Assalamualaikum dan hai semua. Kebanyakan blogger akan mulakan entry dengan ayat "Maaf lama tak update blog". Tapi kenapa kena mintak maaf? Bukannya reader bayar kita untuk tulis entry baru pun. Lol
Mintak maaf tu sebenarnya untuk diri sendiri. Sebab busy dengan entah apa-apa sampai tak dapat nak bahagi masa.
Kalaulah badan ni boleh dibelah-belah, dibahagi sini sana agar dapat tunaikan tanggungjawab. Tanggungjawab kepada keluarga, kepada kawan, kepada tempat kerja dan yang paling wajib sebagai hamba-Nya. Terasa diri ini tak cukup usaha, patutnya boleh bagi lebih lagi namun aku sedar kudrat sendiri tidaklah sekuat mana.
Kadang-kadang aku tidak adil pada fizikal . Kerana aku ketagih pada kesibukan. Aku perlu sibuk agar mental aku tenang. Tak buat sebarang aktiviti akan mendatangkan perasaan gelisah seolah-olah diri aku seorang yang tak berguna kerana hanya berehat-rehat sahaja.
Berbalik pada tajuk entri. Aku ada mention dalam entry lepas yang aku kononnya nak ikut kawan aku pergi bercuti (tapi tak jadi sebab tempat kami nak pergi tu tanah runtuh). So diorang add aku dalam group wasap holiday diorang tu so if ada apa-apa boleh update each other. Suddenly one of them cakap yang dia pembaca blog aku. Aku refer dia as 'L' jelah ye.
L adalah kawan kepada kawan aku, so aku tak kenal dia. L juga bukan blogger. Terharu kejap aku. Ingatkan tahun 2021 ni orang tak baca blog dah. Lainlah kita yang memang blogger ni. Memang kat sini lah tempat lepak bila ada masa lapang. Certain blogger, termasuk aku, tak aktif social media lain pun kecuali blog. So ye, kita ada circle kita sendiri dan aku gembira berada dalam circle tersebut walaupun kadang-kadang nampak macam aku syok sendiri. Hahaha.
Bila difikir balik, entah ye entah tidak usaha aku sorok blog aku dari famili dan kawan-kawan ni berjaya. Entah-entah ramai je orang yang kenal aku in real life sedang baca entry aku. Damn, this blog is supposed to be my alter ego, my secret identity. Tapi itulah. Ibarat Superman yang menyorok di balik spek mata Clark Kent. Penyamaran yang hambar.
Bulan ni pageview menurun tapi Adsense naik sikit. Bolehlah buat pemangkin semangat nak blogging.
Itu sahaja yang sempat dicoretkan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Terima kasih sudi membaca.
Selalunya konten blog dicipta untuk kongsi pengalaman tapi medsos selalunya digunakan sebagai tempat kongsi perasaan. 😅
ReplyDeletePernah juga terlajak kongsi perasaan di blog. Tu yang segan kalau kawan in real life baca. Kawan in blog tak apa sebab strangers
Deleteyes. akak merupakan salah seorang yg ber jiwa blog.
ReplyDeletelain social medium, akak tak aktif. love blogging.
write. read. best!
sama la. akak pun tak hebahkan link blog ni kpd friends & families in real life tau.
ofismet tau pun sebab diorang search and found blog akak.
wife kpd ofismet husband pun ada yg jadik silent reader akak, sal.
pernah satu function di ofis husband.
2 of them dtg ke akak and bertanya, "knape lama tak update blog?"
surprised nya!!! happy. tapi segan skit :) ha ha ha ah ha ha...
Haha. I know how it feels. Nak buat cmane kan, blog ni bukan macam IG or FB, boleh controll siapa yang kita nak or tak nak baca. Anyone boleh jumpa, lagi-lagi kalau entry yang SEO friendly
DeleteHehe segankan orang kenal di alam nyata baca blog kita.
ReplyDeleteAkak tiada sembunyi sangat cuma yang baca tidak beritahu dia baca blog di alam nyata.
Pernah juga seorang kawan satu opis dan seorang cousin bagitau dia baca blog saya. Segan jugak. Puncanya saya berahsia sebab dulu ada orang yang saya kenal cakap blog saya takdelah best sangat. Jadi malu nak expose
DeleteEh member kita yang dah lost ctc baru2 ni call.... Bila dia baca kisah sedih kat blog kita. terkejut wak... sbb tak sangka dia baca blog kita. Rupanya dia ckp mmg dia mengikuti je kisah kita selama ni... Adoii terharu betul
ReplyDeleteKan. Rasa terharu bila tau ada orang silently baca blog kita. Bukan baca sikit-sikit tapi follow. Cuma kita tak tau sebab dia takde akaun blogger
Deleteye, ciksun pun banyak benor entri akhir2 ni yang bermula dengan "maaf da lama tak update blog" hahahahha!
ReplyDeleteNampak nau cik sun busy. Hehe
DeleteKalau minta maaf lambat blogwalking dan balas komen aci tak? 😂
ReplyDeletehehe. terpulanglah kak. tapi pada pendapat saya no one owes anyone anything here. kalau dia komen ikhlas, dia tak harapkan balasan. just courtesy jelah kita as blogger
DeleteAkak pun lebih kurang sama macam Sal. Lebih banyak muncul di blog berbanding media sosial. Ada media sosial macam hidup segan mati tak mahu. Orang komen status hari ni, bulan depan bila masuk balik baru akak balas 😝
ReplyDeleteWah, bestnya ramai orang baca blog dia! Bila orang confront dan mengaku depan-depan mesti terharu kan!
Takdelah ramai. Terharu ada, segan pun ada. Sebab kadang-kadang kita merepek kan. Paling tak suka kalau kantoi dengan member satu opis
Deletesaya sejenis jarang guna ayat tu kot walaupun lama tak update kadang. Blog masih relevant lagi dimasa masa akan datang. Sampai bila tak tahu lah. Haa yeee Sal, nak sorok memang tak dapat nak sorok. Ada je stalker. Tiba tiba jumpa tahu kisah kita. Hadoiii...
ReplyDeletebukanlah stalker pun, tapi dah orang terjumpa, nak buat cmane kan. Blog masih relevan kalau orang tu suka membaca
DeleteSiapakah gerangan L tu :) betul tu perlu pengurusan masa juga berblog.. atau apa-apa aktiviti pun kan.. InshaAllah urusan Sal dipermudahkan dan berjaya. Aameen.
ReplyDeletekena mintak izin L kalau nak dedahkan identiti dia kat blog ni. Doa yang sama untuk sis jugak. Amin
Deletejamni org main instagram, tiktok, youtube jeew.. 😅😅
ReplyDeleteorang lagi suka visual dari membaca. kalau saya cantik saya pun main Insta dan bukan blogging. huhu
DeletePageview saya juga menurun ananda Sal. Terutama seminggu terakhir.
ReplyDeletehujung tahun ramai yang sibuk agaknya. lagi pula macam di Malaysia sekarang cuti sekolah
DeleteAlhamdulillah walau busy sgt masih mampu tulis2 blog
ReplyDeleteAlhamdulillah masih diberi masa dan dipanjangkan umur kan kak PI
DeleteKejap jew dah nak habis setahun 🤓🤓 see for next year 2022... Kita baca blog lagi🌹🌹
ReplyDeleteblogger memang akan masih baca blog. non blogger yang sukar dijangka. haha
DeleteHehehee... faham maksud Sal tu kita ni ada pelbagai watak tersembunyi.
ReplyDeleteLebih bebas di alam blog dari di alam socmed gittewww...
hehe. betul. sebab kebanyakan yang baca blog kita ni stranger. kadang-kadang teremosi bila menaip, tapi tak risau ada yang terasa hati. kalau FB kang takut ada yang sentap pulak. dah susah nak layan orang merajuk
Deletekan...hahaha
DeletePada mama.vlog ni utk diri sendiri. So selago minat nak mencoret selagi tu la blog akan hidup. Opkos la blog masih releven
ReplyDeletebetul tu mama. Kadang-kadang mencoret untuk buat kenangan pada diri sendiri. selagi ada blogger, selagi itu blog relevan kan
Deletebetul sal so blog akan relevan sampai bila2
Deletehahaha sama lah kita kalau duduk saja rasa useless gila. Kalau terlepas update mulalah sasau. Bab orang baca tu kalau tengok stats saya, bersepah yang baca lagi haha so tak bolehlah kak sal nak menyorok, esok lusa jumpa lah tu
ReplyDeletekt blog boleh tulis panjang2, ibarat diari kehidupan....samalah, tak aktif kt medsos yg lain..masuk fb, utk like post kawan2..hehe..
ReplyDeleteMinta maaf kat diri sendiri sbb dh byr duit domain blog pstu tak menulis... Dah kenapa kan?
ReplyDeleteSalam, naa ni L sudah muncul. Tak pelik pun baca Blog walau zaman bila pun.Bagiku blog adalah tempat cari maklumat travelling experience, food experience, sejarah & politik. Mungkin faktor generasi sikit sebanyak kot mempengaruhi.. Geng lahir 90an ke atas kebanyakkan dah didedah dgn soc med baru. Pernah open blog account tahun 2007 waktu belajar tapi dah delete. Sebab dah mula nak kerja time 2009. The attention has been diverted..lol..Anyway teruskan menulis blog ya Sal, ramai menanti penulisan anda..pengalaman penulis blog sangat bermanfaat bagi kami penggemar membaca blog. Cheers ^_^
ReplyDeleteKite pembca blog kak sal hokeyh!
ReplyDeleteKak Amie pun selalu minta maaf pada diri sendiri sebab ada kalanya dapur terbiar tak berasap... kah!
ReplyDeleteSamalah dengan Kak Amie. PV turun, Disember tak banyak buat entri. USD naik pula.
Happy New year sal
ReplyDeleteDolu2 suka menulis dalam diari uantuk simpanan dan bacaan diri sendiri. Jadi bila terjebak dalam blog kadang kita macam nak menulis untuk meluahkan rasa tapi bila ramai yang baca opss kena tapis juga ayat yang kita tulis. Tapi sebenarnya blog rancak masa tu blogdrive. Kenal ramai penulis melalui medium tersebut sebab depa rajin menulis cerita dan ahkak pula memang minat membaca novel. Dari situ mulanya perkanalan dari tak kenal jadi kenal dan seterusnya menjadi kawan. Tapi la ni sejak ada FB dan medium sosial yang baru...blog jadi terbiar dan menjadi kureng orang nak baca. Tapi pada ahkak kalau kita suka menulis ok je dalam blog cuma kadang nak menulis tu sekejap ada idea sekajap idea lari...hehehehe kena kejar idea ni. Salute kalau orang boleh rajin menulis hari-hari.
ReplyDeletesama....saya pun, lama x update mesti teringat2 jer...but what to do, kena la settle kan mana yg lebih penting. and yes..blog ni mcm our personal diary..tempat nak share apa yg kita rasa, letak gambar2 utk kenangan di masa depan plus dpt kenal ramai sgt kawan merata2...ada yg langsung x pernah jumpa but we do comment to each other..mcm rapat sgt. best! and ada yg kita jumpa & mesra sgt...alhamdulillah..kann. next month 13 tahun dah my blog.... love love love!!!
ReplyDeleteBila masing2 busy dgn commitment maka dunia blog perlahan2 ditinggalkan. Nina kalau boleh nk bahagi bdn jugak hahahaa.
ReplyDelete