Addon White Coffee Ipoh - Port makan halal dan ada kopi putih sedap

Wednesday, 29 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Kisah Ipoh masih sangkut di hari kedua, so marilah sambung. Kalau hari sebelumnya kami lunch di Ipoh Hainan Chicken Rice, balik dari cuci mata di Pasar Karat kali ni, dengan cuaca panasnya, teringin pulak nak menghirup kopi berais.

Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Day 2

To be honest aku agak particular dengan status halal lagi-lagi di tempat yang aku tak biasa. Nampak je aku ni macam rancak berdosa tapi bab makan kenalah hati-hati. So, search dekat google nampak Addon White Coffee ni dalam suggestion. Tengok rating tinggi jugak. Lagipun malaslah nak gi tempat-tempat viral ni kang ramai orang. Pandemik ke tak pandemik ke aku memang tak suka tempat crowded.


Masa kami sampai ni masih awal lagi. Baru pukul 12 lebih. Kedai pun nampak lengang. Aku rasa kedai ni tak famous macam kedai-kedai makan lain. Or maybe sebab dia baru. 

Restoran Addon White Coffee ni dulu terletak di Jalan Ekram, tapi telah berpindah ke lokasi baru di Jalan Raja Musa Aziz sejak Mac 2021.



Kami pilih untuk duduk di tingkat atas. Deko tempat ni macam kopitiam zaman dulu. 

Menu Addon White Coffee


Signature Dish kedai ni adalah Lamen. Aku rasa Lamen tu Mi Tarik.




Nak makan nasi pun boleh




Ada makanan ringan jugak kalau dah kenyang




Dessert pun nampak menarik


Addon White Coffee tu adalah jenama kopi putih mereka sendiri. Macam konsep OldTown lah. Pelbagai pilihan ada


Masa ni takde orang so aku boleh belek sehelai-sehelai menu tu amik gambar sesuka hati


Air sampai dulu sebelum makanan. Ais diasingkan so boleh bancuh sendiri. Aku suka jugak macam ni sebab aku tak pernah minum white coffee brand ni so tak boleh jangka pahit dan kaw tu level berapa. Anies order Sweet Corn White Coffee. Aku order White Coffee plain je.

For me white coffee dia sedaplah jugak. Boleh tahan kaw.


Anies order Salted Fish Beef Slices dengan Nasi Putih. Aku pulak Beef Chili Lamen. Both sedap. Ni puji ikhlas ye. Entry ni bukan entry berbayar. Kalau berpeluang ke sini lagi aku nak try menu lain pulak. Harga total around RM35+

Selain makanan yang sedap dan servis yang baik, di sini juga disediakan tandas dan surau yang bersih dan selesa.


Bergambar sebelum balik. Orang kedai tu yang ambilkan

So kedai ni memang highly recommended untuk korang yang nak cari port makan yang sedap dan halal di Ipoh. Plus point boleh mengopi sebab Ipoh memang terkenal dengan white coffee / kopi putih. 

Addon White Coffee
49, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak
No Tel : 05 2432336
WhatsApp: 011 51214755

30 comments

  1. Nampak tenang sangat kawasan dia!

    ReplyDelete
  2. Cantik Sal ambil gambar menu.
    Makanan nampak timbul atas meja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Takde orang masa ni boleh la nak adjust angle and lighting

      Delete
  3. Good.. Husband ammi pun sgt particular bab makan ni sbb tu ammi Dan anak2 tak pernah rasa makan ramen. Dia risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramen takde cop halal Jakim kan. Ramai juga tak yakin

      Delete
  4. Haaaa...masuk wishlist dulu laaaa....mana tau nak pi Ipoh lepas ni kan

    ReplyDelete
  5. cozy tempatnyerr.. šŸ‘šŸ‘

    ReplyDelete
  6. Cikbunga pun suka coffee house cam nie... Sambil minum coffee sambil makan makan šŸ˜ŽšŸ˜Ž

    ReplyDelete
  7. besar jg portion dia..berbaloi..

    ReplyDelete
  8. betul Sal, rancak berdosa pula kalau kita share venue2 yang tak yakin kehalalannya ni kan, nampak cantik cafe ni. Ipoh banyak cafe2 hipstur dan instagramable kan laa nii :)

    ReplyDelete
  9. Kemas tersusun tempat makan. Tetiba terasa lapar. šŸ˜…

    ReplyDelete
  10. terasa nyaman je makan di sini. Pasti rasanya sedap. Yes. halal is very important...

    ReplyDelete
  11. BERDUA SAJA DI SITU SELESA KAN JAMU SELERA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai ni menarik juga. tak faham kenapa kurang mendapat sambutan

      Delete
  12. Penting check status dulu sebelum terjah masuk. Port makan yang nampak menarik. Selesa sebab ruangnya luas. Decor pun cantik. Sedap menu pilihan.Harga kira standard lah makan 2 orang. Gigih tu suruh orang kedai ambilkan gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. orang kedai tu yang offer. dia mintak tag di IG lagi. Takde IG so promote dalam blog jelah

      Delete
    2. Ohh macam tu. Bijak dorang buat marketing kan. Siap offer dan suruh tag.

      Delete
  13. Menarik tempat ni. Terima kasih Sal kongsi. Bolehlah akak pergi kalau ke Ipoh.

    ReplyDelete
  14. Cantik, tenang dan nyaman suasanya. Kalau Kak Amie diberi pilihan, tentu nak pilih tempat begini juga. Tq for sharing Sal. Nanti jalan-jalan Ipoh bolehlah singgah sini.

    ReplyDelete
  15. Kedainya Cantik, menunya menarik selera. Rindu ingin ke sana. Selamat sore, ananda Salbiah.

    ReplyDelete
  16. banyak jugak pilihan menu dia kan...dan harga pun tak terlalu mahal...

    ReplyDelete
  17. Alahai sedapnye white coffee.. makanan pun sedap2

    ReplyDelete
  18. Ahkak pun kadang camtu juga kalau tak biasa tempat makan. Tapi yang ni nampak best je makanan pun banyak. Boleh lah ajak kawan kalau terjah kat Ipoh asyik mee kicap wak jasak je. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mi kicap wak jasak best jugak tu. tapi saya tak dapat pergi sebab hari tu hujan

      Delete
  19. menariks tu.. adoi la, teringin nak gi ipoh..mcm2 menariks ni

    ReplyDelete
  20. tgk sekali lagi post ni bestnya tempat ni kalau ootd

    ReplyDelete
  21. Lama tak singgah ipoh.. dulu rasanya tak jumpa kedai ni. Baru bukak eh

    ReplyDelete
  22. Smlm aku melantak kat cni....mmg trbaeeeek...yg best lg bini yg bayorkn...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. orang belanja memanglah lagi sedap

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah