Assalamualaikum dan hai semua! Mari sambung cerita di Ipoh sebelum bukak cerita baru. Seperti yang aku cerita dalam entry INI, malam pertama kami di Ipoh, hujan turun mencurah-curah dari petang membawa ke tengah malam. Tak tahu pukul berapa berhenti. Bangun-bangun pagi selak langsir..eh dah cerah! Apa lagi cepat-cepat siap. Breakfast Tortilla dari Wharong Cafe beli via GrabFood malam sebelumnya. Tak panaskan pun sebab takde microwave dalam bilik. Halal jelah asalkan belum basi.
Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.
Day 1
Pagi tu kebetulan hari Ahad, so nak meninjau Pasar Karat Ipoh yang terletak di Jalan Horley, Ipoh. Pasar Karat hanya dibuka pada hari Ahad dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Pasar Karat Ipoh turut dikenali sebagai 'loken' atau Memory Lane oleh masyarakat tempatan.
Gerbang Memory Lane dengan tagline Antik-Unik-Klasik
Sesuai dengan tagline, di Pasar Karat Ipoh ni dijual barang-barang lama atau vintage. Ramai juga peniga di sini yang terdiri dari pelbagai bangsa. Penggemar barang lama confirm rambang mata bila sampai sini. Sediakan wang tunai secukupnya ye.
Alatan tembaga lama. Ada tepak sirih, acuan kuih, dulang, renjis-renjis dipilih hai ditepungilah tawar pun ada ni ha
Ada jugak seller yang random je macam ni. Ada kamera antik, duit lama, kukur kelapa dan banyak lagi
Kemas je susunan nak menarik perhatian pelanggan. Teringat zaman sekolah belajar sempoa
Replika kepala haiwan ni buat aku teringat topeng dalam siri 'Squid Game'.
If korang pengumpul duit dan syiling lama, boleh jugak beli atau jual koleksi peribadi di sini
Ini bukan barang antik, tapi belut albino yang dikeringkan untuk tujuan perubatan. Yang masih hidup pun ada pakcik ni bawak tapi aku takut nak pergi dekat so tak amik gambar. Huhu
Tengok suratkhabar lama teringat masa kerja di arkib dulu. Rindunya
Dalam filem Hindustan selalu nampak telefon macam ni. Biasanya pemilik premis macam kedai atau hotel letak untuk kegunaan awam tapi kena masuk syiling
Kami ke sini untuk cuci mata je. Tak ada beli apa pun. Rumah dah banyak barang.
Selfie sebelum balik
Pasar Karat ni kalau jalan sampai ke hujung akan jumpa pasar pagi. Ada jual pakaian, makanan, mainan dan macam-macam lagi.
On the way pergi makan nampak bangunan ni yang masih under renovation. Tak tahulah hotel atau kedai makan. Tingkap tu replika je. Sebenarnya cermin.
Bercakap pasal hotel, ada banyak hotel berdekatan Pasar Karat Ipoh if tak nak jalan jauh-jauh. Antaranya adalah:
2. French Hotel
4. Ipoh Boutique Hotel
5. Grayhaus Soho (Guesthouse)
Next entry aku share pulak kitorang lunch kat mana ye. Thanks for reading!
bestnya sempat jejalan kan. barang lama tu tengok boleh tapi nak membeli ada lambat sikit
ReplyDeletesebab saya jenis selalu was2 dengan pemilik sebelum nya, tah apa sejarah brg tu tah, lebih baik jgn beli.
teringat dulu pernah tengok cerita hantu Melayu, kena rasuk lepas pakai baju bundle. iye, barang lama mesti ada sejarahnya
Deletepasar karat barang lama tapi mahal harganya kan
ReplyDeleteSuka juga tenguk barang2 yang dijual kat pasar karat ni
ReplyDeletetapi beli jarang2
Wow, barang semua legend legend nie... Memang tempat orang yang suka buat collection barang lama 👍👍
ReplyDeletewahh brg2 rare nih.. 😅😅
ReplyDeletemenarik betul kalau dapat jalan-jalan dekat sini
ReplyDeleteBanyak betul barang antik unik klasik, suka juga barang tembaga , belut kering pun ada, senang rujuk ada list hotel berdekatan di sini. Betul tu rumah dah banyak barang hehe..
ReplyDeletehehe. kalau boleh saya nak bawak barang di rumah saya, jual di sini
DeleteSeram tengok belut albino.
ReplyDeleteHehe akak bukan peminat barang antik.
saya minat tengok aje. macam di muzium. tapi malas nak menyimpan. kena selenggara dengan kerap
DeleteTempat menarik cuci mata. Suka tengok barang antik. Kalau beli mungkin yang bersesuaian buat props gambar je macam barangan tembaga tu. Tapi confirmlah mahal yakmat kan. A ah lah tengok patung kepala binatang tu auto teringat squid game. Belut albino rupanya. Kalau tak cakap dah ingat akar kayu ginseng tu.
ReplyDeletemahal juga harga barang antik. nilai sejarah tu tinggi. lagi-lagi kalau yang rare dari negara luar
DeleteMemang tinggi sangat. Nak tanya harga pun rasa seram. Takut terkejut dengar harga tu.
Deletemcm2 ada..memang ralit tengok barang2 antik..blast from the past!
ReplyDeleteBarang lamanya yang terbuat dari tembaga itu sangat menarik, ananda Salbiah. Terima kasih telah berbagi.
ReplyDeleteTenguk Acuan kuih bahulu cermai alahaiiii teringat dolu2 aruah mak akak buat bahulu. entah macam acuan tersebut. Ikutkan dolu2 lagi banyak barang antik tapi ikut peredaran zama hilang entah kemana. Lagi pun acuan tersebut masak guna kayu dapur lagi best daripada masuk oven macam sekarang. Kureng umphh rasanya. Tapi nak buat camno dah masa berlalu. Redho je lah.
ReplyDeletebetul tu kak. ada acuan tapi takde resepi dan takde dapurnya pun tak jadi bahulu. itulah, nama pun kenangan. setiap barang di pasar karat ni pun mesti ada kenangannya kan
DeleteBetul lah tu kat rumah dah banyak barang.
ReplyDeletetengok barang di rumah pun dah sesak mata
DeleteBest juga jalan-jalan cuci mata kat pasar karat kan...
ReplyDeleteKadang- kadang suka jenjalan pasar karat...seronok walau x ,membeli pun...
ReplyDeletewah. tq Sal. akak ni, plan nak stay ipoh 2 h 1 mlm mac nanti.
ReplyDeletesebab plan nak camping di gerik 2 mlm. then ipoh 1 mlm. then sambung camping di gopeng 2 mlm lagi.
boleh amik idea Sal ni bila akak ada di ipoh kelak.
adik ipar akak is a collector brg antik.
dia tak pernah tak suka kalau gi pasar karat di mana pon.
dia boleh jadik separuh gila kalau masuk pasar karat tau.
rumah dia pun ada bilik khas utk collections dia.
Bolehla tengok yang di Ipoh ni. Make sure pergi hari Ahad ya
Deletebestnya tengok barang-barang kat sini
ReplyDeleteBestnya layan barang vintage. Dulu mama selalu lepak amcorp mall je .. skrg lama dh x pegi
ReplyDeleteamcorp mall tu biasanya pengumpul duit lama suka pergi
DeleteIngatkan mmg guna tingkap kayu tu..
ReplyDeleteTp kalau guna tingkap kayu bila angin kuat confirm gegar kuat kat bilik yg belah atas kan
Tulah. Sebab tu mock je tingkap kayu tu
DeleteKalau Kak Amie maunya berjam-jam lamanya meneliti barang-barang lama di Pasar Karat begini. Semuanya nampak unik dan sudah tentunya sukar dijumpai di tempat lain.
ReplyDeleteKemain happy budak blkg tu. Hahaha. Lama tak pi pasar karat. Dulu dok ipoh, kena terjah kul 7 kalau tak penuh org. Nk tgk brg pun xfeel
ReplyDelete