuhan tak bagi aku suami dan anak. Confirm aku tak boleh handle pressure melayan diorang. Handle diri sendiri pun tak mampu.

Or maybe salah aku sendiri sebab aktif balik Facebook.  Bosan PKP punya pasal, aku online balik setelah hampir setahun detox social media. Ye.. Aku dulu deactivate Twitter dan block apps FB di handphone dan PC sebab aku tak larat baca berita Covid hari-hari. As someone yang ada moderate anxiety disorder, overthinking adalah 'hobi' dia. Kalau aku terlampau risau aku akan sakit kepala dan tak boleh tidur. Harap dapat menjawab persoalan beberapa orang blogger yang pernah tanya nape aku tak aktif social media selain blogging. 

Kena jaga diri sendirilah sebab unit Pskiatri Hospital Ampang pun aku tak tau dah pindah ke mana. Telefon hospital memang tak berangkat. So far aku dah lebih 6 bulan tak makan Benzodiazepines. Ubat sakit mental ni bukan macam ubat batuk or ubat sakit jantung. Ambik je terus sakit reda. No not like that. Itu hanya dalam filem. Makan ubat terus mood ok. Takde maknanya. Ambil masa berhari ubat tu nak take effect. Kadang-kadang berminggu. So jagalah kesihatan mental anda semua. I've been there and it's not pretty. Boleh baca pengalaman aku di SINI


Paling aku takut bila tengok orang ramai-ramai kat Covid Assesment Centre macam di Stadium Melawati Shah Alam. Aku cannot wei kalau kena gi tempat ramai-ramai macam tu. Time tu check Fitband mau heartbeat cecah 120.

Mungkin aku kena stay away balik dari FB. Facebook ni ko tapis la cmane pun, cerita viral tetap akan melintas. Bukan tak nak cakna, tapi apa je aku boleh buat? Maaf tak cukup kental nak jadi keyboard warrior.

Buat masa ni, layan novel,movie dan keluar masuk dapur. Entah apa-apa resepi aku try. Janji masa terisi. Masa lapang adalah musuh utama untuk orang yang suka fikir bukan-bukan. Kena kreatif sibukkan diri. Sosial media nampaknya bukan pilihan terbaik. At least not for me. Lain orang lain coping style. 

My July-August reading target. 

p/s: Entahlah siapa yang gagal. Aku, kau, beliau atau mereka? Wallahualam
Read More

Memoir Sebuah Kemurungan

Sunday, 22 November 2020

Aku ingat lagi apa rasanya. Berdiri di rooftop Tingkat 26, merenung ke bawah, berkira-kira untuk terjun. Padahal aku manusia yang takut tinggi.

Panggilan masuk dari seorang kawan yang agak rapat. Bertanya kenapa aku tak datang untuk lunch sedangkan sarapan pun aku tak habiskan. Memang sejak akhir-akhir aku kurang selera makan. Badanku yang memang kurus semakin susut.

Aku beritahu kawan aku yang aku ada di bumbung. Fikiran aku serabut. Aku menangis. Beberapa minit kemudian kawan aku sampai. Dia megajak aku duduk. Aku lupa berapa lama aku duduk situ dan menangis. Dia hanya memerhati. Tak berkata walau sepatah. Mungkin dia sudah kehabisan ayat untuk memujuk aku yang sejak akhir-akhir sering menangis ibarat Kasim Selamat kehilangan Sabariah.

Ini bukan sedutan novel atau cerita pendek. Ini cerita aku sendiri. Ya, aku pernah rasa bagaimana keinginan mengakhiri hayat sendiri begitu menebal. Mana-mana orang yang pernah mengalami depression@kemurungan akan mengalami perasaan ini : Rasa diri tak berguna dan menyusahkan. Seolah-olah kalau kita tiada, beban orang tersayang dapat dikurangkan. Soalan yang sering bermain di fikiran:  Untuk apa aku terus hidup?

Namun cerita semua orang tak sama. Sakit si A tak mungkin sama dengan si B walau makan ubat yang sama. Setiap orang diuji dengan ujian berbeza. Kami pun sakit. Cuma sakit kami tak nampak di mata nyata. Ada pesakit mental pandai menyembunyikan, tak sedikit pun kelihatan. Ada juga yang inginkan perhatian; tak dapat banyak, sikit pun cukuplah dari orang tersayang.

Ada orang kata, sakit mental ni punca dari kurang iman. Aku tak salahkan orang yang ada mentaliti macam tu. Aku mengaku aku pernah ada kefahaman yang sama. Hakikatnya punca sakit mental ada pelbagai. Antaranya keturunan, ketidakseimbangan hormon/ bahan kimia dalam otak, suasana pembesaran yang tidak sihat, trauma dan masalah hidup yang kronik seperti hilang punca pendapatan, hutang, penceraian etc.

Lebih setahun aku berteman ubat dan ulang-alik ke klinik psikiatri. Hidup aku tunggang-langgang. Disebabkan tak boleh tumpu perhatian, sering buat silap dan kerap ambil MC/EL, aku telah demoted. Aku hilang kerja yang aku suka. Aku jarang keluar rumah dan jumpa kawan-kawan. Saudara-mara aku hairan kerana aku menyepi. Kalau sekali sekala aku muncul di kenduri, aku tampil lesu dan banyak menjauhkan diri. 

Aku memilih untuk sembunyikan sakit aku dari tempat kerja. Aku tidak mahu sakit aku menjadi sebab kredibiliti aku yang sudah jatuh semakin merudum. Rakan-rakan dan keluarga yang tahu hanya sebilangan kecil. Aku rahsiakan kerana tak nak mereka risaukan aku. Ada kala aku rasa berseorangan tapi aku tahu Allah ada. Dia saja yang beri aku kekuatan bila rasa putus asa tu datang. 

Apa pun aku bersyukur atas ujian yang Allah beri dalam bentuk Mild Depression Disorder+Anxiety. Bersyukur kerana ujian ini seolah teguran kerana aku banyak lalai dan melupakan Dia. Kerana ujian ini aku kembali berpijak di bumi nyata. Aku mula menghargai keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah tinggalkan aku. 

Banyak lagi yang ingin aku kisahkan tapi cukuplah setakat ini. Mungkin korang ada soalan atau kecaman, sila tinggalkan di ruang komen.

Terima kasih luangkan masa untuk membaca. Terima kasih juga sebab bila aku cakap aku sering sakit dalam entri-entri sebelum ni, ramai yang mendoakan aku kembali sihat walaupun kalian tak tahu aku sakit apa. 

Till then.. Jumpa next entry! 


Read More